Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Folio Sains Bero

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 15

1

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S
1. ISI KANDUNGAN 2
2 PENGHARGAAN 3-4
3. BIODATA 5
4. MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR
6
5 LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN 7
6. KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR
8-9
7. MAKSUD AMALAN KURANGKAN PENGGUNAAN, GUNA
SEMULA DAN KITAR SEMULA BAHAN
10-11
8. CARA UNTUK KITAR SEMULA 12
9. KESAN DAN USAHA KITAR SEMULA 13-14
7. PENUTUP 15











3



Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah izinnya dapat saya menyiapkan folio untuk mata
pelajaran sains ini. Banyak faedah yang saya perolehi
hasil pembacaan saya. Saya dapat mengenali dan
mengetahui mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar serta kepentingan kitar semula untuk
memelihara alam sekitar. Dengan cara ini dapat
memupuk semangat cintakan alam sekitar dan akan
menjadi pendorong untuk saya mengamalkan cara hidup
yang mampu menyelamatkan alam sekitar daripada
mengalami kemusnahan kerana alam sekitar ini bukan
hak mutlak kita, hanya dipinjamkan dari nenek moyang
kita dan akan kita warisi kepada anak cucu kita nanti.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada guru sains iaitu Pn. Shakinah yang telah banyak
membantu dan memberi bimbingan untuk saya
menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada
kawan-kawan yang telah memberikan kerjasama yang
baik . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada keluarga saya yang banyak memberikan
dorongan dan semangat sehingga terhasilnya folio Sains
ini. Budi baik kalian tidak terbalas. Semoga Allah sahaja
4

yang membalas segala jasa dan pengorbanan semua yang
terlibat dalam menghasilkan folio ini. Amin..
























5

BIODATA DIRI

NAMA : AMIRUL MUJAHID BIN SUKRI ABADI
KELAS : 1 KHAS ALIRAN AGAMA 1
UMUR : 13 TAHUN
TARIKH LAHIR : 29 OKTOBER 2001
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU
HOBI : MEMBACA BUKU
MAKANAN : NASI GORENG U.S.A
KEGEMARAN
MINUMAN : MILO AIS
KEGEMARAN
CITA-CITA : GURU
KATA-KATA : PRACTISE MAKE PERFECT
SEMANGAT
UNIT BERUNIFORM : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
PERSATUAN/KELAB : KELAB KOMPUTER
PERMAINAN : BADMINTON


6

MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
ALAM SEKITAR

Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara,
pembelaan, perawatan.

Pemuliharaan adalah perihal proses, usaha,
perbuatan memulihara sesuatu.


Pemeliharaan tindakan melindungi sumber-sumber
di bumi tersebut supaya dapat mengekalkan
keadaan semula jadinya.

Pemuliharaan cara penggunaan, pengendalian dan
pengurusan sumber alam untuk mengelakkan
kerugian ,kerosakan dan pembaziran

Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber dapat
memastikan kesinambungan sumber alam untuk
generasi akan dating


Dalam konteks alam sekitar, sudah tentu kedua- dua
perkataan tersebut berkaitan dengan perbuatan
atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar melalui amalan kitar semula merupakan
satu perkara yang patut diamalkan dalam usaha
kita untuk mencapai pembangunan yang lestari (
tidak berubah-ubah, kekal, tetap), berkualiti dan
seimbang.





7

Langkah-Langkah Pemuliharaan dan
Pemeliharaan
1. Penguatkuasaan undang-undang
- menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta
Perlindungan Hidupan Liar
- mengawal kegiatan pembalakan haram
- mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan


2. Hutan Simpanan
- memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak
terancam


3. Tanam Semula
- menggantikan pokok yang telah ditebang


4. Pendidikan
- meningkatkan kesedaran orang awam tentang
kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan
liar dan persekitarannya


5. Pembalakan secara berpilih
- hanya menebang pokok yang matang


6. Santuari
- mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan
tumbuhan


7. Pusat pembiakan
- membiakkan haiwan yang hampir pupus

8. Kitar Semula
- menggunakan bahan seperti kertas
8


KEPENTIGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan
hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan
bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
harian kita.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan
kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan manusia. Pencemaran alam sekitar
sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya
akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung
kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Antara
kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam
sekitar ialah :-

Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Mendapat sumber air yang bersih dan tidak
tercemar.


Mengelakkan suhu bumi meningkat dan
menyebabkan pemanasan global.

Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti
harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada
ancaman kepupusan (extinction).


Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara
kekal seimbang.

9

Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas
manusia tidak terjejas (not jeopardized).


Untuk memastikan bahawa bekalan logam (metal)
dan bukan logam (non-metal) di dalam kerak Bumi
(Earth's crust) tidak kehabisan (not depleted).




















10


MAKSUD GUNA SEMULA

Menggunakan semula barang-barang yang telah
digunakan , contohnya
Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg
jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai
beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah.

Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg
ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat
wayar komputer.


Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada
alamat penerima anda dapat menggunakan semula
sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh
juga digunakan semula sebagai kertas untuk
membuat nota.

Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan
botol kaca dan pasu kecil, anda boleh
menggunakannya semula sebagai bekas makanan
atau untuk menyimpan barang barang lebihan
yang tidak diperlukan.


Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg
udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk
membungkus barang barang apabila berpindah
rumah atau untuk menyimpan barang barang
yang mudah pecah.



11


MAKSUD KITAR SEMULA

Mengitar semula mengikut jenis barang. Banyak barang
yang boleh dikitar semula contohnya
Kertas
Plastik,
Logam
Kaca.


Barangan lain seperti

Perabot
Barangan elektrik
Bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar
semula tetapi masyarakat kurang peka untuk
memulakannya.










12

CARA UNTUK KITAR SEMULA

Beli produk yang boleh dikitar semula

Jika membeli barang di pasar raya, kita harus
membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar
semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar
semula . Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu
mesra pengguna daripada label produk tersebut.


Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya dan
sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk
mengatasi masalah ini adalah dengan tidak
membeli produk yang mengandungi bahan-bahan
toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat
pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan
anda bagi memudahkan penghantaran barangan
kitar semula.

13

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan
penurunan taraf kesihatan dan keselamatan
penduduk .

penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan
akuatik serta kepupusan flora dan fauna.

organismaorganisma seperti harimau dan tumbuh-
tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan








14

USAHA UNTUK MENGATASI PENCEMARAN ALAM
SEKITAR


Membenteras aktiviti pembalakan secara haram dan
membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu
untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan
rapi.

Memastikan bahawa bekalan logam dan bukan
logam di dalam kerak Bumi tidak kehabisan.

Memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal
seimbang.

Memastikan bahawa bekalan keperluan asas
manusia tidak terjejas.




15





Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah izinnya dapat saya menyiapkan folio Sains ini.
Saya dapat mengenali dan mengetahui mengenai
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta
kepentingan kitar semula untuk memelihara alam
sekitar . Dengan cara ini dapat memupuk semangat
cintakan alam sekitar dan akan menjadi pendorong
untuk saya mengamalkan cara hidup yang mampu
menyelamatkan alam sekitar daripada mengalami
kemusnahan kerana alam sekitar ini bukan hak mutlak
kita, hanya dipinjamkan dari nenek moyang kita dan
akan kita warisi kepada anak cucu kita nanti.

Anda mungkin juga menyukai