Julia Farhana Marin
Julia Farhana | |
---|---|
Kelahiran | Julia Farhana binti Marin 5 Disember 1994 |
Pendidikan | Komunikasi Massa |
Pusat pendidikan | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 170 cm (5 ka 7 in) |
Pasangan | Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum (k. 2022) |
Julia Farhana Marin (lahir 5 Disember 1994) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Julia Farhana mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada usia 12 tahun, namun tidak direstui ibunya yang mahu Julia meneruskan pelajaran sehingga menerima graduan. Berkat kesabaran, beliau berjaya menamatkan pelajaran bagi memenuhi hajat ibunya. Julia pernah hadir ke sesi uji bakat filem Ratu The Movie arahan A. Razak Mohaideen pada tahun 2011 tanpa pengetahuan ibunya dan mendapat tawaran watak sebagai pelakon pembantu.[2]
Beliau mula diperkenalkan kepada umum dalam bidang lakonan menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3. Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, beliau berlakon bersama Remy Ishak dalam drama Rumi & Jawi.[3] Beliau juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Lifeline arahan Michael Lourdes yang melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asia Peace Film Festival 2017.[4] Kejayaan beliau hadir pada 2018 apabila memegang dua watak, iaitu Anna dan Maria dalam drama Salon yang bersiaran serentak di Viu dan ntv7. Persembahan beliau dalam drama ini mendapat pujian sekaligus melonjakkan profil beliau sebagai pelakon.[5]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Julia Farhana berdarah kacukan Melayu dan Itali, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradik beliau ialah Razali Antonio dan Suzana Ornella.[6] Beliau membesar di Australia dan belajar di SMJK Chong Hwa Gombak merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Ibu bapanya bercerai ketika Julia berusia 15 tahun.[7]
Julia mendedahkan pada September 2018 yang beliau pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika menghadiri uji bakat pencarian pelakon baru.[8][9][10]
Beliau berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember 2022. Suaminya, Dr. Che Hafiz
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Kaki Kitai | Inspektor Polis | Filem pertama |
2016 | Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi | Maya | |
Warna Cinta Impian | |||
Zack Kapcai | Tasha | ||
2017 | Dorm Melati | Melati | |
Hospital | Farah | ||
Lifeline | Vera | Filem pendek | |
Kolestrol vs Cinta | |||
2018 | Langsuir | Dewi | |
2023 | Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Leftenan (Maritim) Melati |
Drama
[sunting | sunting sumber]Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Syahadah Yang Hilang | Astro Citra | |
2017 | Izinkan Aku Menebus Dosa | TV9 | |
Aku, Mawar & Makhluk Asing | Astro Citra | ||
Famili Tuan Ihsan | Astro Ria | ||
2018 | Teksi Love | Astro Citra | |
Sebilah Pusaka | TV2 | ||
2019 | Jubah Dari Mekah | TV3 | |
2020 | Cik Petir Putrajaya | ||
2022 | Jodoh Buat Mia | Mia | TV Okey |
2024 | Zero To Millionaire | Astro Warna |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Pesona Suri | Pengacara | TV Okey |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Asia Peace Film Festival 2017 | Pelakon Wanita Terbaik | Dirinya sendiri | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Biodata Julia Farhana Marin". Azhan.co. 5 November 2017. Dicapai pada 5 November 2017.
- ^ Nurul Fadila Awaluddin (22 Jun 2015). "Julia ratu raja Kapcai". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
- ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2016). "Julia tidak menang tangan". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
- ^ Ramlah Zainal (11 Januari 2019). Julia laris di luar negara Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2019.
- ^ Ardini Sophia Sina (2 Mac 2019). Salon lonjak kerjaya Julia Harian Metro. Dicapai pada 7 Jun 2018.
- ^ Ramlah Zainal (21 Mei 2019). Kemanisan mula bertandang Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2019.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 Julai 2018). "Pengertian cinta Julia Farhana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (6 September 2018). "Julia Farhana nyaris jadi mangsa gangguan seksual". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
- ^ Aref Omar (6 September 2018). "#Showbiz: Sexual harrassment scare for Julia Farhana Marin". New Straits Times. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
- ^ Nurul Fadila Awaludin (5 September 2018). "Julia Farhana hampir jadi mangsa gangguan seksual". Kosmo!. Dicapai pada 13 Oktober 2018.