Admin, 9 38 Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perspektif Al-Raysuni - Muhamad Najauddin Razak 144-155
Admin, 9 38 Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perspektif Al-Raysuni - Muhamad Najauddin Razak 144-155
Admin, 9 38 Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perspektif Al-Raysuni - Muhamad Najauddin Razak 144-155
The Concept and Role of Syura from The Perspective of Ahmad al-Raysuni
1
najuddinrazak@gmail.com (corresponding email)
2
mrazak@ukm.edu.my (email)
Abstract
Syura is a consultative system of Islamic teaching. It was practiced by the Prophet
Muhammad (PBUH) and the companions in organizing the Muslim affairs and
administration of the state. The concept and role of syura continues to be discussed
by Muslim scholars today to suit current needs of contemporary society. This paper
examines the concept and role of syura according to Ahmad al-Raysuni, a prominent
Muslim scholar today. It is based on literatures review of some of his works such as
Al-Syura fī Ma rͨ akat al-Binā’, Hukm al- ‘Aghlabīyah fī al-Islām, Maqālāt fī al-
Ḥurīyah, Al-Fikr al-Islamī and Al-‘Ummah hīya al-Aṣl. According to al-Raysuni, the
role of syura can be adapted in all systems of life today from family institutions and
at the level of government’s affairs. The importance of syura will develop a balanced
and democratic society as it opens spaces for participation of all parties in the process
of decision making for the purpose of achieving national stability and progress.
Abstrak
Syura merupakan satu sistem perundingan yang dianjurkan oleh Islam. Ia diamalkan
oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a dalam menjalankan urusan
kehidupan dan pentadbiran negara. Konsep dan peranan syura terus dibincangkan oleh
para sarjana Muslim hari ini untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Tulisan ini
menganalisis konsep dan peranan syura menurut Ahmad al-Raysuni, salah seorang
sarjana Muslim semasa. Ia berpandukan kajian analisis kandungan terhadap beberapa
karya beliau seperti Al-Syūra fī Ma rͨ akat al-Binā’, Hukm al- ͨAghlabīyah fī al-Islām,,
144
Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perpsektif Ahmad Al-Raysuni
Maqālāt fī al- Ḥūrīyah,, Al-Fikr al-Islāmī dan Al-‘Ummah hīya al-Aṣl. Menurut al-
Raysuni, peranan syura boleh diterapkan dalam sesebuah institusi bermula dari
institusi kekeluargaan sehingga pemerintahan negara. Selain itu, peranan syura juga
boleh disesuaikan dalam semua sistem masa kini. Kepentingannya akan melahirkan
masyarakat yang demokratik dan progresif kerana ia membuka ruang penglibatan
semua pihak bagi tujuan pembuatan keputusan bagi tujuan mencapai kesejahteraan
dan kemajuan negara.
PENDAHULUAN
Syura ialah satu sistem perundingan dan permesyuaratan yang dilaksanakan oleh
Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat r.a dalam semua aspek dari sistem
kekeluargaan sehingga yang melibatkan masalah umum iaitu sistem pentadbiran dan
pemerintahan. Syura juga sebahagian dari sifat orang beriman sebagaimana solat,
menyumbangkan sebahagian harta di jalan Allah SWT, menjauhi dari perkara yang
keji dan melawan kezaliman. Sehubungan itu, syura satu perkara daripada ibadat
dalam Islam yang diamalkan oleh masyarakat yang berada di Kota Mekah lagi
sebelum terbentuk daulah dan sistem pemerintahan di Kota Madinah (Abdul Aziz al-
Khiyat, 1993). Berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut
dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang
dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat
sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa
yang Kami beri kepadanya.
145
Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies Vol. 1, No. 2, 2021
Menyedari hakikat di atas, syura adalah sesuatu perkara yang besar bagi umat
Islam akan tetapi Islam tidak memperincikan kaedah, cara dan jenis syura serta
dibiarkan untuk ditentukan oleh manusia berdasarkan kesepakatan dan syura sesama
mereka. Ini menggambarkan syura boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian zaman,
keadaan dan masa tertentu. Oleh itu, peranan syura amat penting mengikut konsepnya
yang dilaksanakan mengikut suasana semasa walaupun hakikat pelaksanaan tidak
seperti zaman Baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat r.a.
KONSEP SYURA
Menurut al-Raysuni dalam tulisnya Dimuqrāṭiyyah wa al-Mushārakat al-Sha ͨbīyyah
(2002) bahawa konsep syura adalah mengeluarkan manusia dari sifat utamakan diri
sendiri kepada lapangan jemaah dan masyarakat serta mengambil tanggungjawab dari
kedudukannya dan pemikirannya. Oleh itu, perkongsian dalam perbincangan
menangani masalah masyarakat, serta memberi sumbangan dengan kedudukan dalam
mentadbir urus keadaan semasa dan akan datang. Maka, ini akan mendidik
masyarakat dari jahil dan tidak ambil peduli kepada masyarakat yang tahu,
bertanggungjawab dan bertindak. Di samping itu, juga akan melahirkan masyarakat
yang kuat kesatuan dan gagasannya seterusnya menolak dari perpecahan dan
pengasingan.
Ini bertepatan dengan definisi syura dari segi bahasa, ini dapat dirujuk pada
kamus Ibn Manzur (n.d.) dalam Lisān al-Arab iaitu:
Maksudnya:
Perkataan Sawara : Sesuatu yang keluar dari lubang atau menuainya.
Dari segi bahasa: Dengan makna sesuatu yang akan keluar atau
menzahirkannya. Kalimah syura berasal dari kata kerja shawara yang bererti
menjelaskan, menyatakan atau mengajukan dan mengambil sesuatu. Kata lain
shawara ertinya berunding, saling tukar pendapat dan perkataan shawir yang bererti
meminta pendapat. Jadi syura atau mushawarah adalah saling menjelaskan dan
merunding atau saling meminta dan menukar pendapat mengenai sesuatu perkara.
Manakala dari segi istilah pula, menurut ͨAbdul Hamīd Ismā’il dalam Al-Shūra wa
Atharahā fil Dimuqrāṭiyyah (1980) istilah syura ialah mendatangkan pandangan dari
pakar sesuatu bidang untuk mencapai keputusan sesuatu perkara lebih hampir dengan
kebenaran.
Jelas bahawa, syura merupakan sesuatu proses perbincangan yang melibatkan
para ilmuwan atau pakar sesuatu bidang tertentu terhadap sesuatu perkara bagi
146
Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perpsektif Ahmad Al-Raysuni
mendapat keputusan yang terbaik dalam urusan yang tiada dijelaskan hukumnya oleh
nas al-Quran dan al-Sunnah. Di samping itu, satu tempat perbincangan yang mencari
penyelesaian mengikut dalil dan hujah yang paling sesuai dan tepat serta melahirkan
sikap toleransi, kerjasama dan tolong-menolong bagi mendapat titik persetujuan
terutama melibatkan masalah umat dan negara.
Islam tidak memperincikan cara dan jenis syura serta tidak meletakkan syarat
tertentu dalam pelaksanaanya dan syura dibiarkan untuk ditentukan oleh pimpinan
dan umat Islam berdasarkan kesepakatan di kalangan mereka. Al-Raysuni
mengkategorikan kepada dua bahagian syura iaitu umum dan khusus:
Syura Umum
Syura umum adalah melibatkan semua pihak ke atas individu Muslim dan memberi
hak kepada setiap individu bebas untuk bermesyuarat dengan orang-orang yang
dirasakan wajar dengan cara yang sesuai. Ia juga tidak dikhususkan kepada individu
tertentu sahaja yang boleh melakukan permesyuaratan mahupun kaum lelaki atau
perempuan sahaja. Maka ia menjadi satu tuntutan kepada individu Muslim bagi
mempermudahkan supaya syura tidak menjadi satu bebanan yang akhirnya
membantut perlaksanaannya. Sejarah Rasulullah SAW pernah meminta pandangan
para sahabat yang hadir ketika Baginda menyampaikan ucapan tanpa membezakan
kedudukan mereka dan ini dilakukan oleh Khulafa al-Rāshidīn, keadaan ini boleh
dikiaskan dengan pilihan raya umum yang dilakukan secara lebih teratur untuk
mendapat sokongan lebih ramai, ini menunjukkan tujuan yang sama (Al-Raysuni,
2014a).
Maka digambarkan bahawa syura berbentuk umum seperti merupakan asas
sesebuah pilihanraya yang diadakan dalam masyarakat Muslim hari ini. Konsep
pemilihan pemimpin tergambar dalam perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu.
147
Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies Vol. 1, No. 2, 2021
Berpandukan ayat di atas umat Islam mesti mematuhi Allah SWT, Rasul SAW
dan uli al-amri menunjukkan erti sebenar syura. Perkataan uli al-amri minkum yang
bermaksud pemimpin dari kalangan kamu membawa maksud daripada kalangan kamu
yang telah kamu pilih dan pemilihan pemimpin dari kalangan kamu melalui syura
sebagai manifestasi ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul SAW.
Syura Khas
Syura khas iaitu dianggotai oleh kelompok atau keahlian yang tertentu atau
perwakilan sebagai juru bicara rakyat. Tambahan pula, syura itu dilakukan dalam
ruang yang terhad serta terkandung di sebalik bidang pengkhususan masing-masing
dalam menyelesaikan masalah tertentu, pandangan dan pendapat daripada kumpulan
pakar yang benar-benar mahir dalam bidang tertentu seperti bidang agama, sains,
ketenteraan dan sebagainya. Gambaran ini dapat difahami sebagai perjumpaan dan
mesyuarat kumpulan pakar yang berfikir untuk mencari penyelesaian bukan sekadar
perbincangan kosong dan anggapan umum, maka syura pada ketika itu akan difahami
sebagai sebuah persidangan golongan pakar mengikut bidang kepakaran masing-
masing. Oleh itu syura juga boleh dilaksanakan berdasarkan kelompok berdasarkan
kategori tertentu seperti tempat tinggal, pekerjaan, pelajaran dan sebagainya. Maka
dikatakan syura adalah tempat penyelesaian permasalahan yang melibatkan
kepentingan masyarakat atau kumpulan adalah termasuk dalam istilah yang disebut
oleh al-Quran sebagai “syura antara mereka” (Al-Raysuni, 2014a).
Melalui proses syura khas setiap individu Muslim dapat menjalankan amanah
yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Selain itu, proses membuat keputusan
dengan syura mencerminkan konsep persamaan antara warga dan hak umat untuk
terlibat dalam membuat keputusan secara kolektif. Ini selari dengan firman Allah
SWT iaitu kehidupan mesti melaksanakan proses perbincangan kolektif, istiqamah
dan bertawakal kepada Allah SWT:
Maksudnya:
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut
dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang
dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat
148
Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perpsektif Ahmad Al-Raysuni
Maksudnya :
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai
kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya
(pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi
149
Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies Vol. 1, No. 2, 2021
hidayat petunjuk oleh Allah SWT dan mereka itulah orang-orang yang
berakal sempurna.
Maksudnya :
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki
yang Kami beri wahyu kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu
(wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan
agama jika kamu tidak mengetahui.
150
Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perpsektif Ahmad Al-Raysuni
memberi pendedahan yang baru bagi sarjana Islam apabila pandangan yang
dikongsikan dapat di semak imbang oleh sarjana yang lain dan akan membentuk
pemikiran yang dinamik. Syura adalah menyempurnakan sumber kekuatan ummah
dalam lingkungan kemajuan dan ketamadunan iaitu mesti saling tolong-menolong
diantara satu sama lain terutamanya bertukar pandangan dan idea dalam pembinaan
ini (ͨAbdul ͨAziz Al-Khiyāt, 1993).
Menyuburkan Kebebasan
Menurut al-Raysuni dalam Maqālāt fi al-Ḥurīyyah (2014a) menegaskan kebebasan
bersuara dalam Islam bukanlah sebagai untuk menekan dan menguasai atau jalan
untuk menyukarkan orang yang menentang serta melemahkan kedudukan atau
pendiriannya. Selanjutnya, kebebasan merupakan syarat asasi dalam syura dengan
manifestasikan kebebasan berfikir dan bersuara bagi menjamin keberkesanan dan
penerusannya. Oleh itu, jika etika ini dilaksanakan oleh masyarakat di bentuk untuk
bersama mengadaptasikan syura dengan memberi nasihat dan pendapat yang baik.
Demikian kebebasan ini akan memelihara pendapat yang betul dan dapat menjauhkan
daripada kepentingan sesetengah pihak.
Kebebasan berfikir dan bersuara adalah asasi dalam syura ianya mestilah dalam
lingkungan syarak. Kebebasan ini lebih tepat lagi untuk mencari kebenaran dan
ketepatan sesuatu masalah yang dihadapi dan dapat membezakan yang baik dengan
yang paling baik serta yang sesuai untuk diamalkan. Bersangkutan itu, syura dan
kebebasan adalah sangat berkait rapat dan saling sokong-menyokong antara satu sama
lain. Meskipun kadang-kadang terdapat kesalahan dalam pandangan atau adab dalam
melaksanakan syura sama sekali tidak memberi kesan kerana penawarnya berada
dalam kebebasan dan syura (al-Raysuni, 2014a).
Tambahan pula, al-Raysuni menekankan setiap kebebasan ahli mesyuarat
harus disemai dengan nilai-nilai yang baik dan di iringi dengan integriti yang tinggi.
Kebebasan ini seperti kemerdekaan yang amat bernilai, jika ia tidak diisi dengan nilai
serta adab yang baik, maka kebebasan itu menjadi kosong dan tidak membawa erti
yang besar dan bermakna. Anggota majlis hendaklah meletakkan nilai integriti
sebaris dengan nilai rasional supaya apa jua tindakan diambil atas prinsip kebebasan
masih di bawah nilai-nilai kesopanan, kesusilaan dan norma-norma kebudayaan
masyarakat muslim. Oleh itu, setiap perkara yang diputuskan hendaklah jauh dari
desakan emosi, membuta tuli atau hasutan pihak lain agar darjat dan kedudukan
pemimpin tidak dipertikaikan.
151
Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies Vol. 1, No. 2, 2021
yang dikeluarkan kerana meyakini arahan itu lebih baik dan sesuai daripada keputusan
syura.
Menurut al-Raysuni (2014a) syura di antara faktor utama kepada kesatuan dan
perpaduan umat. Jika tidak mengambil peduli terhadap syura akan merebaknya
perpecahan dalam masyarakat. Bahkan perpaduan yang dibentuk dengan kekerasan
dan paksaan akan kehilangan kasih sayang dan kemesraan. Oleh itu, kejayaan mana-
mana organisasi bergantung kepada bagaimana ahli-ahlinya berkomunikasi dan
mengendalikan tugas bersama-sama. Tambahan pula, menjadikan semangat
kerjasama perkara yang paling penting dalam setiap organisasi kerana dapat berkongsi
maklumat, saling memberikan motivasi serta saling membantu untuk membuat
keputusan yang lebih baik dan tuntas. Demikian juga, keberkesanan syura
menyelesaikan permasalahan yang rumit dapat dilaksanakan oleh kuantiti yang ramai
berbanding dengan orang yang menangani masalah yang sama bersendirian. Bahkan,
individu yang berprestasi tinggi juga tidak mampu menandingi mereka yang bekerja
dalam kumpulan.
Syura membawa semua individu bersama bertanggungjawab dalam setiap
tindakan yang dilakukan, ianya bermula dari memberi pendapat dan pandangan dan
menghasilkan keputusan serta tindakan pelaksanaan dengan penuh amanah. Oleh itu,
kesan dari keputusan yang dibuat semua ahli mestilah bersama bertanggungjawab
terhadap perkara tersebut sama ada positif atau negatif. Syura juga menzahirkan
kebersamaan, kebebasan berpandangan atau kritikan dan kepekaan seseorang individu
terhadap sesuatu perkara, ini menunjukkan satu jalan kepada kesatuan ummah bagi
menyelesaikan permasalahan bersama (Abdul Hamid Ismail, 1980).
Kestabilan Pentadbiran
Peranan yang utama sistem syura akan membawa kestabilan pentadbiran ini
disebabkan masing-masing memainkan peranan dengan baik. Bermula dari membuat
keputusan melalui perbincangan yang teliti, tepat dan realiti semasa. Di samping itu,
melibatkan pakar-pakar dalam bidang tertentu serta kerjasama dan tanggungjawab
setiap keputusan dan pelaksanaan yang disetujui oleh syura. Keputusan pemimpin
yang selari dengan kehendak rakyat sekali gus mereka merasakan seolah-olah mereka
sendiri yang membuat keputusan tersebut dan hasilnya segala bentuk pelaksanaan
akan diterima dengan penuh rasa tanggungjawab (al-Raysuni, 2014b).
Menurut Al-Raysuni dalam al-‘Ummah hīy al-Aṣl (2014c) syura diserah
kepada kumpulan tertentu dalam beberapa urusan, namun ia sama sekali tidak
menggugurkan hak orang ramai secara umum untuk melakukan penyemakan dan
kritikan seperti mana tidak gugur hak asal semasa proses pelantikan dan penyerahan
kuasa. Oleh itu, kestabilan pentadbiran boleh diuruskan dengan baik jika syura
dijadikan satu tempat mencari titik persamaan dalam memikul tugas dengan dedikasi,
amanah, bersatu padu dan melupakan perbezaan pendapat dalam kalangan anggota
152
Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perpsektif Ahmad Al-Raysuni
KESIMPULAN
Ahmad al-Raysuni menekankan bahawa peranan syura terhadap individu, keluarga,
masyarakat dan negara amatlah penting bagi merealisasikan suasana perbincangan,
kebebasan dan kepertanggungjawaban terhadap setiap keputusan. Di samping itu
juga, al-Raysuni membawa beberapa pendekatan peranan syura untuk
dinormalisasikan dalam semua peringkat institusi ke arah titik tolak praktik dengan
melihatnya sebagai sebahagian daripada agama, wahyu dan syariat Islam terpenting.
Pelaksanaan syura adalah pelaksanaan syariat Allah SWT yang menjadi faktor utama
selepas wahyu dalam mencapai petunjuk, kebenaran dan ketepatan dalam amalan
individu dan masyarakat serta syura juga terbentuknya ilmu, akal dan sebagaimana
terhasilnya pedoman dan ijtihad. Peranan syura yang digariskan oleh al-Raysuni bagi
memfokuskan gagasan satu sistem dalam Islam yang banyak membawa kepada
kebaikan masyarakat dan negara terutama yang berkaitan maslahah ammah yang
153
Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies Vol. 1, No. 2, 2021
tidak terdapat dalam nas al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, pemerkasaan perlaksanaan
syura perlu dihalusi dengan baik dan disesuaikan dengan lokaliti setempat dan
keadaan semasa bagi menghasilkan peranan syura dalam masyarakat yang terapkan
daripada perspektif al-Raysuni. Seterusnya pembumian peranan syura dalam
keluarga, masyarakat dan negara akan melahirkan perpaduan yang utuh, kerjasama
yang kuat dan tanggungjawab bersama dipikul. Oleh itu, idea Ahmad al-Raysuni perlu
di ambil perhatian sebagai garis panduan dan parameter syura dalam menjadikannya
penggerak kepada kebangkitan ummah dan kegemilangannya.
RUJUKAN
Abdullah bin Mohammad Basmih el. at. (2017). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada
Pengertian al-Quran 30 Juzuk. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri.
Abdul Aziz Al-Khayat. (1993). Wa Amruhum Shūrā. Al-Majmuk al-Maliki li bḥuth
al-Ḥaḍārt al-Islāmiyat: Oman: Jordan.
Abdul Hamīd Ismā’il. (1980). Al-Shūra wa Atharahā fil Dimuqrāṭiyyah. Manshurāt
al-Maktabat al-‘Aṣryat. Beirut: Lubnan.
Al-Khālidī, Soleh Abdul Fatah. (1989). Shura Fil Quran. Al-Majmuk al-Maliki li
bḥuth al-Ḥaḍārt al-Islāmiyat: Oman: Jordan.
Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. (2002). Dimoqrāṭiyah wal Mashārakat Al-
Sha’bīyah: Magribi.
Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. (2014a). Maqālāt fil Hurīyah. Kaherah. Mesir:
Darul Kalimah.
Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. (2014b). Al-Shura fī Ma’rakat al-Binā’.
Kaherah. Mesir: Darul Kalimah.
Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. (2014c). Al-‘umah hīya al-Aṣl. Kaherah. Mesir:
Darul Kalimah.
Al-Zuḥaīlī, Wahbah. (2006). Qaḍāyā Al-Fiqh wal Fikr Al-Mu’āḥr. Damsyiq, Syria:
Dārul Al-Fikr.
Ibnu Manzur, Abu Fadli Jamaluddin. (n.d.). Lisān Al-‘Arab. Darul Ṣādir: Beirut:
Lubnan.
Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain. (2017). Prinsip Kuasa Ekeklutif Malaysia Dalam
Kerangka Konseptual Islam. The Online Journal of Islamic Education. 5(2),
43-50.
154
Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perpsektif Ahmad Al-Raysuni
Muhamad Razak bin Idris, Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
155