Pendidikan awal kanak-kanak bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur kanak-kanak lap... more Pendidikan awal kanak-kanak bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur kanak-kanak lapan tahun. Pendidikan ini meliputi program-program untuk bayi (infants), kanak-kanak yang baru bertatih (toddlers), sekolah asuhan kanak-kanak (nusery schools), untuk asuhan kanak-kanak (child care), dan program-program prasekolah yang termasuk kindergarten dan peringkat sekolah rendah (Azizah, 2002). Menurut perspektif islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum pendidikan awal dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir juga dibahagikan kepada dua tahap, iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga tahun hingga meningkat ke enam tahun. (Norfaezah binti Mohd Hamidin, 2017). Namun begitu, peredaran zaman terlah berlaku bahawa ramai ibu bapa menyedari bahawa pentingnya perancangan pendidikan awal kanak-kanak terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang melibatkan diri di tadika anak-anak mereka untuk melihat dan mengambil tahu perkembangan mereka berbanding abad yang lalu. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak amat berkait dengan pencapaian akademik anak-anak. Dalam bab ini akan membincangkan secara khusus mengenai pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian dan juga pembolehubah kajian. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat halangan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dalam pendidikan awal kanak-kanak di tadika.

Uploads
Papers by NURUL AUNI