Conference Presentations by Mohd Izzuddin Ramli
Perubahan bentuk politik daripada tradisional kepada moden semakin mengambil tempat dalam perseki... more Perubahan bentuk politik daripada tradisional kepada moden semakin mengambil tempat dalam persekitaran masyarakat di negara ini. Pada peringkat awal, sistem politik yang diamalkan adalah berbentuk feudal, dengan institusi kesultanan menjadi tunjang utama dalam aspek pemerintahan. Walau bagaimanapun, perubahan politik dan bentuk masyarakat ini telah memperlihatkan bahawa, institusi kesultanan yang pada awalnya merupakan institusi yang memiliki kewibawaan mutlak dalam aspek pemerintahan, kini diganti dengan bentuk politik yang lebih demokratik dengan pengenalan pelbagai entiti politik baru seperti parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya. Pengenalan kepada bentuk politik baru yang lebih demokratik ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada keberadaan institusi politik tradisional tempatan seperti penghulu/ketua kampung dan penggawa. Selain daripada memberi kesan kepada berlakunya degradasi fungsi dan peranan, kesan lain turut terlihat dalam aspek hubungan yang terjalin antara penghulu dan penggawa.
Institusi penghulu adalah merupakan sebuah institusi yang sudah sekian lama wujud dalam sistem po... more Institusi penghulu adalah merupakan sebuah institusi yang sudah sekian lama wujud dalam sistem politik pentadbiran masyarakat Melayu. Kewujudannya dapat dikesan lebih awal bermula sejak zaman kesultanan Melayu lagi dimana ia berfungsi sebagai perantara antara raja dan juga rakyat. Perubahan bentuk masyarakat serta kewujudan pelbagai entiti politik baru seperti agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan serta parti politik dalam ruang kehidupan masyarakat saat ini secara tidak langsung telah mula menghakis kewibawaan dan peranan yang dimiliki oleh penghulu. Perkembangan politik yang berorientasikan kepartian walaupun pada satu sisi menguntungkan masyarakat, namun dalam waktu yang sama turut mewujudkan keadaan disintegrasi dalam kalangan masyarakat. Jika dahulunya masyarakat kampung bernaung dibawah penghulu dan sultan, namun kini mula mereka mengidentifikasikan diri melalui parti-parti politik tertentu. Dalam keadaan yang lebih ekstrim, disintegrasi sosial ini turut mencetuskan persengketaan.
Kehadiran parti sebagai bentuk baru politik turut juga memiliki kelemahan lainnya. Berhadapan dengan masyarakat yang kompleks dan beragam sifatnya, tidak semua permasalahan yang wujud dalam masyarakat boleh diselesaikan oleh parti serta entiti-entiti politik baru yang umumnya mengutamakan pendekatan rasional dan birokratik. Oleh itu, peranan besar penghulu terlihat disini iaitu untuk mengintegrasikan masyarakat seterusnya mengambil posisi untuk menyelesaikan perkara-perkara yang terlepas dari tanggungjawab parti politik. Hal ini kerana, penghulu dalam menjalankan tugasnya turut didokong oleh nilai-nilai dan kearifan tempatan yang tidak dimiliki dalam sistem pentadbiran moden. Melihat kepada cabaran besar yang dihadapi oleh institusi penghulu, baik dalam hal keberlangsungannya serta kebolehannya dalam masyarakat, maka makalah ini cuba untuk memikirkan kembali kepentingan institusi ini dalam masyarakat.
Kata kunci: Penghulu, Pentadbiran, Kearifan Tempatan
Globalisasi hari ini telah menjadi sebuah naratif agung baru dalam ilmu sosial bagi menjawab pelb... more Globalisasi hari ini telah menjadi sebuah naratif agung baru dalam ilmu sosial bagi menjawab pelbagai persoalan seperti demokrasi, keadilan, kemakmuran dan sebagainya. Ia juga menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung dalam mengubah segala aspek kontemporari masyarakat. Namun begitu, arus deras globalisasi alaf ini tanpa disedari turut sama memberikan impak negatif yang luar biasa terhadap pelbagai sektor kehidupan manusia, baik dari sudut ekonomi, budaya, politik mahupun pendidikan. Masyarakat dunia mula berkongsi satu set nilai budaya yang sama seperti cara berpakaian, budaya kerja, selera muzik, bahasa, mahupun nilai politik. Penunggalan budaya yang berlaku ini dalam masa yang sama secara perlahan telah meminggirkan nilai-nilai tradisi tempatan yang sedia wujud dan dimiliki oleh setiap kelompok masyarakat di dunia ini.
Dalam aspek pendidikan, arus deras globalisasi pada hari ini juga secara tidak langsung turut sama membawa sistem pendidikan yang umumnya adalah datang daripada barat. Sehingga apa yang berlaku ialah, sedikit demi sedikit sistem pendidikan yang sekian lama terbina dalam masyarakat tempatan terhakis. Salah satu daripadanya ialah, institusi sekolah pondok. Institusi sekolah pondok adalah merupakan sebuah institusi pendidikan tradisional yang sudah sekian lama wujud di negara ini. Walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran besar kemodenan, dapat dilihat bahawa keberadaan institusi ini tetap sahaja kukuh malah semakin berkembang. Keberadaan institusi sekolah pondok pada hari ini dipercayai tidak semata-mata wujud sekadar formaliti atas jaminan kerajaan sahaja, malah turut didokong oleh kearifan tempatan dan nilai masyarakat setempat. Oleh itu, makalah ini cuba untuk menyingkapi dimensi-dimensi kearifan tempatan yang wujud dalam institusi ini yang akhirnya membuatkan ia mampu bertahan dan terus relevan.
Kata kunci: Sekolah Pondok, Kearifan Tempatan
Dalam kehidupan bermasyarakat, konflik adalah sesuatu yang tidak boleh dihilangkan, keberadaannya... more Dalam kehidupan bermasyarakat, konflik adalah sesuatu yang tidak boleh dihilangkan, keberadaannya hanya boleh diuruskan dengan baik agar tidak mengarah kepada yang bersifat regresif. Oleh kerana itu konflik memerlukan alat pengurusan yang efektif, khusus dan kontekstual sesuai dengan nilai budaya masyarakat yang mengalami konflik. Seringkali resolusi konflik moden yang mendasarkan kepada bukti formal dan hukum/law hanya bersifat normatif dan tidak mampu mereduksi potensi munculnya konflik-konflik latent dan manifest berikutnya.
“Sumpah Pocong” merupakan salah satu bentuk resolusi konflik yang berasaskan kearifan tempatan yang berlaku dan efektif di masyarakat Jember, Jawa Timur, Indonesia. Efektiviti “sumpah pocong” sebagai salah satu bentuk resolusi konflik ini kerana secara substansial menggunakan nilai-nilai budaya dan keagamaan masyarakat setempat. Komposisi bilangan penduduk Jember yang majoriti beragama Islam dan beretnik Jawa dan Madura memiliki nilai, keyakinan dan budaya yang menyokong efektifnya “sumpah pocong” sebagai cara resolusi konflik di wilayah ini. Mereka meyakini apabila memberikan pengakuan dan pernyataan palsu akan memperoleh dosa selama tujuh keturunan. Sehingga ‘kejujuran” yang terjadi dalam “sumpah pocong” ini boleh menjadi jaminan (guarantee) untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Dalam agama Islam, tradisi “sumpah pocong” memang tidak dikenal, tetapi masuknya nilai “dosa akan mendapat laknat Allah” yang dikesankan dalam “sumpah pocong” bahawa akan terjadi secara langsung dan menimpa kepada tujuh keturunannya merupakan ketakutan sendiri untuk melanggar sumpah tersebut dan pelaksanaan ritual ini dipimpin adalah seorang ulama/kyai yang bagi masyarakat Jember merupakan patron dalam semua perkara kehidupan.
Kata Kunci: Sumpah Pocong, Resolusi Konflik, Kearifan Tempatan
Articles by Mohd Izzuddin Ramli
Salah satu perkara yang mendasar yang diajarkan oleh mana-mana agama di dunia ini ialah ia sangat... more Salah satu perkara yang mendasar yang diajarkan oleh mana-mana agama di dunia ini ialah ia sangat menganjurkan kasih sayang antara sesama manusia -baik Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya. Dalam agama Buddha misalnya, ia sangat membungai kedamaian bagi seluruh umat manusia. Sedangkan Islam, menjadi agama yang memberi rahmat dalam seluruh aspek kehidupan. Kasih sayang, kedamaian, rahmat ini pula diikat dengan sifat bertoleransi yang turut diajarkan agar keberadaan manusia sentiasa sejahtera.
Kebelakangan ini isu Syiah kembali hangat dan menjadi topik perbincangan utama. Di negara ini, ia... more Kebelakangan ini isu Syiah kembali hangat dan menjadi topik perbincangan utama. Di negara ini, ia bukanlah menjadi sesuatu hal yang baru, malah dalam dunia Islam sendiri, ia sudah mempunyai akar sejarah yang sangat lama. Namun, oleh kerana negara ini ketika sahaja dipanaskan dengan isu-isu yang kontroversial tetapi jarang sekali dihadapkan dengan perdebatan yang baik, maka ia akan mudah untuk tenggelam dan timbul dengan pantas. Bagi isu ini, dapat dilihat ramai pihak yang datang dengan hujah-hujah yang membela, malah tidak sedikit juga yang mengambil posisi untuk mencela dan menghukum.
Pilihanraya umum ke-13 baru sahaja berlalu. Namun, belum sempat untuk berpanas punggung, akan ber... more Pilihanraya umum ke-13 baru sahaja berlalu. Namun, belum sempat untuk berpanas punggung, akan berlangsung lagi satu pilihanraya baru, pilihanraya kecil yang sekali lagi akan menyaksikan pertembungan antara dua parti besar iaitu PAS dan juga UMNO. Beberapa minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang wakil rakyat daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar akibat masalah kesihatan. Peristiwa ini menandakan bahawa berlakunya kekosongan di kerusi DUN tersebut dan sekaligus pilihanraya kecil perlu diadakan. Yang menarik, pilihanraya yang akan berlangsung ini akan menjadi pilihanraya kecil pertama pada penggal ini.
Satu perkara yang menarik untuk diperhatikan di dalam keputusan pilihanraya umum ke-13 yang telah... more Satu perkara yang menarik untuk diperhatikan di dalam keputusan pilihanraya umum ke-13 yang telah berlangsung beberapa bulan yang lalu ialah berkenaan yang boleh membuktikan ia mampu melaksanakan program-program yang tetap mengusung nilai Islam tanpa semata-mata menonjolkan simbol. Dalam masa yang sama juga, ia harus didukung dengan pengurusan parti yang profesional -bukan sekadar politik kedai kopi. -12 Julai, 2013.
dengan tajuk Pragmatisme Partai Islam Se-Malaysia Dalam PRU-13) Oleh: Mohd Izzuddin Ramli
12 MEI -Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu sudahpun berakhir. Barisan Nasion... more 12 MEI -Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu sudahpun berakhir. Barisan Nasional (BN) sekali lagi berjaya mengekalkan kuasanya Walaupun masih terpalit kekecewaan rakyat terhadap Umno, laungan "Asalkan Bukan Umno" kadang-kala tidak begitu merdu di Kelantan. Tetap sahaja ada pengharapan kepada parti ini sebagai pilihan. Kerana pilihan terbaik dari yang terburuk datang daripada rahim yang sama hanya ada dua -PAS atau Umno.
awal telah menjelaskan bahawa wujud demokrasi yang sesungguhnya adalah apabila adanya kebebasan, ... more awal telah menjelaskan bahawa wujud demokrasi yang sesungguhnya adalah apabila adanya kebebasan, persamaan, persaudaraan, warganegara yang secara efektif boleh menyemak imbang dasar-dasar, pemerintah yang bertanggung jawab, jujur dan terbuka dalam proses politik, memiliki pertimbangan yang rasional dan luas, kekuasaan partisipasi yang setara, dan dasar-dasar lain dalam masyarakat. Menyedari hal ini, demokrasi di sesebuah negara itu sebenarnya menuntut untuk diukur dengan parameter setinggi mana darjah kualiti demokrasi itu dicapai, dan darjah ini dicapai melalui suatu proses berperingkat yang dikenali sebagai demokratisasi. Seperti yang telah didefinisikan oleh Robert Dahl, demokratisasi adalah suatu proses perubahan rejim autoritarian yang tidak memberi kesempatan partisipasi dan liberalisasi menuju kepada poliarki yang mana di dalamnya memberikan kesempatan partisipasi dan liberalisasi yang tinggi.
Kapitalisme berasal dari perkataan "kapital"yang bermaksud "modal". Istilah ini mula diperkenalka... more Kapitalisme berasal dari perkataan "kapital"yang bermaksud "modal". Istilah ini mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis. Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan ke-19 Masehi. Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan. 1 Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20 dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian. 2
Book Reviews by Mohd Izzuddin Ramli
Uploads