Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk brought to you by ISLĀMMIYYĀT 36(1) 2014: 63 - 70 Dakwah PERKIM kepada Etnik Cina di Malaysia (PERKIM Propagation to Chinese Ethnic in Malaysia) NUR HIEADAYAH ABDUL RAHIM IDRIS ZAKARIA ABSTRAK PERKIM adalah salah sebuah organisasi dakwah yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan seseorang yang baru memeluk agama Islam serta mengajar dan membimbing mereka bagi memahami ilmu fardu ain. Kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti yang dijalankan oleh PERKIM kepada mualaf Cina dari 2001-2011. Kajian ini ialah kajian perpustakaan dan lapangan yang menggunakan kaedah penyiasatan, temubual dan pemerhatian. Responden kajian ini terdiri daripada 25 orang yang telah menghadiri kelas yang dianjurkan oleh PERKIM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dengan menggunakan skala Likert dan skala Guttman dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa kebanyakan responden dapat mencapai kefahaman Islam yang memuaskan selepas menghadiri kelas dan program yang dianjurkan oleh PERKIM. Kata kunci: Dakwah; etnik Cina; PERKIM; mualaf ABSRACT PERKIM is one of the missionary organisations which is responsible for looking after the welfare of new converts to Islam as well as to teach and guide them in understanding the Islamic tenets and principles. This study focuses on the activities undertaken by PERKIM that affect the Chinese converts from 2001-2011. The research is based on library and field work researches by using investigative surveys, interview and observation. The respondents of the study consisting of 25 persons who have attended the classes organised by PERKIM. The instrument used in the study is the survey form method using the Likert scale and the Guttman scale and then it is analysed by using the ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS). As a result, it finds that most respondents are able to achieve meaningful understanding of Islam after attending classes and programmes organised by PERKIM. Keywords: Propagation; Chinese ethnic; PERKIM; convert PENGENALAN Dakwah bermaksud menyeru dan membimbing serta meyakinkan sesuatu perkara secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Dalam era moden ini, telah wujudnya pelbagai badan dakwah dan organisasi-organisasi Islam di Malaysia yang bertujuan untuk memperjuangkan Islam serta menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat sekeliling. PERKIM adalah salah satu organisasi Islam yang masih bergiat aktif berdakwah kepada masyarakat Muslim dan juga nonMuslim. SEJARAH PERKIM Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum Ytm Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. PERKIM telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Ogos 1960 di rumah rasmi Tunku di Kuala Lumpur. Tujuan CORE provided by UKM Journal Article Repository utama penubuhan PERKIM adalah untuk menyampaikan seruan Islam kepada non-Muslim di Malaya terutamanya mereka dari golongan Cina (www.perkim.net.my/12 Jan 2012). Sewaktu penubuhan PERKIM, pelbagai masalah yang timbul antaranya ketiadaan orang Cina di Malaya yang layak dijadikan guru untuk menyampaikan dakwah kepada kaum Cina. Berbeza pada hari ini, ada pendakwahpendakwah dari golongan Cina Muslim yang lebih berilmu dan hebat dalam menegakkan syiar Islam. Kini PERKIM semakin maju kehadapan dengan wujudnya cawangan-cawangan PERKIM hampir di setiap negeri di Malaysia yang dikenali sebagai PERKIM negeri. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negeri kecuali Sabah. Segala pengurusan PERKIM bahagian dikendalikan oleh pengerusi PERKIM bahagian yang telah dilantik dalam mesyuarat Agung PERKIM bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan akan menyalurkan peruntukan untuk penggajian kakitangan dan juga beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM bahagian. Dalam menjalankan Islāmmiyyāt 36(1) 2014 64 kegiatan dakwah, PERKIM menyedari bahawa usaha dakwah bukanlah terhenti sekadar Islamnya seseorang. Malah ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti memberi kefahaman, pengajaran dan didikan agama yang sebenar secara berterusan. Menurut YDP PERKIM kini Tun Dr. Mahathir Mohamad (2010:11) dalam ucapannya di Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM yang ke-50 pada 13 Februari di bilik mesyuarat PERKIM Kebangsaan, telah menyatakan beberapa dasar dan pendekatan dakwah. Menurut beliau, dalam melaksanakan pendekatan dakwah untuk saudara baru terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Dakwah yang disampaikan mestilah berteraskan saranan dua sumber utama iaitu al-Quran dan Hadis yang sohih. Setiap pendakwah mestilah menghakis perspektif negatif terhadap Islam dari pandangan mata golongan non-Muslim sebagai miskin, tidak berilmu, ekstrim, pengganas dan sebagainya. Menggerakkan para pendakwah dan sukarelawan yang berilmu dalam segala bidang selain daripada ilmu agama. Penampilan seseorang pendakwah hendaklah mencerminkan orang yang berilmu dan berakhlak mulia serta berjaya dalam semua perkara. Para pendakwah mestilah menjelaskan pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam al-Quran. Mempertingkatkan kegiatan kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama dalam kerja-kerja relief bencana alam, ziarah pesakit dan juga dalam sambutan harihari kebesaran. Malaysia adalah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum dan bangsa mempunyai pelbagai kebudayaan dan corak hidup yang berbeza. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010 adalah sebanyak 28.3 juta meningkat berbanding pada tahun 2000 iaitu seramai 23.3 juta sahaja. 24.6% daripadanya adalah dari bangsa Cina. Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3%. Jumlah penduduk kaum Cina di Malaysia adalah seramai 6.392 juta. Seramai 42 048 orang daripada jumlah kaum Cina tersebut adalah Muslim.Di Malaysia, Cina Muslim atau dilahirkan sebagai seorang Muslim dikenali sebagai “Hui Min” atau “Hui Chiaw” yang bermaksud agama yang suci dan benar manakala dalam konteks Islam, mereka dikenali sebagai Cina Mualaf. AKTIVITI-AKTIVITI DAKWAH PERKIM Aktiviti-aktiviti PERKIM meliputi empat perkara utama iaitu dakwah, kebajikan, pendidikan dan penerbitan. PERKIM biasanya mengadakan aktivitinya sendiri atau bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dakwah dan kebajikan Islam yang lain sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sepanjang tempoh penubuhannya, PERKIM telah berjaya melaksanakan beberapa aktivitiaktiviti pada setiap tahun. Dalam kajian ini, penulis akan menyatakan beberapa aktiviti yang agak penting yang lebih menumpukan kepada saudara baru Cina bermula dari tahun 2000 hingga 2011 yang meliputi ketiga-tiga aspek iaitu (kebajikan, dakwah, penerbitan dan pendidikan). DAKWAH Bahagian dakwah bertanggungjawab mengatur segala aktiviti dakwah berkaitan dengan saudara baru mahupun kepada masyarakat. Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting dalam organisasi PERKIM. Terdapat pelbagai aktiviti yang membantu membimbing saudara baru supaya memahami Islam. Elemen penting bagi dakwah adalah untuk menjalankan usaha dalam menyampaikan seruan Islam (dakwah Islamiah) kepadaorang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan. Objektif utama bahagian dakwah adalah: 1. 2. 3. Memperkenalkan ajaran agama Islam yang sebenar kepada masyarakat dan menghapuskan pandangan negatif non-muslim tentang Islam. Mempertingkatkan ajaran penghayatan Islam dikalangan anggota masyarakat Islam dan sekali gus dapat memupuk minat serta komitmen berdakwah, menyampaikan risalah Islamiah kepada bukan Islam. Membantu orang-orang yang baru memeluk Islam supaya dapat memahami dan menghayati ajaran agama Islam yang sebenar. STATISTIK SAUDARA BARU CINA DARI TAHUN 2000-2011 YANG BERDAFTAR DI PERKIM KEBANGSAAN KUALA LUMPUR 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2007 2006 2008 2009 2010 2011 L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P 95 56 111 59 86 67 77 58 53 41 53 41 73 34 75 29 20 28 47 23 36 14 40 28 RAJAH 1. Statistik Saudara Baru Cina yang Berdaftar di PERKIM Kebangsaaan 2000-2011 65 Dakwah PERKIM kepada Etnik Cina di Malaysia 4. Menyelaras perancangan dan perlaksaan aktiviti dakwah di segenap peringkat supaya ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan (Ishak Othman: 2010, 11-12). Aktiviti-aktiviti bahagian dakwah PERKIM merangkumi: 1. 2. 3. 4. 5. Mengadakan PengIslaman saudara baru. Tugas pengislaman merangkumi penerangan tentang Agama Islam, mengucap dua kalimah syahadah, pendaftaran pengislaman serta urusan berkhatan. Pegawai PERKIM lelaki akan mengajak saudarasaudara baru lelaki datang ke pejabat PERKIM pada setiap hari Jumaat untuk bersama-sama pergi menunaikan Solat Jumaat. Bahagian dakwah PERKIM telah menyediakan khidmat rundingcara dan kaunseling kepada saudara baru yang bermasalah. Dakwah kepada masyarakat Cina sama ada yang Muslim dan non-Muslim akan diadakan pada setiap tahun. Antaranya program dakwah masyarakat Cina di kawasan perkampungan Cina seperti Pulau Ketam, Bagan Hailam dan sebagainya. Menyambut parayaan Tahun Baru Cina dan perayaanperayaan yang lain bersama-sama masyarakat selagi tidak bertentangan syarak. KEBAJIKAN PERKIM amat prihatin terhadap kebajikan orang-orang yang tidak berkemampuan. Di dalam organisasi PERKIM terdapat bahagian kebajikan yang bertujuan menjalankan semua kerja-kerja kebajikan seperti: 1. Memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada mereka yang berkelayakan. 2. menziarahi orang sakit, miskin, dhaif dan mereka yang layak diberi bantuan. 3. Menyediakan khidmat yang berbentuk kebajikan, bantuan kewangan, barangan keperluan harian, dermasiswa kepada pelajar dan dalam bantuan dalam bentuk kecemasan. 4. Menubuhkan beberapa bangunan antaranya Pusat Pemulihan Kesihatan Sentul, Kuala Lumpur, Tadika Kg. Koh Sitiawan, Perak dan Taspura PERKIM (Ishak Othman 2010: 19). 5. PERKIM telah menubuhkan beberapa asrama untuk anak-anak yatim, anak-anak orang asli dan juga asrama buat saudara-saudara baru yang tiada tempat tinggal atau sebatang kara (Azilawani 2011). 6. PERKIM juga menyediakan pekerjaan bagi mereka yang memerlukan. 7. Bantuan Hari Raya dan Majlis Berbuka Puasa bersama Saudara Baru. 8. Memberi surat sokongan kepada yang berkelayakan. 9. Mengadakan Majlis perkahwinan silang budaya. 10. Mengadakan program ziarah hospital pada setiap bulan. PENDIDIKAN PERKIM juga berperanan memberi, mengadakan, mengurus dan menjalankan usaha pembelajaran dan memberi pendidikan Agama Islam melalui pelbagai cara kepada saudara baru ini. Kemasukan saudara baru ini atau Saudara Muslim haruslah dibimbing, diberikan tunjuk ajar segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam. PERKIM bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran kepada saudara Muslim ini iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Mengadakan kelas fardhu ‘Ain, di negeri. Mewujudkan pusat-pusat pembelajaran agama dan sebagainya (Ishak Othman 2010: 12-13). PERKIM telah menubuhkan pusat pengajiannya yang pertama yang kini dikenali sebagai Institut Dakwah Islamiah PERKIM (Idip). PERKIM telah menubuhkan Institut PERKIM-Goon (Ipg) pada tahun 1981 yang terletak di 239 Jalan Burma, Penang (http://www.etawau.com/edu/Kolej/ Ipg.htm (29/02/2012)). Bantuan persekolahan dan dermasiswa. PENERBITAN Medium untuk mendapatkan ilmu, pelajaran dan pembelajaran kini tidak hanya tertumpu kepada belajar dengan guru, menghadiri kelas-kelas syarahan dan ceramah-ceramah agama sahaja. Aktiviti penerbitan ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menerbit bahan-bahan cetakan dalam bentuk majalah, akhbar, makalah, risalah, poster dan buku-buku agama bagi memudahkan masyarakat khususnya mereka yang ingin memahami Islam. Menghasilkan pamplet-pamplet serta buku-buku PERKIM. Buku-buku ini mengandungi aktivitiaktiviti yang telah dijalankan oleh pihak PERKIM serta diselitkan juga beberapa bahagian untuk motivasi diri. Buku-buku yang dihasilkan oleh PERKIM adalah seperti Suara PERKIM, Buletin PERKIM, Islamic Herald (bahasa Inggeris), Nur Islam (bahasa Cina), pamplet PERKIM dan buku-buku PERKIM. Bahagian penerbitan ini turut menghasilkan video serta audio yang berkaitan tentang pengIslaman sebagai rujukan. Mengadakan pameran terbuka yang mempamerkan hasil karya PERKIM. Buku-buku dan risalah yang diterbit oleh PERKIM disebarkan secara percuma kepada para mualaf dan orang awam (Abdul Shukor & Nor Fadzila 1999). AKTIVITI-AKTIVITI PERKIM BERSAMA MACMA Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) adalah merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1994. Macma adalah salah satu badan gabungan PERKIM. Terdapat beberapa aktiviti yang dianjurkan Islāmmiyyāt 36(1) 2014 66 Macma bersama-sama dengan PERKIM. Aktiviti Macma terbahagi kepada aktiviti-aktiviti tetap dan aktiviti-aktivti semasa. Aktiviti tetap bermaksud segala aktiviti yang mempunyai jadual tetap dan berterusan seperti kelas-kelas bimbingan agama kepada saudara baru Cina. Manakala aktiviti semasa pula adalah merupakan aktiviti yang tidak mempunyai jadual tetap. Ianya termasuklah majlis sambutan hari kebesaran atau perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Maulidul Rasul, Majlis-majlis silaturrahim, seminar, dialog, nadwah kefahaman Islam dan sebagainya. Aktiviti tetap biasanya dilaksanakan pada setiap minggu dan berterusan hingga ke tahun-tahun seterusnya dengan pengisian-pengisian yang berbeza. Aktiviti-aktiviti semasa pula biasanya dilaksanakan sekalisekala dan tidak semestinya dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang. Selain itu, PERKIM dan Macma juga banyak menganjurkan aktiviti bersama seperti program motivasi atau pemantapan akidah, kursus-kursus perihal agama Islam dan sebagainya. Selain itu, Macma berusaha untuk membina sebuah kompleks kebudayaan Cina Islam bertujuan untuk menyediakan kemudahan masyarakat Cina yang beragama Islam bagi menjalankan aktiviti dakwah, pendidikan dan kebudayaan Cina yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. MASALAH-MASALAH DALAM KEGIATAN DAKWAH Masalah-masalah yang timbul semasa berdakwah dapat dibahagikan kepada 2 pihak yang ringkasnya dapat disebutkan sebagai berikut: 1. 1. Pihak PERKIM a. Sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada saudara baru itu sendiri. Contohnya mereka tidak berdaftar dibawah badan-badan dakwah ini. b. Terdapat segelintir daripada saudara baru yang suka mengambil kesempatan terhadap kebajikan yang telah disediakan oleh pihak PERKIM. c. Kekurangan kewangan bagi menjalankan aktivitiaktivi dakwah. d. Terdapat juga saudara baru yang mengugut untuk murtad jika permintaannya tidak ditunaikan. e. Kekerapan saudara baru yang sering meminta bantuan kecemasan. Masyarakat Muslim Cina a. Keluarga dan bangsa Cina kebanyakannya tidak menerima kaum mereka yang telah memeluk Islam kerana ia bertentangan dengan tradisi agama asal. b. Saudara baru Cina yang bekerja di bawah orang yang bukan Islam kebanyakannya dipandang serong dan sering diketepikan. c. Sesetengah keluarga Muslim Cina yang masih belum Islam akan memaksa anak-anak mereka untuk kembali menganut agama asal semula. d. Saudara baru Cina yang baru memeluk Islam menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri mereka sebagai seorang Muslim. HASIL KAJI SELIDIK TERHADAP SAUDARA BARU CINA Satu penyelidikan telah dilakukan terhadap 25 orang saudara baru Cina yang hadir ke kelas-kelas pengajian PERKIM untuk melihat kefahaman Islam dikalangan mereka. Berikut merupakan huraian terhadap soal selidik yang diedarkan kepada 25 responden yang menghadiri kelas-kelas pengajian di PERKIM. Latar belakang responden meliputi jantina, umur, status, pendidikan, pekerjaan, tempoh memeluk Islam, sebab memeluk Islam, pendorong, cara mendalami Islam serta tentangan yang dihadapi responden setelah memeluk Islam. Secara keseluruhannya kebanyakan responden telah berkahwin. Tahap pendidikan mereka majoritinya hanya Spm. Berdasarkan data berikut kebanyakan responden bekerja sendiri. Ini membolehkan mereka menghadiri kelas-kelas pengajian PERKIM tanpa terikat dengan waktu. 60.0% daripada responden memeluk Islam atas dasar kemahuan diri mereka sendiri dan kebanyakkan telah lama memeluk Islam iaitu lebih 6 tahun. Responden berpendapat bahawa Agama Islam adalah agama yang terbaik. Daripada data tersebut menunjukkan responden mendalami Agama Islam berpandukan kepada guru-guru agama iaitu dengan kehadiran merka ke dalam kelas-kelas pengajian berbanding membaca buku. Ini kemungkinan sesetengah responden tidak tahu membaca dan menulis. KEFAHAMAN RESPONDEN DARI ASPEK AKIDAH DAN IBADAH Bahagian ini cuba merungkai persoalan tentang kefahaman 25 orang responden dari aspek akidah dan ibadah sepanjang mereka memeluk Islam dan mengikuti kelaskelas pengajian agama di PERKIM. Sebanyak 10 soalan telah dikemukankan. Item Ya atau Tidak Pasti diberikan kepada responden untuk membuat pilihan. Jadual 2 menerangkan bahawa responden secara umumnya memahami asas-asas akidah dan ibadah dalam agama Islam. Ini dapat dilihat dari soal selidik dalam jadual 2 tersebut. Berdasarkan graf 20 responden dapat memahami bahawa zakat harta adalah bagi mereka yang mempunyai kemampuan iaitu sebanyak 96.0%. Bagi graf 12 terdapat 24.0% daripada responden menjawab tidak pasti, berkemungkinan bahawa mereka adalah terdiri daripada mereka yang baru memeluk agama Islam dan belum mendapat pendedahan yang meluas mengenai Islam. Keseluruhan responden bersetuju bahawa Agama Islam adalah agama yang dapat memberi ketenangan dan kebahagian kepada umatnya dengan purata 100.0%. 67 Dakwah PERKIM kepada Etnik Cina di Malaysia JADUAL 1. No. Graf Kategori Graf 1 Jantina Graf 2 Graf 3 Graf 4 Graf 5 Graf 6 Graf 7 Graf 8 Graf 9 Graf 10 Peratus Umur Sebab-sebab memeluk Islam Perempuan 52.0% 48.0% 21-35 THN 36-45 THN 46 tahun 8.0% 4.0% 8.0% 80.0% Bujang Berkahwin Duda Janda 16.0% 60.0% 12.0% 12.0% Tidak sekolah Sek rendah Sek menengah Institut pengajian tinggi 12.0% 28.0% 56.0% 4.0% Pelajar Bekerja sendiri Sektor awam Sektor swasta Tidak bekerja 8.0% 48.0% 8.0% 20.0% 16.0% 6 bulan 7 bln-1 thn 2-3 thn 4-5 thn 6 thn 8.0% 8.0% 8.0% 12.0% 64.0% Agama lain tiada ketenangan Islam agama yg terbaik Islam agama yang adil Perkahwinan Lain-lain 20.0% 52.0% 8.0% 8.0% 12.0% Pekerjaan Tempoh Islam Lelaki 20 tahun Status Pendidikan Maklum Balas Responden Pendorong Cara mendalami Islam Diri sendiri Keluarga Rakan Lain-lain 60.0% 24.0% 8.0% 8.0% Guru-guru agama Ceramah-ceramah agama Kitab dan buku-buku agama 72.0% 24.0% 4.0% Adakah menerima tenangan Ya Tidak 36.0% 64.0% JADUAL 2. Maklum Balas Kefahaman Responden Graf Kefahahaman responden dari aspek akidah dan ibadah 11 Ya Tidak Pasti Seseorang yang memeluk Islam mestilah mengucap dua kalimah syahadah 96.0% 4.0% 12 Menyembah berhala membatalkan keislaman seseorang 76.0% 24.0% 13 Rukun Islam ada 5 perkara 80.0% 20.0% 14 Menunaikan solat merupakan satu kewajipan kepada umat Islam 92.0% 8.0% 15 Islam adalah agama yang memberi ketenangan dan kebahagiaan 100.0% 16 Menunaikan Ibadah puasa adalah wajib pada bulan Ramadhan 96.0% 4.0% 17 Zakat fitrah ditunaikan pada setiap tahun 92.0% 8.0% 18 Zakat adalah bagi mereka yang memerlukan 96.0% 4.0% 19 Zakat harta adalah bagi mereka yang berkemampuan 96.0% 4.0% 20 Ibadah haji adalah wajib bagi mereka yang berkemapuan sahaja 92.0% 8.0% Islāmmiyyāt 36(1) 2014 68 PELAKSANAAN DAKWAH PERKIM KEPADA SAUDARA BARU Bahagian ini pula bertujuan untuk meneliti sejauh mana tahap pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh pihak PERKIM kepada saudara baru. Jadual 3 tersebut menggambarkan kebanyakan responden bersetuju dalam perkara-perkara yang diajukan. Ini memberi gambaran yang positif tentang hubungan sosial di antara kedua-dua belah pihak. Kebanyakan responden sangat bersetuju bahawa PERKIM merupakan salah satu badan dakwah yang sesuai bagi saudara baru tanpa mengira bangsa. Majoriti responden sangat bersetuju bahawa tenaga pengajar di kelas-kelas PERKIM amat berkebolehan dalam penyampaian dari segi sesi pengajaran selain mudah difahami. Modul-modul yang diajarkan kepada saudara juga amat bersesuaian dengan tahap mereka yang baru mempelajari Islam. Walaupun begitu, bagi item 30 iaitu pihak PERKIM sangat prihatin terhadap masalah-masalah saudara baru, sebanyak 16.0 % responden kurang bersetuju akan pernyataan tersebut. Hal ini, berkemungkinan saudara baru tersebut tidak melaporkan kepada pihak PERKIM atau pihak PERKIM sendiri terlepas pandang akan masalah yang dihadapi mereka kerana kekangan masa dan kekurangan pegawai yang memantau. CADANGAN Penulis telah melakukan beberapa pemerhatian ke atas dakwah kepada Muslim dan non-Muslim. Penulis dapati masih terdapat perkara-perkara yang perlu ditambahbaikkan oleh para pendakwah terutamanya bagi pihak PERKIM amnya bagi masyarakat Muslim. Antaranya: JADUAL 3. 1. Saranan kepada PERKIM a. Mewujudkan banyak bengkel-bengkel kesedaran dakwah dari masa ke semasa khusus bagi saudara baru Cina. b. Pihak PERKIM menganjurkan lebih banyak dialog keagamaan antara masyarakat cina Muslim dan Non- Muslim Cina. c. Bahagian penerbitan dan media haruslah lebih kreatif dan aktif dalam menyebarkan maklumat menerusi laman sosial dengan hebahan majlismajlis keraian seperti jemputan kenduri doa selamat, walimah perkahwinan, majlis kesyukuran dan sebagainya. d. Pihak PERKIM juga boleh mewujudkan ruang soal jawab agama melalui laman sosial untuk memberi penjelasan yang cepat dan pantas. e. Pihak PERKIM hendaklah menyediakan tempat tinggal yang hampir dengan kelas-kelas pengajian agama bagi memudahkan saudara baru ini mengikuti pengajian. f. Pihak pengajar hendaklah mempelbagaikan corak pengajaran dengan membawa saudara baru melawat pusat-pusat kesenian Islam, pameranpameran Islam dan sebagainya. g. Pihak PERKIM hendaklah menjemput pendakwah daripada kalangan masyarakat Cina Muslim menerangkan mengenai keindahan Islam dari segi makanan, keindahan Islam dari segi kehidupan, keindahan Islam dari segi pemakaian dan sebagainya. h. Program keluarga angkat khas bagi golongan saudara baru bagi mendalami dan mempelajari kehidupan sebagai seorang Muslim. Maklum Balas Pelaksanaan Dakwah Graf Pelaksanaan dakwah PERKIM kepada saudara baru 21 PERKIM adalah tempat yang sesuai bagi saudara baru 22 PERKIM banyak membantu saya memahami dan mendalami Islam 23 Kurang setuju Setuju Sangat setuju 36.0% 64.0% 76.0% 16.0% Kaedah pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas PERKIM sangat sesuai bagi saudara baru 64.0% 36.0% 24 Modul dan subjek yang diajar di dalam kelas sangat sesuai dan mudah difahami 60.0% 40.0% 25 Hubungan saya dengan tenaga pengajar sangat baik 48.0% 8.0% 26 Tenaga pengajar di kelas-kelas pengajian PERKIM sangat berkebolehan 16.0% 84.0% 27 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan PERKIM sangat membantu mendalami Islam 64.0% 36.0% 28 PERKIM banyak mengadakan aktiviti dakwah dan kemasyarakatan 4.0% 76.0% 20.0% 29 Pihak PERKIM telah memberi layanan yang baik kepada saudara baru 12.0% 64.0% 24.0% 30 Pihak PERKIM sangat prihatin terhadap masalah-masalah saudara baru 16.0% 68.0% 16.0% 31 PERKIM sentiasa menjaga kebajikan saudara baru 8.0% 76.0% 16.0% 8.0% 44.0% 69 Dakwah PERKIM kepada Etnik Cina di Malaysia 2. Saranan Kepada Saudara Baru Golongan saudara baru juga haruslah tidak mempunyai perasaan malu selepas memeluk Islam. Hal ini kemungkinan akan menjadikan kehidupan mereka semakin sukar kerana tidak bercampur dengan masyarakat. Oleh itu, golongan saudara baru haruslah mempunyai kesedaran dan tahu bahawa mereka juga mempunyai hak untuk hidup selesa dan sempurna seperti masyarakat lain melalui perkara-perkara di bawah. a. Saudara baru Cina disarankan agar berdaftar dan melibatkan diri dengan pertubuhan atau agensi saudara baru agar mendapat pendedahan dan pengajaran yang lebih sempurna dan tersusun. b. Saudara baru Cina disarankan agar mengikuti kelas pengajian secara lebih sistematik dan tersusun. c. Saudara baru Cina digalakkan meluaskan pembacaan. Tidak hanya bergantung kepada kelas semata-mata. Pembelajaran di kelas hanya tertumpu kepada silibus-silibus yang telah di tetapkan dan hanya membincangkan mengenai perkara-perkara asas di dalam Islam. d. Saudara baru Cina juga perlulah mempunyai kekuatan, keazaman dan motivasi yang tinggi untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. Oleh yang demikian, golongan saudara baru ini perlulah berpegang kepada Islam dengan kefahaman. Islam menyuruh penganutnya untuk belajar dan mencari ilmu. Oleh itu mereka perlulah memahami perkara-perkara penting dalam Islam seperti pengertian syahadah, rukun Islam, rukun iman dan sebagainya. Saudara baru harus peka dan sensitif terhadap apa yang berlaku di persekitaran supaya tidak mudah terpesong dengan ajaran-ajaran lain. KESIMPULAN PERKIM bukan sahaja sebagai badan dakwah malah, ia juga merupakan sebuah badan yang menjalankan perkaraperkara berkaitan dengan kebajikan. Justeru PERKIM perlulah mengkaji atau mengemas kini peranannya agar tidak dilihat ketinggalan malah pendekatan yang digunakan oleh PERKIM dalam mencapai objektifnya selari dengan perkembangan semasa. Sementara itu, bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan PERKIM seharusnya lebih kreatif dalam menjalankan program dakwah supaya ianya sesuai dengan peredaran zaman dan dapat diterima oleh saudara baru dan juga golongan non-muslim. Pihak PERKIM hendaklah menjalankan gerak kerja berterusan dan mencari formula yang lebih baik dalam menjalankan aktiviti dakwah kerana cabaran yang dihadapi oleh PERKIM berbeza-beza mengikut negeri dan cawangancawangannya. Dunia kini semakin berkembang pesat dengan adanya pengaruh-pengaruh dari dunia Barat dan Timur. Tambahan pula dalam dunia yang semakin moden dengan wujudnya pelbagai teknologi dan gadjet-gadjet baru yang membolehkan masyarakat mendapat maklumat secara cepat dan pantas. Oleh itu, ia perlu kepada penyatuan seluruh umat Islam sama ada dari segi usaha, fikiran, tenaga dan lain-lain. Dunia kini sedang mewarnakan Islam dengan pelbagai persepsi yang negatif bagi memburukkan Islam serta sakaligus dapat memecah-belahkan masyarakat Islam. Justeru umat Islam hendaklah menguatkan semangat dan mempunyai keyakinan serta keberanian untuk menangani hal-hal sedemikian. Oleh itu, umat Islam dan badan-badan dakwah Islam tidak boleh hidup secara isolasi iaitu secara tersendiri, berasingan, terpinggir dan terpisah. Mereka haruskan tangkas menghulurkan tangan persahabatan, mengalunkan irama perdamaian, mencerminkan kehalusan budi, dan mewarnakan keharmonian diri. Gerakan yang besar memerlukan setiap tenaga dan usaha bermula dari keluarga dan jiran tetangga sama ada yang berada di desa dan bandar. RUJUKAN Abdul Shukor & Nor Fadzila. 1999.Permasalahan di Kalangan Mualaf dan Khidmat Sokongan oleh PERKIM Negeri Perak. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Azilawani. Pertubuhan Kebajikan Islam Semalaya. 12. 7. 2011. http://www2.arkib.gov.my/. Diakses pada: 29 Januari 2012. ______. Institut PERKIM-Goon. http://www.etawau.com/ edu/Kolej/IPG.htm (29 Februari 2012). Ishak Othman. 2010. Pengenalan Ringkas Sejarah Penubuhan PERKIM (1960-2010). Dlm. Suara PERKIM, disunting oleh Firdaus Lokman Tah, 3-35. Kuala Lumpur: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ). Laporan Mesyuarat ke-47. 2007. Masyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan. Laporan Tahunan, Kuala Lumpur: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Suariza Mohamad @ Hidayah. Pengurusan dan Kebajikan PERKIM. Temubual di Pejabat PERKIM Kebangsaan 12 Mei 2012. http:// www.PERKIM.net.my/. Diakses pada: 12 Jan 2012. http://perwi61.blogspot.com/2012/10/statistik-terkinipenduduk-islam-dan.html. Diakses pada: 19 Mei 2013. Nur Hieadayah Abdul Rahim Idris Zakaria* Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor D.E. ∗aris@ukm.my dridriszakaria@yahoo.com.my 70 Islāmmiyyāt 36(1) 2014