Mata kasar
Penampilan
Mata kasar membawa maksud penglihatan dengan menggunakan mata sahaja tanpa bantuan alat optik yang lain seperti kanta tangan, mikroskop dan teleskop (tidak termasuk cermin mata). Istilah ini sering digunakan dalam astronomi apabila merujuk kepada peristiwa yang boleh dilihat oleh orang awam, seperti sesetengah komet dan hujan meteor.