Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara • Hos

Cari pembekal perkhidmatan dalam Direktori Pengesyoran Hos kami

Baru menjadi hos atau memerlukan bantuan untuk tugas harian? Lihat Direktori Pengesyoran Hos kami. Ia adalah direktori pembekal perkhidmatan yang disyorkan oleh hos untuk perkara seperti pembersihan, penyelenggaraan, mengecat dan banyak lagi.

Direktori Pengesyoran Hos kami dibina berdasarkan kepercayaan dan pengalaman

Apabila anda menemui tukang cuci, tukang paip atau pembekal perkhidmatan lain yang hebat yang layak untuk disyorkan, alangkah bagusnya jika dapat berkongsi kepakaran mereka. Ia membantu semua orang dalam komuniti ini. Kelab hos Airbnb tempatan anda juga merupakan sumber nasihat yang baik. Anda mungkin akan menemui lebih banyak pembekal perkhidmatan untuk ditambah ke direktori.

Mencari pembekal perkhidmatan tempatan

  1. Klik atau ketik Direktori Pengesyoran Hos
  2. Pembekal perkhidmatan yang disyorkan oleh hos tempatan dipaparkan dalam peta
  3. Gunakan penapis untuk memilih perkhidmatan khusus yang anda perlukan
  4. Hubungi pembekal terus menggunakan maklumat yang dipaparkan

Setelah anda memilih pembekal perkhidmatan:

  • Jelaskan perkhidmatan yang anda perlukan dan apa yang anda harapkan daripada mereka
  • Semak sama ada mereka layak untuk melaksanakan tugas yang anda perlukan
  • Sahkan bahawa mereka mempunyai lesen, permit, insurans dan lain-lain yang diperlukan untuk perkhidmatan yang disenaraikan
  • Sahkan harga dan yuran mereka

Kami syorkan anda bercakap atau bertemu dengan pembekal secara peribadi sebelum berkongsi sebarang butiran peribadi atau maklumat kewangan.

Mencadangkan pembekal perkhidmatan

Jika anda hos dengan sekurang-kurangnya satu penyenaraian dan anda bekerjasama dengan seseorang yang hebat, tanya mereka sama ada mereka mahu ditambah ke direktori kami. Direktori Pengesyoran Hos adalah percuma untuk hos dan pembekal perkhidmatan. Kami hanya memerlukan nama dan e-mel mereka untuk bermula.

Tambah pembekal perkhidmatan ke direktori:

  1. Klik atau ketik Syorkan pembekal perkhidmatan
  2. Berikan nama dan alamat e-mel pembekal perkhidmatan
  3. Pilih perkhidmatan pembekal tersebut yang anda telah gunakan dan ingin syorkan
  4. Hantar pengesyoran

Tambah pembekal perkhidmatan ke direktori

Kami akan e-mel pembekal perkhidmatan yang anda syorkan dan mereka perlu:

  1. Log masuk ke akaun Airbnb mereka dengan alamat e-mel yang sepadan dengan yang diberikan oleh hos yang mengesyorkan. Jika pembekal perkhidmatan adalah pengguna baharu Airbnb, mereka boleh mencipta akaun menggunakan alamat e-mel ini.
  2. Sahkan dan kemas kini maklumat hubungan mereka untuk direktori, seperti nama dan nombor telefon mereka.
  3. Tandakan kotak yang berkaitan untuk memilih perkhidmatan yang disyorkan oleh hos yang ingin ditonjolkan dalam direktori.

Pembekal perkhidmatan boleh pergi ke Tetapan pada bila-bila masa untuk mengemas kini butiran hubungan mereka dan memilih perkhidmatan mereka yang disyorkan.

Meninggalkan direktori

Jika pembekal perkhidmatan mahu menjeda penyertaan mereka atau meninggalkan direktori, mereka boleh menyahtanda semua perkhidmatan mereka dalam Tetapan dan kemudian klik atau ketik Simpan. Mereka tidak akan muncul dalam carian sehingga mereka mengaktifkan semula pengesyoran mereka dalam Tetapan sekali lagi.

Direktori Pengesyoran Hos bukan untuk mempromosikan penyenaraian atau untuk sebarang bentuk promosi kendiri. Lihat Terma Perkhidmatan.

Adakah artikel ini membantu?
Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar