Wikipedia Bahasa Melayu
Wikipedia Bahasa Melayu ويکيڤيديا بهاس ملايو | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | ms |
Jenis | Projek ensiklopedia internet |
Tersedia dalam | Bahasa Melayu |
Ditubuhkan | 26 Oktober 2002 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Ensiklopedia internet |
Komersial | Tiada |
Pendaftaran | Pilihan |
Lesen | Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Wikipedia Bahasa Melayu (Jawi: ويکيڤيديا بهاس ملايو , disingkatkan sebagai mswiki) ialah ensiklopedia dalam talian, Wikipedia versi bahasa Melayu. Asas penciptaan, pembangunan dan pentadbiran sehari-harian Wikipedia Bahasa Melayu adalah menuruti ketetapan perlembagaan dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu bermula daripada permohonan oleh Imran William Smith[1] dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002[2] oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.[3]
Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan di Malaysia pertama yang berdaftar di Wikipedia ini.[4]
Laman pertama yang wujud (selain laman utama) ialah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003,[5] laman Air muncul pada 5 Julai 2003[6] dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003.[7] Semua laman di atas merupakan perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga Disember 2024, Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 398,443 rencana.
Daftar laman rencana terawal (bukan laman pentadbiran) mula dicipta bermula pada 16 September 2003, boleh dilihat di pautan laman silam.
Statistik laman bahasa Melayu boleh dilihat di sini.
Perubahan laman utama
[sunting | sunting sumber]Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur HTML dan penggayaan menggunakan CSS pada 14 Oktober 2003 oleh Yosri.[8]
Semenjak itu, telah beberapa kali laman utama ditukar reka bentuk melalui perbincangan.[9] Pada Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada Monobook kepada Vector.
Pada 30 Jun 2020, paparan laman utama telah diperbaharui dengan unsur corak songket hasil cadangan EmpAhmadK.[10]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Sepanduk untuk merayakan hari jadi ke-10 Wikipedia bahasa Melayu
-
Laman Utama pada 11 Mac 2004
-
Laman Utama pada 30 Jun 2004
-
Laman Utama pada 26 Nov 2004
-
Laman Utama pada 04 Sep 2006
-
Laman Utama pada 01 Apr 2009
-
Laman Utama pada 13 Jul 2010
-
Laman Utama pada 20 Januari 2011
-
Laman Utama pada 4 Julai 2020
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wikipedia Bahasa Melayu |
Wikipedia Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas |
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Wikipedia Bahasa Melayu |
Meta mempunyai sebuah laman tentang ini di:
Bahasa Melayu |
Gedung Wikipedia Bahasa Melayu dari Wikisumber |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Wikivoge . |
Wikikamus mempunyai kategori di: Bahasa Melayu |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Open content encyclopedia ... Wikipedia ... in Malay Permohonan Wikipedia Bahasa Melayu oleh Imran William Smith
- ^ Laman Utama ketika ia diaktifkan
- ^ Sumbangan Brion VIBBER
- ^ Wikipedia bahasa Melayu (20 Februari 2003). "Laman Utama". Dicapai pada 21 November 2015.
- ^ Suntingan terawal rencana Bahasa Melayu oleh pengguna tak berdaftar.
- ^ Suntingan terawal rencana Air, oleh Piolifax
- ^ Suntingan terawal rencana Wikipedia oleh pengguna tak berdaftar.
- ^ Semakan ketika Laman Utama mula menggunakan HTML dan CSS.
- ^ Laman perbincangan Laman Utama, "Perubahan dan cadangan perubahan". 14 Januari 2011. Dicapai pada 2011-10-20.
- ^ Laman Kedai Kopi Wikipedia Bahasa Melayu, "Ubah rupa Laman Utama". 28 Jun 2020. Dicapai pada 2020-07-05.