Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bundeswehr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Persekutuan Jerman
Bundeswehr

Diasaskan 12 November 1955 (1955-11-12)
Bentuk kini 3 Oktober 1990
Cabang khidmat Emblem of German Ground Forces Tentera Darat Jerman
Emblem of German Navy Tentera Laut Jerman
Emblem of German Air Force Tentera Udara Jerman
Emblem of Streitkräftebasis Pasukan Bantuan Bersama
Emblem of Sanitaetsdienst Perkhidmatan Perubatan Bersama
Emblem of Cyber- und Informationsraum Pasukan Siber dan Ruang Informasi
Ibu pejabat Berlin, Bonn, dan Potsdam
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Ketika masa aman:
ialah Menteri Pertahanan[1]
Selepas pengisytiharan darurat:
ialah Canselor Persekutuan[2]
Menteri Pertahanan Boris Pistorius
Inspektor Jeneral Jeneral Carsten Breuer (Heer)[3]
Usia masuk tentera 17
Pengerahan Ya
Kakitangan aktif 179,694 (30 Jun 2024)[4] (Kedudukan Ke-27)
Kakitangan simpanan 34,600 (2024)[5]
Kakitangan diatur 3,187 (14 Oktober 2019)
Perbelanjaan
Bajet €71,75 billion ($80.16 bilion) (2024)
termasuk aset khas[6]
Peratusan KDNK 2.12% (2024)[7]
Industri
Pembekal domestik Airbus
Rheinmetall
Howaldtswerke-Deutsche Werft
Krauss-Maffei Wegmann
Hensoldt
MBDA Deutschland GmbH
Heckler & Koch
Diehl Defence
Pembekal luar  Kesatuan Eropah
 Amerika Syarikat
Eksport tahunan €12.2 bilion (2023)[8]
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Jerman
Pangkat Lencana pangkat Bundeswehr Jerman

Bundeswehr (Jerman bermaksud "Tentera Persekutuan"; Mengenai audio inilisten ) ialah nama gabungan bagi angkatan tentera Jerman dan pentadbiran awam serta pihak berkuasa perolehannya. Negeri-negeri di Jerman tidak dibenarkan mempunyai angkatan tentera sendiri, semenjak Perlembagaan Jerman menyatakan bahawa hal ehwal pertahanan berada didalam tanggungjawab kerajaan persekutuan.[9]

Bundeswehr telah dibahagikan kepada satu bahagian tentera (angkatan tentera atau Streitkräfte) dan satu bahagian awam berserta pentadbiran angkatan tentera (Wehrverwaltung). Bahagian tentera angkatan pertahanan persekutuan meliputi Heer (Tentera darat), Marine (Tentera laut), Luftwaffe (Tentera udara), cabang-cabang Streitkräftebasis (Pasukan Bantuan Bersama), dan Zentraler Sanitätsdienst (Perkhidmatan Perubatan Bersama).

Sehingga 30 Jun 2024, Bundeswehr mempunyai kekuatan sekitar 180,000 orang[4], menjadikannya salah satu daripada 30 angkatan bersenjata terbesar di dunia dan, dari segi keahlian, yang kedua terbesar di Kesatuan Eropah di belakang Perancis. Selain itu, Bundeswehr mempunyai kira-kira 34,600 orang simpanan (2024).[5] Pada 2024, belanjawan pertahanan Jerman ialah €71.75 bilion ($80.10 bilion).[6] Jumlah perbelanjaan ketenteraan yang dilaporkan kepada NATO ialah $97.69 bilion.[10] Ini menjadikan Bundeswehr sebagai salah satu daripada sepuluh angkatan bersenjata yang dibiayai terbaik di dunia. Perbelanjaan ketenteraan, diukur sebagai bahagian KDNK Jerman, berjumlah 2.12%.[11]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Art 65a Basic Law". Gesetze-im-internet.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 7 Jun 2011.
  2. ^ "Art 115b Basic Law". Gesetze-im-internet.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 7 Jun 2011.
  3. ^ "Generalinspekteur der Bundeswehr" (dalam bahasa Jerman). bmvg.de. Dicapai pada 2024-08-27.
  4. ^ a b "Wie groß ist die Bundeswehr?" (dalam bahasa Jerman). bundeswehr.de. Dicapai pada 2024-08-27.
  5. ^ a b "Auftrag der Reserve" (dalam bahasa Jerman). bundeswehr.de. Dicapai pada 2024-08-27.
  6. ^ a b "Verteidigungshaushalt" (dalam bahasa Jerman). bmvg.de. 2024-02-01. Dicapai pada 2024-08-27.
  7. ^ "Defence Expenditure of NATO Countries 2014-2024" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). nato.int. 2024-06-18. Dicapai pada 2024-08-27.
  8. ^ "Rüstungsexportpolitik der Bundesregierung im Jahr 2023" (dalam bahasa Jerman). bmwk.de. 2024-01-04. Dicapai pada 2024-08-27.
  9. ^ "Art 87a (1) Basic Law". Gesetze-im-internet.de. Dicapai pada 7 June 2011.
  10. ^ "Defence Expenditure of NATO Countries 2014-2024" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). nato.int. 2024-06-18. Dicapai pada 2024-08-27.
  11. ^ "Defence Expenditure of NATO Countries 2014-2024" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). nato.int. 2024-06-18. Dicapai pada 2024-08-27.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Searle, Alaric (2003). Wehrmacht Generals, West German Society, and the Debate on Rearmament, 1949-1959. Westport, CT: Praeger Pub.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]