Hipnosis berasal daripada perkataan hypnos yang merupakan nama dewa tidur Yunani. Perkataan ini p... more Hipnosis berasal daripada perkataan hypnos yang merupakan nama dewa tidur Yunani. Perkataan ini pertama kali diperkenalkan oleh James Braid (1795-1860) yang dikenali sebagai bapa hipnotis moden (Weitzenhoffer, 2000). Hipnosis telah dipelajari secara ilmiah lebih dari 200 tahun dahulu. Hipnosis ialah keadaan tidak sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya (Kamus Dewan). Raz et. al (2002) mendefinisikan hipnosis sebagai, "an altered state of consciousness, characterized by heightened compliance with suggestion and extreme focused attention." Hipnosis merupakan kaedah yang paling berkesan untuk berkomunikasi dengan minda bawah sedar (MBS) (Ezwan Mokhtar, 2014). Hipnosis akan membawa seseorang mencapai tahap minda alpha yang membolehkan minda menjadi tenang dan terbuka untuk menerima saranan (suggestion). Pada tahap minda alpha ini, MBS boleh diformat dan diprogram semula. Menurut Aziz Salleh (1993), Freud (1856-1939) percaya bahawa hipnosis boleh membantu untuk membongkar faktor dan punca masalah psikologi. Jurulatih MBS akan menggunakan hipnosis untuk mencari punca penyakit dengan menyelami memori dan pengalaman yang terdapat dalam MBS pesakit. Hipnosis seringkali dipraktikkan dalam bidang kaunseling dan psikologi untuk tujuan mencari punca-punca masalah dengan menggali MBS secara spiritual. Ilmu kaunseling dan psikologi kerapkali dikaitkan dengan Barat kerana asasnya bertunjang daripada ideologi sekularisme yang memisahkan elemen agama dalam teori dan prinsipnya. Psikologi Islam bersifat syumul yang mengharmonikan aspek agama dengan aspek psikologi. Teori psikologi Yunani merupakan satu bentuk pemberontakan dari dogma agama Kristian (Haque, 2004).
Tafsiran makluk halus seringkali merujuk kepada hantu, jin dan syaitan yang hidup di alam ghaib (... more Tafsiran makluk halus seringkali merujuk kepada hantu, jin dan syaitan yang hidup di alam ghaib (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Menurut Haron Din (2011), makhluk halus ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah SWT dengan jisim yang sangat halus yang kebiasaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau dirasa dengan anggota lahir. Penjelasan yang lebih saintifik tentang kewujudan makhluk halus diungkapkan oleh Norhisham Wahab (2013) bahawa hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan atom. Ini berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel atom atau unsur yang menyusun semua benda. Hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad yang menyebabkan makhluk ini tidak dapat dilihat tetapi kewujudan makhluk ini dapat dibuktikan dengan ilmu sains fizik kuantum (quantum physics) (Norhisham Wahab, 2013). Menurut Norhisham lagi, hantu dan jin termasuk dalam istilah yang dipanggil ghaib nisbi dan boleh diukur dengan gelombang bunyi dan gema. Makhluk halus terbahagi kepada dua iaitu malaikat dan jin. Malaikat dijadikan daripada cahaya iaitu dari spektrum sebelah kanan yang bercahaya putih manakala jin dijadikan daripada spektrum sebelah kiri yang berwarna hitam dari hujung lidah api (Supyan Hussin, 2016). Jin dijadikan daripada plasma atau haba dari api yang berwarna gelap atau hitam yang terletak pada sebelah kiri spektrum warna dan boleh dilihat melalui warna merah infra (infra-red). Malaikat pula boleh dijadikan daripada cahaya putih yang terletak pada sebelah kanan spektrum warna dan boleh dilihat melalui cahaya ultra ungu (ultra-violet). Jin dijadikan daripada api. Api adalah satu manifestasi haba dan suhu. Api boleh dilihat daripada mata kasar tetapi haba hanya boleh dirasai. Haba dan suhu boleh diukur menggunakan alat ukur dan boleh diterjemahkan dalam bentuk kuantiti. Menurut Supyan Hussin (2013), setiap lapisan api mempunyai bahang dan tenaga. Bahang api disebut sebagai haba dan di dalam haba terdapat sumber plasma atau gas
Negara pernah digemparkan dengan epidemik histeria yang berlaku di Sekolah Menengah Tanjung Lumpu... more Negara pernah digemparkan dengan epidemik histeria yang berlaku di Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang pada tahun 2008 yang melibatkan 35 orang murid dan kejadian ini berulang-ulang hampir setiap hari selama dua bulan sehingga mendapat liputan media pada ketika itu. Fenomena ini mendesak Timbalan Menteri Pelajaran mengarahkan siasatan dan kajian dijalankan bagi merungkai misteri kejadian ini (Bernama, 2008). Histeria merupakan fenomena global yang juga berlaku di negara lain di dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Kanada, China, India, Afrika, Mexico, Jepun, dan Taiwan (Siti Aisyah, 2017). Implikasi kejadian histeria ini bukan saja menyumbang kepada gangguan emosi dan mental malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Sehingga kini punca histeria menjadi perdebatan dalam kalangan penyelidik di samping menjadi dilema, ideologi mana yang harus dipegang kerana histeria mempunyai penjelasan saintifik dan spiritual.
Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengkaji budaya kerja dalam kalangan staf sokongan di IPG Ka... more Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengkaji budaya kerja dalam kalangan staf sokongan di IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Kuala Lumpur. Sampel kajian ini terdiri daripada 27 orang staf sokongan yang bertugas di pelbagai Unit dan Jabatan di IPGKIK. Kajian ini menggunakan mixed method dengan menjadikan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya prestasi kerja staf sokongan IPGKIK berada pada tahap tinggi dengan cacatan min 4.13. Seterusnya dapatan kajian juga menunjukkan bahawa motivasi kerja dan komitmen kerja staf sokongan IPGKIK berada pada tahap sederhana tinggi dengan masing-masing mencatatkan min 3.92. dan 3.98. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 59.3% (16 orang) telah menyatakan bahawa latihan yang mereka terima adalah mencukupi dalam melaksanakan tugasan seharian dan 81.5% (22 orang) menyatakan bahawa latihan yang dilaluinya menyumbang kepada peningkatan kemahiran kerja. Seterusnya pengkaji mencadangkan agar pihak pengurusan IPGKIK berusaha untuk meningkatkan motivasi kerja dan komitmen kerja dalam kalangan staf sokongan di kampus dengan mengadakan kursus-kursus motivasi yang sesuai dengan keperluan dalam perkhidmatan. Pihak pengurusan juga disaran agar menyusun semula penempatan staf sokongan di kampus agar mereka mendapat suasana kerja yang berlainan dan seterusnya dapat meningkatkan motivasi dan komitmen kerja masing-masing demi meningkatkan prestasi institusi.
Gangguan makhluk halus telah menjadi satu fenomena khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di ... more Gangguan makhluk halus telah menjadi satu fenomena khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia yang kerap mendakwa mengalami gangguan makhluk halus apabila berkunjung ke pusat-pusat rawatan Islam. Fenomena mistik ini sering dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit misteri yang tidak dapat dibuktikan oleh perubatan moden. Dalam kaedah pengubatan Islam, gangguan makhluk halus ini boleh dikenal pasti melalui simptom-simptom tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom-simptom dan konstruk-konstruk gangguan makhluk halus berdasarkan kaedah pengubatan Islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk penyelidikan tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 292 pesakit gangguan makhluk halus dari 15 buah pusat rawatan kecil Darussyifa’ di sekitar zon tengah. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah berbentuk soal selidik. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif melalui perbandingan min terhadap konstruk-konstruk dan simptom-simptom yang telah dikenal pasti. Kebolehpercayaan terhadap item-item dalam soal selidik diukur melalui nilai Alpha Cronbach setelah dua ujian rintis dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat lapan konstruk dan 50 item (simptom) yang telah terpilih setelah melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Kajian ini dapat memberikan informasi kepada pesakit, perawat dan penyelidik lain berhubung dengan simptom-simptom lazim gangguan makhluk halus. Kesedaran terhadap simptom-simptom gangguan makhluk halus ini dapat membantu perawat mengenal pasti rawatan-rawatan yang sesuai untuk merawat penyakit-penyakit gangguan makhluk halus, membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang tepat, dan membantu para penyelidik untuk meneruskan kajian berhubung dengan simptom-simptom gangguan makhluk halus menjurus kepada kategori yang lebih khusus memandangkan kajian ini mendedahkan simptom-simptom gangguan makhluk halus secara umum melibatkan semua jenis gangguan makhluk halus.
Among the biggest challenges to eradicate witchcraft is difficult to determine the existence of a... more Among the biggest challenges to eradicate witchcraft is difficult to determine the existence of a crime جناءى( )فعل and criminal intent جناءى( )قصد by witch. Witchcraft is not only difficult to detect, the outcome upon its targeted victim is also hardly visible. This research aims to describe practical methods to disclose the metaphysical aspects by analyzing the materials and methods that have been used. The concept of 'effects from an act' will also being highlighted to help us to identify relations between crime جناءى( )فعل and criminal intent جناءى( .)قصد This approach could open a new dimension to the legal system in relation to the implementation of section 152 of the Syariah Penal Code Order of Brunei. Keywords: Crime جناءى( )فعل-Criminal Intent جناءى( )قصد-Murdered Using Witchcraft-Section 152 of the Syariah Penal Code Order Brunei Darussalam Pengenalan Ilmu dan amalan sihir merupakan antara ilmu dan amalan yang tertua di dunia. Ilmu ini melibatkan penggunaan khidmat jin dan syaitan dan
Gangguan makhluk halus telah menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususny... more Gangguan makhluk halus telah menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya bangsa Melayu yang kerap mendakwa mengalami gangguan makhluk halus apabila berkunjung ke pusat-pusat rawatan Islam. Fenomena mistik ini sering dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit misteri yang tidak dapat dibuktikan oleh perubatan moden. Dalam kaedah pengubatan Islam, gangguan makhluk halus ini boleh dikenalpasti melalui simptom-simptom tertentu. Berdasarkan simptom-simptom yang telah dikenal pasti maka kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan bagi mencari perbezaan simptom-simptom gangguan makhluk halus berdasarkan jantina pesakit. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk penyelidikan tinjauan. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis diskriptif melalui perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah berbentuk soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa konstruk keadaan fizikal ketika tidur mencatatkan min yang tertinggi bagi lelaki dan perempuan dengan perempuan mengatasi min lelaki. Sementara itu, konstruk keadaan hubungan sosial mencatatkan min yang terendah bagi lelaki dan perempuan dengan perempuan mengatasi min lelaki. Walau bagaimanapun, konstruk keadaan fizikal ketika jaga mencatatkan jurang perbezaan min yang besar antara lelaki dan perempuan iaitu 0.53 manakala konstruk keadaan rumah tangga mencatatkan jurang perbezaan min yang terendah antara lelaki dan perempuan iaitu 0.09. Selain itu, simptom lazim gangguan makhluk halus iaitu terdapat kesan lebam pada mana-mana bahagian tubuh badan mencatatkan jurang perbezaan min yang tertinggi antara lelaki dan perempuan iaitu 0.91 manakala simptom sering bertengkar dengan pasangan (suami atau isteri) dalam isu yang remeh-temeh mencatatkan jurang perbezaan min yang terkecil iaitu 0.04. Kajian ini dapat memberikan informasi kepada pesakit, perawat dan penyelidik lain berhubung dengan simptom-simptom gangguan makhluk halus yang dominan berdasarkan perbezaan jantina.
JURNAL PENDIDIKAN SERANTAU JILID 6, NO. 1, JUN 2019
Sejarah membuktikan bahawa ilmu sihir boleh digunakan untuk melakukan perbuatan jenayah dan ianya... more Sejarah membuktikan bahawa ilmu sihir boleh digunakan untuk melakukan perbuatan jenayah dan ianya terus menimbulkan ancaman terhadap keamanan dalam kehidupan masyarakat semenjak dahulu hingga ke hari ini. Kesukaran untuk menemukan titik persamaan antara perlakuan jenayah dalam ilmu sihir dengan perlakuan jenayah secara fizikal menyebabkan kezaliman ini dibiarkan tanpa apa-apa sekatan. Jika dilihat dari segi zahir, undang-undang jenayah di Malaysia khususnya Kanun Keseksaan tidak mempunyai peruntukan yang khusus tentang jenayah ini. Ironinya, penelitian terhadap peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan boleh membuktikan bahawa terdapat persamaan antara jenayah sihir dan jenayah biasa terutama dari segi kesan dan matlamat yang hendak dicapai. Dalam sesetengah keadaan, jenayah sihir mempunyai kesan yang lebih kejam dan melampaui peruntukan yang terdapat dalam Kanun Keseksaan. Artkel ini bertujuan menjustifikasikan fakta bahawa ilmu dan amalan sihir merupakan satu jenayah yang perlu dibanteras melalui mekanisma perundangan. Melalui perbandingan dengan peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan, maka kajian ini diharap dapat menjadi titik permulaan dalam usaha membela individu-individu yang menjadi mangsa kepada jenayah yang dilakukan secara halus ini.
INISIATIF #112: PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN DALAM KALANGAN PENSYARAH, 2019
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesedaran fenomena hiseria ini dari perspektif siswa guru Ins... more Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesedaran fenomena hiseria ini dari perspektif siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Objektif kajian ini adalah untuk megenal pasti tahap kesedaran siswa guru IPGKIK terhadap konstruk pengetahuan, pengalaman, dan sikap mereka terhadap fenomena histeria yang sering berlaku di sekolah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Data-data dalam kajian ini dikutip melalui borang soal selidik. Data-data yang berjaya dikumpulkan dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai min dan peratus bagi menafsirkan dapatan-dapatan kajian. Sampel kajian ini melibatkan 253 orang siswa guru Pra-Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester dua, empat, enam, dan lapan dari bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, dan bidang Pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Dapatan kajian menunjukkan bahawa siswa guru IPGKIK mempunyai tahap kesedaran pada peringkat sederhana tinggi pada konstruk pengetahuan, pengalaman, dan sikap yang dikaji. Kesedaran ini memperlihatkan lebih 70% siswa guru IPGKIK bersedia untuk menghadapi realiti histeria di sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merangka satu modul latihan atau kursus jangka pendek mengenai fenomena histeria ini untuk membekalkan pengetahuan dan kaedah bagi menangani fenomena histeria di sekolah kepada bakal-bakal guru.

Uploads
Papers by Mohd Jim Hamzah