583-Article Text-3899-3577-10-20221027
583-Article Text-3899-3577-10-20221027
583-Article Text-3899-3577-10-20221027
FullPaper
Paper
Article history
Received: 2022-02-09 Received in revised form: 2022-04-05 Accepted: 2022-04-10 Published online: 2022-10-31
Abstract
This pilot study was carried out to determine the level of trustworthiness of the social media impact instrument as a
channel of Islamic public relations in Darul Quran towards younger generation. A quantitative study using
questionnaire was used, and it was distributed online using Google Form. This study involved 30 participants, ages
between 20 to 24. Based on the literature, there are five impacts of social media as an Islamic public relations channel
which include awareness, perception, speculation, understanding as well as image and reputation. Therefore, the
constructs was created based on these five elements. From the analysis, it was found that the Cronbach’s alpha value
for the awareness was 0.859, while the perception was 0.969. On the other hand, Cronbach's alpha value for the
speculation was 0.881, while the value for understanding element was 0.833. Cronbach's alpha value for the last
element which are image and reputation, was 0.935. The results of the five-construct analysis also demonstrate that
the mean values are between medium and high. Thus, the result of this study shows that all of these constructs are
reliable and can be used for actual data collection.
Keywords: Islamic public relation, media social, public relations.
Abstrak
Kajian rintis ini dijalankan bagi mengukur tahap kebolehpercayaan instrumen impak media sosial sebagai saluran
perhubungan awam Islam oleh Darul Quran terhadap generasi muda. Kajian ini dilakukan menggunapakai
pendekatan reka bentuk kuantitatif iaitu soal selidik, dan ia diedarkan secara dalam talian menggunapakai Google
Form. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang peserta yang berumur 20 hingga 24 tahun. Berdasarkan penelitian
literatur, terdapat lima impak media sosial sebagai saluran perhubungan awam Islam iaitu kesedaran, persepsi,
spekulasi, persefahaman serta imej dan reputasi. Oleh itu, konstruk yang dibangunkan adalah berdasarkan kelima-
lima elemen tersebut. Hasil analisis mendapati bahawa nilai alpha Cronbach bagi elemen kesedaran ialah 0.859,
manakala elemen persepsi ialah 0.969. Bagi elemen spekulasi pula nilai alpha Cronbach ialah 0.881 dan elemen
persefahaman ialah 0.833. Elemen yang terakhir iaitu imej dan reputasi mencatatkan nilai alpha Cronbach 0.935.
Dapatan analisis terhadap kelima-lima konstruk tersebut juga menunjukkan bahawa nilai min berada di tahap
sederhana dan tinggi. Tuntasnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua konstruk ini mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi dan ia boleh digunakan bagi proses pengumpulan data yang sebenar
Kata kunci: Perhubungan awam Islam, media sosial, perhubungan awam.
1.0 PENGENALAN
Pada masa kini, penggunaan internet dan media sosial sebagai medium penyebaran
maklumat bukan lagi sesuatu yang janggal. Secara amnya, media merupakan saluran perantara
perhubungan atau komunikasi bagi menyampai dan mendapatkan sesuatu informasi atau
maklumat dalam masa yang singkat (Kamus Dewan, 2005). Namun begitu, penggunaan media sosial
ini telah banyak mempengaruhi pembentukan masyarakat (Nurul Izzaty, Nuraisyah Syakirin &
Kamarul Azmi, 2019). Justeru, tidak mustahil apabila dikatakan perubahan masyarakat sejajar
dengan perkembangan media (Gaurav & Nity, 2017).
Penggunaan media sosial pada hari ini mempunyai implikasi pengaruh yang luas terhadap
setiap lapisan masyarakat tanpa mengira batasan agama, bangsa, jantina dan umur. Oleh itu, tidak
hairanlah ramai dalam kalangan masyarakat yang berkecenderungan untuk menggunapakainya
(Fahmi, 2017; Fazlinda & Mohammad Siraj Munir, 2018). Berdasarkan laporan akhbar, Malaysia
mempunyai nisbah pengguna media sosial yang tertinggi di Asia Tenggara berbanding negara-
negara Asia Tenggara yang lain (Mohd Zaky, 2021). Justeru, kadar literasi atau kadar
kebolehupayaan masyarakat dalam menggunapakai dan mengendalikan media sosial dalam
kalangan masyarakat di Malaysia adalah tinggi.
Salah satu aktiviti yang wajar memanfaatkan penggunaan media sosial adalah aktiviti
perhubungan awam. Ini kerana, peranan media sosial sebagai saluran perhubungan awam adalah
penting dalam menghubungkan sesuatu entiti dengan khalayak awam atau sasarannya. Ia dianggap
sebagai alat komunikasi penting terutamanya dalam pengamala perhubungan awam (Muhammad
Zaki, Mohd Faizal, Mohd Yahya & Khairunnezam, 2020). Walaupun secara amnya, media
tradisional masih menjadi pilihan bagi segelintir individu dalam kalangan masyarakat, namun media
sosial lebih mendominasi lanskap dan menjadi nadi utama penggerak masyarakat dalam kehidupan
seharian. Oleh itu peranan media sosial sebagai teras pemangkin perhubungan awam tidak boleh
dipandang enteng.
Perhubungan awam yang berteraskan kepada asas-asas Islam atau perhubungan awam Islam
wajar diaplikasikan dalam setiap aktiviti perhubungan awam di Malaysia. Hal ini sesuai dengan
dengan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia. Kedudukannya ini telah
termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perlembagaan Persekutuan, 2010).
Dalam hal ini, Islam bukanlah suatu agama yang dianuti semata-mata bahkan merupakan suatu
nilai yang sangat tinggi dan dominan serta diberi keutamaan dan tidak boleh dikecualikan sama
sekali dalam segenap perkara (Mastura, Khadijah & Wan Mohd Fazrul Azdi, 2020).
Jika disoroti, kajian berkaitan perhubungan awam Islam dilihat masih baru walaupun dari
aspek praktisnya telah lama dilaksanakan (Ahmad Al-Munzir, Nor ’Azzah & Zulkifli, 2021).
Justeru, masih terdapat pelbagai dimensi pengkajian yang terbuka luas untuk diteliti. Salah satunya
ialah kajian berkaitan impak penggunaan media sosial sebagai saluran perhubungan awam Islam.
Dalam konteks kajian ini, kajian rintis ini perlu dilakukan bagi melihat kebolehpercayaan dan
kebolehlaksanaan soal selidik yang akan dibangunkan dalam kajian sebenar. Hal ini kerana soal
selidik yang telah dibangunkan ini akan diadaptasi dalam konteks yang berbeza berbanding soal
selidik yang telah sedia ada. Selain itu, pengkaji juga telah menambah beberapa konstruk baru
berdasarkan sorotan literatur terkini yang telah dilakukan. Oleh itu, soal selidik ini akan menjadi
instrumen pengukuran yang khusus bagi menilai impak media sosial sebagai saluran perhubungan
awam Islam.
Walaupun secara kebiasaannya dapatan kajian rintis tidak dilaporkan, namun ia adalah
perintis dan usaha seorang pengkaji dalam menyumbang kepada perkembangan sesuatu bidang
Page | 14
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
pengkajian (Joy, Dorothy, Jane & Isabelle, 2018). Dalam hal ini, kajian rintis adalah sinonim dengan
tahap kebolehupayaan dan kebolehlaksanaan sesuatu instrumen bagi sesuatu kajian berskala besar.
Oleh itu, makalah ini akan membincangkan impak penggunaan media sosial sebagai saluran
perhubungan awam.
Page | 15
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Pendigitalan merupakan salah satu teknologi yang telah banyak mengubah cara hidup
masyarakat (Paivi, Maarit, Jukka & Susanna, 2017). Salah satu teknologi yang telah berkembang
kearah pendigitalan adalah media. Rentetan daripada itu, terhasil pelbagai bentuk media digital
termasuklah media sosial. Dalam hal ini, media sosial merujuk kepada media secara dalam talian
yang membolehkan pengguna menyertai, berkongsi dan mencipta kandungan yang tersendiri
(Kamus Dewan, 2005). Realiti hari ini telah menunjukkan bahawa media sosial sedang melalui proses
perkembangan yang sangat pesat dengan penumpuan teknologi digital terhadap peranti seperti
telefon pintar, komputer riba, tablet dan lain-lain.
Di Malaysia, terdapat seramai 28 juta orang pengguna media sosial (Bernama, 2021a). Jumlah
ini adalah 87.5 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Malaysia dan ia menunjukkan
peningkatan 1.3 peratus dari tahun sebelumnya (Kajian Pengguna Internet, 2020). Daripada jumlah
pengguna tersebut, 98.7 peratus menggunakan telefon pintar untuk mengakses media sosial bagi
pelbagai tujuan (Kenyataan Media: Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2020, 2021).
Berdasarkan laporan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),
terdapat 3 aplikasi media sosial yang mempunyai jumlah penggunaan paling banyak di Malaysia
iaitu Facebook, Youtube dan Instagram (Kajian Pengguna Internet, 2020). Antara faktor yang
menyumbang kepada peningkatan akses pengguna adalah disebabkan peningkatan peratus capaian
jalur lebar. Pada tahun 2020, peratus capaian internet telah meningkat kepada 91.7 peratus
berbanding tahun 2019 iaitu 90.1 peratus (Bernama, 2021b).
Di samping itu juga, peranti elektronik yang menyokong kepada penggunaan media digital
juga kini disifatkan sebagai mampu milik. Selain itu, pihak syarikat telekomunikasi juga sentiasa
bersaing untuk menawarkan perkhidmatan terbaik dengan bayaran yang murah (Bernama, 2021c).
Dalam hal ini juga, kerajaan tidak ketinggalan dalam membantu golongan yang kurang
berkemampuan untuk mendapatkan kemudahan tersebut melalui penawaran bantuan atau pakej-
pakej tertentu (Ahmad Fadhullah, 2021).
Page | 16
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Definisi
Perhubungan awam Islam merupakan wadah Perhubungan awam sebagai satu fungsi
bagi mewujudkan persekitaran yang sihat dan pengurusan yang bertujuan untuk menilai
membangunkan individu dan organisasi yang tingkah laku masyarakat, mengenalpasti polisi
harmoni, saling memahami, saling dan peraturan secara individu atau
menghormati dan menjaga hak bersama berkumpulan sesuai dengan keperluan
berteraskan prinsip dan nilai Islam (Md Sharif, masyarakat (Allen, Glen & Scott, 2000).
2015).
Perhubungan awam Islam penting bagi Perhubungan awam merupakan satu proses
melindungi hak pihak berkepentingan dan bagi menjamin kedudukan organisasi agar
membina reputasi organisasi berlandaskan mempunyai imej dan reputasi yang baik pada
mesej yang terkandung di dalam al-Quran dan perspektif masyarakat (Jim, 2012).
Hadis (Md Shahidul & Jamilah, 2016)
Perhubungan awam Islam merupakan satu Perhubungan awam sebagai satu proses yang
fungsi pengurusan yang berstrategi, dirancang agar mempengaruhi persepsi dan
perlaksanaan yang sistematik dan penilaian tanggapan masyarakat melalui pembinaan imej
yang menyeluruh bagi mencapai matlamat yang kukuh dan prestasi yang baik (Fraser,
yang telah ditetapkan melalui pembentukan 2014).
jalinan muhibah antara organisasi dengan
masyarakat berlandaskan prinsip-prinsip yang
terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah
serta tidak bertentangan dengan norma
masyarakat (Ahmad Al-Munzir, Nor ’Azzah &
Zulkifli, 2021).
Berdasarkan definisi yang telah dikemukakan diatas, perbezaan antara perhubungan awam
Islam dan perhubungan awam konvensional ialah asas yang mendasari perhubungan awam
tersebut. Bagi perhubungan awam Islam, asas utama kepada aktiviti perhubungan awam ialah al-
Quran dan al-Sunnah. Hal ini berbeza dengan perhubungan awam konvensional yang hanya
menekankan aspek manusiawi yang berasaskan positivisme.
Selain itu, berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian lepas juga, pengkaji turut mendapati
bahawa terdapat pelbagai prinsip perhubungan awam Islam dan perhubungan awam konvensional
yang menjadi asas dalam proses perhubungan awam. Jadual 2 menunjukkan perbezaan antara
kedua-duanya.
Jadual 2: Prinsip Perhubungan Awam Islam dan Perhubungan Awam Konvensional
Prinsip
Page | 17
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Ahmad Al-Munzir, Nor ’Azzah dan Zulkifli Aditya, Sushil, Anil, M. Srinath dan Ajay
(2021) : (2017):
1. Membina persefahaman 1. Komunikasi yang jujur
2. Menegakkan kebenaran 2. Menangani lebihan maklumat
3. Mengotakan janji 3. Penggunaan teknik yang sesuai
4. Laras bahasa yang baik 4. Pemilihan saluran yang tepat
5. Pendekatan yang bersesuaian 5. Memastikan maklumat sampai
Darul Quran merupakan salah sebuah organisasi Islam yang terdapat di Malaysia. Hal ini
berdasarkan dasar kualiti Darul Quran yang komited dalam memastikan keperluan pelanggan
dipenuhi serta penambahbaikan yang berterusan akan dilaksanakan berasaskan piawaian ISO
9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti) dan MS 1900:2014 (Sistem Pengurusan Berkualiti
Berasaskan Syariah). Pengiktirafan sistem pengurusan kualiti ISO 9001: 2015 dan MS 1900:2014
yang diberikan oleh Jabatan Standart Malaysia (JSM) kepada sesebuah organisasi memaparkan
bahawa organisasi jah 1tersebut telah mencapai piawaian pengurusan yang telah ditetapkan dari
aspek kecekapan, kesesuaian dan kualiti.
Sehingga kini, terdapat sebanyak 38 buah organisasi yang telah berjaya memperoleh pengiktirafan
MS 1900:2014 (Sistem Pengurusan Berkualiti Berasaskan Syariah) meliputi pelbagai sector seperti
Page | 18
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
pentadbiran awam, korporat, pengajian tinggi, pentadbiran Islam dan kehakiman (Nur Fatin
Nabilah & Siti Arni, 2021). Darul Quran merupakan salah sebuah organisasi yang telah
memperolehi pengiktirafan ini. Ia bukan sahaja memiliki sistem pengurusan berkualiti semata-mata
bahkan merupakan salah sebuah organisasi yang mempunyai sistem pengurusan yang mematuhi
piawaian yang telah digariskan oleh Islam. Oleh itu, apabila Darul Quran telah memperoleh
pengiktirafan MS 1900:2014, maka tidak boleh tidak, sistem pengurusan perhubungan awam yang
diamalkan di Darul Quran juga pasti selari dengan tuntutan Islam.
Selain itu, Darul Quran juga turut mempunyai seksyen komunikasi korporatnya yang tersendiri
dalam hieraki pengurusannya bagi menguruskan aktiviti perhubungan awam di Darul Quran. Dari
sudut saluran media, Darul Quran kini hanya memfokuskan kepada saluran media baru bagi aktiviti
perhubungan awamnya. Hal ini disebabkan prospeknya yang besar berbanding media tradisional
yang lain. Kesimpulannya, Darul Quran merupakan salah sebuah organisasi yang mengamalkan
perhubungan awam Islam dalam proses perhubungan awamnya termasuklah melalui saluran
media. Hal ini dibuktikan melalui pengiktirafan piawaian MS 1900:2014 yang telah diterima.
Terdapat dua anjakan penting penggunaan media sosial sebagai saluran perhubungan awam
(Jagdish, 2018). Pertama, peralihan komunikasi tradisional (satu kepada ramai) kepada media sosial
(rangkaian rakan) yang dilihat lebih mudah dan cepat. Kedua, penggunaan media sosial yang dilihat
bersifat interaktif berbanding media tradisional yang dilihat bersifat pasif.
Justeru, tidak hairanlah peranan media sosial sebagai saluran perhubungan awam Islam
sangat memberi impak yang signifikan terhadap organisasi dari pelbagai dimensi. Dalam hal ini,
pengkaji mengkategorikan impak penggunaan media sosial sebagai saluran perhubungan awam
Islam kepada lima kategori seperti berikut:
a) Membentuk kesedaran masyarakat terhadap organisasi.
Bagi sesebuah organisasi, menyedarkan masyarakat akan kewujudannya merupakan salah
satu faktor kritikal yang seharusnya menjadi agenda utamanya (Heewon, Jennifer & Craig, 2019).
Hal ini kerana kesedaran masyarakat terhadap organisasi menjadi penanda aras kelangsungan serta
kebolehupayaannya untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Justeru, dengan
menggunakan media sosial, kesedaran masyarakat terhadap organisasi menjadi lebih global dan
tidak terhad kepada sesuatu kelompok semata-mata.
Salah satu kaedah dalam membentuk kesedaran masyarakat adalah melalui proses
penyampaian atau pemberian maklumat (tabligh). Proses yang dilakukan ini perlu dilakukan tanpa
ada unsur penipuan dan sebagainya. Bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat terhadap
organisasi, konsep bekerjasama (ta’awun) dalam kalangan warga kerja dalam sesebuah organisasi
perlu diterapkan bagi meningkatkan tahap hebahan dalam kalangan masyarakat sama ada melalui
teknik tradisional atu moden. Allah s.w.t telah berfirman:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong
dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Q.S. al-maidah 5:2)
b) Meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap organisasi
Dalam konteks ini, persepsi merujuk kepada gambaran, bayangan, pandangan atau
tanggapan (Kamus Dewan, 2005) yang terhasil melalui rangsangan-rangsangan yang diterima tentang
Page | 19
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
sesuatu perkara yang berhubungkait dengan organisasi (Rizky Fahri, 2018). Persepsi merupakan
suatu rangsangan yang boleh diuruskan melalui aktiviti perhubungan awam yang strategik dengan
memaparkan elemen-elemen yang baik berkaitan organisasi. Hakikatnya, persepsi seseorang akan
memberi kesan terhadap tahap kepercayaan seseorang khususnya melalui pengalaman yang pernah
dilaluinya sebelum ini. Selain itu juga, persepsi juga boleh dipengaruhi oleh keinginan atau matlamat
yang diinginkan oleh seseorang (Ahmad Atory, 2002). Abdul Rahman (2011) pula telah
menyatakan bahawa persepsi individu terhadap sesuatu perkara dipengaruhi oleh tiga aspek iaitu
perhatian yang selektif, ransangan yang bergerak dan keperluan individu.
c) Mengurangkan spekulasi
Spekulasi dalam konteks ini merujuk kepada pendapat, kesimpulan atau andaian yang tidak
berasaskan kenyataan atau fakta (Kamus Dewan, 2005). Dalam konteks Islam, spekulasi adalah tidak
dibenarkan. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu
adalah dosa”. (Q.S. al-hujurat 49:12)
Hakikatnya, spekulasi terhadap sesebuah organisasi adalah suatu yang sukar dielakkan dan
semua organisasi berhadapan dengan risiko yang sama. Salah satu faktornya adalah disebabkan
persaingan antara organsasi.
d) Membentuk persefahaman antara organisasi dengan masyarakat
Salah satu kaedah dalam mencapai persefahaman adalah melalui interaksi dan
permuafakatan antara kedua-duanya. Ia merupakan matlamat utama bagi kebanyakan organisasi
yang menggunapakai media sosial sebagai saluran perhubungan awam (Adedoyin Yetunde, 2016).
Kesan daripada persefahaman yang terbentuk ini bukan sahaja memberi pulangan materialistik
terhadap kedua-dua belah pihak bahkan turut memberi pulangan dari aspek nilai-nilai yang baik
seperti emosi, sosial dan intelektual (Suzy, Michelle, Alicia & Aylin, 2016).
e) Melestarikan imej dan reputasi organisasi
Imej dan reputasi sesebuah organisasi bukan sahaja perlu dipaparkan bahkan perlu
dilindungi (Cristina, Alicia & Rafael, 2020). Hal ini kerana, imej dan reputasi organisasi
menggambarkan potensi, kualiti dan kredibiliti organisasi. Oleh itu, kesan daripada imej dan
reputasi yang baik menyebabkan masyarakat berminat dan setia kepada organisasi, produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan (Hairunnizam, Abu Hassan & Sanep, 2016). Di samping itu juga,
imej dan reputasi yang baik membolehkan organisasi terus kukuh dan relevan untuk bersaing di
pasaran terbuka (Amaia, Pilar & Javier, 2018).
Berdasarkan pembahasan diatas, pengkaji dapat merumuskan bahawa impak penggunaan
media sosial sebagai saluran perhubungan awam Islam boleh dikategorikan kepada lima
sebagaimana Rajah 1
Page | 20
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Kesedaran Persepsi
Spekulasi Persefahaman
Pembetukan kandungan item dalam soal selidik dilakukan bermula dengan proses
penyusunan kerangka tema berdasarkan penelitian literatur untuk dijadikan penanda aras dalam
mengukur setiap konstrak yang terdapat dalam kajian ini. Secara amnya, soal selidik ini
dibangunkan berdasarkan lima kostruk iaitu kesedaran, persepsi, spekulasi, persefahaman serta
imej dan reputasi. Jadual 3 menunjukkan perincian item dalam soal selidik.
Jadual 3: Tema dan jumlah soalan soal selidik
Konstruk Jumlah soalan
Kesedaran 7
Persepsi 8
Spekulasi 7
Persefahaman 7
Imej dan reputasi 9
Page | 21
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Soalan-soalan yang telah dibangunkan ini telah diadaptasi dari beberapa soal selidik kajian
lepas antaranya oleh Wazharatul Fajariyyah (2004); Mokhtarrudin (2011); Arivalan (2015);
Vidyashri dan Shivagangamma (2017) serta P. Uma Rani dan Padmalosani (2019). Selain itu, ia
juga dibangunkan berdasarkan sorotan literatur yang telah dilakukan. Dari aspek skala pengukuran
pula, pengkaji telah menggunapakai skala pilihan jawapan empat mata iaitu 1 = Sangat Tidak
Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Setuju dan 4 = Sangat Setuju. Pemilihan skala linkert empat mata ini
adalah kerana ianya mudah untuk diuruskan dan cepat untuk dijawab oleh responden (Weksi,
2013).
Seterusnya, soalan-soalan yang telah dibangunkan ini akan distrukturkan sebelum ia
dikemukakan kepada tiga orang panel pakar daripada universiti tempatan bagi melakukan
pengesahan soalan. Mereka terdiri daripada dua pakar dalam bidang media dan perhubungan awam
serta seorang pakar dalam bidang metodologi kajian. Pengesahan ini penting bagi memastikan
soalan yang dibangunkan menepati kehendak kajian dengan tatabahasa yang betul serta sejauh
mana ia berjaya mengukur apa yang dikehendaki oleh kajian (Azizi, Peter, Ismail & Mohd Dahlan,
2017).
Secara keseluruhannya, panel pakar memperakui bahawa instrumen ini berupaya untuk
mengukur aspek kandungan yang dikehendaki. Dalam masa yang sama juga, terdapat beberapa
pandangan bagi menambahbaik kandungan telah dikemukakan antaranya terdapat satu pemboleh
ubah dalam satu soalan dan kewujudan soalan yang bertindan dan mengukur perkara yang sama.
Justeru, pengkaji mengambil maklum dan melakukan penambahbaikan berdasarkan pandangan
dan komentar yang telah dikemukakan tersebut.
Soal selidik bagi tujuan kajian rintis ini dilakukan secara dalam talian menggunapakai
aplikasi Google Form dan ia melibatkan seramai 30 orang responden. Jumlah ini adalah memadai
untuk dijalankan kajian rintis selaras dengan penetapan jumlah minimum oleh George dan Gordon
(2010). Dari aspek responden pula, kajian rintis ini hanya melibatkan generasi muda dalam julat
umur 20 hingga 24 tahun sahaja. Justifikasi pemilihan mereka adalah kerana julat umur sedemikian
merupakan golongan yang paling tinggi menggunapakai media sosial (Abdul Rashid, Mohd Faizal
& Nor Hamizah, 2021). Selain itu, media sosial juga merupakan medium pilihan mereka dalam
meluaskan pengetahuan dan mendapatkan maklumat (Wathsala, 2018). Oleh itu, media sosial
merupakan saluran media perhubungan awam yang memberi impak yang sangat signifikan
terhadap generasi muda (P. Uma Rani & Padmalosani, 2019) dalam mempengaruhi minda, sikap
dan tingkah lakunya (Mohd Fadhil & Mardzelah, 2021).
Pensampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah pensampelan bola salji (snowball
sampling). Proses ini dilakukan bermula dengan pengedaran kepada responden yang berada dalam
rangkaian media sosial pengkaji. Seterusnya, mereka diminta untuk membantu memanjangkan soal
selidik tersebut kepada kenalan dalam rangkaian media sosial mereka masing-masing untuk
dilengkapkan. Melalui teknik ini, pengkaji mengharapkan dapat memperoleh maklumat dari
responden yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.
5.3 Pasca Kajian
Dapatan kajian rintis ini dianalisis menggunapakai perisian Statistical Package of Social Science
(SPSS) versi 26 secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi memerihalkan
keadaan data yang diperolehi daripada responden kajian agar mudah difahami sama ada dalam
bentuk kekerapan, peratusan dan sebagainya.
Page | 22
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Berdasarkan Jadual 6, kajian rintis ini disertai oleh 30 orang responden (n=30) yang terdiri
daripada generasi muda yang berumur 20 hingga 24 tahun. Daripada jumlah tersebut, terdapat
seramai 24 orang responden lelaki (80 peratus) dan 6 orang responden perempuan (20 peratus).
Secara terperincinya, majoriti responden lelaki iaitu 7 orang berusia 23 tahun (23.33 peratus). Ia
diikuti dengan responden yang berumur 20 tahun iaitu seramai 6 orang (20 peratus). Seterusnya,
Page | 23
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
terdapat seramai 5 orang responden berumur 22 tahun (16.67 peratus). Terdapat 2 kumpulan umur
yang mencatatkan jumlah responden terendah iaitu responden yang berumur 21 tahun iaitu 3 orang
(10 peratus) dan responden yang berumur 24 tahun iaitu 3 orang (10 peratus).
Bagi responden perempuan pula, terdapat 2 kumpulan umur yang mencatatkan jumlah
responden yang tertinggi iaitu responden yang berumur 22 tahun iaitu 2 orang (6.67 peratus) dan
responden yang berumur 23 tahun iaitu 2 orang (6.67 peratus). Begitu juga terdapat 2 kumpulan
umur yang mencatatkan jumlah responden terendah iaitu responden yang berumur 21 tahun iaitu
seorang (3.33 peratus) dan responden yang berumur 24 tahun iaitu seorang (3.33 peratus).
Kesimpulannya, jumlah taburan responden tertinggi adalah dalam kalangan lelaki yang berumur 23
tahun manakala jumlah taburan responden terendah ialah dalam kalangan perempuan yang
berumur 21 dan 24 tahun.
Bagi melihat konsistensi dalam soal selidik yang telah digunakan, ujian terhadapnya telah
dilaksanakan dengan menggunapakai ujian Alpha Cronbach. Jadual 7 menunjukkan nilai Alpha
Cronbach bagi kelima-lima konstruk adalah seperti berikut:
Jadual 7: Nilai Alpha Cronbach
Imej dan
Kesedaran Persepsi Spekulasi Persefahaman
reputasi
Alpha
0.859 0.969 0.881 0.833 0.935
Cronbach
Jadual 7 menunjukkan tahap kebolehpercayaan ke atas lima konstruk iaitu (1) kesedaran,
(2) persepsi, (3) spekulasi, (4) persefahaman dan (5) imej dan reputasi. Nilai Alpha Cronbach
tertinggi ialah pada konstruk persepsi iaitu dengan nilai 0.969 dan diikuti konstrak imej dan reputasi
dengan nilai Alpha Cronbach 0.935. Bagi kontruk spekulasi pula, nilai Alpha Cronbach ialah 0.881
manakalah kontruk kesedaran memperoleh Alpha Cronbach 0.859. Bagi konstruk persefahaman,
nilai Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.833. Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa
instrumen ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunapakai dalam kajian
yang sebenar.
Bagi melihat impak media sosial sebagai saluran perhubungan awam Islam secara holistik,
pengkaji akan memperincikannya dalam bentuk jadual seperti berikut:
Jadual 8: Nilai min dan sisihan piawai (n=30)
Konstruk Min Sisihan piawai
Kesedaran 3.3238 .51975
Persepsi 3.4519 .55359
Spekulasi 3.2190 .53680
Persefahaman 3.3852 .51601
Imej dan reputasi 2.9095 .54943
Jadual 9, 10, 11, 12 dan 13 menunjukkan nilai minimum, maksimum, min dan sisihan
piawai bagi setiap konstruk yang telah dibangunkan. Jika dilihat secara umum, dapatan
Page | 24
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
menunjukkan bahawa tidak terdapat banyak perbezaan nilai antara kelima-lima konstruk yang telah
dibangunkan. Justeru, berikut adalah dapatan terperinci bagi setiap konstruk:
Jadual 9: Nilai minimum, maksimum, min dan sishan piawai bagi konstruk kesedaran (n=30)
Konstruk Soalan Minimum Maksimum Min Sisihan piawai
1 2 4 3.53 .571
2 2 4 3.50 .572
3 1 4 3.23 .728
Kesedaran 4 2 4 3.43 .568
5 1 4 3.33 .802
6 2 4 3.47 .681
7 1 4 2.77 .935
Jadual 9 menunjukkan dapatan nilai minimum, maksimum, min dan sisihan piawai bagi
konstruk kesedaran. Secara amnya, majoriti responden memberi maklum balas terhadap item yang
dikemukan antara 2 iaitu tidak setuju (nilai minimum) dan 4 iaitu sangat setuju (nilai maksimum).
Namun terdapat 3 item yang dikemukan menunjukkan bahawa terdapat responden memberikan
maklum balas 1 iaitu sangat tidak bersetuju. Item tersebut ialah “seksyen komunikasi korporat
terdapat dalam hierarki pengurusan Darul Quran”, “Darul Quran menawarkan program tahfiz di
peringkat sijil” dan “Darul Quran menawarkan program tahfiz di peringkat sarjana muda”.
Jika diteliti pada nilai min pula, ia berada di antara 2.77 hingga 3.53. Dapatan kajian yang
menunjukkan nilai min yang tertinggi ialah item “saya mengetahui kewujudan Darul Quran”
dengan nilai min 3.53 dengan sishan piawai 0.571 manakala nilai min terendah ialah item “Darul
Quran menawarkan program ijazah sarjana muda tahfiz” dengan nilai min 2.77 dan sisihan piawai
0.935.
Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden berada di kedudukan
sederhana dan tinggi. Justeru, instrumen ini mempunyai kualiti yang wajar untuk digunakan dalam
kajian yang sebenar.
Jadual 10: Nilai minimum, maksimum, min dan sishan piawai bagi konstruk persepsi (n=30)
Konstruk Soalan Minimum Maksimum Min Sisihan piawai
8 2 4 3.40 .675
9 2 4 3.43 .679
10 2 4 3.43 .679
11 2 4 3.50 .572
Persepsi 12 2 4 3.57 .568
13 2 4 3.37 .615
14 2 4 3.37 .615
15 2 4 3.50 .572
16 2 4 3.50 .572
Page | 25
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Jadual 10 menunjukkan dapatan nilai minimum, maksimum, min dan sisihan piawai bagi
konstruk persepsi. Secara amnya, majoriti responden memberi maklum balas terhadap item yang
dikemukan antara 2 iaitu tidak setuju (nilai minimum) dan 4 iaitu sangat setuju (nilai maksimum).
Jika diteliti pada nilai min pula, ia berada di antara 3.37 hingga 3.57. Dapatan kajian yaang
menunjukkan nilai min yang tertinggi ialah item “saya yakin bahawa graduan Darul Quran
mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi lain” dengan nilai
min 3.57 dengan sisihan piawai 0.568 manakala terdapat dua item yang menunjukkan nilai min
terendah iaitu item “saya yakin bahawa graduan Darul Quran mempunyai prospek kerjaya yang
baik” dan “saya yakin bahawa graduan Darul Quran berupaya memainkan peranan dalam
masyarakat” dengan nilai min 3.37 dan sisihan piawai 0.572.
Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap persepsi responden berada di kedudukan tinggi.
Justeru, instrumen ini mempunyai kualiti yang wajar untuk digunakan dalam kajian yang sebenar.
Jadual 11: Nilai minimum, maksimum, min dan sishan piawai bagi konstruk spekulasi (n=30)
Konstruk Soalan Minimum Maksimum Min Sisihan piawai
17 2 4 3.27 .640
18 1 4 2.97 .850
19 1 4 3.23 .817
Spekulasi 20 2 4 3.10 .759
21 2 4 3.30 .596
22 2 4 3.40 .621
23 2 4 3.27 .0583
Jadual 11 menunjukkan dapatan nilai minimum, maksimum, min dan sisihan piawai bagi
konstruk spekulasi. Secara amnya, majoriti responden memberi maklum balas terhadap item yang
dikemukan antara 2 iaitu tidak setuju (nilai minimum) dan 4 iaitu sangat setuju (nilai maksimum).
Namun terdapat 2 item yang dikemukan menunjukkan bahawa terdapat responden memberikan
maklum balas 1 iaitu sangat tidak bersetuju. Item tersebut ialah “saya mendapat maklumat yang
jelas tentang Darul Quran” dan “saya mendapat maklumat yang cepat tentang Darul Quran”.
Jika diteliti pada nilai min, ia berada di antara 2.97 hingga 3.40. Dapatan kajian yaang
menunjukkan nilai min yang tertinggi ialah pada item “penyebaran maklumat secara berkala boleh
diterima baik oleh masyarakat” dengan nilai min 3.40 dan sisihan piawai 0.621 manakala nilai min
terendah ialah pada item “saya mendapat maklumat yang jelas dari Darul Quran” dengan nilai min
2.97 dan sisihan piawai 0.850.
Dapatan ini menunjukkan bahawa aktiviti perhubungan awam melalui media sosial Darul
Quran berupaya mengurangkan spekulasi dalam kalangan responden pada tahap sederhana dan
tinggi. Justeru, instrumen ini mempunyai kualiti yang wajar untuk digunakan dalam kajian yang
sebenar.
Page | 26
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Jadual 12: Nilai minimum, maksimum, min dan sishan piawai bagi konstruk persefahaman
(n=30)
Konstruk Soalan Minimum Maksimum Min Sisihan piawai
24 2 4 3.03 .718
25 2 4 3.20 .610
26 2 4 3.13 .629
Persefahaman 27 2 4 3.10 .662
28 1 4 3.03 .850
29 1 4 2.97 .765
30 1 4 3.10 1.094
Jadual 12 menunjukkan dapatan nilai minimum, maksimum, min dan sisihan piawai bagi
konstruk persefahaman. Secara amnya, majoriti responden memberi maklum balas terhadap item
yang dikemukan antara 2 iaitu tidak setuju (nilai minimum) dan 4 iaitu sangat setuju (nilai
maksimum). Namun terdapat 3 item yang dikemukan menunjukkan bahawa terdapat responden
memberikan maklum balas 1 iaitu sangat tidak bersetuju. Item tersebut ialah “kakitangan Darul
Quran adalah berintegriti”, “tenaga pengajar Darul Quran adalah pakar dalam bidang al-Quran”
dan “tenaga pengajar Darul Quran adalah pakar dalam bidang akademik”.
Jika diteliti pada nilai min, ia berada di antara 2.97 hingga 3.20. Dapatan kajian yaang
menunjukkan nilai min yang tertinggi ialah pada item “interaksi yang dilakukan mewujudkan
suasana harmoni” dengan nilai min 3.20 dan sisihan piawai 0.610 manakala nilai min terendah iaitu
pada item “hubungan saya dengan Darul Quran adalah mesra” dengan nilai min 2.97 dan sisihan
piawai 0.765.
Dapatan ini menunjukkan bahawa aktiviti perhubungan awam melalui media sosial Darul
Quran berupaya membentuk persefahaman dengan responden pada tahap sederhana dan tinggi.
Justeru, instrumen ini mempunyai kualiti yang wajar untuk digunakan dalam kajian yang sebenar
Jadual 13: Nilai minimum, maksimum, min dan sishan piawai bagi konstruk imej dan reputasi
(n=30)
Konstruk Soalan Minimum Maksimum Min Sisihan piawai
31 2 4 3.53 .571
32 2 4 3.47 .571
33 2 4 3.57 .568
34 2 4 3.37 .556
Imej dan reputasi 35 3 4 3.40 .498
36 2 4 3.53 .571
37 2 4 3.27 .691
38 2 4 3.27 .691
39 1 4 3.07 .907
Page | 27
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Jadual 13 menunjukkan dapatan nilai minimum, maksimum, min dan sisihan piawai bagi
konstruk imej dan reputasi. Secara amnya, majoriti responden memberi maklum balas terhadap
item yang dikemukan antara 2 iaitu tidak setuju (nilai minimum) dan 4 iaitu sangat setuju (nilai
maksimum). Namun terdapat 1 item yang dikemukan menunjukkan bahawa terdapat responden
memberikan maklum balas 1 iaitu sangat tidak bersetuju. Item tersebut ialah “ketegangan dalam
interaksi sosial pernah tercetus antara saya dengan Darul Quran”.
Jika diteliti pada nilai min, ia berada di antara 3.07 hingga 3.57. Dapatan kajian yaang
menunjukkan nilai min yang tertinggi ialah pada item “Darul Quran melahirkan penghafal al-
Quran” dengan nilai min 3.57 dan sisihan piawai 0.568 manakala nilai min terendah iaitu pada item
“Darul Quran sentiasa bersama dalam aktiviti kemasyarakatan” dengan nilai min 3.07 dan sisihan
piawai 0.907.
Dapatan menunjukkan bahawa aktiviti perhubungan awam melalui media sosial Darul Quran
berupaya memberi impak terhadap imej dan reputasi Darul Quran pada tahap sederhana dan tinggi.
Justeru, instrumen ini mempunyai kualiti yang wajar untuk digunakan dalam kajian yang sebenar
7.0 KESIMPULAN
Kajian rintis ini bermatlamat untuk menilai tahap kebolehpercayaan instrumen kajian yang
telah dibangunkan. Selain itu, ia juga bertujuan bagi menilai aspek teknikal dan navigasi proses
tinjauan yang dilakukan secara dalam talian. Justeru, kajian ini memberi peluang kepada pengkaji
untuk menambahbaik proses kajian yang sebenar.
Berdasarkan data kajian kuantitatif yang telah dijalankan, penggunaan media sosial sebagai
saluran perhubungan awam Islam telah memberikan impak yang signifikan dalam memastikan
pembangunan dan kemandirian sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, impak yang terhasil
adalah bergantung kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh
seseorang yang mengelola sesuatu media sosial bagi tujuan perhubungan awam.
Implikasi kajian ini merupakan bukti empirikal terhadap lima impak media sosial sebagai
saluran perhubungan awam Islam iaitu kesedaran, persepsi, spekulasi, persefahaman serta imej dan
reputasi. Instrumen yang dihasilkan ini telah memaparkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi
untuk digunapakai dalam proses pengumpulan data kajian yang sebenar.
Penghargaan
Artikel ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di
Universiti Malaya. Justeru, penulis merakamkamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak
yang telah memberi kerjasama bagi menjayakannya.
Rujukan
Abdul Rashid Abdul Aziz, Mohd Faizal Kamsani & Nor Hamizah Ab Razak (2021). Implikasi
ketagihan media sosial terhadap kesihatan mental remaja semasa pandemik COVID-19. Journal
of Social Sciences and Humanities, 18(8), 66–81.
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ’Azzah Kamri & Zulkifli Mohd Yusoff (2021). Prinsip
Perhubungan Awam Menurut Perspektif Islam: Penelitian Literatur. Jurnal Syariah, 29(2), 315–
342.
Ahmad Atory Hussain (2002). Pengurusan organisasi. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Page | 28
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Ahmad Fadhullah Adnan (2021). Dua pakej baru bantu remaja, pelajar. Diakses pada 7 Februari
2022, daripada https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/dua-pakej-baru-bantu-remaja-
pelajar/
Adedoyin Yetunde Rihannat (2016). Social media usage among public relations practitioners in
Lagos State, Nigeria. Gombak: International Islamic University Malaysia.
Amaia Lafuente-Ruiz-de Sabando, Pilar Zorrila & Javier Forcada (2018). A review of higher
education image and reputation literature: Knowledge gaps and a research agenda. European
Research on Management and Business Economics, 24(1), 8–16.
Azizi Yahya, Peter Voo, Ismail Maakip & Mohd Dahlan A. Malek (2017). Kaedah penyelidikan
dalam pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bernama. (2021a). Malaysia ada 28 juta pengguna media sosial. Harian Diakses pada 7 februari
2022, daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2021/09/867407/malaysia-
ada-28-juta-pengguna-media-sosial
Bernama. (2021b). Capaian isi rumah kepada internet meningkat kepada 91.7 peratus pada 2020.
Diakses pada 7 Februari 2022, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/806157/capaian-isi-rumah-kepada-
internet-meningkat-kepada-917-peratus-pada
Bernama. (2021c). Enam Telco tawar pakej bagi remaja, golongan kurang berkemampuan. Diakses
pada 7 Februari 2022, daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-telco-
tawar-pakej-bagi-remaja-golongan-kurang-berkemampuan-325338
Cristina Del-Castillo-Feito, Alicia Blanco-Gonzalez & Rafael Delgado-Alemany (2020). The
relationship between image, legitimacy and reputation as a sustainable strategy: Students’ versus
professors perceptions in the higher education sector. Sustainability, 12, 1–16.
Fahmi Anuar (2017). Perubahan dan permasalahan media sosial. Jurnal Muara Ilmu Sosial, Humaniora
Dan Seni, 1(1), 137–144.
Fazlinda Ab Halim & Mohammad Siraj Munir Muslaini (2018). Impak media sosial terhadap
tingkah laku sosial pelajar di kolej vokasional. Online journal for TVET practioners, 3(1), 1–8.
Gaurav Singh & Nity (2017). Role and impact of the media on society: A sociological approch
with respect to demonetisation. International Journal of Reasearch in Humanities, Arts and Literature,
5(10), 127–136.
George A. Johanson & Gordon P. Brooks (2010). Initial scale development: sample size for pilot
studies. Educational and psychological measurement, 70(3), 394–400.
Hairunnizam Wahid, Abu Hassan Abdul & Sanep Abdul (2016). Hubungan antara imej korporat
usahawan muslim dan pembayaran zakat perniagaan di daerah Sepang, Selangor. Jurnal Syariah,
24(1), 1–24.
Heewon Kim, Jennifer L. Gibbs & Craig R. Scott (2019). Unpacking organizational awareness:
Scale development and empirical examinations in the context of distributed knowledge sharing.
Journal of Applied Communication Research, 47(1), 47–68.
Jagdish N. Sheth (2018). How social media will impact marketing media. In G. S. Githa Heggde
(Ed.), Social Media Marketing, 3–18. Palgrave Macmillan.
Page | 29
Ahmad Al-Munzir Ridzuan, Nor ‘Azzah Kamri, & Zulkifli Mohd Yusoff / UMRAN – International Journal of Islamic and
Civilizational Studies. vol. 9, no.3 (2022) pp. 13-30
Joy Fraser, Dorothy Fahlman, Jane Arscott & Isabelle Guillot (2018). Pilot testing for feasibility in
a study of student and attrition in online undergraduate programs. International Review of
Reasearch in Open and Distributed Learning, 19(1), 1–19.
Kajian Pengguna Internet. (2020). Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Kamus Dewan (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keith S. Taber (2018). The use of cronbach’s alpha when developing and reporting research
instrument in science education. Research in Science Education 48, 1273–1296.
Kenyataan media: Penggunaan dan capaian ICT oleh individu dan isi rumah 2020. (2021).
Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Mastura Abd Wahab, Khadijah Muda & Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali (2020). Islam sebagai
agama persekutuan dalam kontrak sosial di Malaysia. Dalam Y. A. Mohd Radhi Ibrahim, Wan
Mohd Fazrul Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh
Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail (Ed.), The International Conference on Aqidah, religions and Social
Sciences, 22–29. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim (2018). Kajian rintis bagi perlaksanaan
komposisi pengajaran guru pendidikan Islam yang mengintegrasikan kemahiran berfikir atas
tinggi (KBAT) menerusi pendidikan akidah sekolah rendah di Malaysia. Malaysian Online Journal
of Education, 2(2), 55–60.
Mohd Zaky Zainuddin (2021). Pengguna digital Malaysia tertinggi di Asia Tenggara. Diakses pada
7 Februari 2022, daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2021/09/869042/pengguna-digital-
malaysia-tertinggi-di-asia-tenggara
Muhamad Zaki Mustafa, Mohd Faizal Kasmani, Mohd Yahya Mohamed Ariffin & Khairunneezam
Mohd Noor (2020). Perhubungan awam, media sosial, etika kerja Islam serta trend penggunaan
media sosial di sector awam kementerian di Malaysia. Journal of Islamic Social Sciences and
Humanities, 20(2), 47-66.
Nurul Izzaty Nor Jefri, Nuraisyah Syakirin Shaharin & Kamarul Azmi Jasmi (2019). Media Sosial
dan Pembentukan Masyarakat Menurut Islam. Dalam Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Seminar Sains
Teknologi dan Manusia , 57–176. Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Paivi Parviainen, Maarit Tihinen, Jukka Kaariainen & Susanna Teppola (2017). Tackling the
digitalization challenge: how to benefit from digitalization in practice. International Journal of
Information Systems and Project Management, 5(1), 63–77.
Perlembagaan Persekutuan (Issue November). (2010). Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang
Malaysia.
Rizky Fahri Isnain (2018). Strategi meningkatkan persepsi positif konsumen terhadap pelayanan
konsumen PT. Cita Kreasi Latena. Universitas Sumatera Utara.
Sandra M. Eldridge, Gillian A. Lancaster, Micheal J. Campbell, Lehana Thabane, Sally Hopewell,
Claire L. Coleman & Christine M. Bond (2016). Defining feasibility and pilot studies in
preparation for randomised contrilled trials: Development of a conceptual framework. PLOS
ONE, 11(2), 1–22.
Suzy Green, Michelle McQuaid, Alicia Purtel & Aylin Dulagil (2016). The psychology of positivity
at work. In J. P. Lindsay G. Oades, Michael F. Steger, Antonella Delle Fave (Ed.), The psychology
of positivity and strengths-based approaches at work 11–3. Wiley Blackwell.
Page | 30