Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
SENARAI RAJAH/GAMBARAJAH Rajah Mukasurat Rajah 4.2.1 Kerja-kerja perawalan untuk membuat acuan.Papan lapis dan papan sudah pun dibentukkan mengikut pelan lukisan. 5 Rajah 4.3.1 Besi jenis bersaiz y-10 dan y-12 sebelum dipotong. 6 Rajah 4.3.2 Besi yang telah siap dibengkokkan yang terdapat dalam beberapa bentuk dan saiz yang diperlukan. 7 Rajah 4.3.3 Tetulang besi sudah siap disusun untuk penuangan konkrit ke dalam kerangka besi 8 Rajah 4.4.1 Menunjukkan keadaan selepas di tuang konkrit selepas 2 hari 9 Rajah 4.4.2 Konkrit akan dimasukkan dalam kerangka besi untuk membentuk rasuk 9 Gambar 4.5.1 : Rangka Tingkap Sebelum Siap Sempurna. 10 Gambar 4.6.1 : Rangka Pintu Sebelum Siap Sempurna. 11 1 BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Pengenalan Struktur Bangunan Struktur bangunan sangat penting dalam pembinaan kerana tanpa aspek ini bangunan tidak akan lengkap. Antara struktur bangunan adalah seperti berikut: i. Asas Asas ialah unsur bangunan yang dibina khusus untuk menangung keseluruhan berat bangunan (beban mati dan beban dikenakan) dan memindahkan beban tersebut kepada tanah. Pada kebiasaannya, asas dibina dengan kedalaman satu hingga satu setengah meter daripada aras tanah. ii. Lantai Lantai adalah permukaan yang rata untuk menanggung beban penghuni, perabot, alatan dan kadang- kadang dinding dalam. Mengikut undangundang kecil bangunan, lantai merupakan permukaan mana-mana tingkat bangunan termasuk rasuk, papan, batu, konkrit, besi atau apa-apa bahan yang berkaitan dengan sebahagian daripada permukaan tersebut. iii. Dinding Dinding merupakan satu struktur yang biasanya dalam keadaan pugak. Tujuan dinding dibina adalah untuk melindungi bangunan atau bertindak sebagai pembahagi kepada ruang-ruang atau bilik-bilik. 2 iv. Tangga Tangga ialah bahagian laluan masuk atau penghubung antara lantai dalam sesebuah bangunan. Sesuatu binaan tangga mengandungi beberapa tingkat atau anak tangga yang digunakan untuk kemudahan turun naik dari satu tingkat bangunan. Ia sama ada dibina dalam satu larian terus atau mengandungi beberapa pelantar. Oleh itu tangga boleh dibina samada dalam satu larian yang lurus atau membelok. Tiap-tiap anak tangga boleh dibina mengandungi bahagian yang mengufuk iaitu tempat untuk berpijak dan bahagian pugak yang menutupi ruang di antara jejak-jejak. v. Atap Atap merupakan elemen bangunan yang paling atas. Fungsi atap adalah untuk melindungi daripada hujan, panas dan angin. Ada kalanya bumbung berfungsi sebagai melepaskan cahaya matahari ke dalam bangunan. Ia juga dibina supaya haba tidak meresap keluar terlalu banyak melaluinya. Selain itu ada kalanya atap boleh menambahkan kecantikan pada bangunan. 4.2 Kerja-kerja acuan (formwork) 4.2.1 Pengenalan Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ 3 selain daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat.Bahan yang digunakan untuk acuan adalah papan dan papan lapis. Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut iaitu : i. kualiti dari segi kekukuhan, ii. kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan iii. keselamatan juga mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan iv. kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. 4.2.2 Antara jenis-jenis kotak bentuk yang biasa dibina di negara kita ialah : i. Kotak bentuk untuk tiang konkrit ii. Kotak bentuk untuk ambang konkrit iii. Kotak bentuk rasuk dan lantai yang bergabung iv. Kotak bentuk untuk tembok v. Kotak bentuk untuk tangga vi. Kotak bentuk untuk longkang / parit 4 4.2.3 Antara bahagian yang digunakan untuk menghasilkan kotak bentuk : i. Lapik lurah terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan lurah. ii. Papan alas lapik ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong papan kotak bentuk pada jarak yang sama. iii. Belabas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah. iv. Susur dinding ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkannya. v. Tupang menentukan jarak di antara kedua-dua lapik papan dalam acuan. vi. Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit dimampatkan. Rajah 4.2.1 Kerja-kerja perawalan untuk membuat acuan.Papan lapis dan papan sudah pun dibentukkan mengikut pelan lukisan. 5 4.3 Tetulang besi Dalam projek yang dijalankan oleh kompeni Asian Supply Base (ASB), jenis tetulang besi yang selalu digunakan ialah Y10 dan Y12. Namun terdapat juga tetulang besi yang lain digunakan untuk kerja-kerja tetulang dan mengikut spesifikasi yang telah dibenarkan dalam lukisan pelan.Tetulang besi yang berkarat tidak sesuai digunakan dalam pembinaan kerana boleh mempengaruhi kekuatan bangunan. Oleh itu sebelum memulakan kerja-kerja memasang tetulang pekerja perlu meneliti tetulang besi tersebut terlebih dahulu sebelum dipasang.Tetulang besi akan dipotong-potong terlebih dahulu sebelum membengkokkanya mengikut saiz yang diperlukan.Setiap tetulang akan diikat mempunyai jarak antara satu sama lain untuk memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit.Bahan yang digunakan adalah dipanggil ngau yang digunakan untuk mengikat besi menggunakan dawai untuk memudahkan lagi kerja pengikatan besi.Selepas semua sudah siap dilakukan barulah kerja penuangan konkrit ke dalam kerangka besi dilakukan. Rajah 4.3.1 Besi jenis bersaiz y-10 dan y-12 sebelum dipotong. 6 Rajah 4.3.2 Besi yang telah siap dibengkokkan yang terdapat dalam beberapa bentuk dan saiz yang diperlukan. 7 Rajah 4.3.3 Tetulang besi sudah siap disusun untuk penuangan konkrit ke dalam kerangka besi 4.4 Kerja-kerja konkrit 4.4.1 Pengenalan Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Seperti yang telah saya difahamkan semasa melawat tapak pembinaan, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk yang telah pun siap dipasang tetulang. Perlu dipastikan sebelum penuangan konkrit dilakukan, pemasangan tetulang perlu diperiksa dengan teliti.Setelah konkrit dituang,kerja-kerja pemadatan konkrit perlu dilakukan bagi memastikan tiada ruang udara yang tertinggal di dalam bancuhan 8 konkrit.Ini akan menghasikan konkrit yang lebih padat.Jika tidak,akan terdapat ruang udara yang terperangkap serta akan menyebabkan terhasilnya lompang.Ini boleh mengakibatkan struktur konkrit mudah pecah dan tidak kuat.Permukaan konkrit hendaklah diratakan semasa penuangan. Rajah 4.4.1 menunjukkan keadaan selepas di tuang konkrit selepas 2 hari Rajah 4.4.2 konkrit akan dimasukkan dalam kerangka besi untuk membentuk rasuk. 9 4.5 Tingkap 4.5.1 Pengenalan Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk membolehkan cahaya mataharimasuk menerusinya. Tingkap ini dikemaskan dengan bahan lutsinar atau lut cahaya yang dipasangkan kepadanya. Disampingkan membenarkan cahaya menembusinya, bahan-bahan itu bertindak sebagai penghalang angin dan hujan. Dengan adanya tingkap, udara silih berganti didalam bangunan dan pandangan ke luar. Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat bagi membolehkan lalu lalang. Daun pintu pula ialah satu perintang pejal pada sesuatu bukaan. Daun pintu ini menghalang kemasukan, perintang panasan dan juga merintangi cuaca. 4.5.2 Jenis-Jenis Tingkap i. Tingkap berengsel ii. Tingkap gelangsar iii. Tingkap majmuk iv. Tingkap gantungan sisi (berbingkai) Gambarajah 4.5.1 : Rangka Tingkap Sebelum Siap Sempurna. 10 4.6 Pintu 4.6.1 Jenis-Jenis Pintu i. Pintu rata ii. Pintu berpanel iii. Pintu kayu beloti Gambarajah 4.6.1 : Rangka Pintu Sebelum Siap Sempurna. 4.6.2 Kerja pemasangan rangka tingkap dan pintu a) Kerja pemasangan rangka pintu dan tingkap perlu dilakukan dengan teliti. b) Ia perlu dipasang sebelum kerja pemasangan batu-batu dilakukan. c) Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik. d) Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan supaya berada dalam keadaan yang pugak. e) Kepugakannya bole ditentukan dengan menggunakan pelambab. f) Selain itu, rangka tingkap dan pintu itu ditupang pada bahagian tengah, atas dan bawah. 11 g) Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang konkrit yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu-bata dijalankan. 4.7 Kerja bata 4.7.1 Pengenalan Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya : 1. Simen – Simen hendaklah daripada jenis Simen Portland biasa. 2. Pasir – Pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selaput atau kotoran lain. 3. Motar – Motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang ditetapkan. Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera. 4.7.2 Prinsip Utama Ikatan Bata Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah : i. Mengadakan lekap ¼ dan bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik di permukaan mahupun di dalam tembok. ii. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilantembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan 12 kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. 4.7.3 Jenis Ikatan Bata Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah: i. Ikatan Sisi Bata ii. Ikatan Kepala Bata iii. Ikatan Inggeris iv. Ikatan Flemish 4.7.4 Ikatan Sisi Bata a) Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata atau 112.5mm. b) Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada kepalanya. Lengkap ialah ½ bata. c) Pembinaan bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. d) Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembiksekatan, tembok tandas, bilik dan sebagainya. 4.7.5 Kerja-Kerja Pembinaan Ikatan Bata a) Benang dan pelembab digunakan untuk menandakan kawasan ikatan bata. b) Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik benang tadi ke atas mengikut ukuran yang ditetapkan dengan disertakan paku sebagai pengukuhan. 13 c) Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat ikatan bata nanti dibina. d) Lapisan kalis lembab dipotong dan diletakkan di atas bitumen tadi. e) Dengan menggunakan sudip tangan, bancuhan mortar akan diturap di atas lapisan kalis lembap. f) Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi. Sambungan antara bata dengan bata ditempelkan sedikit mortar sebagai pengikat bata itu. g) Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau menegak. h) Jaring keluli ‘exment’ dipasang setiap 4 lapisan bata yang berfungsi sebagai menguat dan mengukuhkan ikatan bata itu sendiri. a) Contoh pembinaaan ikatan bata : Gambarajah 4.7.1 : Bancuhan Mortar. 14 Gambarajah 4.7.2 : Memasang ikatan Bata. Gambarajah 4.7.4 :Sudu digunakan untuk meletakkan dan meratakan mortar pada permukaan bata. Gambarajah 4.7.5 : Hasil Pembinaan Ikatan Bata 4.7.6 Kerja-Kerja Melepa Dinding Bata 15 Kerja melepa (plastering) akan dilakukan apabila kerja-kerja ikatan bata siap dikerjakan. Berikut adalah langkah-langkah permulaan (plastering) : i. Simen yang digunakan adalah jenis Portland biasa yang memenuhi piawai British BS 12. ii. Bahan pemudah adun dicampurkan bersama-sama bancuhan mortar. b) Contoh kerja melepa dinding bata : Gambarajah 4.7.6 : Bancuhan Mortar. 16 Gambarajah 4.7.7 : Lapisan Lepaan Pertama. Gambarajah 4.7.8 : Kerja Melepa Dinding Dijalankan. Gambarajah 4.7.9 : Hasil Daripada Kerja Melepa Dinding. 17 4.8 keselamatan diri sendiri Objektif yang utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kematian pekerja. Oleh sebab itu, keselamatan diri sendiri patutlah diutamakan. Pekerjapekerja yang harus diambil berat untuk menjaga keselamatan diri sendiri adalah seperti berikut : i. Menjaga Kesihatan Diri Sendiri Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam apa yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja, oleh itu seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak mengalami sebarng keuzuran. Kesihatan rohani pula hendaklah dikawal dari segi fikiran pekerja, tidak marah, tidak sedih atau berangan-angan semasa bekerja. ii. Disiplin Semasa Bekerja Disiplin adalah satu perkara yang sangat penting semasa bekerja. Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan selalu berwaspada. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti : i. Menyimpan alat-alat tajam dalam saku ii. Membiarkan paku yang telah digunakan berselerak iii. Membuang sampah-sarap merata-rata dan sebagainya Berdisiplin bermakna menanamkan tabiat-tabiat yang positif dalam kerjanya seperti menjaga kebersihan, mematuhi peraturanbekerja dan bekerjasama dengan pekerja lain. Tabiat yang positif dan sihat selalunya mengurangkan kemalangan serta meningkatkan produktiviti. iii. Pengetahuan 18 Sebelum melakukan kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang dikerjakan dan juga alat atau mesin yang digunakan. Tindak balas bahan-bahan terutamanya bahanbahan kimia boleh mendatangkan kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat teknologi tinggi. iv. Pakaian Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. serebeh adalah punca kemalangan. Pakaian yang koyak dan Kasut atau but keselamatan yang mengandungi kepingan keluli di bahagian hadapannya adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal dan sandal tidak harus dipakai semasa bekerja di tapak pembinaan atau bengkel. v. Perlindungan Mata Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata sendiri mengimpal atau mencanai, cermin mata keselamatan (safety goggle) atau perlindung muka hendaklah dipakai. vi. Perlindungan Kepala Topi keledar hendaklah dipakai apabila berada di kawasan pembinaan terutama dalam pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat kerana barang-barang dari tingkat atas sering terjatuh kebawah. Dengan memakai topi keledar, kecederaan kepada kepala dapat dikurangkan. vii. Perlindungan Tangan Sarung tangan dapat melindung tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli, memindahkan bata dan sebagainya hendaklah memakai sarung tangan. Akan tetapi, jangan guna sarung tangan apabila bekerja dengan mesin yang bergerak seperti mesin canai dan mesin pelarik kerana sarung tangan mungkin tersangkut pada mesin dan mengakibatkan kemalangan. 19 viii. Tali Pinggang Keledar Apabila bekerja ditempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya dapat menggelakkan daripada terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak keran mengikut statistik, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan ialah pekerja terjatuh dari tempat tinggi. 4.8.1 KESELAMATAN ORANG LAIN a) Isyarat Tanda Amaran Isyarat tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan terang pada tempat-tempat yang strategik di kawasan pembinaan supaya dapat dilihat oleh orang ramai. b) Pagar Kawasan Pembinaan Kawasan pembinaan yang merbahayan seperti penggorekan peparit, pembinaan acuan yang tinggi, tempat menyimpan bahan-bahan jentera dan sebagainya mestilah dipagarkan di sekelilingnya untuk mencegah orang ramai masuk ke kawasan ini. c) Memasang Jaring Bagi pembinaan bangunan yang tinggi, jaring perlu dipasangkan di bawah, biasanya atas tingkat pertama atau tingkat kedua, di sekeliling bangunan untuk menahan bahan-bahan yang terjatuh dari atas. d) Kawalan Pada Alat Dan Jentera Yang Rosak Sebarang alat, jentera atau perkakas lain yang rosak hendaklah disimpan atau dibaiki. Tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan jelas jika alat-alat tersebut tidak dapat disimpa. Laporan kerosakan mestilah dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta. 4.8.2 KESELAMATAN ALAT DAN MESIN 20 Alat-alat dan mesin-mesin hendaklah dijaga supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Alat-alat yang rosak bukan sahaja menggangu kerja bahkan merbahaya kepada pekerja yang menggunakannya. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang berikut haruslah diambil perhatian : 1. Alat-alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan supaya tidak mudah berkarat atau rosak. 2. Alat-alat hendaklah disimpan pada tempatnya selepas digunakan. Jangan biarkan alat berselerak di atas lantai. 3. Apabila menghulurkan alat tajam kepada orang lain, halakan pemegangnya dan bukan bahagian hujung yang tajam. 4. Bagi sesuatu kerja tertentu, gunakanlah alat yang sesuai. 5. Tukul besi yang pemegangnya longgar hendaklah dibaiki terlebih dahulu sebelum digunakan. 6. Pastikan semua alat elektrik dibumikan sewajarnya dan apabila menggunakan mesin, pastikan peraturan keselamatan bagi mesin tersebut dipatuhi. 7. Tutupkan suis penyambung elektrik apabila mesin tidak digunakan. 8. Jangan berbual-bual atau bergurau senda semasa membuat kerja dengan menggunakan mesin. 9. Jangan gunakan mesin apabila berasa badan kurang sihat. 10. Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin. 11. Pastikan semua bekalan kuasa elektrik ditutup sebelum meninggalkan bengkel. 4.8.3 ISYARAT DAN PAPAN TANDA Dalam bengkel dan tapak pembinaan adalah perlu diwujudkan suasana yang sentiasa mengingatkan dan menarik perhatian pelatih dan pekerja supaya menjaga keselamatan. Papan tanda dan isyarat-isyarat dipamerkan pada tempat-tempat yang strategi merupakan amalan lazim. Papan tanda dan isyarat berupa tulisan, lukisan atau grafik yang berwarna terang seperti kuning dan merah hendaklah dibuat secara ringkas, terang dan senang difahami. 21 Isyarat dan papan tanda boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu umum dan khas. Isyarat umum adalah seperti : a) “UTAMAKAN KESELAMATAN” b) “NYAWA ANDA DALAM TANGAN ANDA” c) “TEMPAT BERSIH, NYAWA SELAMAT” d) CUAI-MAUT Isyarat khas adalah seperti : a) “Gunakan saya” b) “Adakah anda memakai TOPI KELEDAR ?” c) “ASID MEMBAKAR” Selain daripada itu, garisan sempadan kerja mesin juga perlu ditandakan di sekeliling mesin sebagai isyarat menjaga keselamatan semasa mesin tersebut dijalankan. Tandatanda amaran dan penunjuk lalulintas juga dianggap perlu didalam bengkel mahupun di tapak pembinaan. Kesimpulannya, pelatih dan pekerja perlu diingatkan selalu tentang keselamatan. 22 Gambarajah 4.8.1 : Contoh Papan Tanda ‘UTAMAKAN KESELAMATAN’ Pada Tapak Pembinaan. 4.8.4 PERTOLONGAN CEMAS Kemalangan mungkin menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa walaupun segala langkah pengawasan dan pencegahan telah diambil. Oleh sebab itu, adalah penting bagi kita melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam pertolongan cemas untuk menghadapi dan mengatasi keadaan yang tidak disangka berlaku. Perkara-perkara yang harus dibekalkan dan diketahui ialah seperti berikut : i. Peti ubat pertolongan cemas, ii. Peraturan asas dalam pertolongan cemas, iii. Rawatan bagi kecederaan yang ringan, iv. Pertolongan asas. Alat-Alat Dan Peti Ubat Pertolongan Cemas 23 Alat-alat seperti ‘stretcher’ , selimut, dan sebuah peti ubat perlu disediakan di dalam tiaptiap bengkel, terutamanya bengkel-bengkel pertukangan. Ubat yang disimpan dalam peti ubat ini hendaklah dilabelkan nama, jenis dan kegunaanya. Peti ubat tersebut tidak harus dikunci dan hendaklah diperiksa dari masa ke semasa untuk memastikan kandungannya cukup serta dalam keadaan yang sempurna. Bekalan ubatubat dan alat-alat yang berikut adalah perlu dan mustahak : i. Ubat biru – untuk luka-luka kecil dan kudis. ii. Ubat kuning – untuk luka-luka sederhana besar dan kudis. iii. Ubat biji panadol – untuk pening dan sakit kepala serta demam. iv. Antiseptik (seperti Dettol dan spirit) – untuk mencuci luka-luka dan alat-alat. v. Krim antiseptik – untuk disapu pada luka-luka kecil. vi. Kain jarang (sterile gauze dressing) 10cm x 10cm – untuk membersih dan membalut luka. vii. Kain pembalut segi tiga – untuk membendung tangan yang terseliuh dan sebagainya. viii. Gulungan kain pembalut 5cm lebar – untuk membalut luka selepas ditutup dengan kain jarang. ix. Pembalut atau pelekatberubat (plaster) – untuk melekat luka-luka dan sebagainya. x. Gulungan kapas. xi. Gunting. xii. Pisau tajam. xiii. Alat penitik ubat. xiv. Jarum atau pin. xv. Termometer. xvi. Botol untuk air panas. xvii. Beg untuk air batu. xviii. Cawan ukur. xix. Pelekat elastoplas atau yang seumpamanya. Peraturan Asas Dalam Pertolongan Cemas Perkara-perkara yang berikut hendaklah diamalkan apabila menghadapi sesuatu kecemasan : 24 1. Jangan mengalihkan seseorang yang cedera kecuali terpaksa berbuat demikian. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan tambahan. 2. Bertindak dengan segera jika seseorang itu luka dan mengeluarkan banyak darah dengan banyak, terhenti pernafasan atau teminum racun. 3. Baringkan pesakit dalam keadaan terlentang. Jika dia muntah-muntah pastikan lehernya tidak patah. Pusingkan badan dan kepalanya kesebelah kiri ataupun sebelah kanan. 4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 5. Periksa mangsa tersebut dengan teliti. Kurangkan sakitnya dengan melonggarkan pakaiannya. Pakaian pesakit yang luka terbakar jangan dibuka. 6. Sentiasa bertenang dan cuba menenangkan pesakit. 7. Selalu bersedia memberi rawatan dengan segera kepada kes renjatan. 8. Jangan memberi sebarang minuman dan juga jangan cuba mengejutkan orang yang sudah pengsan dengan menggoncangkan badannya. 25 cara memukul, menampar ataupun