Professional Documents
Culture Documents
Pertukaran Agama Dan Kesannya Terhadap Komuniti: Satu Sorotan Terhadap Kes-Kes Murtad Dan Masuk Islam Di Malaysia
Pertukaran Agama Dan Kesannya Terhadap Komuniti: Satu Sorotan Terhadap Kes-Kes Murtad Dan Masuk Islam Di Malaysia
(The Change Of Religion And Its Impact On The Community: A Detail Explanation On The
Cases Of Apostates And Muslim Converts In Malaysia)
Siti Zaleha Ibrahim, Nur Sarah Tajul Urus & Dr. Mohd Faisal Mohamed
ABSTRAK
Penulisan ini menganalisis tanggapan masyarakat terutamanya pihak keluarga dalam kes-kes
pertukaran agama. Beberapa kes murtad dan masuk Islam seperti kes Natrah, Lina Joy,
Muhamad Abdullah dan Nyonya Tahir dianalisa bagi menjustifikasikan berlakunya
pertukaran agama. Penulisan ini juga mengandungi penelitian terhadap pendekatan yang
diambil oleh para hakim Mahkamah Syariah dalam kes-kes berkaitan ketika membuat
pertimbangan terhadap pertukaran agama melalui kes-kes murtad dan masuk Islam. Kajian
secara kualitatif ini menggunakan satu metode utama iaitu kajian kepustakaan bagi
mendapatkan sorotan kes-kes pertukaran agama di samping mengetengahkan kesan-
kesannya terhadap komuniti.Bagi membantu institusi perundangan untuk berlaku adil
terhadap pihak-pihak yang terlibat, maka kajian ini mencadangkan beberapa pendekatan yang
boleh dijadikan panduan dalam menentukan piawaian pertukaran agama dan kesannya
terhadap komuniti setempat. Kajian ini turut mengandungi cadangan agar isu-isu berkaitan
pertukaran agama diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.
ABSTRACT
This study analyzes the responses of society, especially the family in cases of religious
conversion. A few cases of apostasy and Muslim conversion such as Natrah case, Lina Joy,
Muhamad Abdullah and Nyonya Tahir have been analyzed to justify the validity of religious
conversion. This study also contains a research on the approaches taken by the Syariah
Court judges in cases related to consideration against the religious conversion through
apostasy cases and cases of conversion to Islam. This qualitative study uses the primary
method which is library research in attaining the information of these cases besides
highlighting its impact on the community. To assist the legislative institution to be fair
towards the parties involved, the study suggests some approaches that can serve as a guide in
determining the conversion standards and its effect on local communities. The study also
contains recommendations, so that issues related to conversion are to be taken seriously by
the authorities.
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
PENDAHULUAN
Sejak kebelakangan ini, masyarakat Islam di Malaysia sering digemparkan dengan isu
pertukaran agama sama ada yang melibatkan permohonan masuk Islam atau keluar Islam.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa isu murtad ini bukanlah perkara baru, malahan sebelum
ini telah ada kes murtad berlaku di negara kita walaupun ianya amat terpencil seperti
Kamariah Ali dan Lina Joy. Namun demikian, jika penelitian dibuat, walaupun bilangan kes
murtad ini agak kecil tetapi pada hakikatnya ianya merupakan barah akidah yang mula
menular di kalangan orang Islam di Malaysia walhal ianya tidak sepatutnya berlaku.
Begitu juga dengan kemasukan orang bukan Islam ke dalam agama Islam yang telah
menimbulkan sensitiviti dan prejudis di kalangan masayarakat bukan Islam seperti yang
berlaku dalam kes Mohammad b. Abdullah @ Moorthy a/l Maniam. Ini bermaksud persoalan
agama sama ada yang melibatkan masuk Islam atau keluar Islam boleh menimbulkan
pelbagai kemungkinan dan tanggapan di kalangan komuniti atau masyarakat setempat. Jika
ia tidak ditangani dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa, boleh mencetuskan prejudis dan
kecelaruan di kalangan masyarakat.
Justeru, artikel ini akan membincangkan isu pertukaran agama ini menurut perspektif
syarak secara ringkas dan akan memfokuskan kesan pertukaran agama tersebut terhadap
masyarakat dengan menggunakan kaedah kajian secara kualitatif.
Secara literal, pertukaran agama bermaksud menukar kepercayaan dan pegangan daripada
satu agama kepada agama lain tidak kira sama ada dari atau kepada agama Islam atau dari
satu agama lain kepada satu agama lain (selain dari Islam). (Ahmad Mohamed Ibrahim
1997).
Definisi murtad
Menukar status agama dikategorikan dalam jenayah murtad yang hukumannya adalah hudud.
Hukuman hudud ini secara jelas terbahagi kepada tujuh bahagian dan diterangkan secara
nyata di dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad saw iaitu jenayah zina, jenayah
menuduh zina (qazaf), jenayah mencuri, jenayah merompak, jenayah memberontak, jenayah
minum arak dan jenayah murtad.(Paizah Haji Ismail 1991).
Jenayah murtad atau riddah dari segi bahasa bermaksud kembali (Bustani 1987).
Manakala dari segi istilah bermaksud memutuskan Islam (keluar agama Islam) dan memeluk
mana-mana agama taua mana-mana akidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan
menyeleweng sama ada dengan niat atau perkataan atau perbuatan. (Muhammad al-Syarbini
1958). Murtad boleh terjadi melalui salah satu dari tiga perkara berikut:
205
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
Murtad boleh berlaku melalui perkataan, ucapan dan percakapan. Apabila ucapan dan
kata-kata tersebut mempunyai agenda yang menolak hukum dan prinsip ajaran Islam yang
diketahui oleh semua orang.(Sayid Sabiq 1995)
Begitu juga dengan kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, Allah Taala,
hukum Islam, Nabi Muhammad saw, para Nabi dan sebagainya. Seseorang itu dikira murtad
apabila dia melafazkan perkataan yang mengengkari kewajipan berzakat, berpuasa,
bersembahyang lima waktu, menunaikan haji dan lain-lain.
Malahan, sama sahaja hukumnya jika dia berkata dengan yakin bahawa perbuatan
meminum arak tidak haram, berzina harus, riba tidak haram, al-Quran bukan kalam Allah
Taala atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah saw. Semua
ungkapan sedemikian dikira sebagai ucapan yang mengejek ajaran Islam, dengan kata-kata
sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.
Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau sebarang tingkah laku
yang boleh membatalkan imannya, orang itu boleh menjadi murtad. Misalnya, seseorang itu
melakukan perbuatan seperti orang kafir dengan sujud kepada berhala, matahari, bulan,
manusia, kepada malaikat, menyembah batu, pokok atau kepada mana-mana makhluk lain
atau melakukan ibadah kepada perkara selain daripada Allah Taala. (Abdul Karim Zaydan
1994)
Begitu juga dengan perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam
seperti mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadis
dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina. Mengengkari wajibnya atau
mengatakan ia tidak wajib. Begitu juga seseorang yang meninggalkan sembahyang fardu atau
puasa Ramadan dalam keadaan
Maka, dia boleh menjadi murtad kerana mengengkari satu perkara yang memang
diketahui ramai bahawa perkara itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Tetapi kalau dia
meninggalkan kerana malas, sedangkan dia yakin sembahyang atau puasa itu wajib, maka ia
tidak menjadi murtad.
Murtad melalui kepercayaan, akidah atau niat akan berlaku apabila seseorang itu
mengengkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia meyakini bahawa
ajaran Islam sama sahaja dengan anutan agama lain.(Abdul Qadir `Audah 1968)
206
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
Apabila seseorang itu telah murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling serta
disuruh bertaubat beberapa kali. Jika dia tetap enggan untuk bertaubat setelah disuruh
berulang kali dia layak dihukum bunuh.(Muhammad al-Syarbini 1958)
Tempoh masa untuk bertaubat tersebut mengikut majoriti sarjana Islam selama tiga
hari tiga malam, tetapi mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, pesalah murtad
diberi peluang agar kembali bertaubat selama kira-kira 20 hari.
Apabila seseorang murtad itu kembali sedar dan mahu bertaubat dan kembali kepada
ajaran Islam semula, taubatnya diterima dengan melalui beberapa perkara:
Majoriti sarjana Islam seperti Imam Malik, al-Syafie, Imam Ahmad dan selain mereka
berpendapat bahawa orang yang murtad hendaklah disuruh bertaubat. Sebahagian lagi sarjana
berpendapat tidak perlu Istitab. Bahkan sekiranya si murtad bertaubat, ia akan memberikan
manfaat kepadanya di akhirat, manakala di dunia tetap akan dihukum bunuh. Hal ini,
dinyatakan oleh Abu Yusuf dan Hasan al-Basri.
Manakala sebahagian ulama seperti „Atha bin Rabah pula berpendapat, sekiranya si
murtad pada asalnya adalah muslim iaitu mereka yang lahir sebagai Islam dan kemudian
murtad hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh tanpa memberi peluang bertaubat.
Bagaimanapun, bagi golongan mualaf iaitu mereka yang lahir kafir, kemudian masuk Islam
dan berniat keluar Islam, maka hak bertaubat hendaklah diberi kerana mereka pada asalnya
kurang mendalami ilmu pengetahuan mengenai Islam. (Abu Zuhrah t.t)
Jumhur ulama berpendapat bahawa hukuman murtad ialah bunuh. Pendapat ini
berdasarkan kefahaman mereka terhadap hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa
Nabi Muhammad saw bersabda:
Hadis ini jika difahami secara zahirnya menunjukkan kepada hukum bunuh bagi
semua jenis murtad. Hadith ini dikuatkan lagi dengan arahan-arahan Rasulullah s.a.w agar
dibunuh mereka yang terlibat dengan kes murtad. Ini seperti arahan Baginda s.a.w supaya
dibunuh Abdullah Ibn Abu Sarah selepas beliau murtad begitu juga dengan arahan-arahan
Khulafa‟ al-Rasyidin pada zaman mereka supaya dibunuh orang-orang yang terlibat dengan
jenayah murtad ini. (Zulkifly Muda. 2004). Mengenai hukuman murtad bagi wanita pula,
mazhab Hanafi serta sebahagian sarjana Islam pula berpandangan bahawa wanita yang
207
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
murtad tidak dibunuh tetapi hanya dipenjara dan diminta kembali bertaubat kepada ajaran
Islam (Rosli Mokhtar & Mohd Fikri Che Hussain 2008)
Menurut Dr.Yusof al-Qardhawi pula, seorang yang murtad yang berpegang teguh
dengan murtadnya hendaklah dihukum bunuh secara moral oleh masyarakat Islam, iaitu tidak
diberi wala’ kepadanya dan dipulaukan. Hanya orang murtad yang mengisytiharkan dirinya
sahaja yang dihukum bunuh terutamanya yang mengajak orang lain supaya murtad agar
terpelihara keharmonian dan keimanan masyarakat. Namun, usaha-usaha memujuk si murtad
kembali semula kepada agama Islam dan bertaubat hendaklah dilaksanakan telebih dahulu.
Jika orang yang murtad itu masih enggan bertaubat, maka barulah dihukum mereka.
(Dr.Yusof al-Qardhawi 2000).
(a) Orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah syahadah ke dalam bahasa Arab secara
jelas.
(b) Pada masa mengucap dua kalimah syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa ia
bermakna “ Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”.
(c) Pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.
Menurut prosedur undang-undang, seseorang yang telah memeluk agama Islam perlu
mendaftar diri sebagai muallaf di pejabat agama Islam daerah dan mendapat suatu Perakuan
Memeluk Agama Islam sebagai bukti sah pemelukan Islam. Seseorang yang telah memeluk
agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf
hendaklah bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan pada setiap
masa diperlakukan sebagai orang Islam. (ss 113, Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Selangor 2003
Kebebasan beragama adalah satu daripada kebebasan asasi (fundamental liberties) yang
diberi perlindungan kepada semua orang tanpa mengira bangsa sama ada warganegara atau
bukan warganegara. Jaminan ini termaktub dalam Perkara 3(1) dan 11 Perlembagaan
Persekutuan. Perkara 11 memperincikan skop dan batasan kebebasan beragama di Malaysia.
208
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
Manakala peruntukan 3(1) menjelaskan bahawa penerimaan Islam sebagai agama rasmi tidak
sekali-kali menghalang kebebasan beragama penganut-penganut agama atau kepercayaan
lain.
Hak untuk menganut, mengamal dan menyebar agama boleh disifatkan sebagai
kebebasan utama yang pada waktu mutakhir ini terbuka kepada beberapa pentafsiran
mahkamah, dan tidak kurang menimbulkan kontroversi dan konflik undang-undang. Dari
segi kebebasan menganut agama, hak ini hanya dipraktikkan apabila seseorang itu mencapai
had umur dewasa iaitu 18 tahun. Peruntukan Perlembagaan dan Akta Penjagaan Kanak-
kanak 1961 menyatakan agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun
hendaklah ditentukan oleh ibu bapa atau penjaganya. Ini bererti penukaran agama seseorang
hanya boleh dianggap sah apabila telah mencapai umur 18 tahun. Ini telah dibuktikan dalam
kes Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir Mas & Anor (1990) 2 MLJ 300.
Anutan agama bukan sahaja berkaitan aspek teologi tetapi juga tertakluk kepada
undang-undangnya. Ini bermakna seseorang yang berhasrat menukar agama perlu memenuhi
prosedur undang-undang berkaitan sama ada mengenai pemelukan Islam atau keluar Islam.
Dalam kes rayuan Azlina Jailani atau Lina Joy, Mahkamah Persekutuan telah menolak
rayuan perayu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya atas alasan ia
tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Menurut prosedur, Lina Joy perlu
mendapatkan surat perakuan murtad dari Mahkamah Syariah dan melampirkannya bersama
permohonan pertukaran agama Islam dalam kad pengenalannya kepada Jabatan Pendaftaran
Negara.
Pertukaran agama ialah menukar kepercayaan dan pegangan daripada satu agama kepada
agama lain tidak kira sama ada dari atau kepada agama Islam ataupun sebaliknya. Kajian ini
berkisar mengenai kesan pertukaran agama terhadap ahli dalam komuniti berkaitan sama ada
yang melibatkan waris atau keluarga kepada pihak yang masuk Islam atau pihak yang keluar
Islam. Kesannya terhadap komuniti ini diperincikan dari sudut perspektif perundangan dan
boleh dibahagikan kepada enam bahagian iaitu dari sudut identiti, undang-undang diri, harta
pusaka, hak penjagaan anak, nafkah dan kesan pengkebumian.
Identiti bermaksud status agama seseorang itu yang turut mengakibatkan pertukaran undang-
undang dan obligasinya terhadap pihak lain dan juga obligasi pihak lain terhadap dirinya.
(Seksyen 93 & 97 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam ( Terengganu)
Dalam penentuan status agama seseorang, sering kali ia menjadi pertikaian apabila terdapat
kekeliruan dari segi status dan identiti seseorang sehingga menimbulkan kesan dari segi
perundangan. Sebagai contoh dalam kes Nyonya Tahir, kes Lina Joy dan kes Dalip Kaur
(Hassan Abdul Rahman 2006).
Menurut perspektif Islam yang terpakai ke atas orang Islam, undang- undang diri merujuk
kepada perkahwinan antara pihak-pihak yang terjalin ikatan perkahwinan. (Seksyen 46 Akta
209
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
Manakala dari sudut perbahasan ulama Fiqh pula, sekiranya suami atau isteri murtad
sebelum persetubuhan maka di fasakhkan nikahnya. Mazhab Hanafi pula berpendapat
bahawa mereka perlu dipisahkan sekiranya dihukum sah murtad.
Sebaliknya bagi pasangan yang bukan Islam, yang mana jika salah seorang memeluk
agama Islam maka pihak yang bukan Islam sahaja yang berhak membubarkan perkahwinan
tersebut. Sebagai contoh dalam kes Pedley lwn Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Hassan
Abdul Rahman 2006).
Penjagaan hakiki bagi anak-anak pasangan yang tidak berlainan agama dan masih hidup
adalah bapanya. Akan tetapi, dibawah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan
dan Perceraian) 1976 boleh samada bapa atau ibu atau sesiapa sahaja yang layak jika ibu-
bapa tidak berkelayakan menjaga kanak-kanak (custody) itu. Menurut hukum syarak apabila
salah seorang dari pasangan bukan Islam memeluk Islam, hak penjagaan anak di bawah umur
adalah terletak di bawah pasangan Islam (Hassan Abdul Rahman 2006).
Nafkah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud membelanjakan harta atau
seumpamanya dalam hal kebajikan sahaja. Namun,perkataan ini diertikan dengan maksud
khusus iaitu membelanjakan untuk orang-orang yang dibawah tanggungannya seperti isteri,
anak-anak, ibu bapa atau lain-lain. Manakala Dari segi syara‟ pula ia bermaksud
mencukupkan perbelanjaan untuk orang-orang yang dibawah tanggungannya sama ada dalam
bentuk pakaian, makanan atau tempat tinggal. Atau dengan perkataan lain sesuatu yang
diwajibkan (dibelanjakan) demi menjaga keperluan-keperluan asasi hidup(orang-orang yang
dibawah tanggungannya). Sepertimana yang disebutkan makanan, ia memberi maksud
210
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
makanan asasi seperti roti, nasi atau sebagainya. Pakaian pula bererti sesuatu tubuh badan.
Manakala tempat tinggal pula bermaksud rumah kediaman yang sesuai dan segala peralatan
asasi rumah seperti lampu, alat-alat pembersih, api, air, orang gaji dan lain-lain lagi
berdasarkan tuntutan uruf masyarakat.
Kesan pertukaran agama terhadap nafkah diambil kira dari suami yang murtad, isteri
yang murtad dan suami isteri yang murtad serentak. Melihat kepada suami yang murtad,
mazhab hanafi, Shafie dan Hambali berpendapat suami yang murtad masih berkewajipan
memberi nafkah kepada isterinya yang masih Muslim, ini kerana perpisahan berlaku
disebabkan oleh perbuatan suami. Bagi isteri yang murtad, Mazhab Shafie, Hambali dan
Hanafi bersepakat bahawa isteri yang murtad tidak berhak lagi untuk mendapatkan
tanggungan dari suaminya yang Muslim, ini kerana isteri adalah penyebab kepada
pembubaran ikatan perkahwinan tersebut. Dan bagi suami isteri murtad serentak, Mazhab
Shafie berpendapat si isteri tidak lagi menerima apa jua bentuk nafkah dari suaminya. Ini
kerana si isteri dengan riddah tersebut telah dianggap sebagai derhaka kepada suaminya
walaupun pada masa yang sama suaminya juga murtad.
Seandainya terbubar perkahwinan disebabkan oleh isteri yang keluar dari agama
Islam, persoalannya apakah tindakan mahkamah untuk menyelesaikan masalah nafkah ini?
Namun pentafsiran boleh dibuat, pendapat Mazhab Syafie‟ bahawa isteri yang murtad dan
berterusan dalam keadaan tersebut, maka perkawinan mereka terbubar dan isteri tidak berhak
mendapat nafkah kerana dianggap nusyuz. Lihat kepada S.59(2) dan S.65(1).
Berhubung dengan pertukaran agama suami pula,ia juga tidak terdapat peruntukkan
yang khusus di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984
tentang kesannya terhadap nafkah isteri. Walaubagaimanapun, pentafsiran dibuat
berdasarkan kepada S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam(wilayah Persekutuan) 1984
menjelaskan, si isteri yang diceraikan tanpa alasan yang kuat boleh memohon nafkah dan
mut‟ah daripada suaminya melalui Mahkamah Syariah. Ungkapan “diceraikan tanpa sebab
yang patut” seharusnya diperluaskan pengertiannya sehingga boleh meliputi riddah suami. Ini
kerana pertukaran agama bukanlah alasan yang diiktiraf sebagai “suatu yang patut”. Oleh itu
seorang lelaki telah murtad pada hakikatnya telah menceraikan tanpa sebab yang wajar dan
patut. Maka wajarlah ai bertanggungjawab diatas pembubaran itu sama ada segala nafkah
yang belum diselesaikan termasuklah nafkah iddah bekas isteri itu.
211
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
Akhirnya, kesan pertukaran agama bapa terhadap nafkah anak. S.72(1)Akta undang-
undang keluarga Islam (wilayah persekutuan)1984 menjelaskan adalah menjadi kewajipan
seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau
dalam jagaan seseorang yang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal,
pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana munasabah memandang kepada
kemampuan dan taraf kehidupannya atau membyar kosnya. Dan seksyen ini hendaklah baca
bersama S.73(1) dan (2). Peruntukan ini, menunjukkan bahawa adalah menjadi kewajipan
seorang bapa menunaikan tanggungjawab keatas hak nafkah anaknya samaada dia murtad .
Namun disini, Mahkamah Syariah hanya mendengar kes-kes berkaitan dengan orang
Islam sahaja(senarai 2 jadual kesembilan). Maka panel kehakiman yang layak membuat
perintah tersebut ialah Mahkamah Sivil..Persamaan di antara Mahkamah Syariah dan Sivil
dapat dilihat bahawa kedua-duanya menitik beratkan kepada nafkah anak-anak agar ianya
terbela (Zulkifly Muda 2007).
Dalam menentukan status agama seseorang semasa kematiannya, ia menjadi pertikaian bagi
pihak-pihak yang tidak mengetahui status agama si mati demi untuk merebut jenazah si mati
sebagai contoh kes Dalip Kaur lawan Balai Polis Bukit Mertajam.
PENUTUP
Pertukaran agama menurut Islam adalah tidak dibenarkan dan merupakan jenayah yang boleh
dikenakan tindakan tegas terhadap pelakunya. Sebaliknya di Malaysia, undang-undang
berkaitan riddah perlu dikemaskini dan masyarakat amnya perlu lebih prihatin tentang gejala
murtad yang semakin membimbangkan. Kemasukan seseorang ke dalam agama Islam juga
perlu melalui prosedur yang jelas dan diiktiraf mengikut undang-undang bagi mengelakkan
kekeliruan dan prejudis di kalangan waris dan ahli keluarga pihak yang masuk Islam
khususnya apabila melibatkan kes-kes kematian.
RUJUKAN
Abdul Qadir `Audah. (1968). al-Tasyri’ al-Jinai’I al-Islami, Beirut: Mu‟asassah al-Risalah.
212
Special Issue 3 (November 2016) 204-213, ISSN: 1823-884x
Hassan Abdul Rahman, 2006, Kesan Pertukaran Agama Menurut Perspektif Perundangan
Malaysia, Kertas Kerja Seminar Pertukaran Agama dan Kesan Dari Perspektif Syariah
dan Perundangan, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan
Lembaga Zakat Selangor.
Muhammad Abu Zuhrah, t.t. al-Jarimah waal-Uqubah fi al-Fiqh al-Islami. Kaherah : Dar al-
Fikr.
Paizah Haji Ismail. (1991). Undang-undang Jenayah Islam, Kuala Lumpur: ABIM.
Rosli Mokhtar dan Mohd Fikri Che Hussain. (2008). Undang-Undang Jenayah Islam, Johor
Darul Takzim: Jahabersa
Zaydan Abdul al-Karim. (1994). Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, Jil.5, Beirut: Mu‟asasah al
Risalah.
Zulkifly Muda. (2004). Fiqh al-Nusus fi al-Uqubat wa al-Qisas, Kuala Lumpur: Dar al-
Ahnaf.
Zulkifly Muda, Nizaita Omar, 2007, Kesan Riddah Terhadap Nafkah, Jurnal Syariah dan
Perundangan, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).
213