Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Jawapan Budaya Syahmi Rifqi

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

Nama: Muhamad Syahmi Rifqi Bin Shariman

No IC: 990613065487

Opsyen: Sains 2

Ambilan: Jun 2018

SOALAN 1

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori


perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke
atas perkembangan seseorang individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989)
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi
antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi
antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk
kepada konsep di dalam teori ini, maka terbukti bahawa elemen-elemen
sosiobudaya yang terbentuk di persekitaran seseorang itu memainkan peranan yang
cukup besar bagi meransang proses memperkembangkan potensi diri terutama di
sekolah. Ini juga menunjukkan bahawa pengaruh persekitaran dan sosiobudaya
sesuatu latar masyarakat akan mendatangkan impak kepada seseorang individu
terutama pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

Sebagaimana yang telah sedia maklum, kepelbagian sosiobudaya di persekitaran


terutama di sekolah telah mendatangkan impak yang besar kepada perkembangan
pelajar. Implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap murid dapat dilihat dalam
beberapa aspek. Menurut Gollnick dan Chin (1990) bahawa beliau berpendapat
“Culture provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feel and
behaves in society. Manakala Marcelle, DuPraw dan Axner pula berpendapat secara
asasya terdapat 6 corak budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbaza
iaitu berbeza dalam komunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza

1
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

pendekatan dalam menyelesaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelesaikan


masalah, berbeza sikap terhadap pendedehan pandangan dan juga berbeza dalam
pendekatan untuk mengetahui.

Salah satu daripada implikasi kepelbagian sosiobudaya kepada murid dalam bilik
darjah adalah murid berpeluang berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan.
Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang
sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid
tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas
pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan
tuntutan agama. Manakala latar belakang kaum yang berbeza ini menyebabkan
suasana pembelajaran murid dalam bilik darjah akan menjadi lebih menarik dan
menyeronokkan. Guru harus dan sewajarnya menyerapkan nilai kebudayaan dalam
setiap sesi PdPc bagi setiap kaum teruama yang terdapat di dalam bilik darjah.
Disamping murid dapat mempelajari budaya-budaya yang baharu daripada rakan-
rakan mereka, mereka juga akan berpeluang saling mempraktikkan budaya tersebut
dalam bilik darjah. Hal ini dapat membentuk dan menyemai rasa kekitaan serta sifat
saling menghormati antara ahli kelas. Situasi ini dapat kita dilihat terutama di
sekolah Sabah dan Sarawak. Terdapat pelbagai etnik dan kaum yang telah
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. Sekiranya diperhatikan, budaya seperti
pemakaian pakai kebudayaan, sambutan perayaan dan sebagainya akan dilakukan
di sekolah dan setiap pelajar serta warga guru akan turut mengambil bahagian.

Selain itu, proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Kelas
yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya
antara satu sama lain. Hal ini membantu dalam proses menyemai sifat seperti
bertolak ansur dalam dalam kalangan pelajar. Sebagaimana yang sedia maklum,
agama merupakan suatu isu yang amat sensitive. Oleh hal demikian, agama dan
kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Aktiviti yang dirangka mestilah
berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid dan
semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan
secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin. Dari sini dapat kita lihat
pembentukan satu identiti nasional yang berteraskan negara bangsa akan dapat
dilaksanakan dalam memastikan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

2
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

Namun sekiranya kepelbagaian sosiobudaya ini dipandang remeh oleh para guru,
maka perkara-perkara negative yang jauh lebih teruk daripada yang dijangkakan
akan boleh terjadi dalam kalangan murid. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas
yang tidak terancang akan merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya
amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid
yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah
apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid
agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat
di kawal dan di ubah sikapnya.

Seterusnya implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid


termasuklah dari aspek kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza.
Sesetengah murid yang hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek
semata-mata berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran, kurang
memahami bahan yang dibaca dan kurang jelas terhadap penerangan guru. Oleh
itu, pertembungan bahasa meningkatkan inkuiri dan rasa ingin tahu murid untuk
mendalami bidang bahasa selain bahasa ibunda mereka sendiri dan dapat
meluaskan pengetahuan murid dalam pelbagai aspek bahasa. Penetapan bahasa
standard adalah penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas
ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun
dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran
berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam
kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama
lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai
kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio
budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan.

Akhir sekali, implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik darjah dari aspek kelas
sosial adalah dapat memberikan pengalaman yang berbeza-beza dalam kalangan
murid di sekolah. Mengikut Ting (1985) kelas sosial merujuk kepada golongan
individu yangmempunyai status sosio-ekonomi yang sama, contohnya gaji, jenis
rumah yang didiami dan lokasi rumah. Menurut Syed Ismail (2013) kelas sosial
dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi

3
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, tahap pendidikan, martabat, pekerjaan atau


hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Pendidikan pertama yang akan
diterima oleh murid-murid adalah pembelajaran di rumah. Mereka akan dicorakkan
mengikut gaya dan kehendak yang diingin oleh keluarga mereka. Oleh itu perilaku
dan tingkah laku mereka akan dipengaruhi oleh latar belakang keluarga dan ianya
akan dibawa ke sekolah. Dengan kepelbagaian latar pelajar ini, setiap murid
berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman
hidup mereka yang berbeza-beza. Pelbagai pengetahuan, pengalaman, dan
kemahiran dapat diperolehi oleh murid-murid. Namun ianya juga mungkin boleh
mendatangkan kesan yang agak buruk kepada sesetengah murid. Di sekolah, murid
terdiri daripada pelbagai sikap dan personaliti. Perbezaan kelas sosial ini juga akn
memberikan impak negatif kepada mereka yang mempunyai personaliti yang
sentiasa merendah diri. Tambahan pula mereka dari kalangan keluarga yang
bertaraf sederhana. Perbezaan ini akan menyebabkan mereka rasa tersisir, rendah
diri, malu dan tiada keyakinan dalam pembelajaran. Murid yang tergolong dalam
kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan rapat dengan
pembiayaan, kemudahan belajar dan kurang kelengkapan untuk belajar. Ini
menyebabkan mereka akan merasa rendah diri dan malu jika dibandingkan dengan
murid yang mempunyai latar belakang kelas sosial yang tinggi.

Namun sekiranya isu kepelbagian sosiobudaya ini dipandang penting oleh semua
pihak di sekolah, impak yang jauh lebih buruk dari yang dijangkakan akan dihadapi.
Kepelbagaian sosio budaya yang tidak terancang akan merangsang kewujudan
masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan
tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul.

4
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

Peranan Guru Menangani Isu Kepelbagian Sosiobudaya

Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini
dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya. Oleh
itu peranan guru dalam merancang dan menangani isu kepelbagaian sosiobudaya
dalam bilik darjah amat penting dan perlu dirancang sebaik mungkin.

Antaran langkah yang perlu diambil oleh guru bagi menangani isu sosiobudaya
dalam bilik darjah adalah menitikberatkan aspek pengurusan bilik darjah.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang
sangat penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra
budaya untuk membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Oleh itu,
persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur perabut perlu
sesuai dengan kapasiti pelajar kerana bilangan pelajar yang melebihi kapasiti yang
sepatutnya sehingga boleh menyebabkan suasana dalam bilik darjah kurang selesa
dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin seperti bergaduh, tidak memberi
perhatian semasa guru mengajar, mendatangkan kecederaan dan sebagainya
(Haliza Hamzah, 2009). Bilik darjah juga amat wajar mengandungi pelbagai sudut-
sudut yang mempunyai pelbagai bahan yang menarik bukan sahaja yang mampu
membantu pelajar dalam akademik namun juga bahan-bahan yang berunsurkan
kebudayaan, sejarah bagi semua kaum. Sebagai contoh sudut pakaian tradisional
yang mempamerkan koleksi-koleksi baju kebudayaan bagi setiap kaum di Malaysia.

Oleh hal yang demikian, seseorang guru harus mengawal kelas dengan bijak
dengan menyusun atur tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum supaya mereka boleh menerima dan bekerjasama antara
satu sama lain. Di samping itu, guru juga perlu memastikan suasana bilik darjah
adalah ceria dan bersih. Aspek keceriaan kelas adalah sangat penting kerana
sesebuah kelas yang ceria mampu meningkat semangat dan motivasi murid untuk
belajar dan seterusnya boleh meningkatkan prestasi murid (Haliza Hamzah, 2009).

Selain membentuk satu budaya yang positif di dalam bilik darjah dalam kalangan
pelajar rasa kekitaan juga amat perlu diterapkan dalam diri setiap murid. Sikap
bekerjasama harus diterap di dalam bilik darjah. Oleh itu dalam melaksanakan

5
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

usaha ini, guru harus mewujudkan satu jadual pembahagian tugasan. Sebagai
contoh, mewujudkan satu jadual tugasan harian. Guru harus bijak menyusun pelajar
iaitu meletakkan pelajar dalam sesuatu kumpulan tanpa mengira kelas sosial pelajar,
kaum dan agama. Hal ini akan memberi peluang kepada semua pelajar untuk
berkomukasi dan bergaul bersama-sama tanpa ada halangan sekaligus dapat
menerapkan rasa patrotisme tanpa rasisme dalam diri pelajar. Bagi memastikan
amalan ini berjaya dijadikan budaya dalam kelas tersebut, guru harus memainkan
peranan dengan memantau pelaksanaannya. Sikap guru yang tegas namun bertolak
ansur harus diaplikasikan semasa menjalankan arahan terhadap pelajar
(Rajendram,1994).

Dalam memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang mesra budaya
dan positif, guru perlu mewujudkan satu rasa kasih sayang dan hormat-menghormati
bersama pelajar. Ini akan memastikan aspek emosi yang sentiasa positif dan stabil
dapat diluahkan oleh setiap pelajar. Menurut konsep yang telah dikemukakan oleh
Ivan Pavlov, pembelajaran akan berlaku apabila seseorang individu itu menerima
rangsangan di mana rangsangan ini akan menghasilkan satu gerak balas. Ini akan
menghasilkan satu pembelajaran secara tidak langsung. Peneguhan merupakan
satu perkara yang paling penting dalam mengekalkan kestabilan emosi para pelajar.
Peneguhan ini harus disesuaikan dengan aktiviti dan pencapaian serta hasil kerja
murid yang telah dilakukan dengan pelajar. guru juga sangat tidak wajar untuk
bersikap pilih kasih dalam memberikan peneguhan kepada para pelajar.

Dengan ini, pelajar akan mula merasa seronok dengan rangsangan yang diberikan
(peneguhan) dan akan melahirkan satu gerak balas yang positif sepanjang sesi
pembelajaran atas talian tersebut. Antara contoh peneguhan yang boleh diambil
oleh guru adalah dengan menggunakan pujian, hadiah, ganjaran, dan dendaan.
Antara peneguhan yang biasa dilakukan di dalam bilik darjah adalah dengan
menggunakan sistem token. Apabila mencapai mata sasaran yang telah ditetapkan,
maka pelajar akan diberikan ganjaran seperti hadiah. Sistem pelakat yang
menunjukkan penghargaan guru juga boleh digunakan sebagai peneguhan terhadap
hasil kerja pelajar. Dengan cara dan kaedah ini, guru dapat memberikan motivasi
secara intrinsik dalam kalangan pelajar. Dengan adanya motivasi intrinsik dan
pengukuhan terhadap gerak balas dan rangsangan yang telah diberikan. Dengan
cara ini juga, suasana kelas yang siat dan berdaya saing dapat diwujudkan. Pelajar

6
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

akan menyukaui sesuatu sesi pembelajran tersebut dan akan mengikuti semua
aktiviti yang telah dirangka oleh guru. Nilai kasih sayang antara guru dengan pelajar,
pelajar dengan pelajar serta komunikasi yang matang juga akan falam dilahirkan di
dalam bilik darjah. Oleh itu sikap hormat menghormati dalam kalangan pelajar bukan
sahaja terhadap guru malah terhadap pelajar yang berbilang bangsa juga dapat
diterapkan.

Dalam aspek sosial, ini merangkumi aktiviti, tingkah laku, komunikasi, disiplin dan
segala perbuatan serta amalan pelajar semasa di dalam bilik darjah. Dalam
memastikan tingkah laku pelajar sentiasa terkawal, aspek penguatkuasaan
peraturan dalam bilik darjah harus diberikan penekanan sepenuhnya oleh para guru
(Abdul Rahman, 1986). Dengan adanya peraturan yang telah ditetapkan, pelajar
akan mengetahui batas-batas semasa bersosial. Ini amat penting supaya pelajar
tidak akan terlepas pandang mengenai isu sensitiviti semasa bersosial atau bergaul
di dalam bilik darjah. Semasa menetapkan sesuatu peraturan, guru harus
menganalisis latar belakang bagi setiap pelajar. Pertimbangan dari aspek bangsa,
kepercayaan, agama, latar belakang keluarga, prestasi dan sebagainya harus
diambl kira supaya peraturan yang ditetapkan tidak bersifat berat seberat. Setelah
itu, guru harus menyerangkan kepada pelajar mengenai pelaksanaan peraturan
tersebut dengan jelas kepada para pelajar.

Semasa menjalankan sesi pdpc, guru harus peranan sebagai seorang pengurus bilik
darjah yang berkesan. Justeru, guru perlu menjalankan sesi pembelajaran secara
aktif, interaktif dan konstruktif. Guru perlu berperanan sebagai penggerak kepada
pembelajaran berpusatkan murid. Dari ini pelajar akan bergiat secara aktif dalam
memeroleh maklumat. Peluang bagi pelajar saling berinteraksi, berkenalan, dan
saling bekerjasama akan terbuka. Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan
berkesan berasaskan penggunaan pendekatan koperatif dan kolaboratif. Kaedah
pembelajaran seperti ini memerlukan pelajar tanpa mengira latar belakang budaya,
kebolehan, prestasi, kaum untuk untuk berbincang mencari idea dan menyelesaikan
sesuatu masalah bagi mencapai satu matlamat yang sama. Guru juga perlu
mewujudkan pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya
dalam usaha untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
Pemilihan sumber untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan
yang penting untuk memastikan murid pelbagai etnik dapat belajar dalam suasana

7
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

yang menyeronokkan (Noriati A. Rashid et. al, 2016). Guru seharusnya meraih
peluang dalam mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran menerusi
pelbagai budaya dan etnik muridnya. Kepelbagaian sumber yang
berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu menarik
minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa bosan. Murid juga diasuh
untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan untuk dikongsi bersama.

Guru merupakan model utama yang harus dicontohi oleh para pelajar semasa di
dalam bilik darjah. Oleh itu penggunaan bahasa yang sopan, teratur, antonasi dan
pemilihan perkataan akan merangsang murid untuk melakukan hal yang sedemikian
serupa dengan apa yang dilakukan oleh guru. Selain itu galakan terutama kepada
pelajar dari kaum harus diberi perhatian oleh guru. Aktiviti di dalam kelas terutama
semasa menjalankan pdpc harus merangkumi semua aspek kemahirann insaniah
dalam diri pelajar. Ini dapat melatih mereka untuk berkomunikasi dengan baik dan
matang serta matang semasa bergaul dengan mengambil kira faktor latar belakang,
umur, jantina pangkat dan sebagainya (struktur masyarakat). Dari sini pelajar dapat
didik untuk menjadi seorang individu yang mampu bermasyarakat dengan baik
berpandukan kemahiran komunikasi yang matang tanpa mengira bangsa atau kaum
(Noriati A. Rashid, 2016).

Selain itu guru juga boleh meningkatkan aras pembelajaran pelajar dengan
mengaitkan pengetahun dan konsep dengan kehidupan harian (masyarakat).
Sebagai contoh menggunakan elemen Sains Teknologi Masyarakat (STM) dalam
pengajaran Sains. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti perbincangan,
kerja kumpulan, main peranan, kerja analisis dalam SaTiS, latihan dalam membuat
keputusan, isu-isu dalam kalangan masyarakat, mereka cipta inovasi dan projek
berpandukan keperluan masyarakat seharian. Dengan pendedahan sedemikian,
proses mengahasilkan model insan yang boleh membuat keputusan yang
bijakasana dapat dilahirkan. Selain itu pelajar juga mengetahui had atau batasan
dalam menyelesaikan masalah serta bergaul dalam satu kelompok masyarakat yang
sebenar di luar sekolah dan bilik darjah.

8
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

SOALAN 2

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh
pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu
bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah
entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik.
Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa)
sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang
telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa
rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri
negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa
juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi
bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

Menyedari akan kepentingan memperkukuhkan Kedaulatan, keamanan dan


kestabilan ekonomi serta politik, pihak kerajaan menerusi KPM telah merancang
pelbagai langkah dan blueprint dalam memperkukuhkan identitit nasional anak
pelajar dari peringkat rendah lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
sememangnya memandang berat akan pentingnya wujud hubungan yang rapat
antara murid pelbagai kaum dan etnik di sekolah supaya wujud kesefahaman,
berbaik sangka dan saling hormat menghormati. Oleh itu, KPM telah melaksanakan
program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986
lagi. Program ini adalah cetusan idea oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Aspek perpaduan ini semakin kukuh di bawah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 apabila KPM
meletakkannya sebagai salah satu daripada Lima Asprirasi Sistem yang perlu
dicapai. RIMUP sebenarnya adalah untuk memberi platform kepada murid pelbagai
kaum berinteraksi supaya menjadi lebih erat. Ia satu program yang menggalakkan
penglibatan masyarakat setempat, guru dan murid dalam kegiatan khas serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.

9
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

Oleh itu tugas pentakbiran dan para guru kini bukan sahaja bagi memastikan setiap
pelajar mereka memperolehi keputusan semua A dalam peperiksaan, namun lebih
luas iaitu, mencakupi skop integrase nasional dan pembinaan sebuah negara dalam
yang mana rakyatnya mempunyai identiti nasional yang kukuh. Pelbagai aktiviti telah
dirancang bagi membantu aspirasi dicapai. Aktiviti ini bukan sahaja hanya
mencakupi skop di peringkat sekolah umumnya, namun lebih mendalam iaitu di
peringkat kelas.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dalam memupuk elemen pembinaan
negara bangsa dan integrasi nasional dalam bilik darjah terutama yang
mengandungi pelajar yang bebilang kaum adalah meraikan setiap perayaan yang
yang disambut oleh semua rakyat Malaysia terutama perayaan yang disambut oleh
setiap ahli kelas. Sebelum melakukan semua ini, guru harus membudayakan amalan
saling menghormati antara kaum dalam bilik darjah. Dengan adanya suasana yang
dipenuhi dengan rasa kasih sayang akan mula wujud di dalam bilik darjah. Pelbagai
aktiviti boleh dirancang dan dilakukan semasa hari tersebut. Perkara yang paling
mudah dan ringkas adalah melalui ucapan. Apabila hadirnya suasana yang telah
digambarkan tadi, aktiviti yang sangat ringkas ini juga akan menjadi sangat menarik
dan bermakna bagi setiap pelajar. Ucapan tersebut bukan sahaja boleh diberikan
melalui lisan, malah pelbagai media yang boleh digunakan seperti memberikan kad
perayaan, atau menggunakan media elektronik seperti aplikasi digital.

Dalam aktiviti ini juga guru kelas harus bertindak sebagai penggerak yang baik
dalam merangka aktiviti yang mampu membangkit semangat kekitaan dalam diri
pelajar. Perancangan seperti pengumpulan duit tabung kelas bagi setiap hujung
bulan harus dilaksanakan dengan sistematik dan berterusan. Dengan adanya
sumber kewangan yang stabil ini pelbagai aktiviti yang menarik boleh dijalankan di
dalam bilik darjah. Proses pengumpulan wang secara bulan ini juga sedikit sebanyak
dapat memberikan kesedaran tanggungjawab individu masing-masing di dalam
kelas tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Ini dapat memupuk rasa
bertolak ansur, kekitaan dan kesefahaman dalam diri pelajar. Jamuan kelas yang
dilakukan oleh guru dengan kerjasama oleh pelajar dan sekolah boleh dilakukan
dengan menggunakan duit kelas yang telah dikumpulkan tadi. Selain itu jamuan ini

10
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

harus dirancang dengan sebaik mungkin dan dilakukan penetapan tema mengikut
perayaan yang disambut. Dengan itu jenis makan bagi setiap jamuan yang dilakukan
akan berbeza-beza mengikut kaum dan perayaan yang disambut. Tanpa disedari
setiap pelajar di dalam kelas berpeluang untuk merasai sendiri makanan tradisional
dari kaum-kaum yang berbeza. Ini bukan sahaja memberi satu pengalaman yang
baharu dalam pelajar namun ianya juga memberi gambaran mengenai bagaimana
sesuatu perayaan itu disambut. Hal ini sekaligus dalam membentuk rasa saling
hormat menghormati dalam diri pelajar dengan kebudayaan. Dengan ini juga
hubungan yang lebih erat dalam kalangan pelajar kelas tersebut dapat
diperkukuhkan. Ikatan ini bukan atas dasar kaum atau agama namun lebih kepada
ikatan sesama bangsa. Selain itu guru juga boleh membuat satu kertas kerja yang
akan diberikan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk membenar
pelajar yang menyambut perayaan tersebut untuk memakai pakaian tradisional
mereka ke sekolah bagi memeriahkan sambutan perayaan yang dilakukan di bilik
darjah ini. Namun etika pemakaian ini harus diberi perhatian dimana guru harus
menetapkan syarat dan ciri-ciri pemakaian yang dibenarnya. Dengan ini pelajar lain
juga dapat diberikan pendedehan terdapat cara pemakaian dan kebudayaan
sesuatu kaum itu. Dengan itu pelajar akan lebih memahami dan lebih menghormati
kebudayaan yang dilakukan oleh kaum lain.

Sekiranya aktiviti sambutan ini dirancang dan ingin dilakukan dalam satu skala yang
besar, guru amat wajar melakukan satu mesyuarat di peringkat kelas. Semasa
menjalankan sesi mesyuarat kelas ini, guru harus bertindak sebagai pemantauan
dengan memastikan sesi perbincangan berjalan dengan lancar. Guru juga harus
memberikan penerangan mengenai bagaimana sesi perbincangan tersebut harus
belangsung dengan, matlamat perbincangan dilakukan dan adab semasa
menjalankan sesi mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat ini, pelajar bersama-sama
meluahkan dan memberikan idea mereka dalam merancang aktiviti bagi kelas
mereka sendiri. Ini ada mengajar mereka cara untuk bersikap bertolak ansur,
berfikiran terbuka dan matang dalam membuat keputusan. Dalam aktiviti seperti ini
juga, pelajar juga akan didedahkan kepada kepada kemahiran berkomunikasi yang
baik bukan sahaja sesama kaum namun dengan kaum lain. Mereka sudah
didedahkan dengan cara untuk berkomunikasi dengan matang tanpa memainkan isu
sensitiviti serta menjaga hati orang di sekeliling mereka. Di akhir perbincangan guru

11
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

harus membuat rumusan dan harus mengambil keputusan yang sewajarnya


berdasarkan persetujuan yang diperolehi. Dengan ini tiada isi seperti bias terhadap
sesetengah pelajar atau kaum berlaku. Guru juga harus merancang dan melakukan
pembahagian tugas yang menjayakan aktiviti ini. Pembahagian tugas ini harus
dilakukan oleh guru dengan bijak. Pembahagian tugasan dalam bentuk berkumpulan
di mana setiap ahli kumpulan yang terdiri daripada berbilang kaum dan jantini amat
digalakkan. Dari sini mereka akan belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi
dengan baik dalam memastikan tanggungjawab yang diberikan terlaksana di
akhirnya. Disamping itu ini juga memberikan mereka peluang untuk terus bekerja
dalam satu pasukan dan memuouk semangat bekerjasama, bertolak ansr dan
bertimbang rasa.

Aktiviti seperti gotong royong mengemas kelas juga boleh dilaksanakan di luar masa
pembelajaran atau persekolahan. Aktiviti gotong-royong yang dijalankan juga dapat
membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana murid-murid dan guru
bekerjasama membersihkan kelas. Pada masa yang sama, mereka dapat
berinteraksi semasa mereka dan mengenali rakan dengan lebih rapat. Keadaan ini
secara tidak langsung mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional antara murid
dan guru.

Setiap aktiviti bilik darjah yang dilakukan seperti ini dapat mengiratkan hubungan
semua ahli kelas tersebut dan akan dijadikan kenangan yang mampu mengubah
cara mereka berfikir, bertutur dan bertindak. Guru juga wajar menyediakan satu
ruang atau sudut perpaduan atan kebudayan dalam kelas tersebut. Setiap maklumat
mengenai amalan, kebudayaan dan sebagainya bagi setiap kaum dapat dihiasakan
di situ. Hasil aktiviti seumpana tadi juga seperti gambar dan sebagainya dapat
dipamerkan di situ. Ini dapat membantu pelajar untuk mempelajari tentang sesuatu
budaya itu disamping memberikan mereka satu pengalaman yang baharu dan
sebenar mengenai sesuatu kebudayaan sesebuah kaum. Ini juga dapat mengajar
mereka untuk menghargai kebudayaan yang terdapat di dalam dalam negara dan
persefahaman terdapat yang jitu dalam dalam kalangan pelajar dan masyarakat
amnya. Ini sekaligus dapat memupuk semangat patrotisme yang tinggi dalam diri
pelajar.

12
NO ANGKA GILIRAN: 2018122340079 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: EDUP3073

Dengan aktiviti seperti ini, proses pembentukan masyarakat yang mempunyai identiti
nasional yang utuh dapat dilahirkan sejak dari awal. Dengan identiti nasional yang
utuh ini, proses pembentukan sebuah negara bangsa juga dapat berjalan dengan
lancar. Hal ini membantu negara dalam mencapai aspirasi yang telah ditetapkan
yang mana sekaligus dapat menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara dalam
usaha menjadi sebuah negara maju.

13

Anda mungkin juga menyukai