Bab 1 - Ting 5
Bab 1 - Ting 5
Bab 1 - Ting 5
Carta Konsep
1. Mikroorganisma adalah organisma seni yang hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.
2. Mikroorganisma atau mikrob boleh dikelaskan kepada lima kumpulan berdasarkan ciri-ciri mereka
seperti saiz, nutrisi, habitat dan cara pembiakan.
I. Alga
II. Bakteria
III. Fungi
IV. Protozoa
V. Virus
Alga
Spirogira Euglena
Bakteria
Bakteria
Menjalankan fotosintesis
Nutrisi Sesetengah adalah saprofit
Sesetengah adalah parasit
Secara aseks melalui belahan dedua dalam keadaan sesuai atau
Pembiakan pembentukan spora apabila keadaan tidak sesuai.
Secara seks melalui konjugasi.
Habitat Di mana-mana iaitu di darat, udara dan air.
Jadual 1.2 Ciri-ciri bakteria
Fungi
Yis mukor
Protozoa
Amoeba Paramesium
Virus
Virus mozek
Bakteriofaj
tembakau
Pembiakan
Cara pembiakan virus
SPM 2012
Mikroorganisma manakah yang boleh menjalankan fotosintesis?
A Alga
B Virus
C Kulat
D Protozoa
1.2 Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma.
Suhu
Kelembapan
pH
Faktor-
faktor
Cahaya Nutrien
Eksperimen 1.1
Tujuan :
Mengkaji kesan nutrien terhadap pertumbuhan mikroorganisma.
Pernyataan masalah :
Apakah kesan nutrien terhadap pertumbuhan bakteria?
Hipotesis :
Bakteria memerlukan nutrien untuk pertumbuhan dan pembiakan.
Pemboleh ubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : kehadiran atau ketidakhadiran nutrien.
Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan dan pembiakan bakteria.
Pembileh ubah dimalarkan : suhu, kelembapan , cahaya, pH.
Radas:
Piring petri dengan penutup, picagari dan pen penanda.
Bahan-bahan :
Agar-agar nutrien, kultur bakteria (Bacillus subtilis) dan peta selofan.
Prosedur:
1. Piring petri yang mengandungi agar-agar nutrien dilabel sebagai A manakala piring petri yang tidak
mengandungi agar-agar nutrien dilabel sebagai B.
Langkah berjaga-jaga.
Berhati-hati semasa mengendalikan kultur bakteria. Pakai sarung tangan. Cuci tangan sebelum dan
selepas eksperimen.
2. 1cm3 larutan kultur bakteria dituang ke atas agar-agar nutrien dalam setiap piring petri.
3. Piring petri ditutup dengan penutup dan dilekatkan menggunakan pita selofan.
4. Piring petri diterbalikkan dan dibiarkan selama 2 hari.
5. Selepas 2 hari, keadaan di dalam setiap piring petri diperhatikan dan direkodkan.
Pemerhatian
Piring petri B
Piring petri A
Rajah 1.7
Perbincangan:
Set A memunyai tompok putih yang merupakan koloni bakteria yang tumbuh dan membiak dalam
keadaan yang ada nutrien. Set B tidak ada tompok putih kerana tidak ada nutrien untuk pertumbuhan
bakteria.
Kesimpulan:
Bakteria tumbuh dan membiak apabila terdapat nutrien. Hipotesis diterima.
Eksperimen 1.2
Tujuan :
Mengkaji kesan kelembapan terhadap pertumbuhan mikroorganisma.
Pernyataan masalah :
Apakah kesan kelembapan terhadap pertumbuhan bakteria?
Hipotesis :
Bakteria memerlukan kelembapan untuk pertumbuhan.
Pemboleh ubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kehadiran atau ketidakhadiran kelembapan.
Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan bakteria.
Pemboleh ubah dimalarkan : Suhu, nutrien , cahaya, pH.
Radas:
Piring petri dengan penutup, picagari dan pen penanda.
Bahan-bahan :
Agar-agar nutrien, kultur bakteria (Bacillus subtilis) dan pita selofan.
Prosedur:
1. Dua piring petri yang mengandungi agar-agar nutrien di label sebagai A dan B.
Langkah berjaga-jaga
Berhati-hati semasa mengendalikan kultur bakteria. Pakai sarung tangan. Cuci tangan sebelum dan
selepas eksperimen.
2. Piring petri B di letak di bawah cahaya matahari untuk mengeringkan agar-agar nutrien di dalamnya.
3. 1cm3 larutan kultur bakteria dituang ke atas agar-agar nutrien dalam setiap piring petri.
4. Piring petri ditutup dengan penutup dan dilekatkan menggunakan pita selofan.
5. Piring petri di terbalikkan dan dibiarkan selama 2 hari.
6. Selepas 2 hari, keadaan di dalam setiap piring petri diperhatikan dan direkodkan.
Pemerhatian:
Set A Set B
Rajah 1.8
Perbincangan:
Terdapat tompok-tompok putih yang merupakan koloni bakteria pada agar-agar nutrien yang lembap di
set A. Tompok putih tidak kelihatan pada agar-agar nutrien di set B kerana agar-agar nutrien sudah
dikeringkan.
Kesimpulan:
Bakteria tumbuh dalam keadaan yang ada kelembapan. Hipotesis diterima.
Eksperimen 1.3
Tujuan : Mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan mikroorganisma.
Pernyataan masalah : Apakah kesan cahaya terhadap pertumbuhan bakteria?
Hipotesis : Cahaya menghalang pertumbuhan bakteria.
Pemboleh ubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : kehadiran atau ketidakhadiran cahaya.
Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan bakteria.
Pemboleh ubah dimalarkan : suhu, kelembapan , cahaya, pH.
Radas:
Piring petri dengan penutup, picagari dan lampu meja 60W.
Bahan-bahan : Agar-agar nutrien, kultur bakteria (Bacillus subtilis) dan pita selofan.
Prosedur:
1. Dua piring petri di label sebagai A dan B.
Langkah berjaga-jaga
Berhati-hati semasa mengendalikan kultur bakteria. Pakai sarung tangan. Cuci tangan sebelum dan
selepas eksperimen.
2. 1cm3 larutan kultur bakteria dituang ke atas agar-agar nutrien dalam setiap piring petri.
3. Piring petri ditutup dengan penutup dan dilekatkan menggunakan pita selofan.
4. Piring petri diterbalikkan.
5. Piring petri A disimpan di dalam alamari gelap. Piring petri B diletak di atas meja. Satu lampu meja
60W diletak pada jarak 15cm dari piring petri B dan lampu dipasang.
6. Selepas 2 hari, keadaan agar-agar nutrien di dalam setiap piring petri diperhatikan dan direkodkan.
Pemerhatian:
Set A Set B
Rajah 1.9
Perbincangan:
Set A mempunyai tompok putih kerana bakteria dapat tumbuh dalam keadaan gelap. Set B tidak ada
tompok putih kerana cahaya menghalang pertumbuhan bakteria.
Kesimpulan :
Cahaya menghalang pertumbuhan bakteria.Hipotesis diterima.
Eksperimen 1.4
Tujuan : Mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan mikroorganisma.
Pernyataan masalah : Apakah kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria?
Hipotesis : Bakteria tumbuh dan membiak dengan baik pada suhu 37°C.
Pemboleh ubah :
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Susu.
Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan bakteria.
Pemboleh ubah dimalarkan : Cahaya, kelembapan , nutrien, pH.
Prosedur:
1. Tiga piring petri yang mengandungi agar-agar nutrien dilabel sebagai A, B dan C.
Langkah berjaga-jaga
Berhati-hati semasa mengendalikan kultur bakteria. Pakai sarung tangan. Cuci tangan sebelum dan
selepas eksperimen.
2. 1cm3 larutan kultur bakteria dituang ke atas agar-agar nutrien dalam setiap piring petri.
3. Piring petri ditutup dengan penutup dan dilekatkan menggunakan pita selofan.
4. Piring petri A di letak di dalam peti ais.
5. Piring petri B diletak di dalam ketuhar pada suhu 37°C.
6. Piring petri C diletak di dalam ketuhar pada suhu 70°C.
7. Selepas satu hari, keadaan pada agar-agar nutrien setiap piring petri diperhatikan dan direkodkan.
Pemerhatian:
Set c
Set A Set B
Rajah 1.10
Perbincangan:
Set A tidak menunjukkan tompok-tompok putih kerana suhu di dalam peti ais terlalu rendah untuk
pertumbuhan bakteria. Set B mempunyai tompok-tompok putih yang merupakan koloni bakteria kerana
suhu 37°C adalah sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Set C tidak mempunyai koloni bakteria kerana
suhu terlalu tinggi.
Kesimpulan
Bakteria tumbuh dan membiak dengan baik pada suhu sesuai iaitu 37°C. Hipotesis diterima.
Eksperimen 1.5
Tujuan : Mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan mikroorganisma.
Pernyataan masalah : Apakah kesan pH terhadap pertumbuhan bakteria?
Hipotesis : Bakteria tumbuh dengan baik pada medium neutral.
Pemboleh ubah :
Pemboleh ubah di manipulasikan : pH medium
Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan bakteria.
Pemboleh ubah di malarkan : Cahaya, kelembapan , nutrien, suhu.
Prosedur:
1. Tiga piring petri dilabel sebagai A,B dan C.
Langkah berjaga-jaga
Berhati-hati semasa mengendalikan kultur bakteria. Pakai sarung tangan. Cuci tangan sebelum dan
selepas eksperimen.
Set A
Set B Set C
Rajah 1.11
Perbincangan:
Set B dan set C tidak menunjukkan tompok putih yang merupakan koloni bakteria kerana keadaan
berasid di set B dan beralkali di set C tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Set A mempunyai koloni
bakteria kerana mediumneutral sesuai untuk petumbuhan bakteria.
Kesimpulan:
Bakteria tumbuh dan membiak dengan baik di medium neutral. Hipotesis diterima.
SPM 2013
A 0°C
B 37°C
C 60°C
D 121°C
1.3 Mikroorganisma Berfaedah
1. Rajah 1.12 menunjukkan antara kegunaan mikroorganisma berfaedah.
Pereputan
Pencernaan
makanan
Perubatan
Kegunaan
mikroorganis
ma berfaedah
Pertanian
Perindustrian
Rajah 1.12
2. a) Pencernaan makanan
Bakteria dan Protozoa hidup di dalam sistem pencernaan haiwan herbivor seperti lembu dan
kambing.
Enzim selulase dirembes untuk mencernakan selulasa kepada gula ringkas seperti glukosa.
Bakteri E-Coli di usus besar atau kolon manusia merembes enzim untuk mencerna sisa-sisa
makanan tidak tercerna kepada gula ringkas dan menghasilkan vitamin K untuk kegunaan tubuh
badan.
E-Coli juga menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya di kolon.
b)Pereputan
Bakteria fakultatif di guna dalam sistem rawatan kumbahan untuk menguraikan bahan organik
berbahaya kepada biogas seperti metana yang boleh digunakan sebagai bahan api.
Bakteria dan kulat saprofit merembes enzim untuk menguraikan bahan mati kepada bahan
ringkas yang dikembalikan kepada tanah dan diguna oleh tumbuhan.
c) Perubatan
Penisilin ialah sejenis antibiotik yang dihasilkan oleh kulat Penicillium notatum.
Patogen (bakteria) yang mati atau dilemahkan dijadikan vaksin dan disuntik kedalam badan
untuk merangsang badan menghasilkan antibodi.
Hormon insulin yang diguna untuk merawat penyakit kencing manis dihasilkan oleh bakteria
yang diubahsuai secara genetik.
d) Perindustrian
Industri makanan
Yis diguna untuk membuat roti, minuman beralkohol dan kicap melalui
proses penapaian.
Bakteria diguna dalam industri penghasilan cuka, dadih, keju, mentega dan daun teh.
Industri barangan kulit
Bakteria diguna untuk mengurai tisu pada kulit haiwan.
Industri tali dan kain
Bakteria diguna untuk mengurai tisu pada tumbuhan.
e) Pertanian
Bakteria dan kulit saprofit menguraikan bahan mati kepada bahan ringkas untuk digunakan
oleh tumbuhan.
Bakteria mengikat nitrogen di atmosfera kepada nitrat untuk kegunaan tumbuhan.
Bakteria dan kulat diguna sebagai kawalan biologi untuk membunuh haiwan perosak.
Aktiviti 1.5
Tujuan : Mengkaji kegunaan yis dalam pembuatan roti.
Bahan : Air suam, tepung gandum, yis dan gula.
Radas : Besen kecil, bikar, jam randik, pembaris, tuala, spatula, tabung didih.
Prosedur:
1. Satu larutan glukosa disediakan dengan memasukkan 20g gula kepada 30cm3 air suam dalam satu
tabung didih.
2. Dua spatula yis ditambah kedalam larutan glukosa dan tabung didih digoncang.
3. 60g tepung gandum dimasukkan kedalam besen kecil.
4. Campuran di dalam tabung didih dituang ke dalam tepung gandum sedikit demi sedikit dan adunan
diuli sehingga mnejadi doh.
5. Doh diletakkan kedalam bikar dan dilabel sebagai P.
6. Langkah 1-6 diulang tetapi yis tidak digunakan.
7. Doh diletakkan didalam satu bikar lain dan dilabel sebgai Q.
8. Ketinggian doh diukur dan direkodkan.
9. Bikar ditutup dengan tuala lembap dan doh dibiarkan selama 30 minit.
10. Selepas 30 minit, ketinggian doh didalam setiap bikar diukur dan direkodkan.
Keputusan
Ketinggian doh (cm)
Bikar
Awal Akhir
P 4.0 7.2
Q 4.0 4.0
Perbincangan
Doh di dalam bikar P menaik tetapi ketinggian doh di dalam bikar Q masih sama. Yis menghasilkan
karbon dioksida melalui proses penapaian dan karbon dioksida di dalam doh menaikkan doh.
Kesimpulan:
Yis menghasilkan karbon dioksida untuk menaikkan doh dalam pembuatan roti.
SPM 2010
Mikroorganisma manakah yang boleh digunakan untuk membuat vaksin?
A Alga
B Virus
C Kulat
D Protozoa
2. Patogen
3. Jadual 1.7 menunjukkan penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh pathogen serta simptom-
simptomnya.
Patogen Penyakit Simptom
Kolera muntah, cirit-birit teruk, kekejangan perut, bibir
kering, dehidrasi.
Tibi Batuk berpanjangan, kahak pekat berwarna kuning
kehijauan yang mungkin mengandungi darah, sakit
dada.
Demam kepialu Demam, sakit otot, cirit-birit
Bakteria Tetanus Demam, sakit kepala, kekejangan otot rahang.
Gonorea Kesakitan semasa kencing, nanah daripada zakar,
testis bengkak, mungkin mandul.
Sifilis Ulser ditempat kemaluan pada permulaan. Kemudian
demam, sakit otot, sendi dan tulang, ruam pada organ
seks dan badan.Akhirnya ganguan pada sitem saraf
dan lumpuh.
Panau Tompok putih pada kulit, gatal.
Kulat Kurap Tompok merah berbentuk gelang, gatal, mungkin
berdarah.
Malaria Demam tinggi, mengigil, sakit otot, mengalami
Protozoa anemia.
Disentri Cirit-birit, demam, muntah, loya.
Demam denggi Demam denggi, ruam pada kulit, sakit kepala, otot
dan sendi, pendarahan pada hidung dan mulut.
Hepatitis A/B Demam, Jaundis, sakit otot dan perut, muntah.
Selesema Demam, sakit kerongkong, hidung berair, batuk,
bersin.
Cacar air Demam, bintik merah berair pada kulit, rasa gatal,
Virus
sakit kepala.
Rubela Demam, batuk, ruam pada kulit.
AIDS Demam, cirit-birit, sakit dan lemah otot, hilang selera
makan, nodus limfa menjadi bengkak, sistem
pertahanan menjadi lemah, senang di serang
penyakit.
2. Air
a) Air tercemar diminum
b) Contoh : kolera, demam kepialu, hepatitis A.
3. Udara
a) Apabila pesakit batuk, bersin atau meludah pathogen disebarkan.
b) Contoh : Tibi , Pneumonia.
4. Makanan
a) Makanan tercemar.
b) Contoh: Kolera, demam kepialu, hepatitis A.
5. Sentuhan
a) Sentuhan secara langsung melalui hubungan seks, permindahan darah, perkongsian
jarum suntikan. Contoh AIDS, Hepatitis B.
b) Sentuhan tidak langsung melalui perkongsian sikat, baju, tuala. Contoh panau dan
kurap.
6. Vektor
a) Vektor ialah organisma yang membawa patogen yang menyebabkan penyakit. Contoh
vektor ialah lalat, tikus, nyamuk dan lipas.
b) Kolera disebar oleh lalat.
c) Demam denggi disebar oleh nyamuk AEDES.
d) Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles.
SPM 2011
Penyakit manakah yang disebabkan oleh kulat?
A AIDS
B Kolera
C Kurap
D Tuberkulosis
3. Pengawalan vektor
1. Menghalang vektor daripada membiak supaya penyebaran jangkitan dikurangkan.
2. Lalat dan nyamukialah vektor utama.
3. Cara mengawal lalat :
Keimunan
Aktif
Pasif
graph
Antara yang berikut, yang manakah paling sesuai untuk mensteril luka?
A Antiseptik
B Disinfektan
C Sinaran ultraungu
D Sinaran gama
Eksperimen 1.6
Bahan : Agar nutrien steril, kultur bakteria Bacillus subtilis, larutan penisilin, air suling,
kertas turas.
Radas : Piring petri, pita selofan, pen penanda, forsep.
Prosedur
1. Dua piring petri yang mengandungi agar-agar nutrien steril dilabel sebagai A dan B.
Langkah berjaga-jaga
Pakai sarung tangan semasa menjalankan eksperimen dan berhati-hati apabila
mengendalikan kultur bakteria.
2. 1cm3 larutan kultur bakteria dituang ke dalam setiap priring petri.
3. Satu ceper kertas turas yang direndam dalam air suling dikeluarkan dan diletak diatas
agar-agar nutrien di piring petri A.
4. Satu ceper kertas turas yang lain direndam dalam larutan penisilin dan diletak diatas
agar-agar nutrien di piring Petri B.
Pemerhatian
Rajah 1.18
Perbincangan
Terdapat satu zon bersih disekeliling ceper kerta turas yang direndam dalam larutan penisilin di
piring petri B. Larutan penisilin membunuh bakteria. Di piring petri A, tidak ada zon bersih di
sekeliling ceper kerta turas yang direndam dalam air suling. Bakteria tumbuh di piring petri A.
Kesimpulan
1.7 Kewujudan Mikroorganisma yang Dapat Memberi Kesan Terhadap Manusia dan Keseimbangan
Alam.
1. Terdapat mikroorganisma yang berfaedah tetapi juga ada yang mendatangkan kesan bahaya.
2. Mikroorganisma yang berfaedah kepada manusia:
- Dalam sistem pencernaan manusia untuk membantu penghasilan vitamin K dan membantu
dalam sistem imunisasi badan.
-Industri perubatan di mana antibiotik, vaksin, serum dan ubat dihasilkan.
- Industri barangan kulit, kain dan tali.
-Penghasilan roti, wain, keju, kicap dan cuka.
-Bidang genetik untuk menghasilkan bakteria yang diubah suai.
3. Kesan mikroorganisma terhadap keseimbangan alam sekitar.
- Proses pereputan untuk mengitar dan mengembalikan unsur-unsur kepada tanah dan
atmosfera seperti kitar nitrogen.
-Menukar bahan buangan berbahaya kepada bahan berguna.
-Kawalan biologi.
4. Kesan merbahaya :
-Menyebabkan penyakit.
-Merosakkan makanan dan tanaman.
Soalan objektif
Rajah 1
Antara kedah berikut, yang manakah cara yang sesuai untuk mengawal vektor pada peringkat
ini?
Rajah 2
A. Virus C. Protozoa
B. Alga D. Bakteria
12. Antara yang berikut, yang manakah paling sesuai untuk mensteril mangkuk tandas?
A. Antiseptik C. Disinfektant
B. Antibiotik D. Autoklaf
Rajah 1.19
Selepas 2 hari, keadaan permukaan agar nutrien diperhatikan. Rajah 1.2 menunjukkan
pemerhatian yang diperolehi.
Rajah 1.20
c) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi tentang pertumbuhan bakteria.
(1 markah)
d) Ramalkan bilangan tompok putih pada piring petri Q sekiranya tiga titik larutan penisilin dititiskan.
(1 markah)
2. Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kelembapan ke atas pertumbuhan
mikroorganisma
Rajah 1.21
(1 markah)
b) Namakan mikroorganisma yang membentuk tompok kuning
(1 markah)
c) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini
i) Pembolehubah dimanipulasikan :
ii) Pembolehubah bergerak balas :
(2 markah)
d) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini
(1 markah)