Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Holosen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Holocene)
Holosen
0.0117 – 0 Ma
Kronologi
Usia-usia dalam Holesen
lihat • bincang • sunting
-10400 —
-10200 —
-10000 —
-9800 —
-9600 —
-9400 —
-9200 —
-9000 —
-8800 —
-8600 —
-8400 —
-8200 —
-8000 —
-7800 —
-7600 —
-7400 —
-7200 —
-7000 —
-6800 —
-6600 —
-6400 —
-6200 —
-6000 —
-5800 —
-5600 —
-5400 —
-5200 —
-5000 —
-4800 —
-4600 —
-4400 —
Usia-usia Epok Holosen.
Skala paksi: Tahun Masihi.
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahPengakhiran pengunduran Dryas Muda.
Sempadan bawah GSSPteras ais NGRIP2, Greenland
75°06′00″N 42°19′12″W / 75.1000°N 42.3200°W / 75.1000; -42.3200
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2008[1]
Takrif sempadan atasMasa kini
Sempadan atas GSSPN/A
N/A
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSPN/A

Holosen ialah nama untuk epok geologi pada masa ini. Ia bermula kira-kira 11,700 tahun dahulu.[2] Ia mengikuti Tempoh Glasier Terakhir, yang berakhir dengan pengunduran glasier Holosen.[2] Epok Holosen dan epok sebelumnya iaitu epok Pleistosen[3] bersama-sama membentuk tempoh Kuaterner. Holosen telah dikenal pasti dengan tempoh hangat pada masa kini yang dikenali sebagai MIS 1. Ia dianggap oleh sesetengah pakar geologi sebagai zaman antara glasier dalam Epok Pleistosen, yang dikenali sebagai zaman antara glasier Flandria.[4]

Epok Holosen berpadanan dengan percambahan, pertumbuhan, dan kesan jangka masa singkat oleh spesies manusia di seluruh dunia, termasuk semua sejarah bertulisnya, revolusi teknologi, perkembangan beberapa tamadun utama, dan peralihan ketara secara keseluruhan ke arah kehidupan bandar pada masa kini. Kesan manusia terhadap Bumi pada era moden dengan ekosistemnya mungkin dianggap sebagai kepentingan global untuk evolusi masa depan spesies hidup, termasuk bukti litosfera yang lebih kurang segerak, atau yang lebih terkini bukti hidrosfera dan atmosfera berkaitan kesan aktiviti manusia. Pada Julai 2018, Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa membahagikan Epok Holosen kepada tiga usia berbeza berdasarkan iklim, iaitu usia Greenland (11,700 tahun dahulu sehingga 8,200 tahun dahulu), Northgrip (8,200 tahun dahulu sehingga 4,200 tahun dahulu) dan Meghalayan (4,200 tahun dahulu sehingga kini), seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa.[5] Usia tertua iaitu usia Greenland dicirikan oleh pemanasan berikutan zaman ais sebelumnya. Usia Northgrip terkenal dengan penyejukan meluas disebabkan oleh gangguan dalam peredaran laut yang disebabkan oleh pencairan glasier. Usia Holosen yang paling terkini ialah usia Meghalayan, yang bermula dengan kemarau melampau yang berlangsung selama lebih kurang 200 tahun.[5]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan Holocene terbentuk daripada dua perkataan bahasa Yunani Purba. Hólos (ὅλος) ialah perkataan Yunani untuk "keseluruhan". "Cene" berasal daripada perkataan Yunani kainós (καινός), bermaksud "baru". Konsepnya ialah epok pada waktu ini "sepenuhnya baru".[6][7] Akhiran '-sen' digunakan untuk semua tujuh epok di bawah Era Senozoik.

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa telah mentakrifkan Holosen sebagai nama untuk peringkat atau epok yang bermula kira-kira 11,700 tahun sebelum tahun 2000 SM (11,650 tahun dikalibrasi sebelum kini, atau 9,700 SM).[2] Suruhanjaya Kecil Stratigrafi Kuarterner (SQS) menganggap istilah 'terkini' sebagai cara yang salah untuk merujuk kepada epok Holosen, sebaliknya lebih suka penggunaan istilah 'moden' untuk menggambarkan proses semasa. Suruhanjaya tersebut juga membuat pemerhatian dan menganggap bahawa istilah 'Flandrian' boleh digunakan sebagai sinonim untuk Holocene, walaupun ia semakin ketinggalan zaman.[8] Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa, bagaimanapun, menganggap Holosen sebagai zaman selepas Pleistosen dan khususnya selepas tempoh pengglasieran terakhir. Nama tempatan untuk tempoh pengglasieran terakhir termasuk Wisconsinan di Amerika Utara,[9] Weichselian di Eropah,[10] Devensian di Britain,[11] Llanquihue di Chile[12] dan Otira di New Zealand.[13]

Holosen boleh dibahagikan kepada lima selang masa, atau kronozon, berdasarkan turun naik iklim:[14]

  • Preboreal (10 ka–9 ka sebelum kini),
  • Boreal (9 ka–8 ka sebelum kini),
  • Atlantik (8 ka–5 ka sebelum kini),
  • Subboreal (5 ka–2.5 ka sebelum kini) dan
  • Subatlantik (2.5 ka sebelum kini–masa kini).
Nota: " ka sebelum kini" bermaksud "kiloanum sebelum kini ", iaitu 1,000 tahun sebelum 1950 (tarikh C14 yang tidak ditentukur)

Ahli geologi yang bekerja di kawasan berbeza sedang mengkaji paras laut, rawa gambut, dan sampel teras ais menggunakan pelbagai kaedah, dengan tujuan untuk mengesahkan dan memperhalusi jujukan Blytt-Sernander dengan lebih lanjut. Pengelasan sebegini merupakan klasifikasi tempoh iklim yang pada mulanya ditakrifkan oleh tinggalan tumbuhan dalam lumut gambut.[15] Walaupun kaedah itu pernah dianggap kurang menarik, berdasarkan pentarikhan 14C pada gambut yang tidak konsisten dengan kronozon yang didakwa,[16] penyiasat telah menemui padanan umum di seluruh benua Eurasia dan Amerika Utara. Perancangan ini ditakrifkan untuk Eropah Utara, tetapi perubahan iklim didakwa berlaku dengan lebih meluas. Tempoh-tempoh yang ditentukan oleh perancangan ini termasuk beberapa ayunan suhu terakhir pra-Holosen pada tempoh pengglasieran terakhir dan kemudian mengklasifikasikan iklim prasejarah yang lebih terkini.[17]

Ahli paleontologi tidak menentukan mana-mana peringkat fauna untuk Holosen. Jika pembahagian yang lebih kecil diperlukan, tempoh pembangunan teknologi manusia seperti Zaman Mesolitik, Neolitik dan Gangsa, biasanya digunakan. Walau bagaimanapun, tempoh masa yang dirujuk oleh istilah ini berbeza dengan kemunculan teknologi tersebut di bahagian dunia yang berlainan.[18]

Menurut beberapa sarjana, zaman ketiga Kuarterner, Antroposen, kini telah bermula.[19] Istilah ini digunakan untuk menandakan selang masa pada waktu ini dengan berlakunya pengubahsuaian secara mendalam oleh aktiviti manusia terhadap banyak keadaan dan proses yang penting secara geologi. 'Antroposen' (istilah yang dicipta oleh Paul J. Crutzen dan Eugene Stoermer pada tahun 2000) bukanlah unit geologi yang ditakrifkan secara rasmi. Suruhanjaya Kecil Stratigrafi Kuarterner di bawah Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa mempunyai kumpulan kerja untuk menentukan sama ada perlu atau tidak penggunaan istilah tersebut. Pada Mei 2019, ahli kumpulan kerja mengundi memihak untuk mengiktiraf Antroposen sebagai unit krono-stratigrafi formal, dengan isyarat stratigrafi sekitar pertengahan abad kedua puluh CE sebagai pangkalannya. Kriteria yang tepat masih perlu ditentukan, selepas itu syor itu juga perlu diluluskan oleh badan induk kumpulan kerja (akhirnya Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa).[20]

  1. ^ Walker, Mike; Johnse, Sigfus; Rasmussen, Sune; Steffensen, Jørgen-Peder; Popp, Trevor; Gibbard, Phillip; Hoek, Wilm; Lowe, John; Andrews, John; Björck, Svante; Cwynar, Les; Hughen, Konrad; Kershaw, Peter; Kromer, Bernd; Litt, Thomas; Lowe, David; Nakagawa, Takeshi; Newnham, Rewi; Schwande, Jakob (June 2008). "The Global Stratotype Section and Point (GSSP) for the base of the Holocene Series/Epoch (Quaternary System/Period) in the NGRIP ice core". Episodes. 32 (2): 264–267. doi:10.18814/epiiugs/2008/v31i2/016. hdl:10289/920.
  2. ^ a b c Walker, Mike; Johnsen, Sigfus; Rasmussen, Sune Olander; Popp, Trevor; Steffensen, Jorgen-Peder; Gibrard, Phil; Hoek, Wim; Lowe, John; Andrews, John (2009). "Formal definition and dating of the GSSP (Global Stratotype Section and Point) for the base of the Holocene using the Greenland NGRIP ice core, and selected auxiliary records" (PDF). Journal of Quaternary Science. 24 (1): 3–17. Bibcode:2009JQS....24....3W. doi:10.1002/jqs.1227. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-04. Dicapai pada 2013-09-03. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Walker, M. 2009. pp. 3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Fan, Junxuan; Hou, Xudong. "International Chronostratigraphic Chart". International Commission on Stratigraphy. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2017. Dicapai pada June 18, 2016.
  4. ^ Blij, Harm de (2012-08-17). Why Geography Matters: More Than Ever (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-997725-3.
  5. ^ a b Amos, Jonathan (2018-07-18). "Welcome to the Meghalayan Age a new phase in history". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-18. Dicapai pada 2018-07-18.
  6. ^ "Origin and meaning of Holocene". Online Etymology Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-08. Dicapai pada 2019-08-08.
  7. ^ "Origin and meaning of suffix -cene". Online Etymology Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-08. Dicapai pada 2019-08-08.
  8. ^ Gibbard, P. L.; Head, M. J. (2020-01-01), Gradstein, Felix M.; Ogg, James G.; Schmitz, Mark D.; Ogg, Gabi M. (penyunting), "Chapter 30 - The Quaternary Period", Geologic Time Scale 2020 (dalam bahasa Inggeris), Elsevier: 1217–1255, ISBN 978-0-12-824360-2, dicapai pada 2022-04-21
  9. ^ Clayton, Lee; Moran, Stephen R. (1982). "Chronology of late wisconsinan glaciation in middle North America". Quaternary Science Reviews. 1 (1): 55–82. Bibcode:1982QSRv....1...55C. doi:10.1016/0277-3791(82)90019-1.
  10. ^ Svendsen, John Inge; Astakhov, Valery I.; Bolshiyanov, Dimitri Yu.; Demidov, Igor; Dowdeswell, Julian A.; Gataullin, Valery; Hjort, Christian; Hubberten, Hans W.; Larsen, Eiliv (March 1999). "Maximum extent of the Eurasian ice sheets in the Barents and Kara Sea region during the Weichselian" (PDF). Boreas. 28 (1): 234–242. Bibcode:1999Borea..28..234S. doi:10.1111/j.1502-3885.1999.tb00217.x. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-02-12. Dicapai pada 2018-02-11.
  11. ^ Eyles, Nicholas; McCabe, A. Marshall (1989). "The Late Devensian (<22,000 BP) Irish Sea Basin: The sedimentary record of a collapsed ice sheet margin". Quaternary Science Reviews. 8 (4): 307–351. Bibcode:1989QSRv....8..307E. doi:10.1016/0277-3791(89)90034-6.
  12. ^ Denton, G.H.; Lowell, T.V.; Heusser, C.J.; Schluchter, C.; Andersern, B.G.; Heusser, Linda E.; Moreno, P.I.; Marchant, D.R. (1999). "Geomorphology, stratigraphy, and radiocarbon chronology of LlanquihueDrift in the area of the Southern Lake District, Seno Reloncavi, and Isla Grande de Chiloe, Chile" (PDF). Geografiska Annaler: Series A, Physical Geography. 81A (2): 167–229. Bibcode:1999GeAnA..81..167D. doi:10.1111/j.0435-3676.1999.00057.x (Tidak aktif 31 January 2024). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-02-12.CS1 maint: DOI inactive as of Januari 2024 (link)
  13. ^ Newnham, R.M.; Vandergoes, M.J.; Hendy, C.H.; Lowe, D.J.; Preusser, F. (February 2007). "A terrestrial palynological record for the last two glacial cycles from southwestern New Zealand". Quaternary Science Reviews. 26 (3–4): 517–535. Bibcode:2007QSRv...26..517N. doi:10.1016/j.quascirev.2006.05.005.
  14. ^ Mangerud, Jan; Anderson, Svend T.; Berglund, Bjorn E.; Donner, Joakim J. (October 1, 1974). "Quaternary stratigraphy of Norden: a proposal for terminology and classification" (PDF). Boreas. 3 (3): 109–128. Bibcode:1974Borea...3..109M. doi:10.1111/j.1502-3885.1974.tb00669.x. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada February 16, 2020. Dicapai pada September 15, 2013.
  15. ^ Viau, André E.; Gajewski, Konrad; Fines, Philippe; Atkinson, David E.; Sawada, Michael C. (1 May 2002). "Widespread evidence of 1500 yr climate variability in North America during the past 14 000 yr". Geology. 30 (5): 455–458. Bibcode:2002Geo....30..455V. doi:10.1130/0091-7613(2002)030<0455:WEOYCV>2.0.CO;2.
  16. ^ "Peat bogs as sources of proxy climatic data: Past approaches and future research" (PDF). Climate change and human impact on the landscape. Dordrecht: Springer. 1993. m/s. 47–56. doi:10.1007/978-94-010-9176-3_5. ISBN 978-0-412-61860-4. Dicapai pada 20 November 2020.
  17. ^ Schrøder, N.; Højlund Pedersen, L.; Juel Bitsch, R. (2004). "10,000 years of climate change and human impact on the environment in the area surrounding Lejre". The Journal of Transdisciplinary Environmental Studies. 3: 1–27.
  18. ^ "Middle Ages | Definition, Dates, Characteristics, & Facts". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-11. Dicapai pada 2021-06-04.
  19. ^ Pearce, Fred (2007). With Speed and Violence. Beacon Press. m/s. 21. ISBN 978-0-8070-8576-9.
  20. ^ "Working Group on the "Anthropocene"". Subcommission on Quaternary Stratigraphy. International Commission on Stratigraphy. January 4, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada February 17, 2016. Dicapai pada June 18, 2017.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]