Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pemadang dekat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Shortstop)
Posisi pemadang dekat.

Pemadang dekat (bahasa Inggeris: shortstop) atau dipendekkan kepada SS, ialah posisi pemain dalam sukan besbol dan sofbol yang terletak di antara tapak kedua (second base) dan tapak ketiga (third base). Posisi ini dianggap sebagai antara posisi pertahanan yang paling diperlukan. Tradisinya, posisi ini diserahkan kepada pakar dalam pertahanan tetapi tidak hebat dalam pukulan serta diletakkan dalam kedudukan terendah dalam susunan pukulan (batting order). Pada hari ini, ramai pemadang dekat mempunyai kemampuan memukul bola dengan baik dan mereka banyak disusun di kedudukan teratas dalam susunan pukulan.

Kebanyakan bola yang dipukul akan pergi menuju ke arah posisi pemadang dekat berbanding mana-mana posisi lain. Hal ini didorong oleh faktor ramai pemukul bertangan kanan dalam besbol berbanding pemain kidal. Pemadang dekat juga seperti penjaga tapak kedua (second baseman) yang memerlukan ketangkasan. Misalnya dalam permainan double play. Pemain ini juga seolah-olah pemain penjaga tapak ketiga (third baseman) yang memerlukan kekuatan lengan untuk menyambut bola yang menuju ke arah bahagian dalam kiri daiman bagi menyingkirkan pemukul dari pasukan lawan dengan membaling bola ke arah penjaga tapak pertama (first baseman) sebelum pemukul itu berlari untuk mendapatkan dan memijak tapak pertama (first base).

Dewan Kemahsyuran

[sunting | sunting sumber]
Bekas pemadang dekat Yankees, Derek Jeter bersiap sedia di posisinya.