Agen penurunan
Agen penurunan (juga dikenali sebagai bahan penurun atau penurun sahaja) merupakan suatu unsur atau sebatian yang kehilangan (atau "menderma") satu elektron kepada spesies kimia dalam tindak balas redoks. Kerana agen penurun kehilangan elektronnya, ia dikatakan telah dioksidakan.
Contoh keadaan ini berlaku boleh dilihat melalui tindak balas keseluruhan untuk respirasi sel aerob dibawah:
Oksigen (O2) diturunkan, jadi ia adalah agen pengoksidaan manakala glukosa (C6H12O6) dioksidakan, jadi ia adalah agen penurunan.
Dalam kimia organik, penurunan secara khususnya lebih merujuk kepada penambahan hidrogen ke dalam suatu molekul, walaupun definisi yang dinyatakan di atas masih terpakai. Contohnya, benzena diturunkan kepada sikloheksana dengan kehadiran pemangkin platinum:
Dalam kimia organik, agen penurunan yang baik adalah bahan tindak balas yang memberikan H2.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- "Chemical Principles: The Quest for Insight", Edisi Ketiga. Peter Atkins and Loretta Jones hlmn. F76
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Jadual yang meringkaskan kekuatan agen penurunan di Wayback Machine (diarkibkan 11 Jun 2011)