Entalpi peneutralan
Entalpi peneutralan (ΔHn, juga haba peneutralan) ialah perubahan entalpi (kandungan tenaga haba dalam) ketika asid dan bes mengalami peneutralan yang membentuk garam dan air. Entalpi ini didefinisikan sebagai tenaga dikeluarkan terbitan pembentukan satu mol air.
Apabila tindak balas dilakukan dalam keadaan piawai, iaitu suhu 298 K (25 darjat Celsius) dan 1 atm tekanan, dan jika selama tindak balas itu terbentuk satu mol air, nilai entalpi dikira dinamakan "entalpi peneutralan piawai" (ΔHno).
Haba (Q) yang dikeluarkan dalam tindak balas peneutralan ialah:
dengan m adalah jisim larutan, cp adalah muatan haba dan ∆T ialah perubahan suhu yang dikira sepanjang tindak balas. Dari sini, perubahan entalpi (∆H) dapat diperoleh daripada nilai haba dengan jumlah bahan yang terlibat dalam mol:
Jika asid kuat, HA betindak balas dengan bes kuat, BOH, maka tindak balasnya ialah:
Dengan ini, asid dan bes terurai sepenuhnya dan tiada kation B+ maupun anion A− yang terlibat dalam tindak balas peneutralan. Perubahan entalpi bagi tindak balas ini tercatat sebanyak -57.62 kJ/mol pada suhu 25 °C.
Bagi asid atau bes lemah, entalpi peneutralan bergantung pada kadar pH. Apabila tiada asid mineral tambahan selepas tindak balas, haba diperlukan untuk menyelesaikan proses penguraian. Dengan ini, jumlah haba yang dihasilkan dalam peneutralan menjadi lebih kecil. Misalnya, tindak balas peneutralan hidrogen sianida dengan natrium hidroksida, pada suhu 25 °C, memiliki nilai entalpi pengionan sebanyak 45.3 kJ/mol.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Enthalpy of Neutralization" (PDF). Community College of Rhode Island. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-12-13. Dicapai pada 24 February 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)