Pidato Tajuk Bahasa Teras Perpaduan Bangsa Malaysia
Pidato Tajuk Bahasa Teras Perpaduan Bangsa Malaysia
Pidato Tajuk Bahasa Teras Perpaduan Bangsa Malaysia
Bismilahhiramannirahim…
Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis
,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang
sedang menjunjung mahkota keadilannya
,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak
jamnya, para perserta yang saya kagumi serta
hadirin dan hadirat yang saya hormati.
Jauh berlayar si pedagang Cina ,
Singgah di Melaka menjamu selera.
Bahasa berilmu alat perantara ,
Teras utama perpaduan negara
4
mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.
6
Terima kasih saudara/i pengacara majlis.
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.
Dif-dif kehormat.
Rakan-rakan seperjuangan.
7
Sidang hadirin warga dewan, aspirasi negara.
Assalamualaikum WM WB dan salam 1 Malaysia.
8
Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat
berkait rapat dengan semua aspek kehidupan
manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat
mempamerkan nilai-nilai dan budaya mereka
kepada bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan,
’bahasa menunjukkan bangsa’. Hatta, saya
rangkumkan frasa ini dengan nirmala kata saya
yang pertama; BAHASA MELAYU
MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA
MALAYSIA.
Jati diri @ identiti sesuatu bangsa merujuk kepada
ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan
manusia dengan kumpulan manusia lain.
Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah
antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah
bangsa.Tahukah anda? Rakyat Switzerland
menuturkan 4 bahasa yang berlainan iaitu Bahasa
Perancis, Jerman, Italy dan Roman mereka semua
adalah bangsa Swiss. Di Malaysia, kita juga
mempunyai satu bahasa kebangsaan yang
dituturkan olah masyarakat pelbagai keturunan
tanpa was-was. Tuntasnya, realiti BM sebagai
cermin jati diri bangsa Malaysia, tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.
Hadirin yang saya muliakan.
Nirmala kata saya yang kedua; BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA ILMU.
Prof. Dr Shahir Mohamad Zain menyatakan
bahawa BM pernah mengungkapkan ilmu dalam
zaman kegemilangannya. Catatan-catatan Melayu
Kuno dalam prasasti Funan dan Champa seawal
abad ke-7 mengandungi ilmu-ilmu asas dalam
9
bidang sains dan matematik. Bahasa ini
kemudiannya berkembang dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi, teknologi, undang-undang,
sastera dan agama.
Sehingga mutakhir ini, BM telah berfungsi sebagai
bahasa akademik yang lengkap dengan laras-
laras bahasa dalam ilmu moden. Oleh itu, tidak
hairanlah jika BM kini sedang diajar dan dikaji di
108 buah pusat pengajian tinggi di serata dunia.
Sebagai pewaris tinta para sarjana, sejuk hati dan
mata memandang, apatah lagi telinga ini
mendengar, setiap bait kata yang dilafazkan oleh
para peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa
Bahasa Melayu baru-baru ini. Inilah citra BM
sebagai bahasa ilmu.
Meniti kita kepada nirmala kata saya yang ketiga;
BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN.
Konsep perpaduan telah lama diterapkan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Sehingga hari ini,
perpaduan masih lagi menjadi agenda utama
negara di bawah Gagasan 1 Malaysia. Dengan
bahasa yang sama, rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum tetap bersatu padu
walaupun mempunyai latar belakang agama, adat
resam dan budaya yang berbeza. Selepas negara
mencapai kemerdekaan, BM telah dijadikan
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
BM juga telah menjadi agen penyatuan rakyat dari
segenap ceruk rantau, kesatuan dan persatuan,
sama-sama melupakan perbezaan ras dan dogma
dalam perjuangan membebaskan Tanah Melayu
dari belenggu kolonial serta meredakan kemelut
10
perkauman dalam era pasca kemerdekaan.
Bukankah Herodotus ada berpesan bahawa,
”bangsa yang melupakan sejarah, akan
mengulangi sejarah”. Oleh itu, fikir-fikirkan.
Nirmala kata saya yang keempat dan terakhir;
BAHASA MELAYU TERAS PEMBINAAN
NEGARA BANGSA.
11
Untuk menjadi bangsa yang dihormati dan
disegani, BAHASA perlu dijulang tinggi…Yakinlah
(nyanyi), Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayah….
12
Perpaduan Teras Kemanan Negara (Tajuk
spontan no. 3)
15
PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA
TERBILANG (Spontan no. 1)
Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh
saksama dan seluruh warga dewan berkarisma.
Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Sesungguhnya pendidikan cemerlang ditakrifkan
sebagai prakarsa menyuburkan pemahaman teori,
praktikaliti dan budaya mengkaji tanpa henti dalam
mencanai ketinggian akal budi insan sejati. Proses
ini dapat memanusiakan manusia dan
mencorakkan peradaban sesebuah bangsa.
Maka, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
terbilang, pendidikan cemerlang berpandukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilihat mampu
melahirkan masyarakat yang bertamadun demi
mencapai wawasan negara maju yang kita
impikan.
20
Bahagian A : Karangan Berpandu
Bahagian B
25
bahawa usaha untuk menjadi remaja berilmu ialah
mengunjungi perpustakaan pada waktu lapang.
Selain itu, hujah seterusnya tentang cara-
cara untuk menjadi remaja berilmu ialah memberi
tumpuan seratus peratus ketika sesi pengajaran
dan pemelajaran di sekolah. Hal ini sangat penting
kerana setiap pengajaran yang disampaikan oleh
guru akan mudah disimpan di dalam minda tanpa
gangguan dan guru juga dapat mengajarkan isi
pengajaran dengan lancar. Situasi ini dapat
diwujudkan dengan tidak berbual-bual ketika guru
sedang mengajar dan tidak berkhayal ketika sesi
pengajaran dan pemelajaran berlangsung di
dalam kelas seterusnya menyebabkan guru-guru
yang mendidik remaja akan berasa senang hati.
Setiap remaja hendaklah menghargai detik masa
sepanjang proses pengajaran dan pemelajaran
berlangsung kerana masa itu ibarat mata pedang,
jika kita tidak memotongnya maka mata pedang
itulah yang akan memotong diri kita sendiri.
Berdasarkan hujah ini, jelaslah bahawa cara-cara
untuk menjadi remaja berilmu ialah memberi
tumpuan seratus peratus ketika menuntut ilmu di
dalam kelas.
Di samping itu, antara cara menjadi remaja
berilmu termasuklah melibatkan diri secara aktif
dalam bidang kokurikulum di sekolah. Hal ini
demikian kerana aktiviti kokurikulum yang terdapat
di sekolah dapat memberikan ilmu tambahan yang
sangat berguna kepada remaja dan ilmu tersebut
tidak akan didapati ketika belajar di dalam kelas.
Aspirasi murni untuk menjadi remaja berilmu ini
26
dapat dizahirkan dengan tidak melepaskan
peluang menyertai aktiviti kokurikulum seperti
kawad kaki, berkhemah atau mempelajari seni
bela diri. Sebagai contohnya, remaja boleh
menyertai pasukan Kadet Polis atau Kadet
Remaja Sekolah yang mampu membentuk jati diri,
semangat kepimpinan, perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk dan menyemai sifat berdikari
dalam diri remaja. Melalui perkara ini, sudah
terang lagi bersuluh bahawa aktiviti kokurikulum di
sekolah dapat mewujudkan remaja yang berilmu.
33
Di samping itu, antara kepentingan
semangat kejiranan termasuklah memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program
pembangunan dan membawa kemajuan kepada
rakyat. Hal ini demikian kerana slogan Negara
Maju Rakyat Sihat menunjukkan bahawa apabila
rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka
pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur,
dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa
sebarang kekangan. Sebagai contohnya, kerajaan
telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan
infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan
seperti dewan orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti
atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan
yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di
sesetengah kawasan tempat tinggal. Berdasarkan
perkara ini, jelaslah bahawa semangat kejiranan
penting bagi membantu anggota masyarakat
dalam suatu kawasan kejiranan menikmati
pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh
pihak kerajaan.
Semangat kejiranan yang wujud dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum juga penting sebagai produk pelancongan.
Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke
negara ini banyak disebabkan oleh kehidupan
masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai
pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup
secara harmoni dalam komuniti kejiranan.
Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak
membantu menarik kehadiran pelancong
34
terutamanya ketika musim perayaan besar.
Sebagai contohnya, pada sambutan Hari
Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan
sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan
perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara
kita yang amat disukai oleh para pelancong asing
tersebut . Selain di kawasan bandar, produk
pelancongan seperti Program Homestay atau Inap
Desa di kawasan luar bandar juga dapat
menunjukkan semangat hidup berjiran dalam
kalangan masyarakatnya. Berdasarkan hal ini,
sudah terang lagi bersuluh bahawa sememangnya
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
Malaysia sangat berfaedah dan membawa
pulangan ekonomi yang begitu
memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan
sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya
masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara
kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana
malah dikenali di seluruh dunia. Namun, setiap
manfaat daripada amalan murni ini tidak akan
dapat dikecapi jika setiap lapisan masyarakat
masih lagi tebal dengan sikap mementingkan diri
sendiri. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat di
bawah payung Satu Malaysia hendaklah
mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan
rakyat bagi memastikan Malaysia terus cemerlang
dan mampu berdaya saing pada masa akan
datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji
dapat melahirkan modal insan berminda kelas
35
pertama yang dapat memacu negara tercinta ke
arah kegemilangan.
36