Kisah Seram
Kisah Seram
Kisah Seram
Cerita yang aku sendiri pada awalnya tak sedar merupakan suatu anugerah
yang kadangkala mengundang malapetaka kepada diri aku.Tapi,kalian jangan
khuatir.Mungkin nanti kita boleh berkongsi kisah.
Aku mulakan dengan kisah tempahan bilik hotel secara atas talian.Perlu aku
ingatkan,ini bukan iklan Trivago.Jauh sekali ‘paid review’ untuk menarik minat
penjejak hantu.Kalian pernah menempah bilik menggunakan
Booking.com?Kalau pernah,silakan baca kisah aku.
Kami tiba di hotel lebih kurang jam 530 petang.Waktu pertama kali tiba ke
bilik,mata aku sempat menangkap kelibat entiti lain di dalam bilik yang kami
bakal menginap itu nanti walaupun keadaan di dalamnya gelap ketika pintu
dibuka.Angin panas menyerbu keluar membuatkan badan terasa rimas
dengan serta merta.Namun,perasaan dan kelibat yang kelihatan cuma
sementara.Aku menunaikan solat Asar dan bersiap ala kadar sebelum kami
keluar untuk makan malam.
Awalnya,aku tak perasan tentang apa-apa bunyi yang terbit di luar bilik.Tapi
bila anak sulungku yang berusia 4 tahun mula bertanya,barulah aku cuba
amati bunyi yang anak ku katakan.Memang benar.Ada suara kanak-kanak
berlari dan berbual di hadapan pintu bilik kami.Setiap derap tapak kaki dan
seretan selipar mereka dapat di dengar dengan jelas sedangkan lantai hotel
dilitupi permaidani sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu lif,hinggalah ke
pintu bilik.Kemudian,baru sekejap hilang bunyi kanak-kanak tadi,kali ini
terdengar suara orang menangis dan bergelak ketawa pula.Untuk hentikan
anak aku dari terus bertanya,aku pilih untuk kuatkan ‘volume’ TV dengan
harapan bunyi-bunyian dari luar tak lagi menarik perhatian mereka.
Dia bergerak perlahan-lahan dari pintu bilik sambil tersenyum pada aku.Lama
dia pandang aku sambil tersenyum,dan sewaktu dia melangkah menuju ke
pantri,masih dia tersenyum sambil jari telunjuknya mengarah ke arah anak-
anak yang sedang tidur dengan membuat isyarat supaya jangan bising
kepada aku.Dalam aku berperang dengan rasa mengantuk,aku pandang dia
dengan pandangan pelik.Bila tiba-tiba dia berdiri dihadapan cermin panjang
yang digantung pada dinding bilik,dada aku rasa berdebar.Dengan suara
sedikit mengarah ,aku minta dia ke tandas untuk mencuci muka dan mencuci
kaki.Tapi masih,dia tersenyum-senyum dihadapan cermin ,tak berganjak.Aku
ulang untuk kali kedua.Kali ini dengan suara yang agak keras.
Kala aku sedang berhempas pulas untuk melunaskan bacaan ayatul kursi
tadi,suamiku mula mengorak langkah menghampiri katil yang menjadi tempat
aku dan anak-anak yang sedang beradu.Aku tahu yang aku tak boleh
panik.Saat suami aku berkata,”Tak perlulah sampai macam tu.Perlu ke nak
baca ayat tu semua?Jangan main kasar” dengan wajah yang dimaniskan tapi
suara yang menyeramkan pada telinga aku,aku tarik nafas dalam-dalam
sambil ku ulang Hasbunallah Wani’mal Wakil,Ni’mal Maula,Wani’man Nasir
sebanyak 3 kali.Aku tahu yang aku kena cepat sebelum dia sampai ke
katil.Aku baca dengan mata yang aku pejam rapat-rapat untuk aku pusatkan
seluruh perhatian pada bacaan ku.Dan saat aku buka kita,usai bacaan aku
yang kali ketujuh,suami ku tadi sudah meletak sebelah lututnya di atas
tilam,sedia untuk memanjat dan merangkak ke arah aku.
Aku tiup dengan sepenuh hati sambil niatkan bacaan ku tadi seumpama api
yang keluar dari mulut naga,yang bakal membakar makhluk di depan aku
ini.Sekelip mata dia berkecai seperti habuk-habuk kaca sebelum
menghilang.Badan aku menggeletar. Ini bukan mimpi.Aku tak bermimpi.
Mana mungkin aku bermimpi bila aku sendiri yang mencapai anak kecilku
untuk dipeluk saat makhluk tadi menghampiri katil kami tadi. Dada rasa bagai
nak pecah. Pertama kali aku dilanda ketakutan sebegitu. Setakat ini, dia hantu
paling berani pernah aku jumpa. Aku capai telefon bimbit disisi. Nombor
suami aku dail. Mungkin terdengar suara ku yang seakan menggeletar, suami
menjadi cemas. Katanya dia akan segera pulang. Bukan lagi jawapan ikut
’template’.
Berlaku pula sesi bercerita antara kami hingga jam beranjak ke pukul 5.Alang-
alang dah pagi,baik tunggu Subuh.Lagipun aku rasa lebih selamat selepas
subuh.Pernahbaku terbaca yang selepas subuh,setan dah tak merupa.Betul
atau cuma omong kosong,aku pun tak pasti.Seperti suami aku, kalian tentu
tertanya-tanya bagaimana aku dapat membezakan makhluk tadi dengan
suami ku yang sebenarkan?
Pertama,aku cuma dengar bunyi pintu ditutup yang bilamana aku menoleh,
jelmaan suami aku tadi telah berada di dalam bilik.Masakan aku tak
mendengar bunyi kad disentuh pada pintu terlebih dahulu sebelum ia dibuka?
Kedua, suami aku biasanya akan beri salam setiap kali dia terpacul pada pintu
bilik atau pintu rumah. Tapi jelmaan tadi, dia hanya senyum dan tersengih.
Langsung tak sama dengan karektor suami aku.
Ketiga, ni kesilapan paling besar dia dah lakukan iaitu dari segi pakaian.
Lazimnya, suami aku lebih selesa memakai seluar pendek setiap kali dia
keluar. Hanya ke ofis atau urusan rasmi dan kerajaan sahaja barulah dia akan
mengenakan seluar panjang. Dan walaupun makhluk tadi berjaya
memanipulasikan penglihatan aku dengan menyarungkan T-shirt seakan
suamiku,tapi dek kerana seluar jeans panjang yang dia sarungkan,
penyamarannya terus terbongkar!