Penulisan ini adalah tentang perbezaan makna kata antara makna kata bahasa Melayu Malaysia dan ba... more Penulisan ini adalah tentang perbezaan makna kata antara makna kata bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Brunei. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang makna kata dalam bahasa Melayu di Malaysia dan di Brunei Darussalam. Malah matlamat penulisan ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham semasa berkomunikasi antara penutur dari negara Melayu yang berbeza. Sasaran penulisan ini ialah penutur dari seluruh Nusantara Melayu. Oleh itu, dalam penulisan ini akan diberikan takrif kata, bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Brunei. Dalam penulisan ini batasan perbincangan adalah hanya tiga kata dan makna kata yang digunakan oleh dua buah negara iaitu negara Malaysia dan negara Brunei Darussalam. Dengan memberikan tiga kata iaitu, bah, dadah dan bakat, ketiga-tiga kata ini akan dibezakan cara menggunakan dalam percakapan agar tidak berlaku salah faham antara kedua-dua pihak iaitu antara pendengar dan penutur.
Masyarakat Kedayan merupakan antara masyarakat peribumi di Pulau Borneo yang mengamalkan pantang ... more Masyarakat Kedayan merupakan antara masyarakat peribumi di Pulau Borneo yang mengamalkan pantang larang dalam semua peringkat penanaman padi, walaupun amalan ini kini kian ditinggalkan oleh mereka. Kajian ini bertujuan meneliti makna tersurat dan tersirat dalam bahasa pantang larang pertanian (padi) dari sudut semantik dan pragmatik. Terdapat 14 informan dari suku Kedayan di Mukim Sengkurong telah diwawancara untuk mendapatkan data. Dengan melakukan analisis data berdasarkan kerangka teori tersebut, didapati bahasa pantang larang berhubung erat dengan makna tersurat dan tersirat. Dalam erti kata lain, analisis semantik dan analisis semantik berupaya diaplikasikan untuk menerangkan medan makna, makna implisit yang terkandung dalam bahasa pantang larang. Bahasa pantang larang dalam pertanian suku Kedayan didapati mengandungi banyak tegahan dari segi penggunaan bahasa dan juga sepanjang proses penanaman padi. Dari segi penggunaan bahasa, contohnya penyebutan kata [jaan] ‘jangan’, [nda bulih] ‘tidak boleh’ dan sebagainya adalah merupakan pantang larang. Dari segi perbuatan, sepanjang aktiviti, mula dari proses penanaman hingga penuaian, pantang larang juga diamalkan, misalnya batang buah simpur akan ditanam sebelum berhuma (dengan alasan padi akan tumbuh subur); semasa berpadi dilarang menyorok di bawah buluh laluan pagar padi (dengan alasan padi tidak akan tumbuh subur); selepas menuai, padi perlu ditutup dengan tikar (agar rezeki tidak lari); dan, sebagainya. Kajian ini telah menunjukkan pada suatu ketika dahulu, pantang larang amat dititik beratkan dalam kehidupan masyarakat Kedayan, khususnya zaman yang masih mengamalkan kegiatan ekonomi yang bercorak pertanian. Kata Kunci: Kedayan, Pantang larang, Penanaman Padi, Medan Makna, Analisis Semantik, Bentuk Logik dan Analisis Pragmatik.

Uploads
Papers by Ernie Zahdina
Kata Kunci: Kedayan, Pantang larang, Penanaman Padi, Medan Makna, Analisis Semantik, Bentuk Logik dan Analisis Pragmatik.