Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Liga Premier Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Liga Perdana Malaysia)
Liga Premier Malaysia
NegaraMalaysia Malaysia
Konfederasi AFC
Ditubuhkan2004; 20 tahun yang lalu (2004)
Divisyen2
Bilangan pasukan12
Kelayakan keLiga Super Malaysia
Disingkirkan keLiga M3 Malaysia
TahapTahap 2
Piala domestik
Piala antarabangsa
Juara semasaJohor Johor Darul Ta'zim II (2022)
Kejuaraan terbanyakWilayah Persekutuan Felda United
Kedah Kedah Darul Aman
Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM
(Masing-masing 2 Trofi)
Rakan TV
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2022

Liga Premier Malaysia atau Liga Premier merupakan pertandingan bola sepak tahap kedua dalam Liga Malaysia sebelum diganti kepada Liga Semi-Pro A1 Malaysia ini menggantikan liga tahap dua sebelum ini iaitu Liga Perdana 2.

Liga Premier Malaysia dipertandingan di antara 12 buah kelab bola sepak. Musim liga berlangsung dari awal bulan Febuari sehinga penghujung Oktober dengan waktu cuti pada bulan Ramadhan untuk tempoh sebulan. Pasukan akan bermain sebanyak 22 perlawanan (setiap pasukan bermain dua kali, sebagai tuan rumah dan pelawat), di mana sebanyak 132 perlawanan diadakan dalam semusim.[1] Kebanyakan perlawanan diadakan pada hari Jumaat dan beberapa perlawanan pada hari bekerja.

Liga Premier Malaysia beroperasi dengan sistem naik dan turun liga dengan pertandingan Liga Super Malaysia.

Bermula musim 2016, liga ini dikenali sebagai 100Plus Liga Premier Malaysia atas sebab penajaan.[2]

Pertandingan bola sepak telah wujud dan bertapak di Malaysia sejak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1921. Pertandingan bola sepak secara liga pula hanya bermula apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar format Piala Malaysia pada tahun 1979 dengan mewujudkan peringkat liga satu pusingan sebagai kelayakan ke peringkat kalah-mati Piala Malaysia pada tahun berkenaan. Juara Liga Malaysia hanya mula diiktiraf mulai tahun 1982 apabila piala pusingan liga telah diperkenalkan. Semenjak itu, pertandingan liga bola sepak telah terus diadakan di Malaysia sehingga kini.

Liga Premier Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004. Liga tahap kedua bermula di Malaysia sejak 1989 selepas penubuhan Liga Bola Sepak Semi-Pro Malaysia Bahagian 2 yang dipertandingkan sehingga tahun 1993 sebelum Liga Semi-Pro ini digantikan dengan penubuhan liga bola sepak profesional yang pertama di Malaysia iaitu Liga Perdana. Liga tahap dua kemudiannya dipertandingkan semula apabila Liga Perdana dibahagikan kepada dua di mana Liga Perdana 2 telah diwujudkan. Liga Perdana 2 kemudian telah digantikan dengan kewujudan Liga Premier Malaysia pada tahun 2004 seiring dengan kewujudan Liga Super Malaysia pada ketika itu.

Nama Liga

[sunting | sunting sumber]
Musim Nama
1989 - 1993 Liga Semi-Pro Divisyen 2
1998 - 2003 Liga Perdana 2
2004 - kini Liga Premier Malaysia

Jumlah Pasukan

[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan pasukan ke liga tahap kedua di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 1989-1993, 1998-2003 dan 2004-kini.

Musim Jumlah Pasukan
1989 - 1998 8 pasukan
1999 - 2000 10 pasukan
2001 - 2003 12 pasukan
2004 18 pasukan
2005 - 2006 16 pasukan
2007 11 pasukan
2008 13 pasukan
2009 14 pasukan
2010 - kini 12 pasukan
Musim Penaja Penjenamaan Liga
1989 - 2004 Dunhill Dunhill Liga Premier Malaysia
2005 - 2010 TM TM Liga Premier Malaysia
2011
-
Liga Premier Malaysia
2012 - 2014 Astro Astro Liga Premier Malaysia
2015
-
Liga Premier Malaysia
2016 - 2018 100PLUS 100PLUS Liga Premier Malaysia
2019 - 2020
-
Liga Premier Malaysia
2021 Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH) PPHH Liga Premier Malaysia

Pencapaian Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian terhebat untuk Liga Premier diberi kepada pasukan yang memenangi 2 trofi (double) dan 3 trofi (treble) pada musim yang sama. Ianya merangkumi Liga Premier Malaysia, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

Tahun Pasukan Kejohanan
2005 Selangor Selangor Liga Premier, Piala FA & Piala Malaysia

Senarai Juara

[sunting | sunting sumber]

Sejak diasaskan pada 1989, pasukan Kedah mengungguli kejuaraan liga divisyen 2 apabila berjaya memenangi gelaran sebanyak 4 kali diikuti Terengganu, Selangor, PDRM dan Felda United FC sebanyak 2 kali. Sabah merupakan Juara bertahan bagi Liga Premier musim 2019. Sejak Liga Premier muncul sebagai kejohanan liga tahap kedua pada 2004, Felda United, Kedah dan PDRM telah menjadi pemenang utama Liga Premier dengan dua (2) gelaran.

Musim Juara Naib Juara
2004 Selangor MPPJ Melaka Telekom Melaka
2005 Selangor Selangor Negeri Sembilan Negeri Sembilan
2005–06 Kedah Kedah Melaka Melaka
2006–07 Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM Selangor UPB-MyTeam
2007–08 Kedah Kuala Muda Naza Kuala Lumpur PLUS
2009 Malaysia Harimau Muda Terengganu T-Team
2010 Wilayah Persekutuan Felda United Sabah Sabah
2011 Selangor PKNS Sarawak Sarawak
2012 ATM Pahang Pahang
2013 Sarawak Sarawak Kuala Lumpur Sime Darby
2014 Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM Wilayah Persekutuan Felda United
2015 Kedah Kedah Pulau Pinang Pulau Pinang
2016 Melaka Melaka United Selangor PKNS
2017 Kuala Lumpur Kuala Lumpur Terengganu Terengganu
2018 Wilayah Persekutuan Felda United Wilayah Persekutuan Felcra
2019 Sabah Sabah Johor Johor Darul Ta'zim II
2020 Pulau Pinang Pulau Pinang Kuala Lumpur Kuala Lumpur
2021 Negeri Sembilan Negeri Sembilan Sarawak Sarawak United
2022 Johor Johor Darul Ta'zim II Kelantan Kelantan

Pasukan Terbaik

[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah adalah senarai bilangan kemenangan kejohanan oleh pemenang sejak tahun 2004.

Sehingga 2022
# Kelab Gelaran
1 Wilayah Persekutuan Felda United 2
Kedah Kedah Darul Aman 2
Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM 2
4 Johor Johor Darul Ta'zim 1
Negeri Sembilan Negeri Sembilan 1
Pulau Pinang Pulau Pinang 1
Sabah Sabah 1
Kuala Lumpur Kuala Lumpur City 1
Melaka Melaka United 1
Sarawak Sarawak United 1
ATM 1
Selangor PKNS 1
Malaysia Harimau Muda 1
Kedah Kuala Muda Naza 1
Selangor Selangor 1
Selangor MPPJ 1

Kasut Emas

[sunting | sunting sumber]
Musim Pemain Pasukan Gol
2022 Liberia Abu Kamara Sarawak Kuching City 11
2021 Ghana Jordan Mintah
Sepanyol Fernando Rodríguez
Terengganu Terengganu II
Johor Johor Darul Ta'zim II
16
2020 Brazil Casagrande
Brazil Endrick Santos
Pulau Pinang Pulau Pinang 8
2019 Montenegro Žarko Korać Selangor UiTM 13
2018 Brazil Casagrande Wilayah Persekutuan Felcra 19
2017 Brazil Guilherme de Paula Lucrecio Kuala Lumpur Kuala Lumpur City 27
2016 Montenegro Ilija Spasojević Melaka Melaka United 24
2015 Liberia Francis Doe Negeri Sembilan Negeri Sembilan 17
2014 Republik Ireland Billy Mehmet Kedah Kedah Darul Aman 23
2013 Croatia Karlo Primorac Kuala Lumpur Sime Darby 24
2012 Malaysia Khairul Izuan Abdullah Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM 27
2011 Malaysia Mohd Fitri Omar Johor MP Muar 16
2010 Malaysia Mohammad Zamri Hassan Selangor PKNS 20
2009 Malaysia Mohd Haris Safwan Mohd Kamal Terengganu T-Team 24
2007-08 Senegal Mouhamadou Moustapha Kelantan Kelantan 27
2007-08 Croatia Marin Mikac Selangor UPB-MyTeam 13
2005-06 Argentina Gustavo Fuentes Melaka Melaka 18
2005 Indonesia Bambang Pamungkas Selangor Selangor 23
2004 Argentina Brian Diego Fuentes Selangor Selangor 25
2003 Argentina Juan Manuel Arostegui Selangor MPPJ 33
2002 Ghana Isaac Kuffour Melaka Telekom Melaka 22
2001 Malaysia Suharmin Yusuf
Malaysia Shahrin Majid
Sabah Sabah 12
2000 Malaysia Anuar Abu Bakar Kelantan Kelantan 12
1999 Malaysia Rusdi Suparman Selangor Selangor 15
1998 Ghana Seidu Issifu Terengganu Terengganu 8
1993 Australia Alistair Edwards Singapura Singapura 18
1992 Poland Dariusz Dudala Kelantan Kelantan 9
1991 Australia Marshall Soper Pulau Pinang Pulau Pinang 11
1990 Malaysia Mohd Hashim Mustapha
Thailand Boonphop Praphut
Kelantan Kelantan 13
1989 Thailand Praduphan Jarunya Perlis Perlis 13

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

Diarkibkan 2010-03-05 di Wayback Machine