Cerita Seram 4
Cerita Seram 4
Cerita Seram 4
Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum
aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Hai gais! Ada beberapa orang yang ‘pm tepi’ pada aku mintak nak ‘berguru’, suka aku
nasihatkan berguru lah dari guru yang soheh, yang ‘bersanad’ datang dari
Rasullullah. Aku cuma seorang yang cinta kan ilmu, tak lebih dan tak kurang. Aku
sangat suka bila audience membaca mereka mula meng’usul’, tapi disebalik ‘bunga’2
cerita, cerita hanya kekal sebagai cerita, tanpa amal…
Jadi cerita kali ni tak mistik dan tak berapa seram, cerita tentang sorang sahabat
aku yang dah ‘hilang dari radar’, yang membuka ‘HARI KELAPAN’ dalam hidupnya.. Hari
kelapan ni adalah ‘metafora’ yang digunakan sebagai kata ganti istilah perbuatan
ghaib itu sendiri.
Bahawasanya tidak ada sesuatu yang aneh didalam ‘tangan Allah’, dan apa yang
terjadi hanyalah sedikit dari seluruh kekuasaan yang ada padaNya.
Hari kelapan ni duduk nya masih lagi dalam ‘alam misal’ (jangan tanya aku, carilah
guru), satu ‘DIMENSI’ ghaib yang langsung tak logik kalau di timbang tara, langsung
tak menepati zat, sifat, asma’ dan af’al. Sungguhpun begitu, ia masih wujud.
Pada zaman sebelum kemerdekaan tanah melayu, orang Melayu lama menggunakan hari ke
lapan untuk menyimpan senjata, dikhabarkan senjata-senjata contohnya keris dan
parang yang dijumpai secara ghaib ataupun di’tempa’, batu-batu delima, duit, dan
macam-macam benda lagi, mereka ambik dan simpan pada hari kelapan, dan bila sampai
pada keadaan terdesak contohnya dikepung musuh, rumah kena pecah masuk, mereka
bukak hari kelapan, ambik keris atau barang-barang ghaib yang lain dan guna!
Ada beberapa cerita yang dah aku dengar, contohnya masa kejadian konfrontasi
indonesia dan malaysia sebelum kemerdekaan indonesia (lewat tahun 30’an), sorang
lelaki, tiba-tiba dikepung oleh askar payung terjun yang di jatuhkan oleh kerajaan
indonesia di tanah melayu, dan tiba-tiba…. semasa di kepung 6-7 orang askar
indonesia, dalam tangan dia sedang mengenggam tekpi. Tekpi yang di ANGKAT dari hari
kelapan!
Bagaikan harimau yang menerkam mangsa, 3 orang pecah sendi, terburai perut,
terseksa mangkat, dia rembat guna tekpi, lipat selagi terlipat, ALLAHU AKHBAR!
Huishhhhh!!!!!
walhal kalau dikira logik…. askar kan, korang boleh bayangkan tak pakai senjata
apa?
Penyudahnya bila askar tu tengok ubat bedil (peluru) dah tak makan di badan, gerak
tari sebuas harimau luka, me’langkah’ bagai tempurung hanyut di air, ber’oleng’
sembunyi gerak dari dibaca, keluar kuku dari ruas, berkilas bagai buaya melibas…..
Askar lain yang masih mengepung tak berani nak menyerang! Begitulah hebatnya
generasi kita di zaman dahulu! Ubat bedil tu ‘makanan’ untuk hidup!
Bahenol!
Sorang kawan aku ni masa muda, dia ada pergi menuntut ilmu hari kelapan ni, dimana?
Aku pun dah lupa kat mana dia beritahu pada aku. Dan atas amalan yang ‘strict’ yang
dia buat, puasa putih 21 hari laa.. Dan tah apa2 lagi yang rahsia, dia dapat ilham
yang ‘jalan’ hari kelapan dia dah dibukak!
Dia pernah ‘tunjuk’, masa tu aku berdua je dengan dia, entah macam mana, tiba-tiba
tangan dia ada kerambit.. Aku tanya mana dia dapat? Katanya datang dari hari
kelapan!
Macam mana dia ambik ‘barang’ tu, macam tu lah dia simpan. Hebat kawan aku ni, ilmu
pendekar memang tak ter’kalah’, namakanlah apa saje, kipas senandong la, pasak bumi
la, perabun la, penderas la…. malangnya aku tak berminat nak belajar apa-apa… Sebab
yang aku cari bukan untuk jadi hebat… Lagipun perkataan ‘hebat’ itu sendiri sangat
‘subjektif’, hebat pada dia, belum tentu hebat pada aku, dan hebat pada aku, belum
tentu hebat pada orang lain.. And so on…
So dia pernah cerita, kita anggap sebagai sebuah cerita fiksyen kalau korang susah
nak percaya… Jangan jumudkan pemikiran kerana ilmu itu luas, seluas alam… Apa yang
kita tahu, cumalah apa yang ada dalam lingkaran pengetahuan kita je.
Sejam berlalu…
Masuk jam ketiga, dia pun fikir ‘tak boleh jadik ni’, hujan takde tanda nak reda.
Balik kerja pukul 7, tapi sampai pukul 9 malam masih lebat lagi… Jadi kawan aku pun
‘berkayuh’lah balik dengan motor kapcai dia….
Setengah jam ride motor atas jalan sepi.. Hujan makin lebat, lebat sampai wizer tak
nampak clear ke depan… Jalan pun dah naik berkabus, sebab sejuk berlawan dengan air
hujan yang turun..
Dari jauh dia nampak sebuah bas stop, Dia stop motor dekat bas stop, tongkat kan
motor, dan mencangkung atas seat bas stop, dalam keadaan mengigil kesejukkan.
10 minit kemudian….
Di langit masih ada banyak pancaran kilat… Dengan hujan yang menderu-deru lebat….
Tiba2…..
Satu dari panahan kilat, memanah di hujung bas stop tempat dia berteduh..
Sekonyong-konyong nya, nampaklah ada satu cik pon tengah berdiri sama tumpang
berteduh…
Aisehhhhhh….
Seperti biasa… (cewahhhh… Nak jugak sekali sekala guna ayat noobies! Hahaha….
Banyakla korang punya seperti biasa, apa yang biasa pun aku tak tau! Bahahahaha)
2 kali lagi panahan kilat berturut-turut di langit… Cik pon tu mula menghampiri
dia…
Agaknya cik pon pun cuak dengan kilat, dulu-dulu masa aku kecik, aku penah dengar
cerita tahyul, kilat dilangit tu, menandakan malaikat tengah panah jin atau syaitan
dari langit.. Ahahaha
So bila ‘dia’ makin dekat dan semakin dekat, member aku daripada mencangkung dah
jadi berdiri!
Member aku risau jugak! Dibuatnya kena rasuk kat bas stop tu, kalo kena rasuk,
leceh laa.. Dia dah la sorang-sorang kat situ, nak mintak tolong kat siapa-siapa
pun tak boleh…
Kata dia….
dia bukak hari dia yang ke lapan, ambik ‘petir’ yang dia dah pernah simpan, genggam
dan buat balingan tujah kat cik pon tu!!!
POMMMMMMMMM!!!!
Berasap-asap naik ke atas sebab seat besi bas stop hangus kena petir yang dia
baling!
Terus legam area sekitar dek kesan tujahan petir tu… Dan beberapa pokok di belakang
bas stop patah rentung kena petir tadi
Kawan aku berpuas hati tengok tempat tu dah separuh hitam hangus, dia relaks balik
cangkung macam tadi. Bukak rokok surya yang dah benyek kena air, layur atas api
‘lighter’ bagi kering, dan dia bakar surya sebatang…
Bila hujan reda sikit, dia sambung balik naik motor balik rumah, dia tak cerita kat
siapa-siapa apa yang berlaku, sampailah beberapa tahun kemudian bila dia tunjukkan
aku kemampuan hari kelapan dia tu, baru dia bukak cerita, rupanya dia dah simpan
petir, kerambit dan tah apa-apa lagi senjata kuno yang aku takleh ceritakan kat
sini, maaf aku dah berjanji… Hihi..
So begitulah cerita kawan aku, yang bakar cik pon pakai petir dari hari kelapan…
Pengajaran yang aku kutip dari sini, macam mana hebat pun kita, ada yang lebih
hebat lagi, jadi ikutlah resmi padi,
Maka galilah ilmu, walaupun cuma ilmu memasak, semoga dengan ilmu itu, mendatangkan
kebaikkan buat kamu khususnya dan buat masyarakat secara am nya..
Arif Yahya