Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content

sharibelacan sharibelacan

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan... more
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data
PENGENALAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru... more
PENGENALAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid. Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran
ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengira nombor 1 hingga 5 di kalangan murid-murid Lembam Tahap 2 dengan menggunakan kaedah permainan
Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran... more
Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran kemahiran matematik. PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ASAS Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan yang mana meliputi aspek penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaran asas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu dalam kemahiran pembelajaran asas juga, aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas. Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam kemahiran pembelajaran asas ini ialah merupakan aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya " Children With Learning Disabilities " telah mentaksirkan pengamatan sebagai proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek
PENGENALAN Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melahirkan murid yang lengkap dengan keterampilan berbahasa dan mampu berkomunikasi untuk pembelajaran hidup dan perhubungan sosial, serta menghargai dan... more
PENGENALAN Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melahirkan murid yang lengkap dengan keterampilan berbahasa dan mampu berkomunikasi untuk pembelajaran hidup dan perhubungan sosial, serta menghargai dan menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Oleh itu, guru Bahasa Melayu seharusnya memahami dengan jelas pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran kemahiran berbahasa, tatabahasa dan seni bahasa berdasarkan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Objektif tugasan ini ialah untuk menghuraikan dengan jelas konsep kemahiran berbahasa dan seterusnya dapat membina rancangan pengajaran serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemahiran berbahasa yang ingin diajarkan. Selain itu tugasan ini akan membincangkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca. 2. KEMAHIRAN BERBAHASA 'Kemahiran' bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu manakala 'berbahasa' pula bermaksud menggunakan bahasa atau bercakap dalam sesuatu bahasa (Kamus Dewan). Dengan erti kata lain, kemahiran berbahasa bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu dalam menggunakan bahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Seseorang yang mahir berbahasa mampu berkomunikasi, membaca dan menulis dengan baik. Menurut Roselan (2003) kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ia membolehkan murid mahir dan cekap dalam pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan dan seterusnya melancarkan proses pembelajaran mereka di sekolah. Penguasaan terhadap kemahiran berbahasa ini penting bagi memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah distrukturkan dengan menggunakan pendekatan lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.
Kurikulum persekolahan kebangsaan digubal bertujuan untuk mendukung hasrat mulia Kerajaan Malaysia bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang agar mereka mampu untuk menghadapi cabaran pendidikan... more
Kurikulum persekolahan kebangsaan digubal bertujuan untuk mendukung hasrat mulia Kerajaan Malaysia bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang agar mereka mampu untuk menghadapi cabaran pendidikan selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Oleh itu, estetika seni perlu di ketengahkan dalam pendidikan negara bagi memudahkan penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah agar ia lebih menarik dan mudah difahami. Selaras dengan kehendak juga, semakan kurikulum dibuat dengan memasukkan elemen Seni Dalam Pendidikan yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Untuk membentuk individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi, Seni Dalam Pendidikan perlu diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, estetika, kreativiti, imaginasi dan konsepsi dalam pembelajaran mereka. Melalui seni muzik misalnya, Seni Dalam Pendidikan boleh membentuk individu yang mempunyai kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Tugasan kursus ini bertujuan untuk menghuraikan peranan seni visual, muzik dan pergerakan Seni Dalam Pendidikan supaya guru dapat memahami bagaimana Seni Dalam Pendidikan dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam tugasan ini juga, guru dikehendaki mengaplikasi Seni Dalam Pendidikan dalam satu rancangan pengajaran harian dengan merancang, merekabentuk dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kepekaan deria murid. 2. SENI DALAM PENDIDIKAN Seni Dalam Pendidikan menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni visual lebih melibatkan lukisan dan kerja-kerja seni, manakala seni muzik lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari dan seni pergerakan pula melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Penggunaan warna dalam seni visual, irama dalam seni muzik dan pergerakan adalah merupakan elemen-elemen yang sentiasa wujud di sekeliling kanak-kanak. Melalui elemen-elemen ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru di sekeliling
Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autisme, epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi ini... more
Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autisme, epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, maternity, psikiatri, strok dan traumatic brain injury, penyakit kronik, dan penjagaan dementia. Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak bekeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan sendi. Retail Therapy pula terapi yang dikatakan dapat melegakan tekanan dan kemurungan atau boleh meningkatkan keceriaan. Retail Therapy adalah pembelian yang boleh memuaskan keperluan psikologi akan menjadikan seseorang lebih produktif dan menjalani kehidupan kebahagiaan maksima dalam kehidupan dan kelompok yang membelanjakan wang untuk menonton teater, wayang, menikmati hiburan rekreasi adalah cenderung lebih gembira berbanding mereka yang membeli barangan dan tidak jelas kegunaannya. Oleh yang demikian, program ini dapat membantu segelintir murid Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar Seri Putra yang menghadapi masalah seperti memiliki konsep kendiri yang rendah, sukar bersosialisasi di dalam kumpulan, berperasaan takut dan tidak yakin melakukan sesuatu, lemah otot-otot tertentu, terlalu pasif atau hiperaktif. Selain itu, guru-guru Pendidikan Khas juga boleh berkongsi maklumat, idea, pandangan baru dengan melihat dan mengikuti program yang akan dianjurkan ini.
Research Interests:
B ersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah kumpulan saya menyiapkan tugasan ini dengan baik sekali. Semangat dan perasaan yang membuak telah mendorong hati kami agar dapat menjayakan tugasan ini.