Hospital
Hospital (Jawi: هوسڤيتل )[1] atau rumah sakit (Jawi: رومه ساكيت)[2] ialah tempat pesakit menerima rawatan memulihkan kesihatan diri daripada doktor, pembantu perubatan, jururawat, bidan atau petugas sebidang yang lain. Tempat ini ini lebih besar daripada poliklinik, klinik mahupun klinik desa. Hospital-hospital ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada orang umum tanpa mengira penyakit atau darjat. Pesakit hanya diasingkan mengikut jantina - jururawat wanita merawat pesakit wanita, jururawat lelaki merawat pesakit lelaki.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Istilah hospital sepunca dengan perkataan hotel dan hos ("pengacara") dari akar bahasa Latin sama iaitu hospitalis terbitan perkataan hospes "tetamu" atau "tuan rumah".[3][4]
Istilah rumah sakit merupakan pinjam terjemah istilah Belanda: ziekenhuis (bandingkan dengan kata seasal dalam bahasa Inggeris: sickhouse); ia ungkapan yang pernah lazim sebelum terganti dengan "hospital" pada tahun 1960-an.[5] Istilah "rumah sakit" masih dominan dipakai di Indonesia.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Semenjak zaman Rasulullah SAW, pasukan perubatan telah mengiringi tentera Islam yang tercedera. Pasukan perubatan ini dianggap sebagai 'hospital' terawal dalam sejarah Islam. Dengan berkembangnya ilmu dan kepakaran Islam dalam bidang perubatan, lebih banyak hospital didirikan.
Jenis hospital
[sunting | sunting sumber]Hospital awam/umum
[sunting | sunting sumber]Hospital awam atau hospital umum biasanya merupakan kemudahan yang mudah ditemui di suatu negara, dengan kemampuan inap sangat besar untuk perawatan intensif ataupun jangka panjang. Hospital jenis ini juga dilengkapi dengan kemudahan pembedahan awam dan plastik, ruang bersalin, makmal dan sebagainya. Tetapi kelengkapan kemudahan ini bisa saja berbagai-bagai sesuai kemampuan penyelenggaranya.
Hospital yang sangat besar sering disebut Medical Center (pusat kesihatan), biasanya melayani seluruh perubatan modern.
Sebagian besar hospital di Indonesia juga membuka pelayanan kesihatan tanpa menginap (rawat jalan) bagi masyarakat umum (klinik). Biasanya terdapat beberapa klinik/poliklinik di dalam suatu hospital.
Hospital pakar
[sunting | sunting sumber]Jenis ini mencakup pusat trauma, hospital anak, hospital manula, atau hospital yang melayani kepentingan khusus seperti psikiatri (hospital psikiatri), penyakit pernafasan, dan lain-lain.
Hospital jenis ini boleh terdiri atas gabungan ataupun hanya satu bangunan.
Hospital kajian/pendidikan
[sunting | sunting sumber]Hospital jenis ini adalah hospital umum yang terkait dengan kegiatan kajjian dan pendidikan di kebidangan kedoktoran pada suatu universiti/lembaga pendidikan tinggi. Biasanya hospital ini dipakai untuk pelatihan doktor-doktor muda, ujian percubaan berbagai macam ubat baru atau teknik perubatan baru. Hospital ini diselenggarakan oleh pihak universiti/perguruan tinggi sebagai salah satu wujud pengabdian masyararakat atau perguruan tinggi.
Hospital lembaga/perusahaan
[sunting | sunting sumber]Hospital yang didirikan oleh suatu lembaga/perusahaan untuk melayani pesakit-pesakit yang merupakan anggota lembaga tersebut/karyawan perusahaan tersebut. Alasan pendirian bisa kerana penyakit yang berkaitan dengan kegiatan lembaga tersebut (misalnya hospital militer, lapangan udara), bentuk jaminan sosial/perubatan percuma bagi karyawan, atau kerana letak/lokasi perusahaan yang terpencil/jauh dari hospital umum. Biasanya hospital lembaga/perusahaan di Indonesia juga menerima pesakit umum dan menyediakan ruang gawat darurat untuk masyarakat umum.
Klinik
[sunting | sunting sumber]Kemudahan perubatan yang lebih kecil yang hanya melayani keluhan tertentu. Biasanya dijalankan oleh Lembaga Swadaya Masyarakat atau doktor-doktor yang ingin menjalankan pengamalan perubatan secara perseorangan. Klinik biasanya hanya menerima rawatan sebaik berjalan masuk. Bentuknya bisa pula berupa kumpulan klinik yang disebut poliklinik.
Sebuah klinik (atau rawat jalan klinik atau klinik perawatan rawat jalan) adalah kemudahan perawatan kesihatan yang dikhususkan untuk perawatan pesakit rawat jalan. Klinik dapat dioperasikan, dikelola dan didanai secara peribadi atau awam, dan biasanya meliputi perawatan kesihatan primer keperluan populasi di masyarakat lokal, berbeda dengan hospital yang lebih besar yang menawarkan perawatan khusus dan mengakui pesakit rawat inap untuk menginap semalam.
Di Malaysia, hospital yang terbesar dan terpenting ialah Hospital Besar Kuala Lumpur. Lain-lain hospital ialah Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Putrajaya, Hospital Universiti dan lain-lain.
Hampir setiap bandar mempunyai hospital yang dibina dan dibiayai oleh kerajaan dan boleh dikatakan semua perkhidmatan adalah percuma sehingga kini.
Wujud juga hospital swasta yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kumpulan JCorp (Johor Corporation) banyak membina hospital swasta (bawah jenama Kumpulan Perubatan Johor. Hospital swasta diwujudkan antara lain bagi menarik pesakit dari negara Singapura, Brunei dan Indonesia datang ke Malaysia menerima rawatan seperti pesakit Malaysia pernah ke Manila, Filipina untuk pembedahan jantung berlubang suatu ketika dahulu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hospital |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "hospital". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
- ^ "rumah sakit". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
- ^ Grassi, Marie-Claire (2000). "Pour une histoire de l'hospitalité". Dalam Montandon, Alain (penyunting). Lieux d'hospitalité: hospices, hôpital, hostellerie (dalam bahasa Perancis). Presses universitaires Blaise Pascal. m/s. 34. ISBN 978-2-84516-171-9.
- ^ "Had A Long Day of Travel? Check Into A Hospital". Word History. Merriam-Webster Dictionary. 2021.
- ^ Umar Junus (2010). Gaya bahasa sastera Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 95.
- ^ "'hospital' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2020.