Krisis Peluru Berpandu Cuba
Krisis Peluru Berpandu Cuba adalah merupakan satu konfrontasi di antara Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan Cuba semasa Perang Dingin. Di Rusia, ia dikenali sebagai "Krisis Caribbean," (Rusia: Карибский кризис , Karibskiy krizis) sementara di Cuba pula ia dipanggil "Krisis Oktober". Krisis ini setaraf dengan krisis Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa Perang Dingin, dan dianggap hampir-hampir mencetus perang nuklear.
Di Havana, terdapatan kegusaran akan campur tangan tentera oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba.[1] Pada April 1961, ancaman serangan menjadi kenyataan apabila tentera pemberontak dalam buangan yang dilatih oleh CIA mendarat di Teluk Babi. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Cuba. Castro diyakinkan bahawa Amerika Syarikat akan menceroboh Cuba. [2] Tidak lama setelah serangan di Teluk Babi, Castro telah mengisytiharkan Cuba sebagai sebuah negara republik sosialis, dan mewujudkan ikatan rasmi dengan Kesatuan Soviet, dan mula memodenkan angkatan tentera Cuba.
Amerika Syarikat pula gusar terhadap penerimaan fahaman komunis atau sosialis oleh mana-mana negara, dan persahabatan secara terbuka negara-negara Amerika Latin dengan Kesatuan Soviet tidak dapat diterima oleh A.S, didorong oleh permusuhan Rusia-Amerika Syarikat sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945.
Pada akhir tahun 1961, Kennedy telah melancarkan Operasi Mongoose, suatu siri operasi-operasi rahsia menentang kerajaan Castro yang mana telah menemui kegagalan.[3]. Secara terang-terangan, pada Februari 1962, A.S. melancarkan sekatan ekonomi ke atas Cuba.[4]
Amerika Syarikat juga mempertimbangkan untuk melancarkan serangan ketenteraan. Jeneral Tentera Udara Curtis LeMay telah mengemukakan rancangan pengemboman sebelum serangan kepada Presiden Kennedy pada September. Cuba pula secara berterusan membuat aduan diplomatik kepada kerajaan A.S. ekoran penerbangan pengintipan dan gangguan kecil aktiviti ketenteraan daripada Pangkalan Tentera Laut Guantanamo Amerika Syarikat.
Sehingga September 1962, pemerhati Cuba melihat tanda-tanda peningkatan kemungkinan konfrontasi dengan A.S, termasuk resolusi bersama Kongres A.S yang memberi kebenaran penggunaan kuasa ketenteraan ke atas Cuba sekiranya kepentingan A.S. diancam,[5] dan pengumuman latihan ketenteraan iaitu Operasi Ortsac di Caribbean telah dirancang pada bulan berikutnya.
Krisis mencapai kemuncaknya pada 8 Oktober, 1962. Kemudian pada 14 Oktober 1962, foto-foto pengawasan Amerika Syarikat yang diambil oleh pesawat pengintip A.S, U-2 telah mendedahkan pangkalan-pangkalan peluru berpandu sedang dibina di Cuba. Krisis ini berakhir dua minggu kemudian iaitu pada 28 Oktober, 1962, apabila Presiden John F. Kennedy dan Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bersatu U Thant telah mencapai persetujuan dengan Soviet untuk menarik kembali peluru berpandu di Cuba sebagai pertukaran dengan perjanjian tiada serangan ke atas Cuba serta pemindahan rahsia peluru berpandu Jupiter dan Thor daripada Turki.
Kennedy, dalam ucapan pertama beliau berkenaan krisis ini pada 22 Oktober 1962, telah memberi amaran,
Menjadi satu polisi negara ini untuk memberi perhatian berat ke atas mana-mana peluru berpandu nuklear yang dilancarkan dari Cuba untuk menyerang manan-mana negara di Hemispera Barat sebagai satu tindakan serangan ke atas Amerika Syarikat, dan memerlukan tindak balas sepenuhnya terhadap Kesatuan Soviet.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nicolas Rivero. Castro's Cuba. 1962. LOC: 62:10759. page 13.
- ^ "Cuban Missile Crisis Causes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-07. Dicapai pada 2008-10-22.
- ^ Franklin, Jane, [dipetik daripada] Krisis Peluru Berpandu Cuba - Suatu kronologi mendalam
- ^ The American Presidency Project. "Proclamation 3447--Embargo on all trade with Cuba".
- ^ Resolusi Cuba, Undang-undang Awam A.S. 87-733, S.J. Res. 230
- ^ Kennedy, John F. (October 22 1962), Speech on the Cuban Missile Crisis Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- IV. Chronology of Submarine. Contact During the Cuban Missile Crisis. October 1, 1962 - November 14, 1962. Prepared by Jeremy Robinson-Leon and William Burr.
- CIA Documents on the Cuban Missile Crisis, 1962 Diarkibkan 2007-05-09 di Wayback Machine(.pdf, 354 pgs.) U.S. Central Intelligence Agency, McAuliffe, M. ed., CIA History Staff, 1992.
- Cuban Missile Crisis and Aftermath, 1961 - 1963, Volume XI of the Kennedy Administration in the Foreign Relations of the United States series, U.S. Department of State, Office of the Historian, Keefer, E., Sampson, C., & Smith, L., Eds., U.S. Government Printing Office, Washington, D.C., 1996. The official U.S. documentary historical record.
- Declassified Documents, etc. - Provided by the National Security Archive at The George Washington University.
- Declassified "Memorandum for the Secretary of Defense" on "Justification for U.S. Military Intervention in Cuba," from the Joint Chiefs of Staff, Washington, D.C., March 13, 1962, html text from Cryptome Diarkibkan 2012-02-03 di Wayback Machine .pdf from National Security Archive, at The George Washington University.
- Transcripts and Audio of EXCOMM meetings Diarkibkan 2006-04-28 di Wayback Machine - Provided by the Miller Center's Presidential Recordings Program, University of Virginia.
- Tapes of debates between JFK and his advisors during the crisis
- President Kennedy's Address to the Nation on the Soviet Arms Buildup in Cuba Diarkibkan 2011-03-12 di Wayback Machine
- The World On the Brink: John F. Kennedy and the Cuban Missile Crisis Diarkibkan 2010-04-24 di Wayback Machine
- 14 Days in October: The Cuban Missile Crisis - a site geared toward high-school students
- Nuclear Files.org Introduction, timeline and articles regarding the Cuban Missile Crisis
- Cuba Havana Documentary Bye Bye Havana is a documentary revealing what Cubans are thinking about today
- Annotated bibliography on the Cuban Missile Crisis from the Alsos Digital Library. Diarkibkan 2018-01-15 di Wayback Machine
- October, 1962: DEFCON 4, DEFCON 3
- Spartacus Educational(UK): Cuban Missile Crisis
- [1] Diarkibkan 2008-04-08 di Wayback Machine - Latin American Task Force
- [2] - Latin American Task Force (Sepanyol)
- [3]
- Document - Britain's Cuban Missile Crisis BBC Radio 4 streaming audio programme on the British response