Topik 2-Bahan API
Topik 2-Bahan API
Topik 2-Bahan API
Bahan api merupakan satu gas mudah terbakar mulanya dalam bentuk pepejal. Di dalamnya mengandungi gas -gas mudah terbakar yg diikat dengan ikatan kuat dan tidak dapat terbebas. Ia dapat dibahagikan kepada :a) Petrolem b) Arang batu c) Gas asli Petroleum adalah (minyak batu, dari bahasa Greek petra batu dan oleum minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan di dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.
Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.
Ahli geologi mengklasifikasikan minyak mentah dan gas asli sebagai satu produk pemampatan dan pemanasan suatu bahan organik (contohnya kerogen) terhadap masa geologi. Pembentukan petroleum wujud daripada pirolisis hidrokarbon, dalam satu kepelbagaian yang kebanyakan tindakbalas endotermik pada suhu dan/atau tekanan tinggi . Minyak yang digunakan sekarang adalah terbentuk dari baki zooplankton dan alga prasejarah, yang tenggelam di dasar laut atau tasik dalam kuantiti banyak di bawah keadaan anoksik(tinggalan prasejarah tumbuhan daratan, dalam sebaliknya, cenderung untuk membentuk arangbatu). Setelah waktu geologi bahan organik telah bercampur dengan lumpur, dan telah terbenam di bawah lapisan-lapisan sedimen yang terhasil dalam aras haba dan tekanan yang tinggi (dikenali sebagai diagenesis). Ini menyebabkan bahan organik berubah secara kimia, pada mulanya menjadi bahan melekit dipanggil kerogen yang boleh didapati dalam pelbagai syel minyak di sekeliling dunia, dan kemudian dengan lebih haba menjadi hidrokarbon cecair dan gas dalam satu proses dikenali sebagai katagenesis.
Apakah warna petroleum? Petroleum mempunyai banyak warna yang berbeza seperti warna hitam dan coklat kekuning-kuningan. Petroleum yang berwarna hitam adalah bersifat asphalt manakala petroleum yang berwarna hijau adalah bersifat parafin. Apakah bau petroleum? Ia sangat sukar untuk menghidu bau petroleum yang berlainan. Tetapi petroleum yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi dipanggil "masam" manakala petroleum yang mengandungi sedikit atau tiada sulfur dipanggil "manis".
Apakah rasa petroleum? Berminyak. Kebanyakan petroleum mengandungi kandungan minyak parafin yang tinggi.
Pecahan-pecahan Petroleum Dan Kegunaannya. Gas-gas petroleum(takat didih paling rendah ) - Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak. Petrol-Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan. Nafta-Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut. Kerosin-Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin ). Diesel-Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api. Minyak pelincir-Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran. Parafin-Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci. Minyak Bahan Api-Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa. Bitumen(takat didih paling tinggi). Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.
Sifat Pecahan-Pecahan Petroleum Yang Diperolehi Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu ; makin kurang likat pecahan itu makin cerah warnanya makin mudah pecahan itu terbakar makin bersih nyalanya ( kurang berjelaga ) Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu ; makin likat pecahan itu makin gelap warnanya makin sukar pecahan itu terbakar makin berjelaga nyalanya.
Arang Batu Arang batu juga merupakan sumber asli hidrokarbon. Arang batu terbentuk daripada sisa tumbuhan (di kawasan berpaya) yang mati, kemudian tertimbus, berjuta-juta tahun dahulu. Sisa tumbuhan itu terdedah kepada suhu dan tekanan yang tinggi , seterusnya bertukar kepada arang batu. Arang batu digunakan sebagai bahan api dan sumber pelbagai jenis bahan kimia seperti minyak wangi, cat, plastik, detergen dan bahan letupan. Metana dapat diperoleh dengan memanaskan arang batu kepada suhu 1300 darjah Celsius. Ciri-ciri Arang Batu a) pepejal hitam b) batuan yang keras c) mudah terbakar KEGUNAAN o sumber utama bagi penjanaan tenaga elektrik di seluruh dunia.
Gas Asli
Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersamasama petroleum. Komposisinya juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamamnya gas metana.
Ciri-ciri Gas Asli Paling kurang menghasilkan pencemaran berbanding Petroleum dan arang batu. Mudah terbakar
Kegunaan utama gas asli ialah : Penghasilan tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik. Bahan bakar kenderaan (NGV) Gas memasak di dapur Alat pemanasan di rumah Penghasilan baja Industri petrokimia
Kesan Penggunaan Bahan Api a) Tanah Kerosakan tanah. Pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanah yang subur akan dimusnahkan demi pembinaan kilang pembakaran arang batu, memusnahkan hutan rimba dan habitat hidupan liar, mengalakkan penghakisan tanah dan banjir, akibatnya pencemaran habuk dan seterusnya mengakibat masalah pernafasan kepada komuniti tempatan. Keruntuhan tanah. Perlombongan bawah tanah akan meninggalkan ruang kosong bawah tanah, mengakibatkan tanah runtuh dan tanah tenggelam ke muka bumi. Proses ini akan, dengan seriusnya, merosakkan struktur rumah, bangunan dan jalan raya disebabkan oleh keruntuhan bawah tanah. Perlombongan arang batu dari gunug-ganang. Cara perlombongan ini akan memusnahkan habitat, hutan rimba dan merosakkan harta benda orang tempatan.
b) Udara Pencemaran debu-debu arang batu. Perlombongan arang batu dan penyediaan arang akan menghasilkan debu-debu dan bahan pencemar yang mana apabila bergabung dengan bahan kimia yang lain di udara akan mengakibatkan masalah pernafasan yang serius dan kematian akibat paruparu yang hitam. Pengangkutan. Lebih kurang 75% daripada pengangkutan arang batu di Negara Amerika Syarikat adalah melalui kereta api yang mana ia mengakibatkan debu-debu halus dan jerebu. Kedua-dua bahan pencemar ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah pernafasan yang serius dan serangan asma.
Gas metana. Perlombongan arang batu membebaskan 26% gas metana setiap tahun di Amerika Syarikat. Gas metana merupakan gas pemanas global 20 kali ganda lebih serius daripada karbon dioksida dan dihasilkan oleh batu-batu di persekitaran arang batu apabila arang batu dilombong, dan juga semasa penyediaan pembakaran dan pengangkutan arang batu.
c) Air. Pengaliran air lombong yang berasid adalah disebabkan lombong-lombong yang terbuang dimana air menjadi berasid apabila bercampur dengan besi dan mineral-mineral lain. Apabila air yang berasid ini mengalir keluar, ia akan bergabung dengan air bawah tanah dan sungai, mengakibatkan pencemaran, merosakkan tanah yang subur, manusia dan hidupan liar. Penyediaan arang batu atau pembersihannya perlu menggunakan air dan bahan kimia yang banyak untuk mendapat arang batu yang berkualiti. Ini akan menyebabkan pengaliran bahan pencemar dalam bentuk lumpur yang di kenali sebagai Slurry Perlombongan arang batu dari gunug-ganang bermaksud perlombongan arang batu dengan meletupkan gunung-ganang untuk mendapatkan arang batu di kawasan yang lebih rata. Demi mengurangkan perbelanjaan pembuagan bahan pembuang seperti batu-batu yang tidak berguna, syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab akan membuang bahan pembuang ini ke teluk atau sungaisungai yang berdekatan. Ini akan mengakibatkan kerosakkan yang tetap terhadap ekosistem dan tanah lapang. Kaedah yang memusnahkan ini telah merosakkan atau memusnahkan lebih kurang 1,200 batu sungai-sungai, mengganggu system pengaliran air minuman dan membanjiri komuniti yang berdekatan di Amerika Syarikat.
d) Manusia. Paru-paru Hitam. Paru-paru hitam merupakan satu golongan penyakit pernafasan kepada pelombong-pelombong yang boleh mengakibatkan kematian dan penyakit paru-paru. Dari tahun 1992 hingga 2002, iaitu 10 tahun, lebih kurang 12,000 pelombong-pelombong di Amerika Syarikat maut akibat daripada paru-paru hitam. Simptom-simptom termasuk batuk-batuk, pernafasan yang kurang dan seterusnya paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Walaupun symptom-simpton ini dapat dikawal, tetapi ia tidak boleh diubati.
e) Komuniti. Perlombongan arang batu juga akan megurangkan hasil pendapatan komuniti tempatan termasuk kerugian dalam industry pelancongan dan rekreasi. Sebagai contoh di Pennsylvania, Amerika Syarikat, kerugian setahun dianggarkan sebanyak $67 juta daripada sukan memancing disebabkan oleh sungai-sungai yang tercemar dan berasid. Perlombongan arang batu juga akan merosakkan rumah-rumah dan harga hartanah juga akan merosot, menyebabkan rumah atau hartanah menjadi sukar dijual dan pindah.