Laika Nenets
Nama lain | Laika rusa kutub Nenets, laika gembala Nenets, laika rusa kutub, spits rusa kutub, laika Tavgian, dan laika Samoyed Rusia | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Rusia | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Laika Nenets,[a] laika rusa kutub Nenets,[b] atau laika gembala Nenets,[c] juga dikenali sebagai spits rusa kutub, ialah satu baka tempatan anjing spits asli yang berasal dari Okrug Berautonomi Yamalo-Nenets di Rusia. Tidak seperti laika lain, laika gembala Nenets kurang lazim digunakan untuk perburuan. Sebaliknya, ia telah dipilih terutamanya untuk keupayaan penggembalaan rusa kutub, pada asalnya oleh orang Nenets, dan kemudian oleh gembala rusa kutub melalui Rusia.[1][2][3] Laika gembala Nenets dianggap sebagai leluhur kepada beberapa baka moden, yang paling berdokumen ialah anjing Samoyed.[1] Walaupun begitu, baka ini hampir pupus semasa era Soviet kerana kekurangan minat untuk memulihara contoh baka tulen secara genetik.[3][4][5] Pada tahun 1994, Persekutuan Kinologi Rusia (RKF) meluluskan piawaian rasmi pertama baka ini.[4][6]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Laika gembala Nenets ialah anjing bersaiz kecil hingga sederhana dengan lapis bulu ganda tebal yang sama ada berwarna padu atau dwiwarna, terdapat dengan warna kelabu, sawo matang, merah, hitam, atau putih.[4][1] Ia terdapat dengan dua panjang lapis bulu, iaitu lapis bulu berbulu panjang yang dipanggil "erre" dan lapis bulu berbulu pendek yang dipanggil "yando" ia patut harus mengekalkan lapis bulu cukup terbentuk sepanjang musim panas.[6][7] Tanpa mengira panjang lapis bulu, rerambut pengawal patut lurus, kaku, dan panjang dengan lapis bulu bawah lebat dan lembut.[1]
Laika gembala Nenets ialah anjing berotot dengan kepala sederhana berbentuk baji, telinga kecil mencucuk, dan ekor yang melingkar ke atas belakang atau dikekalkan ke bawah bergantung pada mood.[1] Laika gembala Nenets patut memaparkan dimorfisme seks, dengan jantan yang berdiri setinggi 44–50 sentimeter (17–20 in) dan betina yang berdiri setinggi 40–45 sentimeter (16–18 in).[1]
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Laika gembala Nenets patut berfungsi dan berdaya tahan dalam pelbagai keadaan dengan penjagaan minimum.[1] Ia merupakan anjing yakin dan bertenaga yang belajar secepatnya dan berusaha untuk menggembirakan manusianya.[1][8] Ia tidak malu mahupun agresif dengan manusia.[1]
Walaupun secara tradisional dikaitkan dengan penggembalaan, laika gembala Nenets ialah anjing serba guna yang dapat dan patut melakukan pelbagai tugas, termasuk pemburuan buruan kecil dan penarikan kereta luncur salji anjing.[5][4] Orang Nenets kerap menilai kualiti anjing mereka dengan kebolehan untuk menggembala serta menangkap rubah Artik, dengan anjing yang terutamanya pantas yang dapat menangkap sehingga tiga ekor rubah dalam sehari.[5][8] Ia telah berjaya digunakan sebagai anjing pencarian dan penyelamatan, terutamanya di kawasan pergunungan yang memerlukan anjing tabah dan tangkas.[1] Laika gembala Nenets telah berjaya digunakan sebagai anjing pengesan dan kacukan jakal–anjing Sulimov yang digunakan untuk pengesanan bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Moscow dibiakbakakan dengan menggunakan anjing gembala Nenets.[9][8]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Laika Nenets ialah salah satu baka anjing tertua yang masih hidup dari era Paleolitik hingga kini hampir tidak berubah dengan sedikit aliran masuk genetik.[5][10] Laika gembala Nenets, yang dihargai kerana kecekapannya sebagai anjing gembala rusa kutub, menjelang tahun 1930-an, telah tersebar merentasi bulatan Artik dan ke Eropah Tengah, merentang dari Semenanjung Kola ke Chukotka.[3][7][1][5] Oleh sebab keserupaan rapat, laika gembala Nenets dianggap sebagai baka basal untuk banyak baka spits Eropah termasuk spits Jerman, anjing Lap Finland dan anjing Lap Sweden, buhund Norway, dan spits Norrbotten manakala yang lain berteori bahawa semua baka mengongsi leluhur pupus bersama.[1][11][12][13][5] Walaupun orang Nenets sendiri terutamanya menggunakan rusa kutub untuk menghela kereta luncur salji mereka, beberapa orang penjelajah Artik menggunakan laika gembala Nenets sebagai anjing tarikan kereta luncur salji, terutamanya pelukis dan penjelajah Rusia Aleksandr Borisov dan penjelajah dan ahli sains Norway Fridtjof Nansen.[14][7] Anjing-anjing serba putih terselamat daripada ekspedisi Fram Nansen pada tahun 1893–1896 kemudian membentuk ternakan asasi bagi anjing Samoyed.[4]
Semakin infrastruktur dan perjalanan berjentera menjadikan kawasan Artik lebih mudah dicapai, anjing bukan asli mula bercampur dengan populasi laika gembala Nenets. Ini, sekali dengan kepercayaan mendominasi semasa era Soviet bahawa hanya anjing baka tulen berdaftar mempunyai sebarang nilai, menyumbang kepada kemerosotan laika gembala Nenets.[15][5] Menjelang tahun 1980-an, usaha kolektif dikerahkan untuk menggantikan laika gembala Nenets dengan manusia di atas kenderaan serba rupa bumi dan kereta salji, dengan memetik penggunaan anjing sebagai kaedah kuno.[5] Pada masa ini, ada kepercayaan meluas bahawa tiada contoh baka tulen yang wujud.[1] Nasib baik, beberapa populasi kecil ditemukan selepas pembubaran Kesatuan Soviet dan usaha sedang dijalankan untuk memulihara baka ini di Rusia.[16][17] Walau bagaimanapun, baka ini terus hampir tidak terkenal di luar Rusia dan Norway. Pada masa ini, terdapat anggaran kira-kira 2000 ekor laika gembala Nenets baka tulen yang menggembala rusa kutub di Okrug Berautonomi Yamalo-Nenets.[14]
Pada tahun 1994, Persekutuan Kinologi Rusia (RKF) meluluskan piawaian rasmi pertama baka ini.[4][6]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: لايکا نينيتس ; Rusia: не́нецкая ла́йка, rumi: néneckaja lájka ; bahasa Inggeris: Nenets laika
- ^ Jawi: لايکا روسا قطب نينيتس ; Rusia: не́нецкая оленего́нная ла́йка, rumi: néneckaja olenegónnaja lájka
- ^ Jawi: لايکا ݢمبالا نينيتس ; bahasa Inggeris: Nenets herding laika
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Laika gembala rusa kutub Nenets |
- ^ a b c d e f g h i j k l m Shiroky, Boris; Shiroky, Oleg (6 Disember 2014). "DESCRIPTION OF OLENEGONKA" [PERIHAL OLEGENEGONKA]. Persatuan Anjing Primitif dan Asli Rusia. 7 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2014. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ Adaev, Vladimir. "Оленегонные лайки тундровых ненцев: особенности экстерьера и выполняемые функции" [Laika Rusa Kutub Orang Nenets Tundra: Ciri Luaran dan Fungsi]. Научный вестник Ямало-Ненецкого автономного округа (dalam bahasa Rusia). 82. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024 – melalui Academia.
- ^ a b c "Давай-ка, ненецкая лайка!" [Ayuh, Laika Nenets!]. MKRU Krasnoyarsk (dalam bahasa Rusia). 20 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ a b c d e f Presberg, Carole (2014). "Herding Dogs of Asia: Russian Siberia" [Anjing Gembala Asia: Siberia Rusia]. www.bordercolliemuseum.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2023. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ a b c d e f g h Shiroky, Boris I.; Shiroky, Oleg B. (2017). Наши северные собаки: Введение в лайковедение [Anjing Utara Kita: Pengenalan kepada Ilmu Laika] (dalam bahasa Rusia). Ridero. m/s. 12, 103, 107, 157–160. ISBN 9785448509254.
- ^ a b c "О нас — Центр по сохранению и разведению ненецкой оленегонной лайки" [Tentang Kami — Pusat Pemuliharaan dan Pembiakbakaan Laika Rusa Kutub Nenets]. Pusat Pemuliharaan dan Pembiakbakaan Laika Rusa Kutub Nenets (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ a b c Volkova, Vera. "Forgotten Expedition" [Ekspedisi Terlupa] (PDF). Primitive and Aboriginal Dog Society of Russia (dalam bahasa Inggeris). 10: 11–24. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 September 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ a b c Туров, Я.В. (28 Mei 2019). "Ненецкая лайка - уникальная арктическая порода – GoArctic.ru – Портал о развитии Арктики" [Laika Nenets - baka unik Artik]. Go Arctic (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ Sauer, Pjotr (12 Oktober 2020). "Russia Recruits Rare Dogs to Sniff Out Coronavirus as Second Wave Tightens Grip" [Rusia Guna Pakai Anjing Jarang untuk Hidu Basmi Koronavirus sebaik Gelombang Kedua Semakin Parah]. The Moscow Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ Feuerborn, Tatiana R.; Carmagnini, Alberto; Losey, Robert Justin; Nomokonova, Tatiana; Askeyev, Arthur; Askeyev, Igor; Askeyev, Oleg; Antipina, Ekaterina E.; Appelt, Martin; Bachura, Olga P.; Beglane, Fiona; Bradley, Daniel G.; Daly, Kevin G.; Gopalakrishnan, Shyam; Murphy Gregersen, Kristian; Guo, Chunxue; Gusev, Andrei V.; Jones, Carleton; Kosintsev, Pavel A.; Kuzʹmin, Yaroslav Vsevolodovich; Mattiangeli, Valeria; Perri, Angela R.; Plekhanov, Andrei V.; Ramos-Madrigal, Jazmín; Schmidt, Anne Lisbeth; Shaymuratova, Dilyara; Smith, Oliver; Yavorskaya, Lilia V.; Zhang, Guojie; Willerslev, Eske; Meldgaard, Morten; Gilbert, Marcus Thomas Pius; Larson, Greger John; Dalén, Love; Hansen, Anders Johannes; Sinding, Mikkel Holger Strander; Frantz, Laurent Alain François (20 September 2021). Marshall, Fiona B. (penyunting). "Modern Siberian dog ancestry was shaped by several thousand years of Eurasian-wide trade and human dispersal" [Keleluhuran anjing Siberia moden dibentuk oleh beberapa ribu tahun perdagangan dan persebaran manusia seluruh Eropah]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 118 (39): e2100338118. Bibcode:2021PNAS..11800338F. doi:10.1073/pnas.2100338118. ISSN 1091-6490. JSTOR 27075815. PMC 8488619 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34544854 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 237584023 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Alderton, David (1984). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). Secaucus, New Jersey, Amerika Syarikat: Chartwell Books. m/s. 82. ISBN 9780890097861. OCLC 11560659.
- ^ American Kennel Club (15 September 1998). The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-19 semakan). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 504. ISBN 9780876050477. OCLC 37935235.
- ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 436. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.
- ^ a b Maistrenko, Mikhail (8 Mac 2020). "Здравствуй, ненецкая лайка!" [Helo, Laika Nenets!]. www.echosevera.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ Shiroky, Boris; Shiroky, Oleg (2004). "Reindeer Herding Dog (Olenegonka)" [Anjing Gembala Rusa Kutub (Olenegonka)] (PDF). Primitive and Aboriginal Dog Society Russia (dalam bahasa Inggeris): 8–11. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 September 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "Yamal to launch recovery of native Nenets herding dog" [Yamal bakal lancar pemulihan anjing gembala asli Nenets]. arctic.ru (dalam bahasa Inggeris). 15 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ Кузина, Полина (10 Januari 2022). "Собиратель оленей. Почему чистокровная ненецкая лайка может исчезнуть?" [Pengumpul rusa. Bagaimana laika Nenets baka tulen dapat lenyap?]. yamal.aif.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2024.