Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Pencemaran Udara

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Pencemaran Udara

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan


taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek
pembangunan negara telah dilakukan. Namun, kegiatan
tersebut telah mengakibatkan masalah-masalah alam sekitar
ditimbulkan dan berlakulah masalah pencemaran alam
sekitar. 

Punca-Punca Pencemaran Udara


 Aktiviti pembangunan dan perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang


menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik.
Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia.
Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah
membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala
habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga
dilepaskan.

 Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia.


Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor
memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses
pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon
monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia.
Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala
penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion
pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

1
 Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa


pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun
serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh
diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu
berlaku di sekeliling tempat.
Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana
ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan
kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.
Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997
menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

 Aktiviti harian manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga


untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara.
Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan
dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu,
penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

Faktor atau punca isu pencemaran udara Tugasan Geografi PT3 2014. Pelajar
dikehendaki menjalankan kajian terhadap isu pencemaran alam sekitar. Jika
pelajar memilih tajuk spesifik iaitu isu pencemaran udara, berikut adalah faktor
dan punca pencemaran udara di Malaysia. Jumlah markah penuh bagi isi
penting dan huraian faktor atau punca pencemaran alam adalah 15 Markah.

2
Tips Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Langkah 1: Senaraikan terlebih dahulu isi penting punca pencemaran anda


ditempat anda.

Langkah 2: Huraikan setiap isi penting pencemaran udara ditempat anda.

Langkah 3: Karang sebuah esei mengikut isi penting berserta huraian

Langkah 4: Jumlah keseluruhan markah bagi Faktor dan Punca pencemaran


adalah 15 Markah (Maka, anda hanya perlu 5 isi penting beserta 3 Huraian bagi
setiap isi penting.

Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan


oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran
terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.

Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di


bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti
kereta, motor, dan kapal terbang  melepaskan  asap  kenderaan  yang 
mengandungi  gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke
udara (1 Markah).  Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala

3
turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam
yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).

Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah
satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah).
Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman
juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil
pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah
tiupan angin. (1 Markah)

Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan


pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti
perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja.
Kilang  biasaannya  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara 
akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara. (1 Markah)

Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran
udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan
disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan
udara yang dingin dan nyaman (1 Markah).  Namun, penggunaan penghawa
dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas
ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1
Markah)

Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya


ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti
kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti
udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara
dan  membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut. (1
Markah)

Jumlah Markah: 15 Markah

Sumber: Faktor Punca Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 |


melvister.com 

Kesan pencemaran udara tugasan Geografi PT3 2014. Berikut adalah kesan
buruk pencemaran udara terhadap kesihatan manusia dan juga hidupan lain.
Pelajar yang memilih tajuk isu pencemaran udara mestilah menghuraikan isi
penting kesan pencemaran udara dikawasan anda dengan jelas dan teratur.
Markah bagi karangan kesan pencemaran udara adalah 20 Markah.

4
Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014

Antarakesan pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia,


haiwan, tumbuh-tumbuhan, penyebab kejadian hujan asid, jerebu, kesan rumah
hijau dan penipisan lapisan ozon.

Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia adalah menjejaskan


sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang terhasil daripada pembakaran
asap ekzoz kereta boleh mendatangkan bahaya kepada paru-paru. Bahan
tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi pada
paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak.  Habuk,asap, kabus, wap atau
bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan
mata manusia.

Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu


Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan.  Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan terancam dan


terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan
yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di

5
dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb)
yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon.


Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama
penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk
melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari.  Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada
manusia.

Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan
pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-
gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Fenomena jerebu pula kebiasaannya berlaku ketika cuaca panas dan kering.


Jerebuadalah kesan daripada pencemaran udara hasil daripada pembakaran
terbuka yang berleluasa. Udara yang tercemar dengan jerebu hanya
mengandungi debu yang berbahaya terhadap sistem pernafasan manusia.
Disamping itu, jerebu juga boleh menjejaskan tahap jarak penglihatan manusia.

Markah Penuh: 20 Markah

Sumber: Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 |


melvister.com 

Langkah-langkah mengurangkan pencemaran udara tugasan Geografi PT3


2014. Berikut adalah contoh karangan langkah mengurangkan pencemaran
udara bagi calon yang memilih tajuk pencemaran udara sebagai tajuk utama
tugasan Geografi PT3. Markah untuk isi penting berserta huraian adalah
sebanyak 20 Markah.

6
Langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2014

Antara langkah utama pencemaran udara adalah menggunakan pengurangkan


penggunaan kenderaan bermotor, kempen kesedaran alam sekitar, mengenakan
undang-undang ketat terhadap inividu yang menyebabkan pencemaran udara
dan melaksakan penanaman semula.

Berdasarkan kajian soal selidik di sekitar Kuala Lumpur, asap kenderaan


merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu negara.
Langkah terbaik ialah mengurang penggunaan kenderaan bermotor dan
menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter.
Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam
jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja
di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja.  Bagi mereka
yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain
meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan.
Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti
basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu
meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan
badan

Selain itu, pihak kerajaan harus memperkenalkan undang-undang alam


sekitar. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara mestilah
mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran.

7
Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang
dikeluarkan. Manakala, individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib
dikenakan kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-
undang tersebut, orang ramai akan lebih peka dan akan lebih berwaspada
terhadap isu pencemaran alam.

Disamping itu, pelaksanaan program kempen alam sekitar juga dapat


meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen
kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak
mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai
keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran
dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama
memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen
kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti program
sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.

Program penanaman semula bertujuan untuk mengimbangkan ekosistem.


Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar
yang nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang
panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen
juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan
segar.

Jumlah Markah: 20 Markah

Sumber: Langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2014 |


melvister.com 

8
Kesan kesan
pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan
menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang
tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu
tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke
dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida
kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan
oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem
pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan


memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara
mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida
untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan
mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak
balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-
tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan
terancam.

pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat.
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan
larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini
berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.
Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan
ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.


Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh
mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri
daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu
dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah,
pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan
memulihkannya.

pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan


pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan
ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak
balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya.
Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta
memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan
lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa
lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

9
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara
 Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di


atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga
boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal
terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini
hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

 Memperkenalkan undang-undang

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah


mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran.
Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang
dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur
air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida
sampai 90%.

 Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa


elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini
bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.
Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam
sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.


Kitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan


buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini
merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat
mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat
dikurangkan.

10
rumusan
Pencemaran udara merupakan salah satu kerusakan lingkungan, berupa penurunan
kualitas udara karena masuknya unsur-unsur berbahaya ke dalam udara atau atmosfer
bumi. Unsur-unsur berbahaya yang masuk ke dalam atmosfer tersebut bisa berupa karbon
monoksida (CO), Nitrogen dioksida (No2), chlorofluorocarbon (CFC), sulfur dioksida
(So2), Hidrokarbon (HC), Benda Partikulat, Timah (Pb), dan Carbon Diaoksida (CO2).
Unsur-unsur tersebut bisa disebut juga sebagai polutan atau jenis-jenis bahan pencemar
udara.
Masuknya polutan  ke dalam atmosfer yang menjadikan terjadinya pencemaran
udara bisa disebabkan dua faktor, yaitu faktor alam dan faktor manusia. Penyebab
pencemaran udara dari faktor adalah alam contohnya adalah aktifitas gunung berapi yang
mengeluarkan abu dan gas vulkanik, kebakaran hutan, dan kegiatan mikroorganisme.
Polutan yang dihasilkan biasanya berupa asap, debu, dan gas.

11

Anda mungkin juga menyukai