Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Tam Mustafah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Rustam bin Mustafa)
Tam Spider
Tam mengadakan persembahan bersama Spider di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 2009.
Kelahiran
Rustam bin Mustafah

(1973-09-14) 14 September 1973 (umur 51)
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, komposer, penggubah lagu, penerbit rakaman, pelakon
Tahun aktif1996–kini
PasanganAida Mustafa (k. 2009)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal, gitar
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Pengkarya berkait
Spider, M. Nasir

Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider (lahir 14 September 1973) ialah seorang penyanyi, pemuzik, komposer dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan Spider yang bernaung di bawah Luncai Emas milik M. Nasir. Selain itu, beliau juga menjadi pemain gitar untuk artis lain dan aktif mencipta lagu.[1][2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Tam dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat di Kuala Sungai Baru, Melaka dan memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[3]

Tam mengasaskan bersama kumpulan Spider bersama Nafie (gitaris utama), Tony (pemain bes) dan Yem (dram, kemudian digantikan oleh Aie) semasa penubuhan kumpulan ini pada 1996. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik M. Nasir, sejak itu Spider diambil sebagai kakitangan tetap Luncai Emas. Album pertama mereka Ngam Ho dikeluarkan pada 1999 dengan mempertaruhkan lagu "Mungkinkah Terjadi" sebagai single pertama. Sejak itu, Tam bersama kumpulan Spider menerbitkan lima lagi album yang kesemuanya meraih kejayaan komersial.[4]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Tam telah berkahwin sebanyak dua kali.[5] Beliau berkahwin dengan Aida Mustafa di Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian, Johor.[6] Beliau mempunyai seorang anak, Mohd Aliff hasil daripada perkahwinan pertama. Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos 2009, selepas hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin pada 8 November 2009. Majlis perkahwinannya telah diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Nanas Pontian Johor dan dihadiri kira-kira lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M. Nasir.[7]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • "Sesat Dalam Gelita" (2006)

Lagu ciptaan

[sunting | sunting sumber]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Bintang Hati Dirinya sendiri / Penjual Burger Filem pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Gosok Tam / Abang Rustam VCD
2003 Laut Ku Cukup Masin
2004 Gosok 2
  1. ^ Michelle Gun (18 September 2015). "Tam siap lagu dalam resort". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  2. ^ Wanda Idris (25 Jun 2018). "Solo: Tak Mudah - Tam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2018. Dicapai pada 26 September 2018.
  3. ^ Aini Nawawi (1 Oktober 2017). "Lima tahun Tam Spider berumah di studio". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2017. Dicapai pada 4 April 2018.
  4. ^ Zubir Mohd Yunos (12 Jun 2005). "Apabila Spider dah melaram..." Berita Minggu. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  5. ^ Shakilawati Abd. Rahman (9 September 2012). "Keluarga bahagia Tam". Metro Ahad. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  6. ^ Elrafaei Sapi (10 November 2009). "Pelengkap hidup Tam". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2009. Dicapai pada 2 Julai 2010.
  7. ^ Fariq Zolkepli (8 November 2009). "Lebih 1,000 hadiri majlis perkahwinan Tam Spider-Aida". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-10. Dicapai pada 2 Julai 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]