Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Kecederaan Dalam Sukan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 22

9.

KECEDERAAN DALAM SUKAN


9.1 Faktor Kecederaan Sukan
9.1.1 Kecederaan Intrisik (Direct Injury)
Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu
lebih melakukan rengangan (hyper) atau mengalami kekejangan otot. Ia
selalunya melibatkan otot, tendon dan ligament. Biasanya ia kurang teruk
daripada kecederaan ekstrinsikn atau kecederaan yang dikenakan dari
luar.
Faktor intrinsik atau dalam yang menyebabkan kecederaan sukan adalah
seperti kesihatan yang mana setiap atlet mestilah bebas daripada
masalah kesihatan. Persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum
melakukan sebarang aktiviti perlu dititik beratkan.
Umur juga boleh mempengaruhi kekuatan dan kekentalan tisu
badan. Otot boleh menyebabkan daya tahan otot mula menurun apabila
umur melebihi 30 tahun hingga 40 tahun, tendon dan ligament juga
boleh menyebabkan daya tahan otot mula menurun apabila umur
melebehi 40 tahun dan tulang juga akan mengalami penurunan daya
tahannya apabila umuru melebehi 50 tahun.
Selain

daripada

kesihatan,

atlet

mestilah

mengamalkan

pemakanan yang seimbang, pemakanan memainkan peranan penting


dalam mencegah kecederaan dalam sukan. Pemakanan yang optima
seperti mengambil nutrient karbohidrat dimana karbohidrat merupakan
sumber tenaga utama untuk bessukan dan pemgambilan protein serta
minum air yang mencukupi amat penting bagi seseorang ahli sukan.
Makanan yang tidak seimbang atau tidak berzat serta banyak meminum
minuman bergas boleh menyebakan berlakunya risiko kecederaan.
Atlet mestilah mempastikan memperoleh kecergasan yang optima.
Badan yang tidak sihat akan mendedahkan diri atlet kepada komplikasi
penaykit yang lebih berat seperti masalah pernafasan obesity, masalah

buah pinggang dan masalah jantung. Proses penuaan diri lebih cepat
pada orang yang tidak aktif dan cergas. Atlet yang tidak mencapai tahap
kecergasan yang maksima suadah pasti akan mudah mengalami
kecederaan semasa bersukan seperti berlakunya sprain, strain, disklokasi
dan patah. Ini sudah pasti akan memberi kesan ke atas prestasi atlet
tresebut. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alcohol
dan dadah sebelum dan selepas bersukan sudah tentu mendatangkan
impak yang tidak baik bagi atlet tersebut.

9.1.2 kecederaan Ekstrinsik (Indirect Injury)


Kecederaan ini disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti
tumbukan,

sepakan,

pelanggaran

atau

hentakan

peralatan

yang

digunakan atau sebaginya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan


kecederaan intrinsik kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang,
koyak yang teruk pada ligament atau tendon dan koyak pada otot. Atlet
sukan seperti pemain bola sepak, hoki, silat, futsal sering mengalami
kecederaan begini.
Faktor ekstinsik atau faktor luaran yang menyebabkan kecederaan
sukan adalah seperti pakaian. Pakain suakan harus selesa, sesuai dengan
saiz tubuh badan dan dapat membenarkan penyejatan peluh. Pakaian
yang dibuat daripada kapas adalah paling sesuai digunakan dalam cuaca
negara kita kerana ia membenarkan peluh diserap dan disejatkan. Ini
mengelakkan peningkatan suhu badan. Pakaian yang terlalu ketat akan
menjerutkan pengedaran darah dan akan membawa kesan yang buruk
kepada atlet. Pakaian perlindungan kecederaan atau keselamatan yang
rosak atau tidak elok, mengguanakn semual pakaian lama dan bekalan
pakaian tidak mencukupi akan menyebabkan atlet mudah mengalami
kecederaan semasa bersukan.
Selain

daipada

pakaian,

faktor

peralatan

bersukan yang tidak sesuai dan tidak lengkap

dan

kemudahan

merupakan faktor

ekstrinsik yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaa. Peralatan


yang diguna pakai dalam aktiviti sukan mestilah sesuai dengan umur,
ketinggian, saiz dan keupayaan fizikal atlet.
Kemudahan asas seperti cahaya dan kawasan bersukan suadah
pasti akan memberi kesan yang sangat serius terhadap kecederaan
dalam sukan. Tidak cukup cahaya atau lampu limpah kurang berfungsi
akan menyebabkan berlaku masalah dari segi atlet untuk menentukan
jarak, warna dan juga boleh menjejaskan penglihatan atlet serta
pengadil.
Persekitaran yang selesa dan selamat untuk menjalankan aktiviti
sukan

adalah

pertandingan

sangat-sangat
perlulah

bebas

dituntut.
daripada

Persekitaran
unsur-unsur

atau

tempat

yang

boleh

mendatangkan risiko kemalangan dan kecederaan. Persekitaran yang


tidak selamat seperti terdapat batu atau kaca di atas padang, permukaan
yang tidak rata atau berlubang, ruang atau jarak run-off yang tidak cukup
dan takungan air akan memudahkan kecederaan dialami oleh para altet
semasa bersukan. Persekitaran yang tidak sesuai untuk pertandingan
atau permainan dan sukan juga bergantung kepada keadaan cuaca yang
tidak mengizinkan seperti panas terik, jerebu, hujan lebat dan petir.
Altitude atau ketinggian juga merupakan faktor ekstrinsik yang
boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. Jika sesuatu perlawanan
atau pertandingan diadakan di aras ketinggian yang rendah (low

altitude), latihan harus dilakukan ditempat yang serupa. Ini adalah kerana
proses adaptasi atau penyesuaian fisiologi pada sistem pengaliran darah
dalam penukaran oksigen adalah berbeza, hal ini boleh mempengaruhi
dalam mengurangkan daya tahan badan.

9.2 Penilaian Kecederaan Dalam Sukan


9.2.1 Penilaian Kecederaan Sukan (D.R.A.B.C)
D Danger (Bahaya)
R Response (Tindakbalas)
A Airways (Saluran udara)
B Breathing (Pernafasan)
C Circulation (Peredaraan darah)
Langkah-langkah D.R.A.B.C
D : Danger (bahaya)
Pastikan bahawa sekitar kawasan mangsa selamat. Sekirannya
mangsa boleh berjalan bawa mangsa ke tempat yang redup. Andainya
mangsa pengsan akibat kecederaan pada kepala atau leher, jangan
ahlikan mangsa. Minta bantuan dan bawa mangsa ke hospital.
R : Respone (tindakbalas)
Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan menepuk bahu
mangsa dengan lembut. Andaikan mangsa sedar, cuba berinteraksi
dengan mangsa. Tanya nama atau keadaan dirinya. Sekiranya mangsa
tidak sedar, mengiringkan mangsa untuk membantu membuka ruang
pernafasannya atau dalam kedudukan pemulihan dan minta bantuan.
A : Airways (saluran darah)
Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek yang
menghalang pernafasan seperti lidah atau gigi palsu. Sekiranya saluran
pernafasan terhalang, keluarkan objek tersebut.

B : Breathing (Pernafasan)
Pastikan mangsa bernafas dengan cara seperti berikut iaitu
kelihatan pergerakan turun naik dada, terdapat bunyi semasa bernafas.
Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan kedudukannya stabil.
Sekiranya tidak bernafas berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut.
C : Circulation (Peredaran darah)
Pastikan nadi mangsa berdenyut. Sekiranya nadi berdenyut,
teruskan bantuan pernafasan dengan kadar satu hembusan setiap 5 saat

Expired Air Resusitation (EAR). Sekiaranya tiada denyutan, lakukan


pemulihan pernafasan kaedah Cradiopulmonary Resusition (CPR).

9.2.2 Kaedah Penilaian Kecederaan (T.O.T.A.P.S)


T Talk (Bercakap)
O Observe (Melihat keadaan)
T Touch (Sentuh)
A Active Movement (Pergerakan aktif)
P Passive Movement (Pergerakan pasif)
S Skill (Kemahiran)
Langkah-langkah T.O.T.A.P.S
T : Talk (bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan. Bolehkah
mangsa itu bercakap? Tanya mangsa sesuatu. Tujuanny adalah untuk
mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang kemalangan dan
mangsa seperti di mana bahagian yang sakit atau tempat tercedera?
Mengenal pasti peringkat kesakitan yang dialami mangsa. Bagaimanan

dengan penglihatannya sama ada kabur atau jelas? Mempastikan mangsa


boleh mendengar dengan baik.

O : Observe (melihat keadaan)


Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan
mangsa seperti di bahagain kepala kulit sama ada lebam, bengkak atau
pendarahan, sama ada mengalami perubahan suhu badan serta berlaku
perubahan pernafasan dan denyutan nadi sama ada normal atau tidak.
Perhati dan pastiakn darjah kecederaan mangsa.

T : Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati.
Periksa sebarang bengkak atau deformity yang dialami anggota badan
yang terlibat. Beritahu atau maklumkan terlebih dahulu kepada mangsa
(jika mangasa sedar) sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian
tercedera, ini bertujuan untuk mengelakkan mangsa terkejut dengan
sentuhan tersebut.

A : Active Movement (Pergerakan aktif)


Arah dan minta supaya menggerakkan anggota badan yang
cedera seperti tangan, kaki dan kepala. Tujuannnya adalah untuk
mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri
secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit,
rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

P : Passive Movement (Pergerakan pasif)


Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan
bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita
hendak

membantunya

menggerakkan

bahagian

untuk
yang

menggerakkan
tercedera

anggotanya.

secara

Bantu

perlahan-lahan.

Tujuannya adalah untuk memeriksa atau menentukan tahap kecederaan


atau kesakitan yang dialami. Regangkan otot dan benarkan bermain
semula jika pasti kecerderaan tidak serius.

S : Skill (Kemahiran)
Arahkan

mangsa

melakuakn

pergerakan

asas

seperti

berdiri,berjalan, berlari, dan melompat sambil melakukan kemahiran


permainan yang mudah untuk memastikan tahap kederaan yang dialami.
Jika terasa sakit, bawa mangsa ke hospital atai klinik untuk mendapatkan
rawatan doctor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan
khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

9.3 Bantu Mula Dalam Sukan


9.3.1 Bantu Mula (R.I.C.E)
R

'R'Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang

tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak
mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih
teruk.

'I'Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais

akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan
proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.

'C'Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang

tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin


kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

'E'Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera

tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda
dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

9.3.2 Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)


9.3.2.1 Definisi Resusitasi Kardiopulmonari
Resusitasi Kardiopulmonari merupakan teknik menyelamatkan
nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan iaitu apabila mangsa tidak
bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut lagi. Ia merupkan
kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di luar bahagian.
Dengan memberi bantuan pernafasan untuk mangsa dan memastikan
darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh
mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup
sehinggahlah bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan

peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun atau nipis dengan
banyaknya selepas lima minit pertama.
9.3.2.2 Objektif Resusitasi Kardiopulmonari
Resusitasi

Kardiopulmonari

merupakan

salah

satu

cara

memulihara mangsa yang tidak sedarkan diri. Ia adalah untuk


memanjagnkan masa kritikal mangsa sebelum bantuan perubatan tiba.
Ia bertujuan untuk mencegah kerosakan otak
CPR mempunyai dua matlamat iaitu mengekalkan aliran darah ke
seluruh anggota badan dan mengekalkan aliran udara masuk dan keluar
dari paru-paru. CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan
peralatn minima sahaja.
Apa yan perlu dilakukan adalah sesuatu yang mudah iaitu
memberi hembusan nafas atau tiupan ke dalam mulut mangsa untuk
menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan
meyerapkan oksigen ke dalam salur darah. Keduanya ialah dengan
memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di
dalam badan. Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca
utama kematian dalam kalangan orang dewasa. CPR menggandakan
peluang untuk hidup daripada serangan jantung.
9.3.2.3 Urutan Langkah Pengandalian Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Apabila mangsa tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak
bernafas, anda mesti melakukan kombinasi teknik pernafasan bantuan
dan

tekanan

dada.

Urutan

langkah

ini

dinamakan

pemulihan

pernafasan peparu-jantung atau CPR. Jika anda keseorangan, anda


mesti melakukan CPR sebelum mendapat bantuan.
Dalam setiap kes anda haruslah melakukan teknik pemulihan
dengan bersungguh-sungguh sama ada sehingga denyutan nadi kembali
pulih atau bantuan professional tiba untuk mengambilalih tugas atau

keletihan fizikal memaksa anda berhenti bertindak. Terdapat tiga asas


yang mesti difahami dan diikuti dalam proses menyelamat mangsa.
A : AIRWAYS (Saluran Pernafasan)
Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran
pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu
diingat

bahawa

bahagian

belakang

lidah

atau

epiglottis

selalu

menghalang pernafasan magsa yang tidak sedarkan diri.


Prosuder:
Oleh kerana lidah atau epiglottis tercantum dibahagian bawah
rahang, dengan cara mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke
atas, ia boleh mengangkat lidah dan epiglottis daripada bahagian
belakang tekak untuk membolehkan saluran pernafasan terbuka.
B : BREATHING (Pernafsaan)
Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai
bekalan oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab
itu, apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan
mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara
tercepat atau terpantas untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru
mangsa.
Udara yang dihembus mengandungi cukup oksigen utnuk
sekurang-kurangnya bagi menampung sebahagian daripada keperluan
mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh
bernafas sendiri atau sehingga professional terlatih tiba.
Prosuder:
i.

Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak.


Lihat

pergerakan

pernafasan mangsa.

dada

mangsa

dan

dengar

bunyi

ii.

Rasa pernafasan dengan menggunakan pipi anda. Jika


mangsa masih bernafas dan tidak ada bukti kecederaan
lain berlaku, guna kaki mangsa untuk menstabilkannya.

iii.

Letak mangsa pada kedudukan pemulihan

iv.

Letak mangsa mengiring. Gunakan tanga.

Jika mangsa masih tidak bernafas, maka berikan satu hembusan nafas
setiap lima saat. Picit hidung mangsa sehinggah hidung mangsa tertutup
sepenuhnya. Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa. Lakukan resusitasi
mulut ke mulut. Lihat pergerakan dada. Biarkan paru-paru mengempis di
antara dua hembusan.
C : CIRCULATION (Peredaran Darah)
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak,
arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada
dijalankan, maka pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut di
lakukan bersama-sama.
Prosuder:
i.

Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau


sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di
dada.

ii.

Letakan tangan di dada antara dua putting atau bahagian


ketiga di bawah sternum dan tekan ke dalam 1 ke 2 inci
pada kadar 80-100 kali seminit.

iii.

Tekan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan


(lurus dengan mengunci pergerkan siku) dan berat badan
ditujukan

tegak

hembusan

dan

ke
15

bawah.
kali

Teruskan

tekanan

dengan

sehingga

dua

bantuan

perubatan tiba.
iv.

Kira tekanan dengan ritma (irama) yang tetap contoh satu


dan dua dan tiga dan seterusnya lakukan pada empat
kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan.

v.

Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan


dada.

vi.

Jika ada nadi tanpa pernafasan, berikan satu pernafasan


setiap lima saat.

PERHATIAN
Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk
kaedah seorang penyelamat dan dua penyelamat. Dalam kaedah dua
penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di dada berhenti
sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan.

9.4 Kecederaan dalam Sukan


9.4.1 Kecederaan Tisu Lembut
Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot,
tendon, ligamen, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam
tubuh. Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami pada otot-otot besar.
Keadaan ini disebabkan mekanisma penguncupan otot agonis-antigonis yang
tidak seiring dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Faktor utama yang
menyebabkan kekejangan otot dehidrasi, kelesuan kronik dan hentakan atau
pukulan keatas otot-otot. Kekejangan otot boleh diatasi secara melakukan
regangan statik. Sekiranya kesakitan masih berterusan, hentikan regangan dan
tamatkan perlakuan aktiviti kerana otot tersebut boleh mengalami kecederaan
lain akibat komplikasi.

9.4.2 Ketegangan Otot


Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber otot mengalami kecederaan.
Ketegangan otot adalah hasil mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut
daripada kecederaan yang lebih kronik. Otot hamstring ialah otot yang kerap
mengalami kekejangan. Ketegangan biasanya melibatkan koyakan pada fiber
otot. Ketegangan otot yang ringan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat
jika terus bergerak aktif. Ketegangan yang lebih serius boleh mengakibatkan
pendarahan dalam sehingga kita langsung tidak dapat menggerakkan bahagian
anggota yang mengalami ketegangan tersebut.

9.4.3 Sengal Otot


Sengal otot ialah fenomena biasa yang dialami jika kita melakukan aktiviti
fizikal berintensiti tinggi ketika tahap kecergasan masih rendah. Kencederungan
mengalami sengal otot berkadar terus dengan faktor umur. Menifestasi sengal
otot ialah kesakitan yang keterlaluan, diikuti dengan kelesuan. Keadaan ini boleh
dialami sejurus melakukan aktiviti fizikal. Rasa salit ini boleh tertangguh sehingga
selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal. Sengal otot berlaku disebabkan
koyakan kecil pada fiber otot, dan sebagai sampingan akibat kekurangan bekalan
oksigen ke otot semasa beraktiviti. Kecederaan ini dapat dielakkan dengan
melakukan aktiviti pada intensiti yang bersesuaian dengan tahap kecergasan
individu.

9.4.4 Luka Calar-Balar (Abraison)


Boleh melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris
atau dipotong oleh tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis luka terdiri daripada
abrasi (cakaran pada permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan
tebukan (ditebuk oleh objek yang tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam
dan boleh mengakibatkan kerosakan salur darah yang serius. Pemerhatian
kepada langkah-langkah keselamatan semasa beraktiviti adalah cara terbaik
untuk memelihara diri daripada mengalami luka.

9.4.5 Lebam akibat Kontusi


Kontusi merujuk kepada hentakan terus objek ke atas permukaan luar
atau tisu anggota. Sekiranya hentakan kuat, kapilari darah boleh pecah dan
darah terkumpul ditempat hentakan itu. Warna biru gelap akan terbentuk di
kawasan kulit sebagai tanda pendarahan dalam yang berlaku. Sekiranya tempat
yang sama menerima hentakan berulang kali, menandakan kalsium akan
terbentuk di kawasan tersebut. Struktur anggota yang terlibat kelak menemui
kesukaran untuk bergerak. Kaedah pencegahan kontusi yang berkesan ialah
secara melindungi bahagian-bahagian berisiko tinggi dengan penggunaan pad
seperti di siku dan lutut.

9.4.6 Kecederaan Tisu Keras


Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang
biasanya disebabkan oleh stress yang tinggi dialami tulang tersebut. Tulang
panjang, seperti humerus dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6
minggu untuk

sembuh daripada fraktur. Sementara rulang-tulang

kecil

memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk sembuh. Kaedah simen adalah
teknik rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti pada tulang yang
mengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau plaster, bahagian tulang
yang telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik bagi tujuan
rehabilitasi.

9.4.7 Dislokasi
Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi tercabut
atau terkeluar daripada tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot,
ligament, tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi
berlaku. Kecederaan ini sering berlaku di bahagian sendi bahu. Rehat aktif
digalakkan bagi atlet yang mengalami kecederaan ini. Tahap kecergasan yang
tinggi serta penguasaan teknik kemahiran yang mantap adalah kaedah
pencegahan dislokasi yang paling berkesan.

9.4.8 Kecederaan Kepala/ Konkusia


Konkusi berlaku apabila atlet mengalami hentakan di bahagian kepala.
Kecederaan ini menyebabkan trauma otak dan koma bagi kes-kes yang kronik.
Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, tinju dan
sukan-sukan tempur. Atlet yang mengalami konkusi biasanya mempamer simtom
loya dan hilang imbangan seketika. Dalam keadaan tertentu, amnesia (hilang
ingatan) boleh berlaku untuk tempoh yang singkat. Selain pengsan, tanda-tanda
fizikal konkusi biasanya tidak jelas kelihatan dan mangsa mesti dirujuk kepada
pakar perubatan dengan kadar segera. Atlet yang mengalami konkusi mesti
direhatkan untuk satu tempoh spesifik yang ditetapkan atas nasihat pakar
perubatan. Konkusi turut di kelaskan sebagai kemalangan. Oleh itu, perhatian
maksimum terhadap langkah-langkah keselamatan semasa bersukan adalah
langkah pencegahan yang paling berkesan.

9.4.9 Sprain (Terseliuh)


Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang
menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh,
perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat.
Peringkat ketiga, ligamen putus sepenuhnya. Apa tanda-tandanya? Sakit, lebam,
keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi
yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), ketidakstabilan. Antara
kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate ligament (ACL)
di lutut. Untuk pengetahuan anda, banyak kes ACL bukan disebabkan bersukan
atau senaman sahaja, tetapi kes seperti, apabila seseorang ini dipanggil daripada
belakang, secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk
menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di
tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.

Shin Plint
Istilah shin splint merujuk pada kesakitan di sepanjang tulang tibia, tulang besar di
hadapan kaki. Kesakitan juga mungkin berlaku di bahagian yang lebih rendah termasuk buku
lali (anterior shin splint) atau di pinggir tulang (medial shin splint). Pernahkah anda berlari atau
joging untuk satu jangka masa yang lama, mungkin berminggu-minggu dan mula rasa sakit
dibahagian hadapan tulang kaki? Biasanya shin splint disebabkan penggunaan berlebihan,
penggunaan kasut yang salah, permukaan yang keras atau teknik latihan yang tidak betul.
Kecederaan ini sering dikaitkan dengan mereka yang memiliki tapak kaki yang rata.

Anda mungkin juga menyukai