T-84
T-84 | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Ukraine |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 2001–kini |
Digunakan oleh | Ukraine |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | KMDB |
Direka | 1993–94 |
Pengeluar | Kilang Malyshev |
Dihasilkan | 1994–kini |
Spesifikasi (T-80[1]) | |
Berat | 46 tan |
Panjang | 7.086 m (23 ka 3 in) |
Lebar | 3.775 m (12 ka 5 in) |
Tinggi | 2.215 m (7 ka 3 in) |
Krew | 3 |
Ketinggian | +13°, -6° |
Armor | Keluli, komposit, ERA |
Senjata pertama | Meriam laras licin 125 mm KBA-3 (43 butir peluru) |
Senjata kedua | Mesingan sepaksi 7.62 mm KT-7.62 Mesingan anti pesawat 12.7 mm KT-12.7 |
Enjin | enjin diesel KMDB 6TD-2 6-silinder 1,200 hp (890 kW) |
Kuasa/berat | 26 hp/tan |
Sistem ampaian | bar kilasan, peredam hidrolik |
Kelegaan bumi | 0.515 m (1 ka 8.3 in) |
Kapasiti minyak | 1,300 l (290 imp gal; 340 US gal) |
Jarak operasi | 540 km (340 bt) |
Kelajuan | 65 km/j (40 mph) |
T-84 adalah sebuah kereta kebal utama buatan Ukraine hasil dari pembangunan ke atas kereta kebal T-80 buatan Soviet. Ia pertama kali dibina pada tahun 1994 dan mula memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Ukraine pada tahun 1999. Janakuasa T-84 adalah berdasarkan enjin diesel yang dipasang pada sebuah versi T-80 iaitu T-80UD. Enjin berprestasi tingginya menjadikan kereta kebal ini merupakan salah sebuah kereta kebal sedia ada yang terpantas di dunia, dengan kadar kuasa kepada berat kira-kira 26 kuasa kuda per tan (19 kW/t). T-84 Oplot pula merupakan sebuah versi termaju bagi T-84 dengan menggabungkan ruang peluru berperisai di dalam turet baru. Sepuluh unit kereta kebal versi ini telah memasuki perkhidmatan dengan Ukraine pada tahun 2001. T-84-120 Yatagan pula adalah sebuah prototaip untuk tujuan eksport, dilengkapkan dengan meriam 120 mm yang mampu menggunakan peluru dan peluru berpandu mengikut standard NATO.
Eksport
- Tentera Darat Bangladesh: Pada tahun 200, Tentera Darat Bangladesh memulakan rundingan bagi membeli 76 buah kereta kebal T-84 Yatagan dalam kumpulan pertama. Tentera Darat Bangladesh ingin memiliki sehingga 200 hingga 300 buah kereta kebal Yatagan dalam beberapa tahun akan datang sebagai sebahagian daripada program perolehan kereta kebal utama generasi ketiga[2]
- Georgia: Pada bulan Oktober 2009, Tentera Darat Georgia membeli 12 buah kereta kebal T-84 Oplot.[3]
Rujukan
- ^ Jane's Armour and Artillery, 2005–2006
- ^ Yatagan Main Battle Tank bdmilitary.com
- ^ Ukraine to hand Georgia 12 T-84 tanks in October, Kyiv Post (October 8, 2009)
- Steven Zaloga and David Markov (2000). Russia's T-80U Main Battle Tank. Hong Kong: Concord. ISBN 962-361-656-2.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: T-84. |
- Kharkiv Morozov Machine Building Design Bureau—Ukrainian producer of the T-80. KMDB's pages for T-80UD Diarkibkan 2007-06-30 di Wayback Machine, T-84 Diarkibkan 2006-07-22 di Wayback Machine, Oplot Diarkibkan 2007-05-14 di Wayback Machine, and BTMP-84 Diarkibkan 2009-11-15 di Wayback Machine.
- T-84 MBT at globalsecurity.org
- JED Equipment Database: T-84 Tank information and variants Diarkibkan 2005-04-09 di Wayback Machine (requires paid membership)