Pensel
Pensel atau pensil (Jawi: ڤينسيل ; kata serapan bahasa Inggeris pencil) - juga kalam (Jawi: كلام ; dari bahasa Arab: Arab: قلم, rumi: qalam ) di negeri pantai timur - ialah sejenis alat tulis yang juga boleh digunakan untuk melukis. Pensel terdiri daripada sebatang pigmen (biasanya grafit, terkadang pigmen berwarna atau arang) yang diletakkan dalam batang kayu (kertas dan plastik juga digunakan) bagi menghasilkan tanda pada kertas. Pensel berbeza dengan pen, yang menggunakan cecair sebagai bahan penanda. Getah pemadam digunakan bagi menghilangkan tanda yang dihasilkan oleh pensel.
Gambaran umum
[sunting | sunting sumber]Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Pensil cenderung memberikan kesan abu-abu dan warna yang lemah dan pecah dibandingan dengan pen yang memberikan warna yang padat dan tajam. Pensil juga lebih mudah dihapus dibandingkan pena.
Beberapa pensil sering dilengkapi pemadam atau penghapus khusus yang terpasang pada hujung ia untuk memadam kesilapan dalam penggunaan menulis, namun pemadam sebegini tidak digemari kebanyakan pelukis profesional kerana mutu ia yang rendah dan cepat haus terbuang lalu membazir.
Gred komposisi
[sunting | sunting sumber]Pensil dibedakan menurut komposisi dalaman ia, di mana ia sering diberi gred tertentu - huruf B menunjukkan tahap ketebalan (boldness) yakni jumlah grafitnya yang terkandung; sementara huruf H menunjukkan tahap kekerasan komposisi isinya yakni kandungan tanah liatnya lebih banyak. Pensil dengan tanda F berarti komposisinya sangat tepat sehingga boleh diasah setajam-tajamnya. Gred B atau H. sering ditampilkan dengan angka di depan huruf memperlihatkan tingkat ketebalan atau kekerasan komposisi suatu pensil - 2H misalnya akan lebih keras daripada H, 2B akan lebih lembut dan tebal dibandingkan B dan begitulah seterusnya. HB bererti pensil memiliki kedua-dua sifat keras dan tebal.
Ton and gred | Ciri isi | Contoh penggunaan | ||
---|---|---|---|---|
Eropah | A.S | RUS | ||
9B | – | – | sangat lembut, hitam |
Untuk tujuan seni:
|
8B | – | – | ||
7B | – | – | ||
6B | – | – | ||
5B | – | – | ||
4B | – | – | ||
3B | – | – | soft |
|
2B | – | 2М | ||
B | #1 | M | ||
HB | #2 | TM | sederhana |
|
F | #2½* | – | ||
H | #3 | T | keras |
|
2H | #4 | 2T | ||
3H | – | – | sangat keras |
|
4H | – | – | ||
5H | – | – | ||
6H | – | – | keras melampau, kelabu terang |
Untuk tujuan khusus: |
7H | – | – | ||
8H | – | – | ||
9H | – | – | ||
*Also seen as 248, 2.5, 2510 |
Warna pensil memperlihatkan area produksinya. Pabrik-pabrik di Amerika Utara memberi warna kuning, Jerman dan Brasil memberi warna hijau. India dan beberapa wilayah Asia memberi warna hitam dan merah. Swiss memberi warna merah. Sedangkan Inggris memberi warna kuning dan hitam. Kebanyakan standardisasi warna ini diciptakan produsen Faber-Castell[perlu rujukan]. Namun banyak pula produsen yang tidak mengikuti standar ini.
Pengguna pensel terkenal
[sunting | sunting sumber]- Thomas Edison mempunyai pensel yang dibuat kas oleh Eagle Pencil. Setiap pensel berukuran tiga inci, lebih tebal daripada pensel biasa dan mempunyai grafit yang lebih lembut berbanding pensel sedia ada.[1]
- Vladimir Nabokov telah menulis semula semua yang telah dia terbitkan, kebiasaanya beberapa kali, menggunakan pensel.[1]
- John Steinbeck merupakan pengguna pensel yang keterlaluan dan dikatakan yang beliau telah menggunakanya sebanyak 60 batang sehari. Novelnya East of Eden telah ditulis menggunakan lebih daripada 300 batang pensel.[1]
- Vincent van Gogh hanya menggunakan pensel Faber kerana ia "lebih unggul bagi pensel tukang kayu, modal yang hitam dan yang paling dipersetujui".[1][2]
- Johnny Carson kebiasaanya main dengan pensel di meja Tonight Show. Pensel ini dibuat khas dengan pemadam pada kedua-dua hujung pensel untuk mengelakkan kemalangan di set.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Michael Franco. "Famous Pencil Pushers". The Point of it All – History of the Pencil.
- ^ Faber-castell.co.nz Diarkibkan 2010-05-26 di Wayback Machine, Faber Castell's friends
- ^ The Tonight Show Starring Johnny Carson (1962) – Trivia – IMDb
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pensel |
Cari Pensel dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Bagaimana pensel dibuat Diarkibkan 2013-10-24 di Wayback Machine (video)