Paus Ioannes XXIII
Santo Ioannes XXIII Giovanni XXIII John XXIII | |
---|---|
Mula Menjawat | 28 Oktober 1958 |
Tarikh Tamat Jawatan | 3 Jun 1963 |
Pendahulu | Paus Pius XII |
Pengganti | Paus Paul VI |
Butiran peribadi | |
Kelahiran | Sotto il Monte, Bergamo, Itali | 25 November 1881
Meninggal dunia | Ralat: Perlu tarikh lahir yang sah (tarikh kedua): tahun, bulan, hari Istana Paus, Kota Vatikan |
Paus Santo Ioannes XXIII (Bahasa Latin: Ioannes PP. XXIII; Bahasa Itali: Giovanni XXIII, Bahasa Inggeris: John XXIII; nama lahir: Angelo Giuseppe Roncalli pada 25 November 1881 - 3 Jun 1963) ialah seorang paderi Katolik dari negara Itali dan Paus ke-262 dari tahun 1958 sehingga tahun 1963. [1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Sotto il Monte di utara Itali.
Paderi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1904, beliau telah dilantik sebagai seorang paderi di Gereja Roman Katolik. Pada tahun seterusnya, Uskup Bergamo, Giacomo Maria Radini Tedeschi melantik Roncalli sebagai setiausahanya. Roncalli banyak mengikuti Uskup Giacomo dalam lawatan pastoral. Roncalli sering membantu Uskup Giacomo seperti menguruskan buletin keuskupan, menziarahi orang, dan kerja-kerja sosial. Selepas kematian Uskup Giacomo pada tahun 1914, Paderi Roncalli terus mengajar di seminari, tetapi telah diheret ke dalam Perang Dunia I dan berkhidmat sebagai kor sarjan perubatan. Hidupnya selepas perang mula berubah secara mendadak, dan dia juga mendapat perhatian Paus Pius XI.
Uskup
[sunting | sunting sumber]Dari tahun 1925 sehingga tahun 1944, Roncalli merupakan seorang wakil paus di Balkan dan di Timur Tengah. Paus Pius XI melantik beliau sebagai seorang pelawat rasmi dan pemeriksa dalam Gereja Roman Katolik di Bulgaria, yang membawanya kepada keuskupan dengan Keuskupan Areopolis. Beliau memilih moto, Oboedientia et Pax, yang merupakan moto beliau untuk sepanjang hidupnya.
Paus
[sunting | sunting sumber]Kardinal Roncalli telah dipilih sebagai paus pada 28 Oktober 1958. [2] Pertabalannya telah disiarkan di televisyen Eropah dan difilemkan untuk tontonan di bahagian-bahagian lain di dunia.
Paus John telah dikenali dengan menamakan Kardinal dari Afrika yang pertama, kardinal dari Jepun yang pertama, kardinal dari Filipina yang pertama dan Kardinal dari Venezuela yang pertama. [3]
Beliau merupakan Paus yang pertama untuk membuat lawatan rasmi kepada Presiden Republik Itali di Istana Quirinal. [4]
Majlis Mesyuarat Vatikan Kedua
[sunting | sunting sumber]Paus John membawa bersama uskup dan kardinal gereja dalam mesyuarat yang dipanggil Majlis Mesyuarat Vatikan Kedua. [5]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]John XXIII meninggal dunia akibat perut berlubang pada 3 Jun 1963. Beliau meninggal dunia selepas sebuah missa diadakan khas untuknya di Dataran Saint Peter diketuai oleh Paderi Luigi Traglia. Kemudian biliknya diterangi, sekali gus memberitahu rakyat apa yang telah berlaku. Beliau dikebumikan pada 6 Jun di grottos Vatikan. Pada 22 Jun 1963, sehari selepas rakan dan penggantinya Paus Paul VI dipilih, kemudian berdoa di makam John XXIII.
Selepas kematiannya
[sunting | sunting sumber]Pada 3 September 2000, Paus John XXIII telah dirahmati dan diberi gelaran "Paus Diberkati John XXIII". Pada 27 April 2014, Paus John XXIII telah dikanunkan oleh Paus Francis dan mengisytiharkan Santo baharu Gereja Roman Katolik diberi gelaran "Santo John XXIII" bersama Paus John Paul II yang kini dikenali sebagai "Santo John Paul II".
Laman yang berkaitan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "List of Popes," Ensiklopedia Katolik (2009). Dicapai 2011-11-02.
- ^ "Cardinal Roncalli Elected Pope,"
- ^ "Pope John Names a Negro Cardinal; A Native African, a Japanese and a Filipino Among 7 to Be Princes of Church
- ^ "John XXIII Is First Pope to Call on Italian President,"
- ^ "Vatican Council Recessed in 1962,"
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: John XXIII. |
- (Inggeris) Vatican webpage, John XXIII biography
- (Inggeris) Catholic Hierarchy, Pope Paul IV
- (Inggeris) Cardinals of the Holy Roman Church, Cardinal Roncalli
Didahului oleh Pius XII |
Paus 1958–1963 |
Diikuti oleh: Paulus VI |