Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Papan selaju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Papan luncur)
Papan luncur
Tempat bermain papan selaju di Johor, Malaysia.

Papan selaju atau papan luncur (bahasa Inggeris: skateboard)[1] ialah sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk sukan meluncur. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki sebelahnya memijak papan. Pengguna boleh juga berdiri di atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas permukaan yang curam menggunakan graviti sebagai pemacu.

Bahagian yang biasa untuk membina papan luncur yang asas dan lengkap terdiri daripada dek, trak, roda, dan bantalan:

Kebanyakan dek dibina daripada papan lapis kayu mapel berlaminasi tujuh hingga sembilan lapis; namun bahan lain seperti kaca gentian, buluh, resin, Kevlar, gentian karbon, aluminium, dan plastik turut ditambah bagi meringankan atau menguatkan dek.

Panjang sesebuah papan ini turut menentukan fungsi utamanya: papan longboard yang lebih panjang digunakan untuk tujuan meluncur dan berlumba manakala papan shortboard yang pendek lebih digunakan untuk tujuan melakukan gaya muslihat. Papan longboard berukuran sekitar lebih 36 inci (91 sm) panjangnya, papan "penny" plastik pula panjangnya sekitar 22 inci (56 sm).[2] Papan-papan yang sedikit besar daripada papan "penny" melebihi 27 inci (69 sm) dipanggil papan "nickel".[3]

Model-model binaan dari tahun 1970-an sering mempunyai sedikit atau langsung tiada cekungan manakala model-model tahun 1980-an lebih mencembung dalam dan berhujung injak (kicktail) yang lebih curam.

Pita cengkam (grip tape)

[sunting | sunting sumber]

Pita cengkam ialah suatu helaian kertas atau fabrik yang berpelekat pada satu sisinya dan suatu permukaan mirip kertas pasir di sisi lain yang membolehkan pengguna kekal di atas papan. Pita ini biasanya berwarna hitam tetapi ia juga didapati dalam pelbagai warna dan corak.

Dua trak besi (biasanya daripada jenis aloi aluminium) memasangkan roda dan bearing pada papan dek.

Roda papan biasanya diperbuat daripada poliuretana dan datang dalam pelbagai jenis saiz dan bentuk yang bersesuaian dengan jenis gaya luncur. Roda yang berdiameter besar (55–85 mm) bergerak lebih laju serta senang melepasi retakan di jalan. Roda yang berdiameter kecil (48–54 mm) pula mendekatkan papan ke permukaan tanah, mengurangkan daya yang diperlukan untuk memecut dan menghasilkan titik pusat graviti yang rendah membolehkan masa tindak balas yang lebih cepat serta juga menghasilkan kelajuan maksimum yang lebih perlahan; roda bersaiz sebegini lebih sesuai digunakan untuk tujuan meluncur di jalan.

Komponen lain

[sunting | sunting sumber]

Penaik/baji

[sunting | sunting sumber]

Penaik (riser) menambahkan ruang di antara trak dan dek, membolehkan trak berputar dengan lebih jauh tanpa menyebabkan roda menyentuh dek lalu menghentikan putaran papan (masalah ini dikenali sebagai "wheel bite"). Baji (wedge) pula berfungsi menukar belokan trak.[4]

Pad kejutan (shock pad)

[sunting | sunting sumber]

Pelapik ini terletak di antara trak dan papan bagi mengurangkan hentakan daripada trak apabila papan mendarat di atas permukaan bumi yang barangkalinya boleh meretakkan atau memecahkan papan akibat tenaga hasil hentakan tersebut.

  1. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ "From Skateboard and Longboard to Penny Board". Historipedia. 2 Februari 2010. Dicapai pada 9 Disember 2015.)
  3. ^ "Penny Nickel Skateboard Review". Ride as F*ck. Dicapai pada 15 Disember 2015.
  4. ^ Suatu panduan yang menggambarkan ciri-ciri belokan jenis penaik dan baji yang berbeza: "Anatomy of a Randal Truck". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2012. Dicapai pada 1 Mei 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)