Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Lompat ke isi

Sopranis

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Sopranis (atau sopranista) adalah penyanyi klasikal lelaki yang mempunyai jenis suara dan daftar tingkat bersamaan dengan suara penyanyi wanita soprano.

Fächer sopranis

[sunting | sunting sumber]

Penyanyi sopranis, yang juga sesekala dipanggil sopranista, ialah penyanyi kauntertenor yang boleh menyanyi dalam lingkungan suara soprano, kebiasaannya meliputi dari not musik A3 hingga C6 menggunakan lingkungan fisik yang kadang-kala boleh naik lebih tinggi. Untuk mencapai suara alto, mezzo dan soprano , penyanyi dasar bariton dan dasar tenor perlu memiliki lingkungan luas dan falseto yang efektif, ia bukanlah sesuatu yang mudah sama sekali. Sama seperti kauntertenor, penyanyi sopranis memiliki suara naluri semulajadi (head voice) beserta dengan suara bas (menggunakan suara dada) tanpa memerlukan penggunaan teknik falseto.

Teknik suara sopranis

[sunting | sunting sumber]

Templat:Vocal ranges visualSecara tepatnya, seorang sopranis ialah penyanyi kontratenor yang memiliki rentang nada Fs dan Cs; dan tingkat daftar mereka bersamaan dengan penyanyi soprano yang juga Fs dan Cs. Lingkungan seorang penyanyi soprano kebiasaannya adalah F#5 dan ke atas, walaupun kadang-kala dibahagikan dari F#5-C6, dan C#6, dan ke atas. Setengah sopranis contohnya Philippe Jaroussky, tidak berupaya mencapai lingkungan C untuk sopran (hanya mencapai nada B5), tetapi sama seperi penyanyi sopran, mereka tidak perlu mencapai not tersebut untuk membuktikan bahawa mereka adalah soprano berlawanan dengan seorang tenor. Ini adalah kerana, penggunaan teknik falseto atau suara naluri semulajadi dibenarkan untuk soprano, sopranis, alto dan kauntertenor.

Repertur sopranis

[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak musik yang ditulis untuk penyanyi soprano lelaki yang pada masa dahulunya dinyanyikan oleh kastrato, satu jenis suara yang tidak wujud lagi kerana pengembirian anak-anak lelaki telah diharamkan sama sekali pada abad ke-19. Sopranis kini adalah amat sukar didapati kerana kebanyakan kauntertenor hari ini adalah penyanyi dalam lingkungan suara alto atau mezzo. Salah satu puncanya ialah kerana ramai kauntertenor awal yang terkenal adalah dari lingkungan suara alto, contohnya Alfred Deller. Selain alto, kauntertenor kemudiannya berkembang kepada “mezzo kauntertenor” seperti David Daniels dan Jochen Kowalski.

Penyanyi sopranis yang terkenal masa kini ialah Aris Christofellis, memulakan persembahan rasmi pada 1980an dan telah merekam banyak musik rekaman.

Sopranis terkenal

[sunting | sunting sumber]

Penyanyi sopranis saat ini termasuklah:-

  • Simone Bartolini
  • Cenk Karaferya
  • Timur Okutman
  • Jorge Cano
  • Max Emanuel Cencic
  • Aris Christofellis
  • Philippe Jaroussky
  • Angelo Manzotti
  • Radu Marian
  • Tomotaka Okamoto

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Templat:Portal OperaTemplat:Portal Muzik Klasikal

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]