Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Banu Nadhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bani Nadhir)
Serangan terhadap Bani Nadhir

Lukisan mohor Muhammad
Tarikh17 Mac 624 M / 17 Ramadhan 2 H
Lokasi
Keputusan Kemenangan Islam[1]
Pihak yang terlibat
Muslim dari Madinah Bani Nadhir
Komandan dan pemimpin
Muhammad


Bani Nadhir atau Banu Nadhir (Arab: بنو النظير) merupakan segolongan puak daripada kaum Yahudi yang menetap di kawasan Lembah Hijaz berdekatan kota Madinah sehingga abad ketujuh Masihi. Kawasan perkampungan mereka terletak di Wadi Mudzaineb (di tenggara kota suci Madinah. Jarak perkampungan itu terletak kira-kira 3.5 kilometer (2.2 bt) dari Masjid Nabawi dan kira-kira 1 kilometer (0.62 bt) dari Masjid Quba. Kini bekas tapak perkampungan itu sahaja masih tinggal tetapi masyarakat Yahudi Banu Nadhir sudah tiada.

Pada awalnya puak Banu Nadhir terikat dengan perjanjian dengan kaum Muslim Madinah, namun atas sikap mereka (Banu Nadhir) yang suka bermusuhan dan selalu mengingkari perjanjian, mereka beberapa kali cuba dan berusaha membunuh Muhammad, tetapi kerja jahat mereka itu tidak berhasil dan menemui kegagalan.

Akhirnya, Muhammad telah menghalau dan mengusir mereka dari bumi Madinah.

Serangan terhadap Bani Nadhir berlaku pada bulan Ogos 625 M (Rabi al-Awwal, 4 H)[1][2] Kejadian ini digambarkan dalam Surah al-Hasyr (Surah 59) yang memerikan pembuangan negeri dari Madinah yang dikenakan terhadap Bani Nadhir selepas mereka didakwa mahu membunuh Muhammad, nabi Islam.[3]

Mengikut kisah yang terkandung dalam Sirah berjudul The Sealed Nectar karya Saif ur-Rahman Mubarakpuri, serangan itu dilakukan kerana Malaikat Jibrail memaklumkan Muhammad bahawa beberapa orang anggota Bani Nadhir berkomplot mahu membunuh baginda.[1] Menurut William M. Watt daya tarikan dan penggunaan kekayaan mereka untuk menghasut puak menentang Muhammad menyebabkan dia tiada pilihan selain menyerang.[4]

Mengikut buku Sealed Nectar juga, pengepungan tidak mengambil masa yang lama dan Yahudi Bani Nadhir dengan rela hati mematuhi perintah Muhammad dan seterusnya meninggalkan kota Madinah. Kafilah mereka termasuk 600 unta yang mebawa barangan kaum tersebut dan juga ketua-ketua mereka, Huyai bin Akhtab dan Salam bin Abi al-Huqaiq, yang berlepas menuju Khaibar sementara yang lain menuju ke Syam. Dua orang daripada mereka memeluk Islam dan dengan itu dibenarkan menyimpan harta masing-masing. Muhammad merampas senjata, tanah, rumah dan kekayaan mereka yang kemudiannya dibahagi-bahgikan kepada para Muhajirin dan dua orang Ansar yang miskin.[1] Bani Nadhir juga bertempur dengan tentera Islam kemudiannya dalam Pertempuran Khaibar.

Dalam hal pembuangan negeri, suku Yahudi Bani Quraizah berkecuali, dan begitu juga Abdullah bin Ubai (ketua Bani Khazraj yang menjadi sekutu Nadhir) serta suku Arab Bani Ghatafan. Mereka berjanji membantu Bani Nadhir tetapi melanggar janji. Dilaporkan bahawa Ayat Kesebelas Surah al-Hasyr diturunkan kerana kejadian ini[1]:

“Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.”[al-Quran 59:11 (Basmeih)]

  1. ^ a b c d e Rahman al-Mubarakpuri, Saifur (2005), The Sealed Nectar, Darussalam Publications, m/s. 189 (online)
  2. ^ Tabari, Al (25 Sep 1990), The last years of the Prophet (translated by Isma’il Qurban Husayn), State University of New York Press
  3. ^ Jamie Stokes (2005), Encyclopedia of the Peoples of Africa and the Middle East, Volume 1, Infobase Publishing, m/s. 99, ISBN 978-0-8160-7158-6, According to Islamic tradition, the Bani Nadir were expelled from Medina in 625 after being implicated in a plot to assassinate MuhammadCS1 maint: uses authors parameter (link)
  4. ^ Watt, William Montgomery (1956). Muhammad at Medina. Oxford University Press. m/s. 156.