Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Wikipedia Bahasa Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikipedia Bahasa Thai
Maklumat umum
URLhttp://th.wikipedia.org/
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamThai
Ditubuhkan25 Disember 2003 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikWikimedia Foundation
PengasasKomuniti Wikipediwan Thai
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Sunting nilai ini di Wikidata
KomersialTidak
PendaftaranTidak wajib
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikipedia Bahasa Thai (Bahasa Thai: วิกิพีเดียภาษาไทย) merupakan Wikipedia yang dilancarkan dalam bahasa Thai. Wikipedia yang dimulakan sejak bulan Disember 2003 ini mempunyai lebih daripada 60,000 rencana dengan 90,000 pengguna berdaftar pada bulan Jun 2010. Sejak bulan Oktober 2007, Wikipedia (semua bahasa) menduduki peringkat ke-26 di Top Sites Thailand Alexa[1].

Pada 31 Januari 2006, Wikipedia Bahasa Thai diakui bersama-sama Wikipedia Bahasa Thai dengan liputan akhbar. Pada tahun 2007, dikeluarkan tesis bertajuk Wikipedia bahasa Thai dan Pengetahuan Komunikasi kepada Umum oleh mahasiswa Fakulti Seni Murni dan Terapan Universiti Chulalongkorn.

Wikipedia bahasa Thai juga disebut-sebut dalam forum umum selama krisis politik Thailand 2005-2006 dengan mengatakan bahawa semua rakyat Thailand harus membaca fakta-fakta mengenai Thaksin Shinawatra, iaitu Perdana Menteri ketika itu.[2]

Wikipedia bahasa Thai adalah ensiklopedia online kedua dalam bahasa Thai setelah Thai Junior Encyclopedia Project, yang dikembangkan di bawah perlindungan Raja Bhumibol Adulyadej.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Wikipedia bahasa Thai berbeza dengan Wikipedia bahasa lainnya dalam hal:

  • Semua suntingan harus memenuhi hukum di Thailand (khususnya Lèse majesté), dengan melihat pada fakta bahawa majoriti penyumbang tinggal di Thailand.
  • Baris pertama tiap-tiap perenggan dikehendaki sesuai dengan gaya penulisan Thai.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Laman teratas Thailand Diarkibkan 2006-05-04 di Wayback Machine dari Alexa
  2. ^ audio file on 26 July 2006

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]