Panduan Pengguna Pintasan
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Pengenalan kepada penggunaan gesaan dalam pintasan pada Mac
Jika anda mahu memaparkan atau memasukkan maklumat semasa pintasan anda berjalan, gunakan tindakan Minta Input, Tunjukkan Isyarat, atau Tunjukkan Pemberitahuan, atau gunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali.
Menggunakan tindakan dan pemboleh ubah dengan cara ini membolehkan anda mencipta pintasan yang lebih dinamik—anda boleh sediakan struktur untuk apa-apa yang berlaku dalam pintasan anda, tetapi anda tidak perlu mengisi semua maklumat semasa anda membina pintasan. Sebaliknya, anda boleh meninggalkan pilihan tertentu untuk diputuskan pada masa jalanan.
Contohnya, anda boleh mencipta pintasan yang bertanya soalan tentang hari anda dan memasukkan jawapan dalam jurnal. Atau, anda boleh mencipta pintasan yang lebih rumit dengan gesaan yang mengisi setiap bahagian templat e-mel, menggabungkan semua bahagian, kemudian menghantar e-mel.