Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Cerita 1

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Aku tak mau laa share semua kisah setiap kali kena tindih, tapi aku nak share

experience yang paling-


paling menakutkan aku time kena tindih, yang paling extreme laa aku rasa. Time tu aku umur 19 tahun
tak silap, dah 5 tahun berlalu tapi masih segar dalam kepala otak aku sampai lani. yang paling bestnya
aku tak dapat lupa setiap detik, jahat tau memori otak aku ni. Hari tu tak ada apa-apa yang pelik pun
cuma badan aku rasa penat sikit sebab malam sebelumnya aku tidur lewat sebab layan movie apa ntah.
tapi marathon laa sampai 3-4 movie camtu. dahla esoknya tu sekolah. Sebelum orang tertanya-tanya
sekolah apa umur 19, jawapannya form 6 la.

Jenis aku pulak tidur, aku tak suka guna selimut sebab bilik aku takdak aircond pun, cuma kipas syiling..
Tapi nak bagitau kat sini yang aku memang tak suka laa guna selimut, kecuali betul-sejuk menggigil baru
aku akan cari selimut. So, malam tu seperti biasa aku dah tutup pintu bilik, kunci pintu, siap kemas-
kemas katil nak tidur, dah switch off lampu semua, aku baring sambil scroll instagram, whatsapp and so
on sampai laa aku tertidur.

Tengah sedap tidur, tiba-tiba badan aku rasa berat, rasa macam dihempap sesuatu. Sesuatu yang besar
yang buat aku rasa sesak nafas. Tekanan tu dapat rasa di dada. Memang rasa berat sangat. Aku time tu
rasa macam separuh sedar dan separuh masih dalam mimpi. Aku tak dapat nak gerakkan badan aku kiri
or kanan. Muka aku pun tak boleh nak toleh. Kaku macam kayu. Tak boleh nak minta tolong, mulut aku
ibarat dikunci. Punya laa susah nak keluarkan suara walaupun sependek ‘to’ (tolong) tetap tak boleh.
Kemudian aku rasa macam ada orang meraba betis aku kemudian peha aku. Time tu aku dah cuak
sangat, aku fikir aku ni masih dalam mimpi atau aku dah sedar dan aku akan dirogol. Aku meronta-ronda
sekuat hati tapi tetap tak jadi apa-apa. Aku tak boleh nak buka mulut aku. Aku berdoa dalam hati minta
Allah jaga aku, jauhkan aku dari orang-orang jahat kalau memang betul ada orang cuba nak buat sesuatu
yang tak elok kat aku.

Kemudian aku rasa sesuatu yang bergerak di pangkal peha, time aku aku kumpul sekuat hati menyebut
kalimat Allahuakbar. Then aku terjaga. Bilik aku gelap sangat. Aku cepat-cepat capai handphone aku dan
aku buka torchlight, aku bangun terus buka lampu. Aku tak berani nak suluh sekeliling bilik takut
nampak benda yang tak sepatutnya. Aku check pintu bilik, berkunci. Then aku perasan yang baju aku
basah dengan peluh, dahi aku berpeluh, satu muka berpeluh macam tengah berjogging. Aku istigfar
banyak-banyak. Aku tengok jam time tu pukul 3.15 pagi. Aku dah rasa takut balik time tu tapi aku kena
tidur jugak sebab esoknya nak ke sekolah. Aku gagahkan diri pejam mata jugak time tu, tapi kali ni aku
tidur tak tutup lampu. Aku buka biar terang satu bilik.

Bila aku dah tidur, benda tu jadi lagi sekali. Aku tak dapat nak gerakkan badan aku. Rasa macam kena
ikat. Aku dalam hati dah menagis , aku takut sangat-sangat time tu. Sambil-sambil menangis aku maki
hamun setan-setan yang mengganggu aku. Aku paksa mata aku untuk buka dan aku berjaya membuka
mata diikuti dengan sebutan kalimah agung Allah. Bila terjaga aku terus tengok jam, baru pukul 4.05
pagi. Aku rasa macam baru saja lelapkan mata. Aku takut nak sambung tidur balik. Kemudian aku
teringat pesanan mak aku yang bila kita mimpi sesuatu yang pelik atau ditindih, ludah kiri dan kanan dan
cakap syaitan tak guna, jangan ganggu aku. Aku ada Allah bersama aku. Baca 3 Qul, dan ayat Qursi.
Alhamdullillah dah takda apa yang menggangu sampailah mak aku kejut bangun pagi tu.

Aku ada baca banyak artikel pasal ditindih ni. Bahasa saintifiknya Sleep Paralysis. Waktu dimana otot-
otot kita tengah berehat atau sedang lumpuh yang tak boleh nak bergerak, tapi fikiran kita terbangun
sampai terasa macam bangun atau sadar tapi anggota badan kita tidak boleh bergerak dan rasa macam
ditekan oleh seseorang. Senang cerita otak kita tak tidur, cuma fizikal kita yang dah tak fungsi haa lebih
kurang camtu la.

Jadinya kat sini aku nak bagitau yang kita seelokknya sebelum tidur tu prepare laa apa yang patut. Bukan
setakat kemas katil sahaja. Baca laa doa tidur, 3 Qul dan ayat Qursi sebagai pendinding kita agar syaitan
tak mudah ganggu kita. Semua tu kerja syaitan yang nak menakut-nakitkan kita. Yang kes aku rasa
macam diraba tu, aku ada baca jugak. Kes aku ni boleh diklasifikasikan sebagai kena rogol dengan jin.
Tapi bukan kena rogol lagi, hampir dirogol. Aku pun tak tau betui ka dak. Nanti aku buat research sikit
lepastu boleh share kat hampa.

Thank you sudi baca kisah aku. Mohon komen jugak nah supaya aku tau kelemahan aku dan aku dapat
improve lagi writing aku lepasni . Thank you a lot. Bye

Anda mungkin juga menyukai