Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Serabai Kuah Durian

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

SERABAI KUAH DURIAN.

Bahan-bahan: 250 gm tepung beras 150 gm nasi sejuk 500 ml santan 1 sudu kecil yis segera + 50 ml air suam ( larutkan), biarkan seketika 1/2 sudu teh garan Kuah Durian: 600 ml santan 100 gm isi durian 80 gm gula pasir 1/4 sudu teh garam 1 helai daun pandan disimpul 1 biji putih telur- dipukul sedikit Cara-cara: 1. Satukan semua bahan serabai didalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih. 2. Panaskan acuan serabai/ baulu yang diliser dengan minyak hingga minyak betul- betul panas. Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh. 3. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak. 4. Kuah: Satukan semua bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur dan masak hingga kuah sedikit pekat. 5. Hidang serabai dengan kuahnya.

Kuih Serabai

Bahan-bahan:2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung gandum 1 cawan nasi sejuk (dikisar) 1/2 bungkus dry yeast 1/2 biji pati kelapa @ RM1 santan sedikit gula air secukup nya garam secukupnya cara2 nya:a) yis dicampur sedikit dengan gula dan air | biarkan sebentar - yis kembang b) campur tepung beras, tepung gandum, nasi yang telah di kisar dan sedikit garam bersama 1 cawan air dan campuran yis yang sudah kembang (adunan hendaklah sedikit pekat) c) perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam. d) selepas 3 jam, campurkan santan pekat kedalam adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. e) panaskan acuan atas api yang sederhana besar. sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat. tuangkan adanan dan tutup. angkat bila sudah masak, (warna akan bertukar biladah masak). ulang hingga adunan habis.

serabai
BAHAN-BAHAN:-

500 gm tepung beras 300 gm nasi - kisar halus dgn sedikit air 1 liter santan - masak hingga suam 11/2 camca teh instant dried yeast Garam secukup rasa CARA NAK BUAT:Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi selama 2 jam ( Mat perap lama sikit ). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang adunan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaan berbuih dan menghasilkan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, bolehlah diangkat..hidang bersama kuah gula..( yana mkn bersama Kuah Serawa Durian )

Famous cholate chips


Bahan

1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je 1 cawan gula perang 1 cawan mentega 1 cawan minyak 1 biji telur 1 sudu besar susu segar 4 cawan tepung gandum secubit garam 1 sudu kecil cream of tatar 1 sudu kecil baking soda 1/2 cawan walnut cincang 2 cawan semisweet chocolate chip 1 sudu kecil esen vanila

Cara 1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je. 2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip 3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarakkan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris.. 4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven.. 5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

AYAM MASAK HALIA. Bahan- Bahan


1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan) 3 sudu besar sos tiram 1/2 cawan air* 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama) 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek 1 biji buah tomato - belah 4 1/2 btng carrot - ptng kecil minyak utk menumis garam dan sedikit gula

Bahan Hiris

5 cm halia 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 3 tangkai cili merah 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah

Cara-Caranya 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.

2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. 3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. 4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat. 5. 6. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan

BISKUT TART BUNGA. Bahan-bahan ( 90-100 keping )


250 gm mentega (nak sedap guna yang berkualiti) 2 sudu besar minyak sapi-saya tambah 1 sudu besar susu pekat manis 1 biji kuning telur 10 sudu besar tepung jagung/kastard - ayak 1 sudu kecil esen vanilla (opt) 350 gm tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik) Inti nanas secukupnya-buat bebola kecil paper cup kecil secukupnya

Cara-cara 1. Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati. 2. Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut. 3. Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga. 4. Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum dan tekan2kan sikit di tengahnya.Isi inti nanas dan hias jika suka. 5. Bakar pd suhu 165C-170C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2.

Bahan-bahan

250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter) 350g gula pasir 60ml air panas 500g buah-buahan campuran 3 biji telur gred A 350g tepung gandum* 1 sudu kecil cream of tartar* 2 sudu kecil soda bicarbonat* 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg* 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara 1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan. 2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. 3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga. 4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil. 5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj) 6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya. ** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je. **Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun. **Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

KEK KUKUS ASAM MANIS Bahan-Bahan


325 gm mentega 250 gm gula kastor 300 gm tepung naik sendiri 6 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Cara- Caranya 1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar. 2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata. 3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis. 4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil. 5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna. 6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. **Aluminium foil tu hendaklah di sapukan mentega di permukaan yg hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Slmt Mencuba.

KEK KUKUS ASAM MANIS 2 Bahan-bahan (loyang bulat 9 inci) 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) 1 1/2 cwn gula halus 1 sudu besar ovallette 2 cwn tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 gm minyak jagung/masak 1 sudu kecil esen vanila beberapa titis pewarna kuning dan hijau asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap) Cara Membuat:1.Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. 2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati. 3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran. 4.Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. 5.Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis. 6.Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. 7.Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

Anda mungkin juga menyukai