Peradaban Islam Era Al-Khulafa Al-Rasyidin Dalam P
Peradaban Islam Era Al-Khulafa Al-Rasyidin Dalam P
Peradaban Islam Era Al-Khulafa Al-Rasyidin Dalam P
net/publication/340487507
CITATIONS READS
0 1,538
2 authors, including:
Annasaii Jamar
International Islamic University College Selangor
6 PUBLICATIONS 0 CITATIONS
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
All content following this page was uploaded by Annasaii Jamar on 16 June 2020.
vi
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
07 Mei 2018
ISBN 978-967-0829-92-0
Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang
bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan
sebagainya tanpa izin terlebih dahulu dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
vii
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
(UNA - UKM )
07 MEI 2018
SIDANG EDITOR
Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 0389216245
Faks: 0389254372
Email: draqsha@gmail.com
Dengan kerjasama Universiti Asahan Medan (UNA) & Politeknik Medan (POLMED
viii
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
UCAPTAMA
1) Pendekatan Digital Dalam Pendidikan Bersepadu Dalam Linguistik, 18
Pendidikan Islam Dan Sains Sosial. (Digital Approach In Integrated Education
On Linguistics, Islamic And Arabic Education And Social Sciences )
Penulis : Assoc. Professor Dr Hj Maimun Aqsha Lubis, Rohaida Awang Nik,
Munaya Zulfa Badu Ganti, Mohammad Nor Afandi
TEMA 1: LINGUISTIK
4
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
5
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
Pengaruh Tamadun Islam dan Tamadun Barat Dalam Budaya Melayu 188
Penulis: Nurul Anis Abu Bakar, Maimun Aqsha Lubis
6
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
7
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
8
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
Pelaksanaan Tiga Aras Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam 452
Kalangan Guru-Guru Bahasa Arab
Penulis: Mazlina Mustaffa, Maimun Aqsha Lubis
Saiz Kosa Kata Bahasa Arab Dalam Meningkatkan Kemahiran Bertutur 463
Dalam Kalangan Pelajar
Penulis: Muhamad Hafizudin Kamaruzaman, Harun Baharudin
Teknik Latih Tubi Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah 500
Penulis : Nur Syukriyah Mohd Suib, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis
9
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
Empat Asas Kemahiran Bahasa : Pendekatan Kaedah Dan Teknik Dalam 507
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Peringkat Sekolah
Menengah
Penulis : Nur Ain Syahirah, Maimun Aqsha Lubis, Harun Baharudin
Persepsi Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Terhadap Latihan Dalam 515
Perkhidmatan Dari Segi Kualiti Latihan
Penulis: Nur Aina Mardhiah Mohd Nain, Maimun Aqsha Lubis, Harun
Baharudin, ,Nurul Fatanah Mohamad
Penggunaan VLE Frog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 525
Penulis: Qurratu ‘Aini Syamimi, Maimun Aqsa Lubis, Harun Baharuddin
10
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
Factors Affecting Quasi Money After The 1998 Economic Crisis In 598
Indonesia
Penulis: Hastina Febriaty, Octavianni Mardyanty Ritonga
The Influence of Work Stress And Overtime Work On The Performance 622
Of The Employees
Penulis: Muhammad Andi Prayogi
The Effect of Return On Equity And Sales Growth To Debt To Equity 633
Ratio In Corporate Sector Advertising, Printing And Media In Indonesia
Penulis: Linzzy Pratami Putri, Ahmad Junaiwi Prasetia Nasution
11
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
The Influence Of Price And Location Against The Decision Of Buying A 652
Home In Pt Wiratama Group Unit Grand Mansion Johor Medan
Penulis: Nadia Ika Purnama, Raja Tia Parama Arta
Effect Of Sales Growth And Cash Flows On Growth Income Of Ceramic 663
Companies in Indonesia Stock Exchange
Penulis: Novi Fadhila, Sugrina
12
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
The Influence Of The Debt To Equity Ratio, Inventory Turn Over, And 758
Current Ratio Against The Return On Equity In The Pharmaceutical
Sector Company
Penulis : M. Firza Alpi
13
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
ABSTRAK
Antara ‘era keemasan’ Peradaban Islam adalah ketika pemerintahan al-Khulafa’ al-Rasyidin.
Sungguhpun kuasa Islam mulai bertapak di persada dunia, namun peradaban Islam pesat membangun
dan mengusai dua pertiga dunia ang menyaksikan kejatuhan empayar Rom dan Parsi. Hal ini kerana
kebijaksanaan dan kepimpinan al-Khulafa’ al-Rasyidin yang berjaya meletakkan pemikiran dan
peradaban Islam di bidang politik, pengurusan negara, kepimpinan, kebajikan sosial, undang-undang
dan Pendidikan unggul di seluruh dunia. Oleh yang demikian, artikel ini akan membahaskan mengenai
kecemerlangan peradaban Islam era al-Khulafa’ al-Rasyidin dan sumbangan al-Khulafa’ al-Rasyidin
dalam pendidikan yang melonjakkan kehebatan Islam. Metodologi kajian ini adalah kajian
kepustakaan dengan menganalisis jurnal, artikel, buku dan tesis yang berkaitan. Hasil kajian
mendapati bahawa kecemerlangan peradaban Islam era al-Khulafa’ al-Rasyidin dalam perkembangan
Islam dan tamadun manusia terutama dalam pendidikan mampu membawa kepada kesejahteraan
kepada semua lapisan masyarakat.
PENDAHULUAN
Peradaban Islam pada zaman al-Khulafa’ al-Rasyidin terserlah dari pelbagai aspek dan pengurusan
negara Islam yang sistematik. Al-Khulafa’ al-Rasyidin yang dimaksudkan ialah terdiri daripada
Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayidina Umar al-Khattab, Sayidina Uthman al-Affan dan juga Sayidina
Ali Abi Talib. Keempat-empat Khalifah berjaya menjadikan negara Islam yang berpusat di Madinah
menjadi sebuah negara yang kaya dengan ilmu dengan menggunakan metode pendidikan dan dakwah
hasil dari didikan Rasulullah melalui kemurnian Islam. Hal ini kerana pada zaman Jahiliah, kebanyakan
penduduk semenanjung Tanah Arab buta Huruf. Menurut Ahmad Syalaby (1976) sehingga kedatangan
Islam hanya 17 orang Quraisy yang pandai menulis dan membaca.
Oleh itu, kedatangan Islam membawa perubahan besar dalam bidang ilmu pengetahuan dan
pendidikan terutama mengenai pelajaran menulis dan membaca. Perintah wahyu pertama (Abdullah
Basmieh, 2007: 1270) bacalah! wahai Muhammad dengan nama Tuhan mu yang mencipta merupakan
inspirasi kepada pendidikan. Menurut Abdullah Ishak (1989) menerusi pembacaan dan pemilikan ilmu,
manusia akan terlibat dengan proses kemajuan dan kematangan diri. Oleh hal yang demikian itu,
sebagai langkah pertama Rasulullah memperkenalkan pendidikan melalui pembacaan Wahyu di
samping penulisan dan Pendidikan Islam sebagai alat untuk mencapai ilmu pengetahuan. Malah,
selepas kewafatan Rasulullah, Khulafa’ al-Rasyidin meneruskan teras pendidikan terutamanya
Pendidikan Islam kepada masyarakat Islam yang semakin berkembang lantaran perluasan kuasa dan
jajahan Islam.
TUJUAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah untuk membahaskan mengenai peradaban Islam era al-Khulafa’ al-
Rasyidin dan sumbangan al-Khulafa’ al-Rasyidin dalam pendidikan.
396
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kajian kepustakaan yang merujuk daripada
sumber ilmiah melalui buku-buku, artikel jurnal dan prosiding serta tesis. Bahan dan data yang
terkumpul digunakan sebagai sumber maklumat bagi penulisan yang dilakukan oleh penulis.
Tamadun Islam bermula sejak penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu Surah
al-Alaq ayat 1-5. Penyebaran dakwah Nabi Muhammad S.A.W kepada seluruh manusia berteraskan
tiga prinsip utama Islam iaitu, prinsip akidah, prinsip syariah dan prinsip akhlak kepada seluruh
manusia. Seterusnya, ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W berjaya
mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliah kepada hidayah keimanan. Bahkan, Nabi Muhammad
S.A.W berjaya membina kekuatan generasi yang unik, memperjuangkan agama Islam denga membina
generasi al-Quran yang unik.
Lebih-lebih lagi, setelah kejayaan hijrah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat ke kota
Yathrib dan digantikan dengan nama kota Madinah. Baginda Rasulullah S.A.W mendirikan sebuah
negara Islam yang makmur dilengkapi dengan perlembagaan dan disusun atur dengan baik iaitu
Perlembagaan Madinah. Dapatan Zaludin Sulaiman (1995), Rasulullah S.A.W telah membina masjid
sebagai asas permulaan kepada peradaban dan seni bina Islam. Hal ini demikian kerana, fungsi masjid
sebagai kunci perpaduan melalui solat jemaah, pusat perkembangan tamadun, pusat pemerintahan,
pusat pentadbiran, pusat kehakiman, malah sebagai pusat pendidikan. Natijahnya, sepanjang di bawah
pentadbiran Rasulullah S.A.W masjid berfungsi sebagai pusat pentadbiran Rasulullah S.A.W
Namun demikian, setelah kewafatan Rasulullah S.A.W bermula peradaban zaman al- Khulafa’
ar-Rasyidin dengan perlantikan Abu Bakar al-Siddiq (632-634M) sebagai khalifah Islam yang pertama.
Menurut Ali Mufrodi (1997) pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, beliau meneruskan sistem pemerintahan
yang diwarisi dari baginda Rasulullah S.A.W walaupun secara rasminya masih belum wujud
kementerian-kementerian, tetapi tugas-tugas yang dijalankan oleh sesebuah kementerian telah
diwujudkan. Pada waktu yang sama, para sahabat membantu menjalankan tugas meringankan tugas
Khalifah Abu Bakar dalam urusan kemasyarakatan dan kenegaraan. Tamsil nya, Khalifah Abu Bakar
melantik Umar al-Khattab untuk menguruskan hal-hal kehakiman dan kewangan, Uthman al-Affan
dilantik membantu dalam hal-hal kebajikan. Manakala Ali bin Abi Talib dilantik menguruskan hal
kesetiausahaan. Tambahan pula, Khalifah Abu Bakar menggerakkan barisan askar yang dipimpin oleh
Usamah bagi tujuan memerangi golongan Riddah yang tidak setia dengan agama. Semasa pemerintahan
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau mengutamakan sistem pendidikan berteraskan al-Quran dan al-
Sunnah.
Seterusnya, pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (634-644) telah melakukan banyak
pembaharuan dari sudut pengurusan. Beliau telah menguatkuasakan undang-undang tanah,
pengumpulan dan penyusunan al-Quran. Menurut Abdul Malik (2016) hal ini bersangkut paut dengan
kejayaan Khalifah Umar al-Khattab di sepanjang pemerintahan beliau. Penyebaran agama Islam ke
Syam, Mesir dan Parsi. Manakala dari sudut pentadbiran, Khalifah Umar al-Khattab telah meluaskan
bidang dalam pentadbiran yang meliputi segala bidang dan kepentingan umum. Khalifah Umar al-
Khattab juga membahagikan kawasan pemerintahan Islam kepada lapan bahagian iaitu Makkah,
Madinah, Syria, al-Jazirah, Basra, Kufah, Mesir dan Palestine. Dalam pada itu, majlis Syura
diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Antara jabatan lain yang diwujudkan pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, jambatan cukai, jambatan pos, jabatan tentera dan lain-
lain. Manakala dalam sektor kebajikan sosial, pelbagai kemudahan awam dibina seperti jalan raya, tali
air, empangan, jambatan, menyusun tahun hijrah dan mewujudkan sistem mata wang sendiri.
Lain daripada itu, lantaran kewafatan Khalifah Umar al-Khattab, tampuk khalifah di teruskan
oleh Khalifah Uthman al-Affan (644-656M). Peradaban Islam terus berkembang denga pelbagai
kemajuan dengan siri penyebaran dan perluasan kawasan Islam. Khalifah Uthman menggandakan usaha
dengan memperbaiki dasar kewangan negara, mengeluarkan takwim Islam dan membukukan mashaf
al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani. Seterusnya, pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
(656-661M) pula, beliau telah memperluaskan lagi empayar Islam, meneruskan perluasan dakwah
Islam negara-negara luar dan meningkatkan kebijakan sosial dengan membina rumah tumpangan
kepada pengembara.
397
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
KONSEP PENDIDIKAN
Definisi pendidikan didatangkan dalam penekanan yang berbagai-bagai-bagai dari para sarjana
pendidikan. Misalnya, kebanyakan sarjana pendidikan barat mendefinisikan pendidikan tanpa langsung
berpandukan aspek ketuhanan dan kepercayaan. Menurut George F Kneller (1971) pendidikan sebagai
perbuatan yang memberikan kesan kepada fikiran, perbuatan dan pencapaian fizikal seseorang manusia.
Dalam pada itu, Webster (2005) menyatakan bahawa pendidikan merupakan proses melatih
dan membangunkan ilmu, kemahiran dan pemikiran oleh institusi pendidikan yang formal. Namun
demikian, pentakrifan itu berbeza dengan pandangan sarjana Islam. Dapatan Abdul Halim al-
Muhammady (1991), pendidikan merupakan proses mengembang dan melatih akal, jasmani dan roh
manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu. Jika dilihat dari sudut lain,
kajian Abdullah Ishak (1995) mendefinisikan pendidikan sebagai satu latihan atau bimbingan kepada
jasmani, rohani, akal, akhlak, emosi dan sosial berpandukan ilmu bagi melahirkan insan sempurna dan
mengabdikan diri kepada Allah.
Sekaligus, kedua-dua sarjana di atas mendefinisikan pendidikan dengan mengambil kira aspek
kehidupan merangkumi unsur rohaniah dan lahiriah. Hal ini bersangkut paut dengan gambaran yang
menyeluruh oleh Hassan Langgulung (1991) menyifatkan pendidikan itu sebagai suatu pemindahan
nilai kebudayaan untuk melahirkan manusia yang bertanggungjawab dan berbakti kepada Allah.
Tambahan pula, Gamal Abdul Nasir (2003) menzahirkan pendidikan itu proses pembinaan akhlak,
pembersihan diri dari sifat-sifat tercela serta menggantikan denga sifat-sifat yang terpuji. Dengan itu,
justifikasi pendidikan terjemahan barat hanya menyentuh konsep alam dan kemanusiaan yang bersifat
horizontal semata-mata. Sedangkan, istilah pendidikan oleh sarjana Islam menyentuh kesemua aspek
kehidupan merangkumi spiritual, ketuhanan, serba lengkap mencakupi hubungan vertical dan
horizontal.
Natijahnya, penulis berpendapat pendidikan ialah proses membentuk diri seseorang manusia
menjadi seseorang yang berpekerti mulia dan berkualiti serta menghambakan diri kepada Allah. Hal ini
bertepatan dengan Abdul Rahman Abdullah (2007) pendidikan ialah proses melatih dan
membangunkan bakat dan potensi manusia dari segi jasad, akal dan emosi. Oleh yang demikian itu,
potensi manusia berkembang hasil dari proses latihan dan pembangunan bakat semula jadi.
Pendidikan adalah merupakan aspek utama bagi sebuah negara. Kemajuan atau kemunduran sesebuah
negara cerminan dari pendidikan masyarakat sesebuah negara. Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan
berkembang seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Sekali gus, pendidikan memiliki
peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pada bab ini, penulis akan membincangkan
pendidikan pada era al-Khulafa’ al-Rasyidin.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad, Abu Bakar diangkat sebagai Khalifah yang pertama
melanjutkan tugas-tugas sebagai pemimpin agama dan pemerintahan. Dapatan Hanun (2001)
menyatakan bahawa awal pemerintahan Khalifah Abu Bakar, beliau di gugat oleh pemberontakan
orang-orang murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Oleh itu fokus Khalifah
Abu Bakar memerangi para pemberontak di Yamamah. Dalam peperangan tersebut, ramai para
penghafal al-Quran syahid sehingga menimbulkan khuatir hilangnya al-Quran. Pada waktu yang sama,
Umar al-Khattab mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar agar al-Quran dibukukan. Maka, dilantik
Zaid bin Thabit untuk mengumpul semua catatan al-Quran. Oleh yang demikian itu, pola pendidikan
pada zaman Khalifah Abu Bakar masih seperti Nabi Muhammad S.A.W, baik dari segi bahan mahupun
bentuk pendidikannya.
Di samping itu, bentuk pendidikan pada zaman Khalifah Abu Bakar tertumpu pada pendidikan
tauhid atau keimanan, akhlak, ibadah, dan sebagainya. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani (2001)
pendidikan keimanan adalah mempercayai dengan hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan
anggota badan di samping ketaatan sembahan kepada Allah S.W.T. Sidek Baba (2006) menyokong
dengan berpendapat pendidikan akidah adalah mengembalikan manusia kepada fitrah keyakinan
terhadap pencipta. Maka konsep pendidikan keimanan yang di amalkan pada zaman Khalifah Abu
Bakar bukanlah keimanan dalam bentuk taqlidi atau tamanni atau keimanan dalam bentuk ucapan dan
angan-angan belaka.
Seterusnya, Pendidikan akhlak. Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1981) pendidikan akhlak
merupakan sekumpulan prinsip-prinsip akhlak serta budi luhur yang mesti dilengkapkan ke dalam jiwa.
398
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
Malah dapatan Muhammad Nur Abdullah (2006) pendidikan akhlak merupakan pembinaan adab dalam
peribadi manusia. Dapatan Yunus (2001) masyarakat pada zaman Khalifah Abu Bakar diajar adab-adab
seperti adab bergaul dalam masyarakat dan menyantuni tetangga. Hal ini demikian kerana
penambahbaikan sosial yang dilakukan Khalifah Abu Bakar untuk mewujudkan keseimbangan antara
wilayah Islam agar kekal aman dari sebarang penyelewengan atau pemberontakan. Seterusnya,
pendidikan ibadah untuk memperkuatkan jasmani dan rohani.
Oleh yang demikian itu, peradaban manusia yang cemerlang berdasarkan dari pemerintahan
yang baik, saksama. Pendek kata, maju mundurnya suatu bangsa tergantung pada kecerdikan
pemerintah. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan
berpusatkan kota Madinah. Khalifah Umar juga mengarahkan panglima perangnya mendirikan masjid
sebagai tempat ibadah dan pendidikan. Menurut Taufiqurrahman (2003) Khalifah Umar al-Khattab
seorang pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan berpusatkan kota Madinah. Seterusnya,
Khalifah Umar menerapkan pendidikan di masjid, di pasar serta menghantar guru-guru untuk setiap
daerah wilayah Islam. Guru-guru tersebut mengajar al-Quran dan ajaran Islam seperti aqidah, fiqah dan
akhlak kepada penduduk yang baru masuk Islam. Dapatan Syamsul Nizar (2007) sistem pendidikan
pada pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab sama seperti pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
yang berpusatkan masjid sebagai tempat menimba ilmu. Dalam pada itu, kewujudan institusi kuttab
yang merupakan pusat pengajaran yang paling tua dalam konteks sejarah Islam. Hal ini bertepatan
dengan dapatan Raghib as-Sirjani (2011) menyatakan kuttab menjadi keutamaan dalam pendidikan era
al-Khulafa’ al-Rasyidin kerana menjadi pintu asas menuju pengajaran dan pembelajaran yang lebih
tinggi. Dalam erti lain, kuttab menyerupai sekolah rendah pada masa sekarang.
Dalam pada itu, pendidikan pada masa Khalifah Uthman al-Affan yang diangkat
menggantikan Khaliah Umar al-Khattab juga tidak jauh berbeza dengan Khalifah Abu Bakar dan
Khalifah Umar. Pendidikan pada zaman Khalifah Uthman al-Affan meneruskan apa yang telah sedia
ada dengan masa sebelumnya. Menurut Syafiyyur Rahman (2000) pendidikan pada zaman Khalifah
Uthman al-Affan terdapat sedikit perubahan dalam pendidikan dengan memberi kelonggaran kepada
para sahabat untuk keluar dan menetap menyampaikan ilmu di daerah-daerah yang mereka sukai. Hal
ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berpusat di Madinah bahkan, diperluaskan
ke daerah-daerah wilayah Islam. Kajian Badri Yatim (2001) menyatakan ini adalah sumbangan yang
besar dilakukan oleh Khalifah Uthman al-Affan dalam melaksanakan pendidikan di wilayah-wilayah
Islam. Di samping itu, sistem pendidikan juga tertumpu ke arah perkembangan penulisan al-Quran.
Kajian Mahmud Yunus (2001) perkembangan penulisan al-Quran adalah keputusan Khalifah Uthman
setelah pemerhatian terhadap perbalahan dalam perbezaan bacaan dan membentuk jawatankuasa
penulisan dan pembukuan Mashaf Uthmani agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan faham.
Oleh itu, sumbangan Khalifah Uthman al-Affan amat besar dalam menyatupadukan umat Islam agar
bebas dari segala prasangka dan perbalahan.
Namun begitu, pada zaman Khalifah Ali Abi Talib, Islam digoncang dengan fitnah yang
terjadi pada ketika itu. Menurut Hanun Asrohah (2001) pemerintahan Khalifah Ali Abi Talib tidak
pernah mendapat ketenangan dan kedamaian. Hal ini kerana salah faham terhadap pembunuhan
Khalifah Uthman al-Affan, sehingga tercetus perang Jamal dan pemberontakan Muawiyah untuk
menggulingkan Khalifah Ali Abi Talib sehingga tercetus peperangan Siffin. Rentetan dari kekacauan
dan pemberontakan yang telah berlaku, pemerintahan Khalifah Ali Abi Talib menjadi tidak stabil.
Menurut Makmur Harun (2015) pendidikan pada zaman Khalifah Ali Abi Talib kurang mendapat
perhatian akibat dilanda konflik yang berakhirkan dengan pemberontakan, kekacauan bahkan sehingga
telah berlaku perang saudara. Kekecohan dalam politik memberi kesan kepada kegiatan pendidikan,
malah menurut Ira Lapidus (1999) Khalifah Ali Abi Talib tidak sempat memikirkan hal berkaitan
pendidikan kerana seluruh perhatiannya ditumpukan kepada maslahat am berkaitan dengan masalah
keamanan dan kedamaian bagi masyarakat Islam.
Natijahnya, pola pendidikan pada zaman al-Khulafa’ al-Rasyidin secara keseluruhannya
adalah tidak jauh berbeza dengan pola pendidikan Nabi Muhammad SAW dengan memberi penekanan
kepada pembelajaran membaca, menulis dan mengajar ajaran-ajaran Islam yang bersumberkan kepada
al-Quran dan al-Hadis.
399
THE 11TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN LINGUISTICS,
ISLAMIC AND ARABIC EDUCATION, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2018
KESIMPULAN
Al-Khulafa’ al-Rasyidin merupakan inspirasi dalam aspek kepimpinan dan aspek keilmuan.
Kepimpinan yang ditonjolkan oleh al-Khulafa’ al-Rasyidin dalam menjalankan amanah yang
dipertanggungjawabkan untuk memastikan umat Islam tidak sengsara. Ketegasan dan kebijaksanaan al-
Khulafa’ al-Rasyidin, menyebabkan Islam disegani baik di kalangan semenanjung Arab bahkan
sehingga ke Parsi dan Rom. Dalam pada itu, kepimpinan al-Khulafa’ al-Rasyidin berjaya meletakkan
pemikiran, ilmu, dan peradaban Islam dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan.
Perkembangan dan penyebaran agama Islam pesat membangun di daerah-daerah jajahan
wilayah Islam dan dijalankan dengan penerapan pendidikan agama Islam yang bersesuaian dengan
ketetapan yang telah di tetapkan pada zaman al-Khulafa’ al-Rasyidin. Malah, melalui pendidikan ini,
lahirlah guru-guru yang bersungguh-sungguh mendidik untuk melahirkan umat Islam yang cemerlang.
Ini kerana kesan pendidikan itu mampu mewarnai kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek seperti
politik, sosial, seni, budaya dan memberi sumbangan yang besar terhadap kehidupan umat Islam demi
memajukan perkembangan ilmu dan intelektual.
RUJUKAN
Abdul Halim al-Muhammady. 1994. Pendidikan Islam dan Peranannya Dalam Pembangunan Ummah.
Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdul Malik. 2016. Aspek Pendidikan Dalam Bangunan Peradaban Masa Umar Bin Khattab. Jurnal
Didaktika Islamika. Vol. 7. No. 1
Abdul Rahman Abdullah. 2007. Pendidikan al-Quran Membina Minda dan Jiwa Cemerlang. Johor
Bahru. Perniagaan Jahabersa.
Abdullah Basmieh. 2007. Tafsir Pimpinan ar- Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur.
Darul Fikir
Abdullah Ishak. 1989. Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam. Al-Rahmaniah
Abdullah Nasih Ulwan. 1995. Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Singapura. Pustaka Nasional.
Ahmad Salaby. 1976. Sejarah pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang.
Ali Mufrodi. 1997. Islam Di kawasan Kebudayaan Arab. Logos Wacana Ilmu
Badri Yatim. 2001. Sejarah peradaban Islam. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.
Gamal Abdul Nasir. 2003. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam. Bentong. PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Hanun Asrohah. 2001 Sejarah Peradapan Islam, Wacana Pendidikan Islam Indonesia 2012. Jakarta.
Hassan Langgulung. 1991. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Hajar al-Asqalani. 2001. Fath al-Baari, tahqiq Syekh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, Mesir:
Maktabah Mishr, Juz I
Ira M. Lapidus. 1999. Sejarah sosial umat Islam. Jakarta RajaGrafindo Persada.
Mahmud Yunus. 2001. Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Hidayakarya Agung
Makmur Harun. 2015. Pendidikan Sebagai warisan Islam: Kajian dalam Perspektif Sejarah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
PJ Webster. 2005. Changes in Tropical Cyclone Number, Duration, and Intensity in a Warming
Environment. Science. Vol. 309. Issue 5742.
Raghib as-Sirjani. 2011. Sumbangan Peradaban Islam pada Dunia, Jakarta: Pustaka al-Kautsar,
Samsul Nizar. 2007. Sejarah Pendidikan Islam Menelusuri Jejak Sejarah Pendidikan Era Rasulullah
sampai Indonesia, Jakarta: Pustaka Kencana
Sidek Baba. 2006. Pendidikan Rabbani Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Selangor. Karya Bestari
Sdn. Bhd.
Syafiyyur Rahman al-Mubarakfury. 2000. Sirah nabawiyah. Cet. Ke-9. Jakarta: Pustaka al-Kautsar.
Zaluddin Sulaiman. 1995. Islam dalam Kehidupan Masyarakat. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.
400
Scanned with CamScanner
View publication stats