Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Mahkamah tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mahkamah Tinggi)
Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Mahkamah Tinggi Johor Bahru, salah satu daripada mahkamah tinggi di Malaysia
Walaupun Mahkamah Tinggi Malaysia merupakan mahkamah ketiga tertinggi dalam sistem kehakiman di Malaysia, iaitu lebih rendah berbanding Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Australia merupakan mahkamah agung negara. Kedua-dua mahkamah ini dipanggil sebagai Mahkamah tinggi.

Mahkamah tinggi merujuk kepada mahkamah dengan bidang kuasa lebih tinggi berbanding mahkamah perbicaraan pertama. Untuk negara-negara dengan sistem undang-undang sivil, istilah 'mahkamah tinggi' biasanya merujuk kepada mahkamah rayuan dengan peringkat pertama rayuan dalam rantaian tatacara rayuan, menjadi mahkamah yang lebih rendah daripada mahkamah agung. Mahkamah Tinggi Tokyo di Jepun adalah salah satu contohnya.

Di beberapa negara dengan sistem common law, istilah 'mahkamah tinggi' dirujuk sebagai mahkamah tertinggi, seperti Mahkamah Tinggi Australia. Walau bagaimanapun, 'mahkamah tinggi' di kebanyakkan negara dengan sistem sedemikian berfungsi sebagai mahkamah rendah dan mahkamah rayuan (turut dipanggil sebagai mahkamah atasan).[1] Contoh penggunaan ini termasuklah Mahkamah Tinggi Keadilan di England dan Wales serta mahkamah-mahkamah tinggi di India.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Contohnya, rencana berikutnya menggunakan istilah 'mahkamah tinggi' sebagai istilah serupa dengan 'mahkamah atasan'. Lihat James L. Gibson; Gregory A. Caldeira (2009). "Knowing the Supreme Court? A reconsideration of public ignorance of the high court". The Journal of Politics 71.2 (dalam bahasa Inggeris). m/s. 429–433. Dicapai pada 9 Jun 2022.