Dokumen tersebut membahasakan beberapa topik utama seperti pembangunan ekonomi, globalisasi, teknologi, tanggungjawab sosial dan tenaga kerja. Ia menjelaskan definisi setiap topik dan cabaran yang dihadapi.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
708 tayangan16 halaman
Dokumen tersebut membahasakan beberapa topik utama seperti pembangunan ekonomi, globalisasi, teknologi, tanggungjawab sosial dan tenaga kerja. Ia menjelaskan definisi setiap topik dan cabaran yang dihadapi.
Dokumen tersebut membahasakan beberapa topik utama seperti pembangunan ekonomi, globalisasi, teknologi, tanggungjawab sosial dan tenaga kerja. Ia menjelaskan definisi setiap topik dan cabaran yang dihadapi.
Dokumen tersebut membahasakan beberapa topik utama seperti pembangunan ekonomi, globalisasi, teknologi, tanggungjawab sosial dan tenaga kerja. Ia menjelaskan definisi setiap topik dan cabaran yang dihadapi.
Unduh sebagai PPTX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 16
BAB 3
ISU DAN TREND SEMASA
‘ABDULLAH KHAIRI BIN MOHD ASRI
PEMBANGUNAN EKONOMI Pembangunan ekonomi adalah suatu proses kenaikan dalam pendapatan total dan pendapatan per kapita dengan menghitung adanya pertambahan penduduk disertai adanya perubahan fundamental dalam struktur ekonomi. Menurut Prof. Denis Goulet, ada tiga nilai inti pembangunan yang membuat hidup lebih baik: • Rezeki kehidupan • Harga diri • Kebebasan Menurut Prof. Dudley Seers, pembangunan ekonomi dikatakan berjaya apabila pendapatan per kapita masyarakat meningkat, tingkat pengangguran berkurang dan jurang antara kaya dan miskin mengecil. Persekitaran ekonomi dibuat dalam beberapa bahagian yang mana semua mempunyai lebih atau kurang pengaruh kepada perniagaan dan organisasi. 1. Pembekal Para pembekal menyediakan bahan mentah dan komponen-komponen lain yang diperlukan oleh organisasi. 2. Pelanggan Para pelanggan membentuk sebahagian daripada persekitaran ekonomi dan memberi kesan kepada organisasi dalam keperluan dan permintaan mereka. 3. Pelabur Keyakinan perniagaan dan kesediaan pihak bank dan institusi kewangan yang lain memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat berkait rapat dengan jangkaan masa hadapan tahap aktiviti ekonomi sesuatu Negara. 4. Kerajaan Dasar-dasar fiskal kerajaan, kewangan atau lain-lain polisi mempengaruhi organisasi dalam perkara berkaitan kos, perolehan kredit, kadar cukai, kadar faedah, kadar tukaran asing dan keyakinan umum perniagaan. 5. Pesaing Pesaing sesuatu syarikat sentiasa di anggap sebagai ‘ancaman’ dalam persekitaran ekonomi. GLOBALISASI Globalisasi ialah sebuah fenomena yang menjadikan dunia seakan-akan mengecil. Fenomena globalisasi juga berkait rapat dengan istilah ' dunia tanpa sempadan'. Fenomena globalisasi telah menjadikan proses perhubungan antara manusia serta perpindahan maklumat menjadi semakin pantas. Fenomena globalisasi bukan sahaja memberikan impak yang positif terhadap manusia malah ia juga memberikan impak yang negatif atau cabaran kepada manusia. 1. cabaran penjajahan ekonomi • Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju. • Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya • Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga 2. cabaran yang kedua ialah pencemaran budaya • Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit • Budaya liar ini langsung tidak ditapis • Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh • Budaya Barat menjadi dominan • Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis • Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 3. cabaran dari segi Politik • Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas • Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka. • Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara 4. cabran terhadap sistem Ekonomi Malaysia • Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara • Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara. • Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan • Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) • Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. • Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh – kemelesetan ekonomi berlaku • Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi Malaysia Kesan Positif Globalisasi • Kemajuan Teknologi • Perubahan dunia Perniagaan • Politik menjadi kerjasama Kesan Negatif Globalisasi • Globalisasi menyebab penjajah ekonomi • Glomabisasi menyebab pencemaran budaya TEKNOLOGI • Kemajuan teknologi kebelakangan ini banyak mempengaruhi cara-cara syarikat beroperasi. Komputer telah merevolusikan rekaan produk, inovasi dan pembuatan. Kemajuan dalam teknologi telah banyak membuka peluang baru perniagaan yang mana tidak dieksploitasi sebelum ini. Cabaran Penyalahgunaan Teknologi • Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear • Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia • Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka. TANGGUNGJAWAB SOSIAL • Tanggungjawab sosial adalah merupakan tanggungjawab moral yang perlu dipikul oleh perniagaan terhadap kepentingan masyarakat di mana perniagaan tersebut menjalankan operasinya. Tanggungjawab dan kewajipan ini meliputi badan-badan koperat terhadap masyarakat yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada peruntukan undang- undang atau kontrak-kontrak lain di antara pengurusan dengan wakil persatuan-persatuan sekerja. • Sebenarnya sesebuah perniagaan mempunyai kewajipan ke atas beberapa kumpulan anggota masyarakat antaranya ialah pemegang-pemegang saham (pemilik perniagaan), pelanggan-pelanggan dan pengguna, pesaing-pesaing, pekerja-pekerja dan staf, pemiutang-pemiutang, masyarakat tempatan dan kerajaan. Antara sebab-sebab kenapa perniagaan perlu memahami peranan atau tanggungjawab sosial ialah: • Tanggungjawab sosial akan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam taraf kehidupan masyarakat akan lebih menguntungkan perniagaan. Contohnya, jika kaum pekerja menerima gaji dan upah yang mencukupi, kuasa membeli mereka akan bertambah secara menyeluruh. Dengan meningkatnya pendapatan, akan bertambah permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan baru. • Perniagaan yang peka terhadap tanggungjawab sosial akan mempunyai imej awam yang positif. Imej awam yang baik terhadap sesebuah perniagaan dapat mengelakkan perniagaan tersebut dipulau atau disisih oleh masyarakat. • Perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial dapat mengurangkan atau mengelakkan desakan undang-undang dan campur tangan kerajaan secara langsung. • Kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dapat meningkatkan kewangan dan peluang- peluang pekerjaan. • Perniagaan mempunyai aset-aset seperti kilang dan peralatan, sumber kewangan dan juga kemahiran pengurusan yang boleh digembelingkan untuk mengatasi atau meyelesaikan masalah sosial. Dengan itu masyarakat dapat menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut untuk mengembangkan kemahiran pekerja, peluang-peluang kepada mereka yang cacat dan lain-lain supaya setiap anggota masyarakat dapat melibatkan diri secara produktif dan bertanggungjawab dalam perniagaan TENAGA KERJA • Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja. • Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100% • Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh Asal] x 100% Guna Tenaga • Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. • Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. • Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara. • Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang. • Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah Penganggur