Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Jump to content

Wn/ms/Wikiberita:Untuk penyumbang Wikipedia

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Wikiberita:Untuk penyumbang Wikipedia

Selamat datang ke Wikiberita, sumber berita bebas yang anda boleh tulis.

Sebagai penyumbang di Wikipedia, tentunya anda tahu apakah itu wiki, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana untuk menyunting; laman ini menjelaskan tentang perbezaan penting di antara Wikipedia dan Wikiberita, bagi membantu anda untuk menyesuaikan keadaan di sini. Kitaran berita biasanya berlaku lebih pantas berbanding pembangunan terhadap sesuatu rencana ensiklopedia; anda mungkin akan menyunting secara kerap bagi memenuhi standard projek dan menerbitkan berita itu secepat mungkin sebelum berita itu menjadi "basi".


Perbezaan utama Wikipedia dan Wikiberita

[edit | edit source]
  • Sensitif terhadap masa
Di Wikipedia, anda boleh mencipta rencana tentang sesuatu peristiwa yang sudah berlaku mungkin beberapa tahun lepas atau beratus tahun dahulu. Di Wikiberita, kami hanya mementingkan mengenai pemberitaan - ini bermakna tiada tulisan mengenai biografi atau kandungan bersifat ensiklopedik dan lain-lain. Jika peristiwa itu berlaku lebih dari tujuh hari, ia menjadi peristiwa lapuk untuk dipertimbangkan sebagai berita terkini, dan mungkin akan ditandakan sebagai "basi". Maka penceritaan itu akan mirip kepada kandungan bersifat ensiklopedik berbanding berita, dan sesuai untuk Wikipedia.
  • Penilaian sejagat sebelum penerbitan
Di Wikipedia, anda boleh menulis mengenai sesuatu rencana tentang apa sahaja, dan rencana itu diterbitkan sejurus selepas anda simpan. Di Wikiberita, prosesnya sama. Namun, bagi sesuatu berita untuk dipaparkan di laman utama dan suapan RSS, kami memerlukan rencana itu melalui proses penilaian bebas (di mana ia dikuatkuasakan melalui beberapa pendekatan teknologi). Penilaian sejagat di Wikiberita berfungsi dengan berlainan tujuan berbanding apa yang dilakukan di Wikipedia.
  • Rencana Wikiberita bukanlah terbitan yang masih lagi disunting
Penceritaan di Wikiberita sepatutnya "menangkap" sejarah, dan mencerminkan maklumat yang hanya diketahui pada ketika itu sahaja. Jika rencana mengenai cerita itu sudah berlaku lebih daripada 24 jam dari tarikh penerbitan di laman utama, ia sepatutnya tidak boleh disunting untuk mengubah kandungan tetapi boleh disunting bagi membetulkan kesalahan ejaan dan susunan. Semua rencana berita akan dilindungi sepenuhnya selepas seminggu ia diterbitkan
  • Sekarang, terkini
Di Wikipedia, rencana biasanya dikembangkan setiap masa - bertentangan dengan rencana Wikiberita yang sensitif terhadap masa peristiwa itu berlaku, dengan penggunaan templat {{Tarikh}}. Kandungan teks dalam rencana sepatutnya tidak dirujuk kepada peristiwa akan datang atau yang baru berlalu yang mana masa dijelaskan dengan terperinci; sesuatu peristiwa seharusnya dirujuk dengan menggunakan terma seperti hari ini, semalam, pada Jumaat, suku kedua 2023 dan lain-lain.
  • Kepentingan laman utama
Di Wikipedia, kebanyakkan pengguna mengabaikan laman utama dan melakukan pencarian untuk topik mereka. Di Wikiberita, laman utama serta kandungan rencana di dalamnya adalah fokus kepada pelaporan terkini. Kami memiliki rencana-rencana silam yang diarkibkan, namun kesemua rencana yang dipaparkan di laman utama adalah berita terkini. Selain itu, di Wikipedia, kandungan mengenai pelaporan asli adalah dilarang sama sekali. Di Wikiberita pula, kami mengalu-alukan pelaporan asli hasil sesi wawancara yang anda lakukan serta pelbagai penyelidikan bagi penerbitan di Wikiberita.
  • Terma kegunaan wajar tidak berapa sama
Di Wikiberita, skop penggunaan imej yang berstatus "kegunaan wajar" adalah lebih meluas sebagai penerangan kepada berita tersebut berbanding Wikipedia. Walaupun begitu, Wikiberita tidak boleh menerima sebarang imej yang berasal daripada laman berita yang lain. Sebagai contoh, sebuah gambar yang memaparkan seorang pemimpin menghadiri sesuatu acara yang diambil dari laman rasmi acara tersebut, atau dari laman rasmi pemimpin itu, atau blog personal boleh dimuat naik ke Wikiberita, namun jika gambar itu pada asalnya diterbitkan di laman berita, atau blog berita wartawan itu ianya tidak boleh digunakan.
  • Perlesenan Wikiberita dan Wikipedia tidak sama
Wikiberita dan Wikipedia menggunakan lesen Creative Commons yang berbeza. Walaupun kandungan dari Wikiberita boleh disalin perkataan demi perkataan ke Wikipedia jika penggunaan hak cipta yang betul digunakan, ianya tidak boleh dilakukan sebaliknya. Perkara ini agak mengganggu - jika terdapat peristiwa kematian orang perseorangan sebagai contoh, ianya sangat berguna jika beberapa bahagian tertentu dari rencana Wikipedia mengenai orang tersebut disalin dan digunakan sebagai kandungan obituari di Wikiberita. Sebaliknya, anda perlu mengarang semula kandungan Wikipedia itu dalam ayat anda sendiri bagi mengelakkan pelanggaran hak cipta.
  • Perbincangan terhadap sesuatu isu
Kita boleh berterusan bercakap mengenai sesebuah rencana, atau meletakkan merit pada penilaian rencana itu bahawa ia belum bersedia (untuk diterbitkan), namun begitu kadang-kala perbincangan seperti ini tidak diperlukan dan mengganggu fokus kepada kandungan rencana. Dan ini merupakan perbezaan ketara di antara persekitaran di Wikiberita dan Wikipedia. Jika kita berterusan berdebat mengenai ketersediaan sesuatu rencana hingga berminggu-minggu lamanya, cerita itu akan menjadi lapuk dan tidak boleh diterbitkan di bawah polisi projek Wikiberita ini. Akan selalu ada tarikh akhir; jika terlepas, maka anda terlepas dari menerbitkan rencana tersebut.
  • Kita cenderung untuk tidak beranggapan
Ini juga terpakai kepada kandungan rencana, penyumbang, dan hasrat mereka. Lihat panduan mengenai tanggapan di sini.


Perbezaan budaya

[edit | edit source]

Sehingga sekarang, komuniti penyumbang Wikiberita adalah sangat kecil berbanding Wikipedia. Ia boleh menjadi satu cabaran kepada penyumbang baru Wikiberita. Ambil masa apabila menulis sesuatu rencana, buang bahagian yang anda rasakan ditulis dengan sudut pandangan tertentu atau menulis kembali bahagian tersebut dengan menggunakan ekspresi neutral dan pautkan bahan rujukan anda dengan teliti - dengan menggunakan panduan gaya Wikiberita.

Semoga berjaya; standard yang ditetapkan adalah tinggi dan ikutan kepada garis masa mungkin sangat mencabar.


Kandungan merentas wiki

[edit | edit source]

Atas sebab undang-undang, tidak dibenarkan untuk menyalin kandungan dari Wikipedia; namun begitu anda dibenarkan untuk menyalin kandungan dari Wikiberita ke Wikipedia. Sila lihat laman Wikipedia:Wikinews (laman dalam Bahasa Inggeris) untuk maklumat lanjut.