Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada PKNS)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Intisari agensi
Dibentuk01 Ogos 1964 (1964-08-01)
JenisGovernment-Linked Corporation
Bidang kuasa
Selangor
Ibu pejabatShah Alam, Selangor
Agensi induk
Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Ekonomi Malaysia
Laman sesawang
https://www.pkns.gov.my/

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau singkatannya (PKNS) adalah suatu agensi kerajaan yang ditubuh oleh kerajaan bagi membantu kerajaan negeri Selangor dalam usaha membangunkan negeri dengan kesaksamaan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio ekonomi yang berpandukan dasar kerajaan demi mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial, khususnya bagi negeri Selangor.

PKNS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri bertujuan untuk mengisi kemerdekaan menerusi pengagihan dan penggalakan pertumbuhan sosio-ekonomi ke seluruh negeri Selangor berpandukan dasar-dasar kerajaan dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial bagi mencapai wawasan negara. Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan hartanah, pembangunan perdagangan, pembangunan perindustrian dan pelaburan.

Visi dan Misi

[sunting | sunting sumber]
  • " Membina Komuniti , Memperkasa Kehidupan ... Merealisasi Impian "
  • " Inovasi Berterusan , Perkhidmatan Melangkaui Ekspetasi , Modal Insan Yang Komited Dan Kompeten "

Piagam Pelanggan

[sunting | sunting sumber]

Piagam Pelanggan PKNS menuntut setiap anggotanya " sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang mesra, produktif, proaktif, berkesan dan menghasilkan produk pembangunan hartanah yang berkualiti " di dalam bidang Perkhidmatan Kontrak, Perkhidmatan Perolehan & Pengurusan Aset, Perkhidmatan Jualan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Perkhidmatan Kaunter.

Bandar/ Taman yang dimajukan oleh PKNS

[sunting | sunting sumber]
  • Bandar Baru Shah Alam

Anak Syarikat

[sunting | sunting sumber]
Subsidiary CEO
Worldwide Holdings Berhad Y.Bhg. Datin Paduka Hajah Norazlina Zakaria
PECB Properties Berhad Tuan Hj. Azhar bin Ahmad
Selaman Sdn. Bhd. Puan Hajah Kamarul Azian Hashim
PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) Tuan Sr. Haji Fakru Radzi Ab. Ghani
Pi Brilliant Berhad Tuan Haji Mohd Zain bin Sarman
Selgate Corporation Sdn. Bhd. YBhg. Dato’ Noor Hisham bin Mohd Ghouth
Datumcorp International Sdn. Bhd. (DCI) YM. Tengku Khairil Azwan bin Tengku Abdul Samad
SACC Convec Sdn. Bhd. Puan Hajah Nor Azlina binti Amran
Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. Tuan Haji Saharom bin Mohni
Akademi PKNS Sdn. Bhd. Encik Mohd Raihan bin Tahir
De Palma Management Services Sdn. Bhd. (DPMS) -
PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. Tuan Haji Shamshul Bahari bin Ahmad
PKNS Golf Management Services Sdn. Bhd. Tuan Haji Zubir bin Idrus

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.