Pengajaran mikro adalah teknik pengajaran yang berlangsung selama 5 hingga 15 menit untuk mengajarkan satu kemahiran kepada kelompok kecil siswa. Teknik ini bertujuan melatih guru untuk menguasai kemahiran mengajar melalui praktik langsung di bawah bimbingan. Setelah pengajaran, guru akan mendapat masukan untuk meningkatkan kemahirannya.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
237 tayangan3 halaman

Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3
Pengajaran Mikro
Konsep
Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan dalam masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan pelajar.
Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang sahaja.
Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat
menyampaikan satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik.
Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori
pengajaran dalam sesuatu situasi yang terkawal.
Kebiasaannya pengajaran ini hanya menumpukan kepada satu jenis
kemahiran mengajar sahaja.
Untuk memerhati dan menilai aktiviti pengajaran yang dilaksanakan,
anda digalakkan membuat rakaman video.
Setelah aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan
rakan-rakan tentang kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan.
Hasil perbincangan tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi kemahiran yang telah dilaksanakan. Objektif
• Latihan amali dalam mikro
• Menguasai kemahiran mengajar
• Menilai kecekapan guru
• Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan sendiri
• Membuat refleksi
• Meningkatkan keyakinan diri
Ciri-ciri
Pengajaran mikro mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad.
Dalam pengajaran mikro, hanya perlu mencatatkan satu atau dua hasil pembelajaran. Dengan hasil pembelajaran yang terhad ini dijangkakan guru akan dapat mencapainya.
2. Jumlah murid yang sedikit
Sebaik-baiknya jumlah murid yang terlibat adalah antara 10 hingga 15 orang. Murid boeh terdiri daripada murid sekolah yang sebenar, atau rakan sekursus guru pelatih itu sendiri. Dengan bilangan murid yang kecil, pengajaran guru tidak banyak diganggu oleh kerenah murid dan guru dapat memberi tumpuan kepada aspek tertentu atau kemahiran mengajar tertentu.
3. Fokus hanya kepada satu atau dua strategi pengajaran
Guru pelatih hanya perlu menggunakan satu atau dua strtegi atau teknik pengajaran ketika menyampaikan pelajarannya. Dengan mengehadkan strategi pengajaran, perbincangan selepas pengajaran mikro akan dapat difokus kepada jenis kemahiran yang dipilih. 4. Jangka masa pengajaran yang singkat Pengajaran mikro dijalankan antara 5 hingga 20 minit sahaja. Jangka masa pengajaran yang singkat ini dapat mengurangkan stres kepada guru di samping penekanan kepada satu atau dua kemahiran sahaja.
5. Bahan pelajaran yang sedikit
Guru tidak perlu menyampaikan keseluruhan isi pelajaran. Hanya sebahagian isi pelajaran yang diambil. Dengan cara ini guru akan dapat menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada penyampaian pelajaran.
6. Perbincangan selepas pengajaran
Pensyarah akan membuat perbincangan selepas pengajaran mikro dijalankan. Perbincangan dilakukan antara pensyarah, pelajar dan guru pelatih. Rakaman juga boleh dibuat semasa pengajaran mikro dijalankan, dan rakaman ini ditayang semula semasa perbincangan.