Jurnal Kepimpinan Pendidikan - : Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Jurnal Kepimpinan Pendidikan - : Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Jurnal Kepimpinan Pendidikan - : Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
4, Isu 4
ABSTRACT
This research aims to identify the level of General Competency of PLTV’s lecturers
(Construction Technology, Civil Engineering), Vocational College, based on the
requirement domain of Standard Competency Model according to lecturers grade and
years of teaching experience. The data obtained were analysed via SPSS software
version 20.0 which involved descriptive statistics method namely min and standard
deviation. The data collection for assessment phase involving the identified
respondent, who are lecturers for the course of Construction Technology at 45
vocational colleges from all around the states in Peninsular of Malaysia. The research
respondent involved were as 304 lecturers who are teaching the course of Construction
Technology, Civil Engineering at any vocational college from 14 states, which are
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak,
Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak and Wilayah Persekutuan (Kuala
Lumpur and Labuan). The research outcome resulted from this research will be able
to assist the Ministry of Education particularly, IPGM and Public or Private Higher
Education Institution in preparing the PLTV’s lecturer especially to the Construction
Technology, Civil Engineering course with specific certification, highly skilled,
competitive and efficiently to empower the teaching profesion, particularly Technical
and Vocational Education which is parallel to the 21st century education aspiration.
PENGENALAN
Proses memantapkan bidang pendidikan termasuklah Bidang Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan
Vokasional (PLTV) memerlukan tenaga pengajar yang berkeyakinan, berkompetensi dan berwibawa
untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Berdasarkan keperluan tersebut, antara aspek
penting di dalam transformasi Pendidikan Vokasional adalah kompetensi kemahiran umum tenaga
pengajar perlu dibitarakan. Ini adalah kerana transformasi PLTV adalah suatu perlaksanaan program
jangka panjang di mana transformasinya lebih bersifat futuristik dan memenuhi keperluan masa hadapan
dalam menyediakan modal insan cemerlang bagi kesinambungan dalam melestarikan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan. Selain daripada itu transformasi ini dilihat sebagai suatu usaha berterusan
39 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
dalam mempertingkatkan daya saing positif untuk menghadapi cabaran glokal mahupun global di
peringkat antarabangsa. Justeru Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengarus perdana dan
memperluaskan akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (PLTV) yang berkualiti,
bagi memenuhi keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja mahir berasaskan teknikal dalam
tempoh Rancangan Malaysia ke sepuluh (RMK-10, 2011-2015) sebelum ini. Transformasi PLTV di
dalam Rancangan Malaysia ke sebelas (RMK-11,2016-2020), adalah merupakan kesinambungan usaha
penambahbaikan penstrukturan sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina suatu sistem
pendidikan vokasional baharu. Transformasi PLTV ini merupakan suatu usaha yang sangat murni, selari
dengan keperluan globalisasi, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global bagi memenuhi
keperluan industri pada masa kini dan akan datang.
PERNYATAAN MASALAH
Institusi pendidikan sentiasa bersifat kompetitif kerana duania pendidikan kini bersaing dalam era
globalisasi. Kewibawaan tenaga pendidik PLTV perlu terserlah kerana mereka merupakan perantara
yang dipertanggungjawabkan untuk berinteraksi secara langsung dengan pelajar. Mereka perlu
mempunyai tahap kompetensi umum atau lebih jelas profesionalisme dan kemahiran generik yang
mantap malah sedia menghadapi dan menerima pelbagai perubahan dalam pengajaran. Sebagaimana
yang dinyatakan oleh Othman et al. (2011), proses transformasi dan penstrukturan semula sistem PLTV
memperlihatkan pelbagai perubahan dan paradigma baharu telah dilaksanakan. Justeru usaha
menzahirkan objektif ini, terdapat dimensi-dimensi kritikal yang perlu tindakan segera dan perancangan
jangka panjang yang telah disusun (PPPM,2013-2025). Salah satu daripada elemen-elemen kritikal
tersebut adalah pensyarah terlatih yang berkemahiran tinggi dari pasaran luar sebagai tenaga pengajar
di Kolej Vokasional. Di antara kemahiran yang perlu dimantapkan oleh pensyarah PLTV TPKA adalah
kompetensi umum yang meliputi profesionalisme dan kemahiran generik mereka. Oleh yang demikian,
suatu piawaian hendaklah diwujudkan sebagai garis panduan untuk memastikan kompetensi khusus,
kompetensi umum dan kemahiran pendidik PLTV di dalam proses pengajaran berada di tahap tinggi
(Mahadzir,2015). Standard Kompetensi Pensyarah Kolej Vokasional samada kompetensi khusus
mahupun kompetensi umum, ianya perlu berada pada tahap yang cemerlang. Ini adalah kerana Standard
Kompetensi merupakan suatu set tugasan yang mengintegrasikan aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam menggunakan alat, bahan dan teknik tertentu untuk menyempurnakan tugas yang berkaitan
dengan sesuatu pekerjaan.
SOROTAN KAJIAN
Aspek-aspek kelayakan dan kualiti latihan PLTV telah menjadi isu dalam latihan guru di negara ini. Ia
dijangka bahawa pada tahun 2020 semua guru perlu mempunyai ijazah pertama sebelum mereka boleh
menyertai profesion perguruan untuk memastikan semua guru lulus quality criteria sebelum
meninggalkan institut latihan (Hassan et al. 2012). Terdapat keperluan untuk Kelayakan Piawaian
pensyarah PLTV dan dasar latihan sempena transformasi sistem pendidikan vokasional Malaysia.
Hassan et al. (2012), juga menekankan keperluan untuk mengukuhkan kemahiran program akreditasi
bagi membolehkan model baru pensyarah PLTV untuk memenuhi standard kualiti yang tinggi dan
pasaran keperluan guru. Kenyataan ini adalah bersependapat dengan Bauer (2007), Mahazani (2011)
yang mengatakan bahawa jumlah kajian literatur mengenai kompetensi bidang PLTV ini masih sedikit,
justeru, profil kompetensi secara teori dan empirik berkenaan profesional guru PLTV masih kurang
memuaskan.
Kompetensi Umum adalah kompetensi asas yang menunjukkan spesifikasi profesion keguruan,
termasuk kecekapan organisasi dimana pendidik keupayaan untuk berjaya mengatur aktiviti tenaga
40 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
pengajar, Marincović (2011). Dari sudut kajian ini kompetensi asas adalah berupa gabungan diantara
unsur profesionalisme dan kompetensi generik yang diperlukan oleh seseorang pensyarah atau tenaga
pengajar PLTV.
Kemahiran generik atau dikenali sebagai kemahiran insaniah atau soft skill ialah kemahiran selain
daripada kemahiran bukan akademik, dan ia merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi
aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Dalam konteks kajian ini merangkumi tiga jenis kemahiran
iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran kerja
berpasukan (Ahmad Esa, 2011). Dari Norhayati (2011) kemahiran generik sebenarnya mempunyai
beberapa jenis termasuklah kemahiran berfikir seperti teknik menyelesaikan masalah, kemahiran
strategi pembelajaran seperti merekabentuk mnemonik untuk membantu mengingati sesuatu dan
kemahiran metakognitif iaitu seperti memerhatikan dan menyemak teknik menyelesaikan masalah atau
teknik mencipta mnemonik. Kemahiran generik juga meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran belajar, kemahiran menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, dan kemahiran dalam mentaksir serta menilai pembelajaran. Di dalam kontek kajian ini,
kemahiran generik yang diperlukan oleh pensyarah teknologi pembinaan adalah kemahiran asas yang
perlu untuk melakukan tugas dalam bidang berkaitan iaitu kemahiran komunikasi maklumat, kemahiran
penyelesaian masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja
berkumpulan, kemahiran interpersonel dan kemahiran pengurusan.
Merujuk kepada Kajian oleh Frank JR et al. (2010), kompetensi adalah satu tahap kecekapan yang
menggabungkan pelbagai komponen seperti pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. Ianya merupakan
sesuatu kebolehan yang boleh diperhatikan, diukur dan dinilai. Snell L et al. (2010) kompetensi
professional merupakan sesuatu kecekapan dalam pelbagai kebolehan berdasarkan beberapa domain,
prestasi dan dimensi dalam konteks tertentu, yang mana ianya bersifat dinamik, mengikuti perubahan
dari masa ke semasa, berkait rapat dengan pengalaman dan penetapan sesuatu tugas. Kompetensi adalah
suatu kecekapan untuk melakukan perkara yang betul pada masa yang tepat dengan cara yang betul
dalam situasi kompleks dengan menggunakan dan mengintegrasikan sumber-sumber dalaman dan
luaran dengan betul.
Menurut Marincović (2011) di dalam kajian beliau yang bertajuk Teacher’s competence as the indicator
of the quality and condition of education, kompetensi terbahagi kepada dua iaitu kompetensi asas dan
kompetensi khusus. Kompetensi asas menunjukkan spesifikasi profesion keguruan iaitu (i) kompetensi
organisasi: keupayaan guru untuk berjaya mengatur aktiviti pendidikan pelajar; (ii) kompetensi diduktif:
keupayaan guru untuk memindahkan pengetahuan kepada pelajar-pelajar dengan cara yang akan
membuat mereka yang berminat dalam proses pembelajaran; (iii) pemikiran pedagogi: keupayaan
refleksif seorang guru yang berkaitan dengan kegiatan yang berkaitan dengan beliau sendiri dan apa jua
aktiviti yang dirancang; (iv) kompetensi kognitif kreatif: keupayaan seorang guru untuk menganjurkan
satu proses pembelajaran dengan kefahaman dengan pelajar, untuk menyelaraskan matlamat pengajaran
dengan kebolehan kognitif pelajar; (v) kompetensi psikologi: kompetensi ini membolehkan guru
menghormati personaliti yang unik seorang pelajar dalam proses pengajaran; (vi) kompetensi menilai:
keupayaan guru untuk melihat secara objektif kepada proses pembelajaran dan pencapaian pelajar, hasil
kerja sendiri, kerja profesional rakan-rakan, aspek-aspek positif dan negatif dalam sistem pendidikan
secara keseluruhan; (vii) Kompetensi nasihat: keupayaan guru sebagai personel rujukan dan panangan;
(viii) Kompetensi pembangunan professional keguruan: keupayaan seorang guru untuk membangunkan
kemahiran profesional, pengetahuan dan kecekapan keseluruhan kerjayanya dan xi) Kompetensi isi
41 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
kandungan kursus yang di ajar dan kajian untuk tujuan praktis kendiri. Manakala Kompetensi khusus
pula ia mewakili tahap kecekapan guru untuk kandungan subjek yang mereka ajar dan bagi penyelidikan
amalan mereka sendiri, untuk mencipta gaya tersendiri pengajaran, dalam fungsi pencapaian yang lebih
baik daripada pelajar. Daripada dapatan kajian Marincović (2011), dapatlah dirumuskan bahawa
kompetensi boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kompetensi asas dan kompetensi khusus.
Kedua-dua kompetensi ini adalah menyentuh kepada spesifikasi profesion keguruan dan spesifikasi
kecekapan yang mengkhusus kepada isi kandungan mata pelajaran yang diajar.
Saedah & Mohd Sani (2012) telah memberikan definisi umum kompetensi iaitu ia merupakan
keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif, dalam konteks sosial yang khusus, dengan
menggunakan cara yang diterima dan menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan
kepada unsur yang lain. Kecekapan atau kompetensi bolehlah didefinisikan sebagai kebolehan
seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang telah dipersetujui bersama melalui terma-terma yang telah
ditentukan tahap pengukurannya. Manakala definisi khusus kompetensi, ianya merupakan satu ukuran
yang telah ditetapkan bagi seorang guru dalam menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang
diperlukan untuk memenuhi aspirasi pelajar dan masyarakat.
Daud Ibrahim (2003); Saedah & Mohd. Sani (2012) berpendapat kompetensi bermakna competence,
proficiency, skillful and skill. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran
dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau
jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam
akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan
tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Pengkhususan dalam sesuatu bidang dan
kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tugasnya
dengan berkesan dan cemerlang. Tiga komponen kompetensi yang utama yang di nyatakan oleh Saedah
& Mohd. Sani (2012) adalah (i) Pengetahuan: Kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara
berterusan bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan; (ii) Kemahiran : Kebolehan pegawai
mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif organisasi dan (iii) Ciri-ciri
Peribadi : Nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati
dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam.
Merujuk kepada Model Kumpulan Hay Mc Ber (2005), Saedah & Mohd. Sani (2012), kompetensi
merupakan Ice Berg di mana kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung Ice Berg dan berada di atas
paras air. Manakala ciri-ciri peribadi adalah terletak di bawah paras air dan sukar diketahui. Walau
bagaimanapun, kemahiran dan pengetahuan walaupun perlu untuk menjalankan sesuatu kerja, ia tidak
membezakan prestasi yang dihasilkan. Elemen perilaku yang ditentukan oleh ciri peribadi yang mana
ciri-ciri ini adalah yang tersembunyi merupakan faktor penting yang akan membezakan pekerja
berprestasi tinggi dan pekerja berprestasi biasa. Dengan kata-kata lain, pengetahuan dan kemahiran
adalah merupakan komponen kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal pasti manakala ciri-ciri
peribadi merupakan komponen pendukung yang sukar dilihat dan kenal pasti tetapi adalah merupakan
faktor penting dalam mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan dalam sesuatu jawatan. Terdapat dua jenis kompetensi menurut Model Kompetensi Ice
Berg. (i) Kompetensi Umum (Generic Competencies): Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri
peribadi serta tata kelakuan yang perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu perkhidmatan
berkenaan dan (ii) Kompetensi Khusus (Functional Competencies): Merupakan pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang spesifik bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesuatu
jawatan dan kumpulan jawatan.
Di dalam kajian Moustafa Wahba (2013) di dalam kajian beliau yang bertajuk Competence Standards
for Technical and Vocational Education and Training (TVET), kompetensi ditakrifkan sebagai
42 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kompetensi umum Pensyarah PLTV (Teknologi
Pembinaan, Kejuruteraan Awam), Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, berdasarkan
gred pensyarah dan tahun pengalaman mengajar.
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini berbentuk deskriptif dan dilaksanakan untuk menerokai pandangan warga Kolej Vokasional
khusus kepada Pensyarah kursus TPKA mengenai tahap kompetensi Umum iaitu profesionalisme dan
kemahiran generik. Menurut Chua 2006, kajian berbentuk deskriptif adalah sesuai untuk melihat
kemajuan sesuatu kejadian atau perubahan. Oleh itu, kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan telah
digunakan untuk mengutip data bagi menerangkan kewujudan yang berlaku mengenai sesuatu
pembolehubah.
43 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Sampel Kajian
Pemilihan peserta adalah berbentuk persampelan bertujuan (purposive sampling). seramai 304 orang
peserta kajian adalah dalam kalangan pensyarah kursus TPKA, di 44 Kolej Vokasional seluruh
Malaysia. Selanjutnya penetapan jumlah sampel kajian adalah berdasarkan pandangan Selanjutnya, bagi
tujuan penentuan saiz sampel kajian pendapat Sekaran (2003) telah diambil kira di mana beliau telah
mencadangkan saiz sampel antara 30 hingga 500 adalah mencukupi untuk menjalankan sesuatu kajian
tinjauan bagi mendapatkan maklumat tepat. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Satzinger, Jackson dan
Burd (2007), sejumlah kecil saiz sampel adalah mencukupi sekiranya objektif kajian jelas dan terhad.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrument soal selidik yang telah dibina oleh Nor Hayati (2017) melalui teknik
Delphi 3 Pusingan. Instrumen ini digunakan kerana mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi disebabkan pembinaannya berdasarkan kesapakatan padangan 9 orang pakar bidang PLTV
khususnya kursus TPKA. Soal selidik ini mengandungi 366 item seperti berikut: Bahagian II berkaitan
Kompetensi Am iaitu; Bahagian A: Dimensi Profesionalisme, Bahagian B: Dimensi Kemahiran
Generik. Manakala Bahagian III berkaitan dengan Kompetensi Khusus iaitu; Bahagian A: Kemahiran
Teknikal Teknologi Pembinaan dan Bahagian B: Kemahiran Pedagogi Teknikal. Selanjutnya tahap
Kompetensi Khusus telah diuji menggunakan skala Likert 5 poin seperti berikut;
1-Sangat Lemah,
2-Lemah,
3-Baik,
4-Cemerlang
5-Sangat Cemerlang
Instrumen ini juga telah menjalani kajian rintis pada skor kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.90,
Manakala, 9 orang pakar dalam bidang berkaitan telah ditemui untuk kesahan instrumen.
Analisis Data
Data dianalisis dengan menggunakan dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Social
Sciences” (SPSS Versi 21) yang melibatkan kaedah statistik deskriptif (Creswell, 2008; Parmjit et al.,
2009; Rosnah, 2013; Nik Mustaffa, 2016) iaitu tahap kompetensi mengikut gred dan tahun pengalaman
mengajar dengan memperolehi nilai skor min dan sisihan piawai. Skala likert lima poin iaitu 5 = Sangat
Cemerlang (SC), 4 = Cemerlang (C), 3 = Baik (B), 2 = Lemah (L) dan 1 = Sangat Lemah (SL) telah
digunakan. Bagi tujuan menghuraikan tahap kompetensi Pensyarah TPKA, pengkaji telah menggunakan
interpretasi nilai min yang diubahsuai dari Nunally (1978) dan Rosnah (2013). Intrepretasi skor min
setiap tahap pembolehubah ini diperolehi dengan mencari perbezaan skor tertinggi dan terendah bagi
skala, Shafinas (2016), nilai skor min iaitu nilai min = 1.00 hingga 2.33, tahap kompetensi adalah rendah
(Kurang Memuaskan), nilai min = 2.34 hingga 3.66, tahap kompetensi sederhana (Sederhana
Memuaskan) dan nilai min = 3.67 hingga 5.00 tahap kompetensi tinggi (Memuaskan).
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang dipaparkan adalah merujuk kepada empat (4) sub dimensi Profesionalisme
Pensyarah TPKA. Perincian tahap kompetensi profesionalisme Pensyarah mengikut gred jawatan dan
tahun pengalaman mengajar adalah seperti berikut;
44 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
i) Mengenal pasti tahap Profesionalisme Pensyarah PLTV (TPKA), Kolej Vokasional, berdasarkan gred
jawatan dan tahun pengalaman mengajar.
Tahap Profesionalisme Pensyarah TPKA berdasarkan gred jawatan untuk empat (4) sub dimensi,
dipaparkan menerusi Jadual 1 seperti yang berikut;
Jadual 1
Tahap Kompetensi Profesionalisme Pensyarah TPKA, Kolej Vokasional, berdasarkan Gred Jawatan
Profesionalisme
Gred Min/ Amalan Komuniti
N Etika
Jawatan SD Sahsiah Potensi Pembelajaran
Profesional
Profesional
Min 4.18 4.05 3.86 3.97
35 DG 34
SD 0.56 0.56 0.58 0.54
Min 4.16 4.15 3.98 4.05
84 GD 41
SD 0.48 0.50 0.61 0.52
Min 4.22 4.19 4.06 4.12
141 DG 44
SD 0.49 0.48 0.51 0.47
Min 4.40 4.34 4.12 4.22
44 DG48
SD 0.48 0.44 0.60 0.52
Min 4.22 4.18 4.02 4.09
304 Keseluruhan
SD 0.50 0.49 0.56 0.51
N= Bilangan Skor Min: 1-2.33= Rendah, 2.34 – 3.66 = Sederhana,3.67 – 5.00 =Tinggi, SD = Sisihan
Piawai
Dengan merujuk kepada Jadual 1 di atas memaparkan min dan sisihan piawai tahap kompetensi am,
dimensi profesionalisme mengikut gred jawatan Pensyarah. Didapati tahap kompetensi profesionalisme
kesemua pensyarah gred DG36, DG41, DG44 dan DG48 adalah pada tahap tinggi dengan interpretasi
memuaskan dengan nilai min yang diperolehi melebihi daripada 3.67 secara keseluruhannya.
Tahap kompetensi Pensyarah PLTV gred DG 34 adalah tinggi bagi kesemua sub dimensi iaitu Etika
Profesional, nilai min 4.18 (SD=0.56), Sahsiah nilai min 4.05 (SD=0.56), Potensi nilai min 3.86
(SD=0.58) dan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional nilai min 3.97 (SD=0.54). Bagi Pensyarah
gred DG 41, tahap kompetensi adalah tinggi bagi kesemua sub dimensi iaitu Etika Profesional, nilai min
4.16 (SD=0.48), Sahsiah nilai min 4.15 (SD=0.48), Potensi nilai min 3.98 (SD=0.61) dan Amalan
Komuniti Pembelajaran Profesional nilai min 4.05 (SD=0.52). Manakala bagi Pensyarah gred DG 44
pula, tahap kompetensi adalah tinggi bagi kesemua sub dimensi iaitu Etika Profesional, nilai min 4.22
(SD=0.49), Sahsiah nilai min 4.19 (SD=0.48), Potensi nilai min 4.06 (SD=0.51) dan Amalan Komuniti
Pembelajaran Profesional nilai min 4.12 (SD=0.47). Tahap kompetensi Pensyarah gred DG 48 adalah
tinggi bagi kesemua sub dimensi, iaitu Etika Profesional, nilai min 4.40 (SD=0.48), Sahsiah nilai min
4.34 (SD=0.44), Potensi nilai min 4.12 (SD=0.60) dan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional nilai
min 4.22 (SD=0.52).
Rumusan daripada dapatan kajian yang ditunjukkan di dalam Jadual 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa
tahap kompetensi Umum Profesionalisme Pensyarah PLTV TPKA Kolej Vokasional berdasarkan gred
jawatan adalah berada pada tahap tinggi dengan interpretasi memuaskan memuaskan merujuk kepada
nilai min semua subdimensi iaitu Etika Profesional, 4.22 (SD=0.50), Sahsiah 4.18 (SD=0.49), Potensi
4.02 (SD=0.56) dan Amalan Komuniti Pembelejaran Profesional 4.09 (SD=0.51).
45 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Jadual 2 di bawah merupakan analisis perbandingan tahap profesionalisme, pensyarah TPKA, Kolej
Vokasional, berdasarkan tahun pengalaman mengajar, perinciannya adalah seperti berikut;
Jadual 2
Tahap Profesionalisme, Pensyarah TPKA, Kolej Vokasional, berdasarkan Tahun Pengalaman
Mengajar
Profesionalisme
Tahun
Min/ Amalan Komuniti
N Pengalaman Etika
SD Sahsiah Potensi Pembelajaran
Mengajar Profesional
Profesional
Min 4.16 4.14 3.98 4.05
23 ≤ 5 Tahun
SD 0.49 0.50 0.62 0.53
Min 4.22 4.19 4.06 4.12
36 5 < Tahun ≤ 10
SD 0.49 0.48 0.51 0.48
Min 4.40 4.34 4.12 4.22
59 10 < Tahun≤ 15
SD 0.49 0.44 0.60 0.53
Min 4.18 4.05 3.86 3.97
186 > 15 Tahun
SD 0.57 0.56 0.59 0.55
Min 4.22 4.18 4.02 4.10
304 Keseluruhan
SD 0.50 0.50 0.57 0.51
N= Bilangan Skor Min: 1-2.33= Rendah, 2.34 – 3.66 = Sederhana,3.67 – 5.00 =Tinggi, SD = Sisihan
Piawai
Dengan merujuk kepada Jadual 2 di atas memaparkan min dan sisihan piawai tahap kompetensi am,
dimensi profesionalisme mengikut tahun pengalaman mengajar. Didapati tahap kompetensi
profesionalisme kesemua pensyarah adalah pada tahap tinggi (interpretasi memuaskan) dengan nilai min
3.86 (SD=0.59) hingga 4.40 (SD=0.49) secara keseluruhannya.
Manakala hasil dapatan kajian mendapati, tahap kompetensi kompetensi am, Dimensi Profesionalisme
Pensyarah (TPKA) Kolej Vokasional berdasarkan tahun pengalaman mengajar juga berada pada tahap
tinggi dengan interpretasi memuaskan dengan nilai min 4.02 (SD=0.57) hingga 4.22 (SD= 0.50) secara
keseluruhannya. Tahap kompetensi Pensyarah PLTV yang punyai pengalaman mengajar 5 tahun ke
bawah (≤ 5 Tahun) adalah tinggi untuk kesemua sub dimensi iaitu Etika Profesional, nilai min 4.16
(SD=0.49), Sahsiah nilai min 4.14 (SD=0.50), Potensi nilai min 3.98 (SD=0.62) dan Amalan Komuniti
Pembelajaran Profesional nilai min 4.05 (SD=0.53). Manakala bagi Pensyarah PLTV yang punyai
pengalaman mengajar di antara 5 hingga 10 tahun (5 < Tahun ≤ 10), tahap kompetensi adalah tinggi
untuk kesemua sub dimensi iaitu Etika Profesional, nilai min 4.22 (SD=0.49), Sahsiah nilai min 4.19
(SD=0.48), Potensi nilai min 4.06 (SD=0.51) dan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional nilai min
4.12 (SD= 0.48). Manakala bagi Pensyarah yang punyai pengalaman mengajar melebihi 10tahun hingga
15 tahun 10 < Tahun≤ 15), tahap kompetensi adalah tinggi untuk kesemua sub dimensi iaitu Etika
Profesional, nilai min 4.40 (SD=0.49), Sahsiah nilai min 4.34 (SD=0.44), Potensi nilai min 4.12
(SD=0.60) dan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional nilai min 4.22 (SD=0.53). Bagi Pensyarah
PLTV yang punyai pengalaman mengajar melebihi 15 tahun (> 15 Tahun), tahap kompetensi adalah
tinggi untuk kesemua sub dimensi iaitu Etika Profesional, nilai min 4.18 (SD=0.57), Sahsiah nilai min
4.05 (SD=0.56), Potensi nilai min 3.86 (SD=0.59) dan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional nilai
min 3.97 (SD=0.55).
Rumusan daripada dapatan kajian yang ditunjukkan di dalam Jadual 2 di atas, dapat disimpulkan bahawa
tahap kompetensi Umum Profesionalisme Pensyarah PLTV TPKA Kolej Vokasional berdasarkan tahun
46 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
pengalaman mengajar adalah berada pada tahap tinggi dengan interpretasi memuaskan memuaskan
merujuk kepada nilai min semua subdimensi iaitu Etika Profesional, 4.22 (SD=0.50), Sahsiah 4.18
(SD=0.50), Potensi 4.02 (SD=0.57) dan Amalan Komuniti Pembelejaran Profesional 4.10 (SD=0.51).
Seterusnya dapatan kajian di bawah adalah berkaitan tahap kompetensi Kemahiran Generik Pensyarah
TPKA. Perincian analisis mengikut gred jawatan dan tahun pengalaman mengajar adalah seperti berikut;
ii) Mengenal pasti tahap kompetensi Kemahiran Generik Pensyarah PLTV (TPKA), Kolej Vokasional,
berdasarkan gred jawatan dan tahun pengalaman mengajar.
Jadual 3
Tahap Kompetensi Kemahiran Generik, Pensyarah TPKA, Kolej Vokasional, berdasarkan Gred
Jawatan
Kemahiran Generik
Gred Min/ Kemahiran
N Kemahiran Kemahiran Kemahiran
Jawatan SD Kemahiran Bekerja Kemahiran Pengur
Penyelesaian Membuat Keusahaw ICT
Komunikasi Dalam Interpersonel usan
Masalah Keputusan anan
Kumpulan
Min 3.93 4.07 3.70 3.76 3.81 3.59 3.54 3.53
35 DG 34
SD 0.56 0.63 0.66 0.68 0.64 0.56 0.55 0.52
Min 4.09 4.19 4.04 3.95 3.96 3.58 3.76 3.91
84 GD 41
SD 0.41 0.50 0.42 0.48 0.50 0.83 0.55 0.72
Min 4.11 4.21 4.13 4.10 4.11 3.63 3.93 3.78
141 DG 44
SD 0.51 0.46 0.58 0.56 0.59 0.79 0.63 0.75
Min 4.21 4.26 4.18 4.16 4.22 3.64 4.11 3.76
44 DG48
SD 0.53 0.50 0.64 0.67 0.56 0.91 0.57 0.90
Keseluru Min 4.09 4.19 4.06 4.03 4.05 3.61 3.86 3.78
304
han SD 0.49 0.50 0.57 0.58 0.582 0.80 0.61 0.74
N= Bilangan Skor Min: 1-2.33= Rendah, 2.34 – 3.66 = Sederhana,3.67 – 5.00 =Tinggi, SD = Sisihan
Piawai
Jadual 3 di atas memaparkan min dan sisihan piawai tahap Kompetensi Am, Dimensi Kemahiran
Generik mengikut gred jawatan Pensyarah. Secara keseluruhannya tahap kompetensi Kemahiran
Generik adalah di tahap tinggi dengan nilai min 3.61 (SD=0.80) hingga 4.19 (SD=0.50).
Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi Kemahiran Generik bagi pensyarah gred DG 34 adalah
tinggi dengan interpretasi memuaskan bagi Kemahiran Komunikasi nilai min 3.93 (SD=0.56),
Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan, nilai min 4.07 (SD=0.63). Kemahiran Penyelesaian Masalah nilai
min 3.70 (SD=0.66), Kemahiran Membuat Keputusan, nilai min 3.76 (SD=0.68) dan Kemahiran
Interpersonel, nilai min 3.81 (SD=0.64). Manakala tahap kompetensi sederhana, interpretasi sederhana
memuaskan di dalam Kemahiran Keusahawanan dengan nilai min 3.61 (SD=0.80), Kemahiran
Pengurusan, nilai min 3.86 (SD=0.61) dan Kemahiran ICT min 3.78 (SD=0.74).
Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi Kemahiran Generik bagi pensyarah gred DG 41 adalah
tinggi dengan interpretasi memuaskan bagi Kemahiran Komunikasi nilai min 4.09 (SD=0.41),
Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan, nilai min 4.19 (SD=0.50). Kemahiran Penyelesaian Masalah nilai
min 4.04 (SD=0.42), Kemahiran Membuat Keputusan, nilai min 3.95 (SD=0.48), Kemahiran
Interpersonel, nilai min 3.96 (SD=0.50, Kemahiran Pengurusan, nilai min 3.76 (SD=0.55) dan
Kemahiran ICT, min 3.91(SD=0.72). Manakala tahap kompetensi sederhana, interpretasi sederhana
memuaskan di dalam Kemahiran Keusahawanan dengan nilai min 3.58 (SD=0.83).
47 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi Kemahiran Generik bagi pensyarah gred DG 44 adalah
tinggi dengan interpretasi memuaskan bagi Kemahiran Komunikasi nilai min 4.11 (SD=0.51),
Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan, nilai min 4.21 (SD=0.46). Kemahiran Penyelesaian Masalah nilai
min 4.13 (SD=0.58), Kemahiran Membuat Keputusan, nilai min 4.10 (SD=0.56), Kemahiran
Interpersonel, nilai min 4.11 (SD=0.59), Kemahiran Pengurusan, nilai min 3.93 (SD=0.63) dan
Kemahiran ICT, min 3.78 (SD=0.75). Manakala tahap kompetensi sederhana, interpretasi sederhana
memuaskan di dalam Kemahiran Keusahawanan dengan nilai min 3.63 (SD=0.79).
Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi Kemahiran Generik bagi pensyarah gred DG 48 adalah
tinggi dengan interpretasi memuaskan bagi Kemahiran Komunikasi nilai min 4.21 (SD=0.53),
Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan, nilai min 4.26 (SD=0.50). Kemahiran Penyelesaian Masalah,
nilai min 4.18 (SD=0.64), Kemahiran Membuat Keputusan, nilai min 4.16 (SD=0.67), Kemahiran
Interpersonel, nilai min 4.22 (SD=0.56), Kemahiran Pengurusan, nilai min 4.11 (SD=0.57) dan
Kemahiran ICT, min 3.76 (SD=0.90). Manakala Kemahiran Keusahawanan berada pada tahap
kompetensi sederhana, interpretasi sederhana memuaskan dengan nilai min 3.64 (SD=0.91).
Merujuk kepada Jadual 4 di bawah, dapatan menunjukkan Kemahiran Keusahawanan berada pada tahap
kompetensi sederhana bagi kesemua aras tahun pengalaman mengajar pensyarah dengan nilai min 3.61
(SD=0.80) secara keseluruhannya. Selain daripada itu dapatan menunjukkan Tahap Kompetensi
Pensyarah yang melebihi 15 tahun mengajar berada pada tahap sederhana dengan interpretasi sederhana
memuaskan bagi Kemahiran Keusahawanan, Kemahiran Pengurusan dan Kemahiran ICT dengan nilai
min dari 3.53 (SD=053) hingga 3.59 (SD=0.56).
Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi generik bagi Pensyarah PLTV (Teknologi Pembinaan)
yang mempunyai tahun pengalaman 5 tahun dan kebawah, berada pada tahap tinggi di dalam Kemahiran
Komunikasi, nilai min 4.09 (SD=0.42), Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan, nilai min 4.19
(SD=0.50), Kemahiran Penyelesaian Masalah, nilai min 4.04 (SD =0.42), Kemahiran Membuat
Keputusan, nilai min 3.95 (SD=0.48), Kemahiran Interpersonel, nilai min 3.96
(SD=0.50), Kemahiran Pengurusan, nilai min 3.76 (SD=0.55) dan Kemahiran ICT, nilai min 3.91(SD
=0.72). Namun hanya berada pada kompetensi tahap sederhana, di dalam Kemahiran Keusahawan
dengan nilai min 3.58 (SD=0.83).
Rumusan daripada dapatan kajian yang ditunjukkan di dalam Jadual 3 di atas, dapat disimpulkan bahawa
tahap kompetensi Umum Profesionalisme Pensyarah PLTV TPKA Kolej Vokasional berdasarkan gred
jawatan adalah berada pada tahap tinggi dengan interpretasi memuaskan memuaskan merujuk kepada
nilai min semua subdimensi iaitu Kemahiran Komunikasi 4.09 (SD=0.49), Kemahiran Bekerja Dalam
Kumpulan 4.19 (SD=0.50), Kemahiran Penyelesaian Masalahi 4.06 (SD=0.57), Kemahiran Membuat
Keputusan 4.03 (SD=0.58), Kemahiran Interpersonel 4.05 (0.58), Kemahiran Pengurusan 3.86 (SD =
0.61) dan Kemahiran ICT 3.78 (SD= 0.74). Manakala tahap kompetensi Kemahiran Keusahawanan
secara keseluruhannya berada pada tahap kompetensi sederhana, interpretasi sederhana memuaskan
dengan nilai min 3.61 (SD=0.80).
Daripada Jadual 4 di bawah, dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi generik bagi Pensyarah
TPKA yang mempunyai tahun pengalaman melebihi 5 tahun sehingga 10 tahun,berada pada tahap
tinggi di dalam Kemahiran Komunikasi, nilai min 4.11 (SD=0.51), Kemahiran Bekerja Dalam
Kumpulan, nilai min 4.21 (SD=0.46), Kemahiran Penyelesaian Masalah, nilai min 4.13 (SD=0.59),
Kemahiran Membuat Keputusan, nilai min 4.10 (SD=0.56), Kemahiran Interpersonel, nilai min
4.11(SD=0.59), Kemahiran Pengurusan, nilai min 3.93 (SD=0.64) dan Kemahiran ICT, nilai min 3.78
(SD=0.75). Namun hanya berada pada kompetensi tahap sederhana, di dalam Kemahiran Keusahawan
dengan nilai min 3.62 (SD=0.80). Jadual 4 yang berikut, memaparkan perincian analisis deskriptif skor
min dan sisihan piawai berdasarkan tahun pengalaman mengajar;
48 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Jadual 4
Tahap Kompetensi Kemahiran Generik, Pensyarah TPKA. Kolej Vokasional, berdasarkan Tahun
Pengalaman Mengajar
Kemahiran Generik
Tahun Min
Kemahiran
N Pengalaman / Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran
Bekerja Pengu
Mengajar SD Komunikas Penyelesaia Membuat Interperson Keusahawana ICT
Dalam rusan
i n Masalah Keputusan el n
Kumpulan
Min 4.09 4.19 4.04 3.95 3.96 3.58 3.76 3.91
23 ≤ 5 Tahun
SD 0.42 0.50 0.42 0.48 0.50 0.83 0.55 0.72
5 < Tahun ≤ Min 4.11 4.21 4.13 4.10 4.11 3.62 3.93 3.78
36
10
SD 0.51 0.46 0.59 0.56 0.59 0.80 0.64 0.75
10 < Tahun≤ Min 4.21 4.26 4.18 4.16 4.22 3.64 4.11 3.76
59
15
SD 0.53 0.51 0.65 0.67 0.57 0.96 0.57 0.90
Min 3.93 4.07 3.70 3.76 3.81 3.59 3.54 3.53
186 > 15 Tahun
SD 0.56 0.63 0.66 0.68 0.65 0.56 0.56 0.53
Min 4.09 4.20 4.06 4.03 4.05 3.61 3.86 3.78
304 Keseluruhan
SD 0.50 0.50 0.58 0.58 0.58 0.80 0.62 0.75
Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi generik bagi Pensyarah TPKA yang mempunyai tahun
pengalaman melebihi 10 tahun sehingga 15 tahun,berada pada tahap tinggi di dalam Kemahiran
Komunikasi, nilai min 4.21 (SD=0.53), Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan, nilai min 4.26
(SD=0.51), Kemahiran Penyelesaian Masalah, nilai min 4.18 (SD=0.65), Kemahiran Membuat
Keputusan, nilai min 4.16 (SD=0.67), Kemahiran Interpersonel, nilai min 4.22 (SD=0.57), Kemahiran
Pengurusan, nilai min 4.11 (SD=0.57) dan Kemahiran ICT, nilai min 3.76 (SD=0.90). Namun hanya
berada pada kompetensi tahap sederhana, di dalam Kemahiran Keusahawan dengan nilai min 3.64 (SD=
0.96).
Akhir sekali dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi generik bagi Pensyarah TPKA yang
mempunyai tahun pengalaman melebihi 15 tahun, berada pada tahap tinggi di dalam Kemahiran
Komunikasi, nilai min 3.03 (SD=06), Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan, nilai min 4.07 (SD=0.63),
Kemahiran Penyelesaian Masalah, nilai min 3.70 (SD=0.66), Kemahiran Membuat Keputusan, nilai min
3.76 (SD=0.68) dan Kemahiran Interpersonel, nilai min 3.81 (SD=0.65). Namun berada pada
kompetensi tahap sederhana di dalam Kemahiran Keusahawan dengan nilai min 3.59 (SD=0.56),
Kemahiran Pengurusan, nilai min 3.54 (SD=0.56) dan Kemahiran ICT, nilai min 3.53 (SD=0.53).
Rumusan daripada dapatan kajian yang ditunjukkan di dalam Jadual 4 di atas, dapat disimpulkan bahawa
tahap kompetensi Umum Profesionalisme Pensyarah PLTV TPKA Kolej Vokasional berdasarkan tahun
pengalaman mengajar adalah berada pada tahap tinggi dengan interpretasi memuaskan memuaskan
merujuk kepada nilai min semua subdimensi iaitu Kemahiran Komunikasi 4.09 (SD=0.50), Kemahiran
Bekerja Dalam Kumpulan 4.20 (SD=0.50), Kemahiran Penyelesaian Masalahi 4.06 (SD=0.58),
Kemahiran Membuat Keputusan 4.03 (SD=0.58), Kemahiran Interpersonel 4.05 (0.58), Kemahiran
Pengurusan 3.86 (SD = 0.62) dan Kemahiran ICT 3.78 (SD= 0.75). Manakala tahap kompetensi
Kemahiran Keusahawanan secara keseluruhannya berada pada tahap kompetensi sederhana, interpretasi
sederhana memuaskan dengan nilai min 3.61 (SD=0.80).
49 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
PERBINCANGAN
Daripada analisis deskriptif yang telah dilakukan, pengkaji telah membentuk graf radar (Spider Web
Chart) menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2007 untuk untuk melihat gambaran penuh profil
tahap Kemahiran Umum Pensyarah TPKA. Berikut adalah perinciannya;
Graf Radar 1 di bawah, menunjukkan tahap kompetensi umum berdasarkan gred jawatan, tahap
kompetensi Pensyarah Teknologi Pembinaan gred DG 48 (44) di dalam kesemua sub dimensi adalah
berada pada tahap yang tinggi berbanding dengan pensyarah gred jawatan yang lain. Dapatan ini sejajar
dengan teori perkembangan guru atau pendidik oleh (Berliner, 2005; Fuller,1969; Hapidah, 2001; Lilia
Hanim & Abdullah,1998; Nik Mustaffa 2016, DTP KPM, 2017), menyatakan terdapat lima fasa
kemahiran, kepakaran, kecekapan seseorang pendidik itu adalah berkadaran dengan tempoh pengalaman
mengajar.
Daripada Graf Radar 1 di bawah didapati, pola tahap kompetensi pensyarah gred DG34 (35 orang) dan
DG41(84 orang ) dilihat tidak banyak bezanya. Pensyarah gred DG34 merupakan Pensyarah Teknologi
Pembinaan merupakan pemegang tauliahan di peringkat Diploma dan kebanyakkan mereka
berkemahiran dan mempunyai pengalaman luas dengan kerja perbengkelan Teknologi Pembinaan.
Manakala pensyarah gred DG41 yang mempunyai kelayakan Sarjana Muda dan rata-rata masih baharu
dan kurang berpengalaman secara teori dan praktikal di dalam bidang Teknologi Pembinaan.
Walaubagaimanapun dapatan menunjukkan bahawa tahap kompetensi umum Pensyarah gred DG44
(141 orang) ini adalah lebih konsisten jika dibandingkan dengan tahap kompetensi umum Pensyarah
gred DG34 dan DG41 di dalam semua sub dimensi kemahiran umum.
Graf Radar 1
Tahap Kompetensi Kemahiran Umum Pensyarah Teknologi Pembinaan Berdasarkan Gred Jawatan
50 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Model Kompetensi Ice Berg, Kompetensi Umum (Generic
Competencies), merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi serta tata kelakuan yang perlu
dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu perkhidmatan. Daripada analisis deskriptif skor min dan
sisihan piawai, di dapati tahap kompetensi umum pensyarah gred DG36, DG44 dan DG48 adalah lebih
konsisten berbanding pensyarah gred DG41. Secara keseluruhannya dapatan kajian mempamerkan
menunjukkan tahap kompetensi dalam kalangan Pensyarah Gred DG48 adalah tertinggi dan dominan di
dalam setiap subdimensi standard kompetensi kemahiran umum yang diuji.
Berikut adalah perincian graf radar (Spider Web Chart) perisian Microsoft Office Excel 2007 untuk
untuk melihat gambaran penuh profil tahap Kemahiran Umum Pensyarah TPKA berdasarkan tahun
pengalaman mengajar;
Graf Radar 2
Tahap Kompetensi Kemahiran Umum Pensyarah Teknologi Pembinaan berdasarkan Tahun
Pengalaman Mengajar
Merujuk kepada Graf Radar 2 di atas, dapatan kajian menunjukkan terdapat sedikit penurunan terhadap
profil tahap kompetensi umum Pensyarah TPKA yang berpengalaman mengajar melebihi 15 tahun (186
orang), berbanding dengan Pensyarah yang berpengalaman 15 tahun atau kurang. Namun yang demikian
walaupun ia menunjukkan pola tetapi tahap kompetensi kemahiran umum masih berada pada tahap
sederhana memuaskan. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Hubberman (1989), Nik
Mustaffa (2016) menyatakan bahawa motivasi dan komitmen pendidik meningkat secara berkadar terus
dengan tempoh pengalaman mengajar sehingga tempoh pertengahan (sehingga tahun ke-18) dan
kemudian menurun secara berkadaran linear bermula tahun ke-19 hingga ke-45 mengajar. Selain
daripada itu, hasil kajian menunjukkan Pensyarah Teknologi Pembinaan yang berpengalaman melebihi
10 tahun sehingga 15 tahun pengalaman mengajar (59 orang) mempunyai tahap kompetensi umum yang
tertinggi berbanding aras tahun pengalaman yang lain, malah mengatasi tahap kompetensi Pensyarah
yang berpengalaman mengajar melebihi 15 tahun. Ini diikuti dengan pola tahap kompetensi Pensyarah
yang berpengalaman mengajar melebihi 5 tahun sehingga 10 tahun (36 orang), dapatan menunjukkan
tahap kompetensi lebih tinggi berbanding Pensyarah berpengalaman mengajar sepuluh tahun ke bawah.
51 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapatan tinjauan berjaya memaparkan tahap kompetensi kemahiran umum,
Pensyarah TPKA Kolej Vokasional. Kajian ini dapat memberikan bukti empirikal dan mengesahkan
kesesuaian tahap kompetensi Kemahiran Umum Pensyarah PLTV TPKA boleh diguna pakai sebagai
instrumen pengukuran tahap kompetensi Pensyarah TPKA di Kolej Vokasional.Adalah amat wajar
untuk tenaga pengajar melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah, ilmu pengetahuan agar
kompetensi asas mahupun khusus agar mereka lebih kompetitif. Standard Kompetensi Kemahiran
Umum yang terhasil boleh dijadikan panduan penanda aras kepada Kolej Vokasional dan Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkat dan
memantapkan kesiagaan kompetensi pensyarah PLTV di tahap prestasi tinggi. Hasil dapatan kajian ini
adalah sejajar dengan fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), iaitu untuk
mengecilkan jurang kompetensi dalam kalangan Pensyarah PLTV umumnya dan khususnya dalam
kalangan Penysrah TPKA, yang merujuk kepada Profesionalisme dan Kemahiran Generik dalam
gelombang kedua 2016-2020 akan di capai sebagai penanda aras. Dapatan kajian ini juga memberi input
kepada BPTV dalam membangunkan modul pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) dan dari
segi etika profesional, sahsiah, potensi dan amalan komuniti pembelajaran profesional. Selain daripada
itu dapatan kajian ini dapat memberi maklumat untuk latihan dan PPB berkaitan kemahiran generik yang
meliputi 8 sub dimensi agar ianye menjadi pemangkin pembitaraan pengajaran pensyarah PLTV TPKA
Kolej Vokasional. Justeru dapatan kajian ini turut boleh dimanfaatkan oleh pihak Universiti, Insitut
Pendidikan Guru yang mengendalikan pengajian atau latihan di dalam menyediakan Pensyarah BPTV
bitara serta memenuhi kriteria Qualiti yang diinginkan. Pemupukan elemen kompetensi umum dan
kompetensi khusus, berilmu, berkemahiran dan berprestasi yang tinggi dalam bidang PLTV adalah amat
relavan ke arah pembentukan modal insan dalam mencapai status sebuah negara maju dalam Abad
Ke-21.
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Abd. Khalil (2016). Reka Bentuk Model Program Perkembangan Profesionalisme Pengajaran Guru
Malaysia
Ahmad Bin Esa, (2011), Peranan Kokurikulum dalam pembangunan Kemahiran Generik Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Bauer, W. (2007). International Perpective on Teacher and Lecturer in TVE. University Bremen-ITB
Buletin.
Bauer, W., & Gollmann, P. (2008). Vocational Training Research for the Professionalisation of
Vocational School Teacher. Bremen: ITB, Uni-Bremen
Berg, B. L. (2004). Qualitative research methods for social science. (5th ed.). Boston: Pearson
Education.
52 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Brock, A. (2011). Perpectives on professionalism. Dalam A, Brock & C, Rankin (Eds.) Professionalism
In The Interdisciplinary Eary Year Team, (pp.59)-74). NewYork, NY; Continuum.
Coyner, S. & McCann, P. 2004. Competencies of Technical Instructors and Technical Trainers:
Validation of a Postsecondary Technical Education Program. Workforce Education Forum 31
(2). http: //woc.edu.publications. project//Fall2004html (23 Mei 2007)
Creswell, J.W. (2008). Educational research: Planning, conducting and evaluatingquantitative and
qualitative research. 2nd Edition. New Jersey: Pearson Education, Inc.
Fraenkel, J., & Wallen, N. (2003) How to design and evaluate research in education. Edisi ke 6. New
York: McGraw Hill.
Gerd-Hanne Fosen (2015). Education for All and TVET, Two sides of the same coin?Potential synergies
through integration and linkages , Discussion paper: Norwegian National Commission
for UNESCO
Hairani Razali (2006). Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang Teknik dan Vokasional. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Dicapai pada 18 Mac 2014, daripada
http://eprints.uthm.edu.my/856/1/24_Pages_from_KESAN_LATIHAN_DALAM_PERKHID
MATAN_KE_ATAS_KUALITI_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_DALAM_B.
pdf.
Hassan, R., Razzaly, W., & Alias, M. (2012). Technical and Vocational Education Teachers in
Malaysia. A country paper presented during the Experts Meeting organised by
SEAMEO VOCTECH and UNESCO-UNEVOC in Conjunction with International
Conference on The Excellence in Teacher Education and Research Innovation by Rajabhat
Universities Network, Bangkok, Thailand, 25-28 December 2012.
Huberman, M (1989). The Profesional Life Cycle of Teachers. Teachers College Record 91:31-57.
Kagaari, J.R.K. 2007. Engineering Lecturers' Competencies and Organizational Citiezenship Behavior
(OCB) at Kyambogo University. Journal of European and Industrial Training 31 (9): 706-711.
Kahirol bin Mohd Salleh. (2011).Penilaian Kemahiran Teknikal berasaskan Model Kompetensi Bagi
Sumber Guna Tenaga menerusi pendekatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia:
Jurnal Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
53 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Mahazani (2011). Development of a New Empirical Based Competency Profile for Malaysian
Vocational Education and Training Instructors. Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia
Marinković, S. & Kundačina, M. (2011). Students perception of the programmes and teaching of
didactics-methodics branches on teacher education faculty (On Serbian: Studentska percepcija
programa i nastave didaktičko metodičkih disciplina na učiteljskom fakultetu) Zbornik radova
Učiteljskog fakulteta, 14(13), 27-42.
Marinković, S. (2011). On Serbian: Analiza koncepcije stručnog usaršavanja vaspitača), in: Špijunović,
K. (ed). Nastava i učenje – stanje i problemi – zbornik, Uţice: Učiteljski fakultet, 391-406.
Moustafa Wahba (2013). Competence Standards for Technical and Vocational Education and Training
TVET
Norhayati Ngadiman (2011). Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran: Kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu GEOGRAFIA
OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 3 (111 - 121) 111 Themed issue on
technological, vocational and educational empowerment of Malaysia’s human resource © 2016,
ISSN 2180-2491
Nik Mustafa Mat Ail (2016). Pembinaan Model Kepimpinan Murabbi Di Maktab Rendah Sains Mara
dan Sekolah Menengah Malaysia. Disertasi ijazah kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti
Malaya.
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 (Interim Strategic Plan 2011-2020). Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia
Othman & Rohizani Yaakub (2010). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam Pelaksanaan kurikulum
Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21–32, 2010
PEMANDU (2010). Tenth Malaysia Plan 2011-2015. Putrajaya: Performance Management and
Delivery Unit (PEMANDU), Prime Minister’s Department. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia
54 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2017, Bil. 4, Isu 4
Roberts, T.G., Dooley, K.E, Harlin, J.F. & Murphrey, T.P. (2015). Competencies and Traits of
Successful Agricultural Science Teachers. Journal of Career and Technical Education 22(2).
Rosnah Ishak (2013). Pembinaan Profil Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran Untuk Sekolah
Malaysia. Disertasi ijazah kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Saedah Siraj (2008). Kurikulum masa depan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Saedah Siraj, & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Dimuat
turun daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/159.pdf
Satzinger, J. W., Jackson, R. B., & Burd, S. D. (2007). System Analysis and Design. (4th ed.). Boston,
MA: Thompson Course Technology.
Sekaran, U. (2000). Research methods for business: A Skill building approach (3th ed.) New York, NY:
Wiley.
Sekaran, U. (2003). Research methods for busines: A Skill building approach (4th ed.) New York: John
& Wiley.
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2015), Wawasan 2020, (1991-2020), Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2015), RMK-11(2016-2020) Hala Tuju: Kertas 9
Stratergi: Mentranformasikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional untuk
Memenuhi Permintaan Industri. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
Wahba (2013). Competence Standards for Technical and Vocational Education and Training TVET:
Alexandria Egypt
Wan Nooraini Wan Kamaruddin & Mohammed Sani Ibrahim. (2010). Enhancing Malaysian
Polytechnic Technical Lecturers Competency through the identification of Professional
Development Programs. Proceedings of the International Conference in Education and
Learners' Diversity2010, him. 446-454.
Wan Nooraini Wan Kamaruddin & Mohammed Sani (2016). Membitara Profesionalisme Pengajar
Teknikal. Bangi: Peberbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
55 E-ISSN: 2289-9669